Setelah 65 Tahun: Mengenang Bakti Parti Rakyat Malaya

Pada hari kesebelas, bulan sebelas, sebelas pagi, 1955 Partai Rakyat Malaya didirikan. Parti ini ditubuhkan lengkap dengan ideologi sosialisme yang disesuaikan dengan sejarah dan sosiologi Malaysia yang memang merangkul luas nusantara, di samping dnegan semangat gerakan kesinambungan jalur kiri Melayu, suatu jalur yang bangkit kembali setelah terpukul pada 1948. Dengan semangat marhaenisme, maka program politik sosial-nasional-demokrasi turut diisytiharkan.

Pada hari ke-sebelas, bulan sebelas, pukul sebelas pagi, 1955 Parti Rakyat Malaya didirikan. Parti ini ditubuhkan lengkap dengan ideologi sosialisme yang disesuaikan dengan sejarah dan sosiologi Malaysia yang memang merangkul luas nusantara, di samping dengan semangat gerakan kesinambungan jalur kiri Melayu — suatu jalur yang bangkit kembali setelah terpukul pada 1948.

Dengan berideologikan marhaenisme, maka program politik sosial-nasional-demokrasi turut diisytiharkan oleh partai baharu ini. Mereka memilih ideologi kerakyatan ini, dan bukannya demokrasi liberal. Malah, sejak itu, meskipun lambang parti yang beberapa kali berubah, namun yang tetap kekal ialah kepala banteng/seladangnya. Roda bergigi ditambahkan kepada lambang yang memberi tanda kepada kelas pekerja. Warna merah-putih-hitam terus terpelihara.

Pada awal 1970an, nama ideologi ‘marhaenisme’ ditukarkan kepada ‘sosialisme saintifik’. Menurut perlembagaan parti, sesungguhnya marhaenisme adalah sosialisme. Namanya berubah, namun substansinya sama. Nama ‘saintifik’ ini diberikan agar dapat dibezakan dengan PRM (nama baharunya Parti Sosialis Rakyat Malaysia) daripada sosialisme ‘tampal sulam’ lainnya yang muncul di Malaysia sejak 1960an, seperti DAP.

Walau bagaimanapun, Pakatan UMNO-MCA-MIC bersama PAP Singapura dengan dukungan kerajaan Inggeris pada tahun 1960an telahpun melemahkan lagi gerakan kiri. Namun, dalam pukulan ini sekalipun, gerakan kiri tidak mati. Sebaliknya, ia sekadar dikalahkan sementara. Cita-cita terbukanya hanya terpendam seketika. Ia tidak pernah mati, tetapi hanya tercedera sekali-sekala seperti pada tahun 1989 tatkala runtuhnya sosialisme negara (bukan sosialisme itu sebagai pandang dunia).

Saat itu, pukulan daripada ideologi ekonomi neoliberalisme yang menggiringi globalisasi sejak 1990an terus melukaparahkan sosialisme sebagai sebuah cita-cita sosial. Lalu, dari reaksi ini, maka muncullah slogan “tiada pilihan lagi (selain kapitalisme)” — bawaan Amerika-Inggeris. Slogan ini menjadi mantra dominan yang menawan hati ramai, termasuk golongan kiri.

Namun, pada dekad kedua abad ke-21, muncul pula pemikiran alternatif kepada neoliberalisme berdasarkan kajian ilmiah. Disimpulkan bahawa situasi yang seadanya di dunia sesungguhnya bukan suatu yang alamiah.

Kajian mendapati bahawa seiring penambahan kekayaan rupanya terjadi ketaksamaan pendapatan. Pada 2014, ahli ekonomi Perancis, Thomas Piketty yang memungut data sejak 1789 di beberapa negara kapitalis mendapati bahawa kekayaan sebenarnya tidak menitis ke bawah. Malah kekayaan tersebut tersedut ke atas.

Bahkan, diketahui juga bahawa kekayaan terkumpul itu bukan sangat hasil kerja keras, daripada gaji, tetapi kekayaan terhimpun lewat pewarisan pusaka keluarga yang kaya. Kajian Piketty tersebut menunjukkan bahawa ketidaksamaan kekayaan berkurang pada waktu-waktu institusi negara mengintervensi kehidupan ekonomi para warganya.

Pada 2019, Thomas Piketty menulis sebuah lagi buku setebal seribu halaman mengaitkan secara ilmiah hubungan antara ketaksamaan itu dengan ideologi kapitalisme. Ini semakin mengukuhkan lagi hujah yang dikemukakannya sebelum itu.

Kehadiran bukunya itu dalam suasana di mana Barat sejak awal abad ke-21 diterpa dengan kemunculan gerakan dengan semboyan “sesungguhnya sebuah dunia alternatif itu mungkin sekali”. Karya tentang peranan negara yang diremehkan pasar sejak 1990an, kini mulai diberikan perhatian wajar oleh gerakan tersebut.

Sementara di Malaysia, krisis pandemik Covid-19 pada Mac 2020 memperlihatkan potensi dan upaya institusi negara memainkan peranan wajarnya dalam kehidupan ekonomi para warganya, selain peranan pasar. Sekain lama institusi negara dicela pasar sebagai tidak efisien, membazir, dan terlalu besar. Malah, institusi negara perlu ditertibkan oleh pasar.

Sebab itu, pemenang hadiah Nobel ekonomi, Paul Krugman menyarankan pada akhir 2019 bahawa proporsi peranan negara dan pasar dalam kehidupan ekonomi para warga. Beliau menyarankan proporsi 1/3 negara, sementara 2/3 pasar berdasarkan struktur pekerjaan di Amerika. Tentunya, di Malaysia proporsinya boleh didebatkan lagi. Malah proporsi negara di tambah disini.

Apa yang dikemukakan ini, membawa kita di persimpangan bagi mencari jalan kehadapan. Tidak mungkin dapat diketahui jalan tersebut itu tanpa mengetahui bagaimanakah kita sampai di persimpangan sejarah ini.

Jadi untuk maksud di atas, maka perlu kita mencuba untuk menyorot kembali alur dan arah fikir serta visi para pejuang awal, terutamanya daripada garisan perjuangan Parti Rakyat Malaysia. Sorotan ini boleh dilakukan dalam daya dan upaya luhur untuk sampai di ‘puncak gunung’ kejayaan. Bahkan, upaya ni boleh diusahakan tatkala ada tiga ‘bahtera’ yang telahpun berlabuh, ekoran ketentuan ketertiban sejarah.

Tiga bahtera tersebut, yakni pemikiran Burhanudin al-Helmy dan pemikiran Ahmad Boestamam. Kedua-duanya adalah sebahagian upaya penyorotan di atas guna menyelesaikan masalah kini. Begitu juga bahtera yang terakhir, pemikiran Cikgu Abdul Hadi bin Hassan dalam karangan tiga jilidnya berjudul Alam Melayu juga sebahagiannya agar dapat dilihat sejarah Malaysia pada period jangka panjang (longue durée).

Menerusi tiga tokoh berlatar Parti Rakyat Malaya ini, maka Parti Rakyat Malaya terus berkembang dengan gagasannya yang tak pernah surut. Bakti mereka takkan padam pada dalam sejarah kebangsaan kita. Meski sudah 65 tahun berlalu, meski sudah 65 marhaenisme dilaungkan, panji yang bersifat kerakyatan akan terus berkembang, sebagaimana takdir alam yang terus berkembang.

Abdul Halim Ali merupakan mantan setiausaha Parti Rakyat Malaya, merangkap mantan profesor sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2 thoughts on “Setelah 65 Tahun: Mengenang Bakti Parti Rakyat Malaya”

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started