Gerak Baharu Mahasiswa: Mendepani Lima Dekad AUKU

Hadirnya tahun 2021, maka genap 50 tahun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilaksanakan di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, AUKU telah dipinda enam kali. Pindaan pertama pada tahun 1975 terutamanya mencengkam aktivisme mahasiswa – antaranya, dengan membubarkan kesatuan mahasiswa yang mempunyai autonomi dan memusatkan kuasa kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang juga mengawal Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Hadirnya tahun 2021, maka genap 50 tahun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilaksanakan di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, AUKU telah dipinda enam kali. Pindaan pertama pada tahun 1975 terutamanya mencengkam aktivisme mahasiswa – antaranya, dengan membubarkan kesatuan mahasiswa yang mempunyai autonomi dan memusatkan kuasa kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang juga mengawal Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Ketika pentadbiran Pakatan Harapan, mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memulakan usaha untuk menggantikan AUKU. Namun pada sidang parlimen yang lepas, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad mengatakan AUKU masih relevan dan mempertahankan kewujudannya.[1] Pendirian ini menampakkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan hasrat untuk memansuhkan AUKU. Maka adakah usaha dan perjuangan memansuhkan AUKU berhenti di sini?

Pasang surut AUKU

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan Dr Haji Abdul Majid bin Ismail untuk meneliti dan memantau suasana kampus di Universiti Malaya. Dapatan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penubuhan AUKU yang dibentang pada 1971 oleh Menteri Pendidikan, Tun Hussein Onn. Dalam bukunya Gerakan Aktivisme Mahasiswa, Meredith Weiss mendokumentasikan motif dan implikasi AUKU terhadap kehidupan kampus. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menggantikan kesatuan mahasiswa dilihat sebagai ‘badan kebajikan’ dan ‘pembantu’ kepada pihak pentadbir universiti.

Reaksi mahasiswa pada ketika itu adalah terus melakukan protes dan tidak mengendahkan kekangan AUKU. Namun perkara ini berubah selepas pindaan pada tahun 1975 yang memperketatkan penguatkuasaan AUKU. Seksyen 15 contohnya melarang mahasiswa dari mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai bersimpati dengan mana-mana pihak luar tanpa keizinan Naib Canselor. Kuasa tindakan tatatertib dan proses rayuan juga terletak pada tangan Timbalan Naib Canselor dan pak menteri. Selepas daripada itu, AUKU telah mendominasi kesedaran (consciousness) dan mengawal tingkah laku mahasiswa di dalam kampus. Secara luasnya, para pensyarah juga terkesan dengan pemusatan kuasa di tangan eksekutif – antaranya, perwakilan fakulti dan pensyarah dalam senat universiti berkurang dan menjadi minoriti.

Gambar rajah di bawah merumuskan perkembangan AUKU secara sepintar lalu.

TahunPeristiwaFaktor/Konteks/ Implikasi penting
1971AUKU diperkenalkanMahasiswa mengeluarkan manifesto sendiri dalam pilihanraya umum 1969, aktivis mahasiswa menggesa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahmah meletak jawatan
1975AUKU diperketatkan (Seksyen 15 dan sebagainya)Demonstrasi Tasik Utara, Demonstrasi Baling
1983Pindaan berbentuk ‘administrative’Memudahkan penubuhan UIA
1996Pindaan berbentuk ‘administrative’Liberalisasi sector pendidikan tinggi
2009Pilihanraya umum 2008Sedikit kelonggaran diberikan. Contohnya, mahasiswa lebih bebas bersuara termasuk dibenarkan membuat kenyataan mengenai politik pada mana-mana majlis, seminar atau simposium dengan syarat ia tidak dianjurkan oleh mana-mana parti politik.
2012Kes mahkamah UKM4Membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.
2018Pilihanraya umum 2018Membenarkan aktiviti politik di dalam kampus (pindaan sebulat suara diluluskan)

Jika meneliti peristiwa-peristiwa di atas, terdapat dua pengajaran yang wajar diambil perhatian. Pertamanya, setiap kali AUKU diperkenalkan dan diperketatkan adalah kerana pihak pemerintah mahu mengawal gerakan aktivisme mahasiswa yang sedang hangat dan ‘mengancam’ kepentingannya pada sesuatu ketika. Penciptaan AUKU pada 1971 dan pindaan 1975 tidak dipisahkan daripada konteks politiknya. Perkara ini penting kerana sesetengah pihak mahu mengekalkan AUKU kerana ia juga menyentuh mengenai peraturan dan pentadbiran universiti. Namun undang-undang baru berkaitan pentadbiran universiti boleh digubal setelah AUKU dimansuhkan. Alasan bahawa AUKU perlu dikekalkan untuk memastikan kelangsungan pentadbiran universiti sebenarnya menghiraukan sejarah AUKU.

Keduanya, setiap kemenangan yang diperolehi oleh mahasiswa adalah kerana tindakan proaktif dan kekuatan yang dibina bersama. Dua kali pindaan AUKU pada 2012 dan 2018 tidak berlaku kerana pihak atasan memberi ehsan kepada gerakan mahasiswa. Ia berlaku kerana aktivis mahasiwa dengan bantuan guaman mencabar Seksyen 15 AUKU sehingga Mahkamah Persekutuan dan menang. Kerajaan wajib meminda AUKU kerana sebahagian daripadanya telah diputuskan sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional). Pindaan terbaru pada tahun 2018 pula adalah selepas tuntutan gerakan mahasiswa berzaman-zaman untuk memansuhkan AUKU sehingga pembangkang pada ketika itu menjadikannya satu janji pilihanraya dalam manifesto PRU14.

Mobilisasi AUKU

Setelah mengimbas kembali perkembangan AUKU, persoalannya sekarang adalah, “Apa selepas ini?” Dua pindaan pada dekad lalu telah membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik, sama ada di luar atau di dalam kampus. Tidak timbul lagi retorik ‘kerajaan melarang penglibatan mahasiswa.’ Mahasiswa memerlukan ‘framing’ baru sekiranya ingin menghidupkan kembali momentum melawan AUKU. Tapi adakah mahasiswa masih perlu fokus mobilisasi pada isu AUKU atau lebih bermanfaat menumpukan masa dan tenaga pada isu-isu lain?

Dari satu sudut, AUKU masih membatas gerakan mahasiswa dan memusatkan kuasa kepada pihak pentadbiran universiti. Contohnya Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor masih mempunyai kuasa untuk mengenakan pelbagai tindakan tatatertib dan disiplin, mengeluarkan surat salah laku kerana mencemarkan nama baik universiti. AUKU masih melarang persatuan mahasiwa dari mengumpul dana. Ini merupakan satu perkara yang melemahkan gerakan mahasiswa kerana mereka seringkali tidak mempunyai dana yang mencukupi, dan/atau terpaksa bergantung pada pihak tertentu kerana tidak ada autonomi kewangan.

Sebelum ini, AUKU banyak menentukan corak gerakan mahasiswa. Contohnya kumpulan mahasiswa sering terbahagi kepada kumpulan berdaftar yang bertanding dalam pilihanraya kampus, dan kumpulan tidak berdaftar yang bergerak aktif di luar kampus. Adakah pembahagian (atau pengkhususan) ini masih relevan selepas pindaan AUKU 2018? Terdapat juga dua perkembangan baru, iaitu percubaan mewujudkan semula kesatuan mahasiswa di UM, UKM, dan UIA; dan juga persatuan mahasiswa yang secara langsung berpayung di bawah parti politik. Selain AUKU, gerakan mahasiswa juga perlu mengetengahkan isu-isu lain yang dihadapi oleh ramai pelajar dan graduan seperti hutang pinjaman pendidikan tinggi, tuntutan pendidikan percuma, keciciran pembelajaran akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jurang digital, serta kecelaruan dasar yang sering berubah-ubah. Tidak dilupakan, Akta 174 berkenaan regulasi institusi pengajian tinggi dan pertubuhan mahasiswa juga perlu diberi perhatian.

Isu AUKU mempunyai had capaian yang agak terbatas kerana bukan ramai pelajar yang mengambil berat tentang isu yang lebih bersifat ideational atau abstrak. Neoliberalisasi pendidikan tinggi meninggalkan kesan yang mendalam – antaranya, universiti menjadi seolah kilang ijazah, pelajar dan graduan menjadi penghutang, serta mahasiswa menjadi kurang aktif walaupun tanpa AUKU. Contohnya, walaupun terdapat moratorium AUKU ketika Dr Maszlee menjadi Menteri Pendidikan, rata-ratanya gerakan mahasiswa agak lesu berbanding dengan zaman-zaman sebelumnya. Hal ini kerana dalam konteks persekitaran neoliberal, majoriti mahasiswa dalam kolej dan universiti terpaksa bertumpu pada perkara asas ataupun ‘bread and butter’, dan kurang cenderung terlibat memperjuangkan hal-hal yang mengakibatkan mereka sendiri menanggung hutang pinjaman pendidikan, serta berdepan risiko menjejaskan peluang pekerjaan (atau digantung pendidikan) sekiranya dikenakan apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan rekod.

Akhir kata, AUKU sudah mencapai usia 50 tahun pada tahun 2021. Untuk menandakan detik ini, mungkin ada baiknya juga mahasiswa (ataupun aktivis, ahli akademik, ataupun bekas mahasiswa) merancang sesuatu untuk ulangtahun AUKU ke-50. Idea-idea yang boleh dipertimbangkan termasuklah konvesyen, persidangan digital, himpunan tulisan dan kertas kerja, protes, atau kempen alam maya. Cumanya, mahasiswa perlu mengimbangi fokus pada isu AUKU dan isu ‘bread and butter’ yang lebih dekat dengan realiti kehidupan ramai pelajar.

Ooi Kok Hin merupakan mahasiswa pascasiswazah di Universiti Waseda, Jepun. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.


[1] “AUKU 1971 masih relevan, namun terbuka untuk tambah baik – Noraini,” Berita Harian. 25 Ogos 2020.

“Call Me Abah”: The Politics of Infantile Paternalism

One may be compelled to ask, “All of that for what?” Why the need to create legitimacy and popularity for the leader to gain and keep power? Power to do what, exactly? The answer is probably that some men have long planted in their head the thought of achieving power. Having desired, planned, and finally arriving, then letting go, desiring again, planning again. They don’t have to do anything with power. Power is magnetic, and the chase is addictive.

Paternalism is a recurring feature of authoritarian regimes, which frequently invoke familial sentiments to enhance their legitimacy. From the Kim dynasty in North Korea to countries in Eastern Europe and Central Asia, “father figures” are metaphors used to prop up the image of dictators. While most countries do have paternalistic titles, they are usually devoted to founding fathers who led them to independence. It is bizarre, then, that Muhyiddin Yassin, the 8th Prime Minister of Malaysia, referenced himself as “Abah” (a colloquial term for daddy) on multiple occasions including a televised address in 2020, six decades after the country’s independence. Some Malaysians reacted favorably to “Abah”, while others lambasted it. This article asks, what are the functions of “father figures” rhetoric invoked by Muhyiddin and senior members of his cabinet?

Manufacturing “Abah”

Muhyiddin was sworn in as Prime Minister in March 2020 after the week-long Sheraton Move standoff. It speaks volume of his tactful impression management that till this day, the 73-years old has yet to take questions from the media. So is “Abah” organic or manufactured? Was it a spontaneous reaction or a coordinated impression management?

To begin, we must determine when Muhyiddin’s men embraced the “Abah” persona. There is no sign of “Abah” rhetoric for the first three months of Muhyiddin’s administration. There were spattering comments by netizens remarking that Muhyiddin’s style of speaking is like a ‘caring’ old man speaking to his ‘children.’ Whatever it was back then, things started to change in June.

Bernama, the national news agency, published a slush of articles, and video endearing Muhyiddin as “Abah.” (See this, this, this, this, and this.) Note that the sources are all from Bernama even when published elsewhere because Bernama’s wire services supply and distribute content to local and international news agencies.

It is likely that Muhyiddin’s inner circle embraced the father figure image as a charm offensive to mark his 100th day in office. The blitzkrieg produced the desired agenda-setting. Non-state media reproduced and doubled down on Muhyiddin’s reincarnation as “Abah” (See this, this, and this.) While “Abah” may have been a casual, spontaneous reference to Muhyiddin prior to June, the scale of production and the extent of coordination after that point to a deliberate campaign.

It was not just Muhyiddin who was given a makeover. News and posters circulated on social media portrayed his senior minister in charge of security, Ismail Sabri Yaakob, as “Pak Long”, finance minister Tengku Zahrul Aziz as “Pak Su”, and the popular health director-general Noor Hisham Abdullah as “Pak Ngah.” (These are kinship terms in Malay. See this for reference.) We are but consumers of this production.

Uses and abuses of “Abah”

Now that we know how they do it (context and production), the question next is why they do it (functions and effects). If “Abah” is the signifier, what does it signify? I list possible answers below, which are not exhaustive or mutually exclusive. They are all related to enhancing legitimacy.

  1. Endearing oneself to the electorate and playing the protector. A classic authoritarian playbook is to create endearment to the leader. If a stranger hit you, you are likely to retaliate in anger. But if he or she is someone dear to you, you might forgive – and even justify – the abuse. When an authoritarian “father figure” leader transgresses certain democratic practices, it is usually rationalized as “The father looks after us, and he knows what’s good for us.” In such a scenario, the leader encourages infantilism of the masses, who imagine him to be a reluctant leader who shouldered great responsibilities for their sake.

  2. Co-opting and neutralizing dissent. When a leader is adored by the citizenry, it is harder for dissenters to criticize without coming across as breaking apart from the collective. In this familial portrayal, “Abah” is the leader of the household (the nation) who is working tirelessly. Anyone who criticizes “Abah” is cast aside as “politicking” and failing to appreciate the hard work of the father figure. Although the allegory has no place in a democracy where leaders are elected and held accountable (Surely you sign up for the job and cannot demand the electorate to praise you for the bare minimum), it can be emotionally appealing particularly among some members of the Malay audience. This is not an argument for cultural reductionism and the so-called Malay (and to a larger extent, Asian) values. However, the way that power structure, institutions, and conservative ideologies work in some parts of Malay society are fertile environment for paternalism to be internalized. In addition, the co-optation of the popular DG as “Pak Ngah” is a shrewd move for the whole campaign to gain wider acceptance.

  3. Establishing distance and hierarchy. While invoking “Abah” generates warmth and familiarity, it also serves to highlight power distance. If you accept “Abah” as a father figure, you are expected to act appropriately and politely towards him. It is rude and inappropriate to explicitly condemn a father figure. You also implicitly accept the hierarchy between you and him. “Abah” is no longer just a Member of Parliament and Prime Minister which you helped to elect (In this democratic representation, rakyat is the boss.). He has metamorphosized into the family elder to be revered – almost an idol – whom you must respect and guard.

Note that the above three reasons also apply to those who present Dr Mahathir Mohamad as a “grandfatherly figure.” The Mount Everest of this representation is this campaign video which depicts “Atok” talking to two children about his ‘final mission’ to rebuild the nation. Unfortunately, it is not possible to measure how much tears were shed by the viewers.

Nevertheless, I think there are two differences between “Abah” and “Atok.” The immediate difference is that the production of “Abah” involves state resources and state machinery (e.g. the national news agency) and is a much more coordinated effort. The other difference is this:

  • Enforcing discipline and control. Unlike “Atok”, the presentation of “Abah” occurs in a context of Covid-19 national emergency. There is a lot more emphases on order. If you have time to run a comparative linguistic study between “Abah” and “Atok”, you will probably find that “Abah” is associated with more words pertaining to discipline and punishment. Hence, the allusion to cane and constant pestering to “follow my order” and “obey Abah’s advice.” (There is even a t-shirt for that made by members of his party.)

Be that as it may, “Abah”, “Atok” and “Pak Long” all have one thing in common.

  • It’s all about achieving the desired political outcomes. If the intended effect is not obvious enough, it’s ultimately about winning and keeping power. Muhyiddin’s campaign in the Sabah state election revealed the political utility of the “Abah” gimmick (see this, this, this, and this.). Amidst the infighting over seats and positions, his coalition ran an entire campaign centered on “Abah.” Given that the formula worked in Sabah, Muhyiddin’s men might run an “Abah” presidential-style campaign in GE15. This is supported by another premise: that “Abah” is more popular than his coalition. A survey by Merdeka Center (conducted in August) found that Muhyiddin’s approval ratings is higher than that of Perikatan Nasional.

One may be compelled to ask, “All of that for what?” Why the need to create legitimacy and popularity for the leader to gain and keep power? Power to do what, exactly? The answer is probably that some men have long planted in their head the thought of achieving power. Having desired, planned, and finally arriving, then letting go, desiring again, planning again. They don’t have to do anything with power. Power is magnetic, and the chase is addictive. If keeping the masses infantile and reinforcing paternalism is what it takes to gain and keep power, so be it.

Asal Usul PTPTN dan Hutang Pinjaman Pendidikan Tinggi

Dalam keadaan industri pendidikan tinggi yang berorientasi pasaran, pelajar menjadi pelanggan, dan graduan menjadi penghutang. Perkembangan sejarah dan perubahan ideologi harus diberi perhatian untuk membantu kita memahami fenomena hutang pendidikan tinggi. Ia termasuklah memahami rasional penubuhan PTPTN, pengaruh Malaysia Inc, dan ideologi neoliberal untuk menjelaskan fenomena “mass indebtedness” dalam kalangan graduan di Malaysia.

Fenomena graduan berhutang adalah satu cabaran unik yang menghadapi generasi kini. Belum saja mendapat slip gaji yang pertama, hampir separuh daripada graduan kolej dan universiti sudah menanggung hutang pendidikan 5-angka. Kementerian Pendidikan pernah menjawab dalam Dewan Rakyat bahawa purata hutang seorang peminjam PTPTN daripada IPTA adalah sebanyak RM 17, 759.10 manakala bagi peminjam PTPTN daripada IPTS adalah RM 32, 722.38.[1] Namun demikian, oleh kerana angka purata tersebut adalah berdasarkan purata pinjaman dari tahun 1997 sehingga 2017, purata hutang yang ditanggung graduan pada masa sekarang adalah lebih tinggi selepas mengambil kira peningkatan yuran dan kos sara hidup. Sejak ditubuhkan pada Julai 1997, PTPTN telah meluluskan 3,002,790 pinjaman melibatkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM55.16 bilion.[2]

Pada 14 April 2012, gerakan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kumpulan menyertai demonstrasi jalanan yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Mereka berarak di ibu kota negara dan menuntut supaya kerajaan memberikan pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN. Kumpulan mahasiswa tersebut kemudiannya mengambil giliran berkhemah di Dataran Merdeka selama 14 hari.[3] Sejak peristiwa tersebut, boleh dikatakan PTPTN telah menjadi satu isu nasional yang sering dibincangkan di wacana awam, dibahaskan di Parlimen, dan dirunding dalam kalangan parti politik ketika mereka merangka manifesto pilihanraya. Tapi dari mana datangnya PTPTN dan pinjaman pendidikan tinggi?

Asal usul PTPTN

Idea untuk mewujudkan sebuah tabung pendidikan tinggi pertama kali diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1995. Ketika menggulung usul pendidikan di PAU, Najib Razak yang pada ketika itu Naib Presiden UMNO dan Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa kerajaan bakal menubuhkan sebuah tabung pendidikan nasional untuk membantu pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).[4]

Dalam ucapannya, Najib berkata bahawa kadar kemasukan bumiputera ke institusi pendidikan swasta tidak memuaskan dan tabung pinjaman pendidikan dapat menaikkan bilangan pelajar bumiputera di IPTS. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kebimbangan perwakilan Umno mengenai dasar pengkorporatan IPTA yang bakal dilaksanakan dan dijangka akan menyebabkan kenaikan yuran.

Menilai dari pengumuman Najib serta laporan media sekitar tahun 1995-1997, terdapat dua rasional kewujudan PTPTN pada peringkat awal. Dari sudut IPTA, pembuat dasar menjangka pinjaman pendidikan dapat mengurangkan (cushioning) impak dari pengkorporatan universiti. Impak yang dimaksudkan adalah peningkatan yuran hasil daripada universiti yang mahu dijadikan lebih berorientasi komersil[5] dan juga perubahan sikap kerajaan yang mahu menghapuskan “sindrom kebergantungan.” Mengikut Najib (dan ini juga pandangan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad), ia merupakan satu beban kepada kerajaan yang hendak mengurangkan perbelanjaan awam (public spending) dan pemberian biasiswa secara beransur-ansur.[6]

Dari sudut IPTS, pinjaman pendidikan menjadi perangsang untuk membangunkan industri pendidikan tinggi swasta tempatan. Kerajaan pimpinan Mahathir berhasrat mengurangkan perbelanjaan awam, maka industri IPTS tempatan harus dibangunkan untuk menampung permintaan yang meningkat. Berbanding dengan pembinaan IPTA yang baru, atau pemberian biasiswa kepada pelajar untuk sambung pengajian di luar negara, peruntukan pinjaman untuk belajar di IPTS adalah cara yang lebih efisien untuk mencapai matlamat itu. Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan skim simpanan pendidikan selari dengan matlamat mengalakkan individu untuk bertanggungjawab melakukan perancangan dalam membiayai pendidikan tinggi anak-anak.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1997, Najib mendakwa bahawa pendaftaran Bumiputera di IPTS hanya sekitar 5% kerana majoriti telah mendapat tempat di IPTA atau melanjutkan pelajaran ke luar negara atas biasiswa kerajaan. Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan sistem kuota di IPTS untuk Bumiputera, tetapi Najib (Menteri Pendidikan) menolak cadangan itu. Sebaliknya, dia mengatakan pinjaman pendidikan adalah jalan penyelesaian yang lebih sesuai kerana isu pembiayaan adalah penghalang utama bagi Bumiputera untuk mendaftar di IPTS.[7] Menurutnya, “Yang tinggal pada masa ini ialah pelajar bumiputera yang mempunyai penca[aian akademik yang rendah [nota penulis: maka kurang kelayakan memasuki IPTA berbanding bumiputera lain yang lebih berdaya saing], dengan kemampuan [kewangan] yang terbatas mereka gagal memasuki IPTS kerana mereka perlu menyediakan perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu, bukan soal mengenai perlunya sistem kuota diperkenalkan di IPTS tetapi lebih kepada keperluan menyediakan dana kewangan yang besar bagi membolehkan bumiputera yang tidak mendapat tempat di IPTA atau luar negara meneruskan pelajar di IPTS.”[8] Dapat dilihat di sini bahawa antara rasional penubuhan PTPTN adalah untuk memudahkan Bumiputera memasuki IPTS, tetapi dasar yang dilaksanakan kemudiannya agak tersasar daripada matlamat ini. Hal ini kerana majoriti besar penerima PTPTN pada 10 tahun pertama adalah daripada IPTA.[9] Tambahan pula, dasar pinjaman untuk pelajar IPTS yang asalnya khusus untuk bumiputera sahaja kemudiannya diabaikan.

Tahun 1997 adalah tahun kelahiran PTPTN. Rang undang-undang menubuhkan perbadanan tersebut diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei. Pada bulan October, Ahmad Husni Hanadzlah (bakal Menteri Kewangan II) diumumkan sebagai pengerusi PTPTN yang pertama, manakala pengarah Institut Pembangunan dan Keusahawanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sudin Haron, dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif.

Pada peringkat permulaan, PTPTN hanya mempunyai seramai 33 kakitangan dan mendapat peruntukan pertama sebanyak RM 100 juta dalam Belanjawan 1997 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim.[10] Kini PTPTN mempunyai seramai 1,387 kakitangan[11] dan memerlukan lebih kurang RM 3 billion setiap tahun untuk memberikan pinjaman kepada para pelajar[12], dan tambahan RM 1.7 billion untuk membayar faedah pinjaman.[13] Dari tahun 1997 sehingga 2002, PTPTN menerima peruntukan geran dari kerajaan. Mulai tahun 2003, PTPTN meminjam dari institusi kewangan – mulanya dari KWSP dan KWAP, kemudiannya dari bank komersil melalui penerbitan sukuk yang dijamin kerajaan. Dalam erti kata lain, model PTPTN kini adalah “meminjam untuk memberikan pinjaman.” Kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan terhadap PTPTN melebihi kadar faedah yang dikenakan oleh PTPTN terhadap peminjam, dan ini turut menjejaskan situasi kewangan PTPTN. 

Ketika ia mula beroperasi, PTPTN hanya memberi pinjaman kepada pelajar di 11 IPTA (Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, dan Institut Teknologi MARA) dan 3 IPTS milik syarikat GLC (Universiti Telekom, Universiti Petronas, dan Universiti Tenaga Nasional).[14] Pada peringkat awal, hanya pelajar Bumiputera sahaja boleh mendapat pinjaman pendidikan untuk belajar di IPTS. Penerima pinjaman PTPTN batch pertama adalah seramai 9,091 pelajar yang mendapat RM 1,500 setahun (untuk IPTA) dan RM 4,000 setahun (untuk IPTS).[15]

Ia juga mendiskriminasi antara pelajar sains dan pelajar sastera. Pelajar yang menuntut bidang sains dan teknologi mendapat pinjaman yang lebih tinggi, dikenakan kadar faedah yang lebih rendah (2% berbanding pelajar sastera yang dikenakan faedah 4%), dan menikmati tempoh bayaran balik yang lebih panjang (tambahan lima tahun berbanding pelajar sastera). Pelajar sains dan teknologi turut menerima elaun RM 500 khas untuk membeli bahan atau peralatan yang diperlukan. Mengikut Najib, dasar ini selari dengan kehendak kerajaan untuk melahirkan lebih banyak graduan dalam bidang tersebut. Kadar faedah 4% telah diturunkan secara beransur-ansur berikutan protes daripada mahasiswa dan golongan agamawan yang berhujah bahawa sepatutnya tidak ada unsur riba dalam pinjaman pendidikan. Kini faedah pinjaman (yang dijenamakan semula sebagai kos ujrah) adalah 1% untuk menampung kos operasi.

Ketika PTPTN masih dalam peringkat perbincangan, terdapat laporan menteri berkata bahawa para pelajar harus mula membayar hutang pendidikan enam bulan setelah mereka mula bekerja.[16] Namun apabila PTPTN mula beroperasi, menteri mengumumkan bahawa pinjaman harus mula dibayar bermula dari enam bulan setelah tamat pengajian atau enam bulan setelah memulakan pekerjaan, mana yang lebih dulu. Walaupun ini butiran yang terperinci, ia adalah perubahan yang signifikan terutamanya pada zaman ini dimana graduan sukar mendapat kerja, apatah lagi kerja tetap yang mempunyai gaji yang setimpal dengan kos sara hidup. Walaupun kekurangan data yang reliable, kita boleh membuat andaian berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan (TRACER) yang dikendalikan Kementerian Pendidikan/Kementerian Pendidikan Tinggi. Dari tahun 2013 hingga 2017, didapati bahawa lebih kurang 30% graduan ijazah pertama belum mendapat pekerjaan pada waktu berkonvo.[17] Kesukaran mendapat pekerjaan juga boleh diekstrapolasi daripada kajian Lee Hwok Aun dan Muhammed Abdul Khalid yang melakukan eksperimen permohonan perkerjaan.[18] Mereka menghantar 3,012 “resume” dan secara keseluruhannya hanya mendapat 396 “callback” (13.1%) untuk hadir sesi interviu. Bukan dapat kerja, tapi peluang untuk dipanggil sesi temuduga pun hanya satu daripada 10 pemohon sahaja yang berjaya mendapat panggilan. Namun begitu, PTPTN telah melanjutkan “grace period” kepada setahun selepas tamat pengajian.[19]

Terdapat satu kemusykilan tentang mekanisme pembayaran balik. Pada bulan Disember 997, Timbalan Menteri Kewangan Dr Affifuddin Omar telah mengemukakan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan No. 2) untuk membenarkan LHDN memotong gaji graduan untuk menyelesaikan hutang pendidikan.[20] Hal ini demikian kerana kerajaan tidak hendak mengulangi “kesilapan” dalam pinjaman lain seperti pinjaman MARA dimana mereka menghadapi masalah mengutip semula pinjaman yang diberikan. Namun demikian, potongan gaji berjadual dan mandatori melalui LHDN tidak pernah direalisasikan. Dalam sebuah interviu bersama seorang mantan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Zaini Ujang, beliau memaklumkan tentang salah satu perbincangan untuk melibatkan LHDN dalam kutipan hutang PTPTN, tetapi LHDN mengenakan caj yang tinggi.[21]

Satu lagi keputusan yang dibuat adalah PTPTN tidak menetapkan amaun pinjaman berdasarkan yuran. Sebaliknya, PTPTN ada amaun maksima yang tetap. Hal ini kerana perbadanan tersebut tidak mahu IPT, terutamanya IPTS, menaikkan yuran sesuka hati untuk mengaut keuntungan dari pelajar dan PTPTN.[22]

Setelah soal teknikal dan pengurusan dimuktamadkan, PTPTN mula mengedar borang pinjaman kepada IPT pada 24 Disember 1997. Liputan berita mengandungi petanda ataupun harbinger tentang masalah-masalah yang bakal melanda perbadanan tersebut. Di UPM, hampir 3,000 pelajar tersesak dan berbaris panjang di kaunter HEP sejak pukul 7 pagi, dan hampa apabila borang tidak mencukupi. Menurut seorang pegawai universiti, “Apabila kaunter dibuka pada pukul 8 pagi, borang itu habis diedarkan setengah jam kemudian. Kami terpaksa mengambil sebanyak 2,000 naskhah lagi borang di PTPTN dan mengedarnya kepada pelajar mulai pukul 2 petang. Ia habis diedarkan pada 2:45 petang.”[23] Adegan yang sama berlaku di IPT yang lain. Sehari kemudian, PTPTN menerangkan bahawa borang pinjaman boleh dibuat salinan, maka pelajar tidak perlu berbaris panjang dan pihak IPT juga tidak perlu ulang-alik ke pejabat PTPTN untuk mendapatkan borang pinjaman. Keadaan kelam-kabut pada hari pelancaran pengedaran borang pinjaman ini menunjukkan dua perkara: pertamanya, pihak pembuat dasar termasuklah Kementerian Pendidikan, pihak PTPTN, dan pihak IPT silap memandang rendah permintaan (vastly underestimate the demand) dari kalangan pelajar. Ini kemudiannya membawa kepada beberapa perubahan dasar. Kedua, prosedur dan komunikasi antara PTPTN, IPT dan pelajar masih belum diperkemaskan. Masalah ini berlanjutan selama beberapa tahun dimana adanya pelajar yang mendakwa lambat mendapat wang pinjaman yang diluluskan, atau terdapatnya pihak IPT (terutamanya swasta) yang mengambil kesempatan dalam kelonggaran prosedur untuk mengenakan yuran tambahan dan memotongnya dari wang pinjaman sebelum menyalurkan saki-baki kepada pelajar.

Setakat ini kita berbicara mengenai rasional dan kronologi penubuhan PTPTN. Tetapi kita tidak boleh memisahkan kewujudan PTPTN daripada fenomena dan ideologi pada zaman itu. Sebenarnya rasional untuk mewujudkan pinjaman pendidikan berkaitrapat dengan satu kerangka dasar yang lebih besar, yang meninggalkan kesan jangka panjang pada tadbir urus negara, iaitu Malaysia Inc.

Malaysia Inc: Antara logik neoliberal dan agenda Melayu

Pentadbiran Mahathir Mohamad yang pertama (1981-2003) memperkenalkan Malaysia Incorporated Policy pada tahun 1981. Ia dikenali sebagai Malaysia Inc dan bertujuan untuk mendorong kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta.

Malaysia Inc boleh dianggap sebagai detik permulaan neoliberalisme dalam Malaysia. Berbeza dengan beberapa pandangan yang mengaitkan perkembangan neoliberalisme di Malaysia dengan fenomena yang sama di peringkat antarabangsa yang dipacu oleh Margaret Thatcher dan Ronald Reagan[24], Malaysia sebenarnya adalah antara negara yang paling awal melancarkan dasar penswastaan.[25] Dalam erti kata lain, neoliberalisme di Malaysia adalah proses yang didorong oleh kepentingan khusus dan dilakar mengikut konteks tempatan.[26] Walaupun terdapat inspirasi dari Japan Inc dan konglomerat Korea Selatan, Malaysia Inc mempunyai ciri-ciri yang mandiri.

Neoliberalisme menekankan persaingan, produktiviti, dan individualisme. Dari satu sudut pandangan, ia boleh dikatakan mirip Darwinisme sosial; yakni persaingan dalam pasaran bebas antara individu untuk mewujudkan golongan “survival of the fittest.” Dalam pemikiran Mahathir, Darwinisme sosial tidak bercanggah dengan nasionalisme Melayu.[27] Memetik analisis dari Khoo Boo Teik, ahli akademik yang telah menghasilkan dua buah biografi tentang bekas Perdana Menteri itu, Mahathir menganggap orang Melayu perlu meningkatkan daya saing (competitiveness) untuk mencapai kedudukan dan kapasiti yang sama dengan kapitalis Cina dan pemodal asing.

Ilham Mahathir mewujudkan Malaysia Inc adalah satu perubahan dasar yang membezakan pentadbiran beliau dari yang sebelumnya. Pentadbiran Tunku Abdul Rahman cenderung ke arah urus tadbir liberal, kurang menekankan distributive policies, dan akibatnya adalah jurang pendapatan yang kian melebar.[28] Pentadbiran Tun Abdul Razak pula menekankan state expansionism; yakni meluaskan peranan kerajaan dalam ekonomi. Visi Razak dirumuskan dalam pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu mengurangkan ketaksamaan (inequality) melalui penglibatan aktif dari sektor awam.

Boleh dikatakan kesinambungan visi Razak itu ada pada Mahathir, tapi dengan satu kelainan: Mahathir lebih optimis tentang peranan pasaran dan percaya bahawa untuk mengatasi masalah “kemunduran” orang Melayu, mereka perlu meningkatkan daya saing dalam kapitalisme. Ini berbeza dengan Razak yang lebih kritikal terhadap kapitalisme. Malah ketika belajar di Britain, Razak pernah menjadi ahli Parti Buruh dan Fabian Society.[29]

Bagi Mahathir pula, dia mahu orang Melayu menyesuaikan diri dan berjaya bersaing dalam sistem kapitalisme. Berbeza dengan diagnosis Syed Hussein Alatas dalam buku Mitos Pribumi Malas,Mahathir tidak melihat kapitalisme sebagai sistem yang memundurkan orang Melayu. Sebaliknya, ia adalah jalan keluar daripada kemunduran Melayu dan kebergantungan pada kerajaan. Meminjam kata-kata daripada Khoo Boo Teik, “capitalism as liberation.”

Untuk mencapai matlamatnya, Mahathir bakal mengubah ideologi masyarakat dan tadbir urus kerajaan. Lanjutan daripada Malaysia Inc, pada 1983, Mahathir mengumumkan dasar penswastaan ​​sebagai polisi rasmi untuk mengurangi peranan kerajaan dalam ekonomi, memotong perbelanjaan awam (public spending), dan meluaskan peranan pasaran dalam kegiatan ekonomi negara.[30]

Penciptaan kelas kapitalis Melayu adalah penting untuk Mahathir. Untuk menjayakan rancangan tersebut, kerajaan akan memberi ruang kepada sektor swasta yang dipimpin kelas kapitalis Melayu. Mengikut Khoo lagi, Malaysia Inc adalah satu “post-NEP alliance between the state and capital…in which Malay capital could play a major role.[31]” Ini sekali gus mencapai dua matlamat: pembangunan ekonomi mengikut logik neoliberal (liberalisasi pasaran, penswastaan, penekanan terhadap daya saing), dan pencapaian agenda nasionalisme Melayu seperti yang difahami oleh Mahathir (mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kebergantungan).

Malaysia Inc dan pinjaman pendidikan tinggi

Di mana letaknya PTPTN dalam kerangka besar Malaysia Inc? Ketika memperkenalkan tabung pinjaman pendidikan tinggi, Najib sendiri merujuk kepada pelan kementeriannya sebagai projek “Malaysia Inc in education.”[32] Dalam ucapannya kepada Harvard Clubs in Asia pada tahun 1996, Najib menjemput universiti luar negara dan institusi tempatan untuk mengambil bahagian dalam projek itu dengan membina kampus cawangan atau universiti swasta.

Pengaruh kerangka Malaysia Inc dalam penubuhan PTPTN dan penswastaan industri pendidikan tinggi turut diakui oleh Dr Zaini, mantan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau merupakan pegawai kepada Menteri Pendidikan sewaktu kementerian itu mengusahakan penubuhan PTPTN dan pengkorporatan Universiti Malaya dibawah pimpinan Najib. Menurutnya, “Fokus masa tu memang membiayai private universities and colleges. Sebab we want to depart from government institutions. Kalau tidak, kerajaan kena buat lagi 100 universiti. Dan sekarang ini terlampau banyak private pula. Kita sengaja menjadikan PTPTN untuk IPTS berkembang…Mahathir lebih capitalistic at that time. Itu semua Malaysia Inc punya idea. You share the responsibility (and) burden of the government. So Mahathir put that in Malaysia Inc’s perspective.[33]

Kerangka besar Malaysia Inc mempunyai implikasi jangka masa panjang kerana ia telah mengubah wajah, ideologi, dan urus tadbir kerajaan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan tinggi melalui liberalisasi.[34]  Malaysia Inc merupakan kerangka dasar besar yang menyediakan asas dan mengartikulasikan motif untuk dasar-dasar lain seperti pinjaman pendidikan.

Kita dapat melihat logik neoliberal yang sama dalam kerangka Malaysia Inc dan dasar pinjaman pendidikan tinggi. Ringkasnya, dasar neoliberal mengurangkan perbelanjaan awam, mengecilkan peranan kerajaan dan mengubah hubungan antara warganegara dan kerajaan. Seperti yang diungkapkan oleh Ong Ai Hwa dalam buku Neoliberalism as Exception:

“Neoliberal policies of “shrinking” the state are accompanied by a proliferation of techniques to remake the social and citizen subjects…the neoliberal subject is therefore not a citizen with claims on the state but a self-enterprising citizen-subject who is obligated to become an “entrepreneur of himself or herself.”[35]

Maka penubuhan PTPTN dalam kerangka Malaysia Inc boleh dirumuskan demikian: Kerajaan mengurangkan perbelanjaan awam, mengkomersilkan universiti awam (IPTA), dan mengalihkan sebahagian tanggungjawab mengembangkan pendidikan tinggi kepada sektor swasta (IPTS). IPT, terutamanya IPT swasta dan kampus cawangan luar negara, memerlukan sejumlah pelajar untuk mengaut keuntungan dan kekal beroperasi. Tanpa ada pinjaman, tidak akan mencukupi bilangan pelajar yang mendaftar kerana eksploitasi yuran. Pinjaman pendidikan tinggi adalah lynchpin ekosistem ini.

Walaupun PTPTN bukan badan pertama yang menawarkan pinjaman pendidikan (institusi lain seperti MARA juga ada menyediakan pinjaman pendidikan), PTPTN adalah aktor utama yang menyumbang kepada massification industri pendidikan tinggi melalui hutang pinjaman pendidikan.

Tidak dinafikan bahawa pinjaman pendidikan telah membolehkan ramai mahasiswa dan mahasiswi menyambung pendidikan tinggi, terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah. Dari tahun 2014 hingga 2018, majoriti peminjam PTPTN (55%) adalah daripada kumpulan B40.[36]

Kendati begitu, pinjaman pendidikan umpama pedang dua mata yang boleh mendatangkan mudarat kepada peminjam. Hakikatnya, ramai graduan terperangkap dalam hutang. Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan Bank Negara, hutang pinjaman pendidikan tinggi adalah hutang kedua paling lazim ditanggung oleh orang dewasa yang bekerja dalam lingkungan umur 20-29.[37] Laporan kajian pengesanan graduan turut mendapati bahawa sekitar separuh daripada graduan belum bekerja membiayai pendidikan mereka melalui PTPTN.[38] Justeru kemungkinan besar mereka masih mempunyai beban hutang pendidikan.

Lebih memburukkan keadaan, satu kajiselidik yang dilakukan PTPTN mendapati bahawa hampir 97% penghutang lalai (defaulters) adalah daripada kumpulan B40.[39] Antara potensi implikasinya adalah pendidikan tinggi bukan lagi pelaburan yang semestinya menguntungkan anak muda. Berbanding dengan zaman dulu yang tidak ada banyak graduan universiti dan berlambak peluang pekerjaan, pendidikan tinggi pada zaman ini semakin menjurus ke arah “diminishing returns.” Bukan saja graduan semakin sukar mendapat pekerjaan tetap yang membayar gaji setimpal dengan kos sara hidup, malah mereka terpaksa menanggung hutang pendidikan selama 10-20 tahun. Seorang pegawai pengurusan PTPTN turut mengulas demikian,

Kita sebenarnya bukan worry pada duit (sahaja), tapi juga graduate yang grad tapi tak ada pekerjaan tapi ada hutang yang banyak. Just imagine, contoh kalau diorang ambil degree dekat IPTS so dia ada akan berhutang dengan kita dalam RM 60,000.[40] Just imagine kalau you ambil kursus yang belum tentu ada kerja. Tiba-tiba you ada hutang RM 60,000. And even…PTPTN boleh memufliskan orang. So kita tak nak orang ada hutang yang salah, especially orang yang muda.”[41] 

Pengerusi PTPTN juga bersetuju masalah sebenar adalah kebergantungan masyarakat pada hutang pendidikan.[42] Oleh itu, perbadanan tersebut kini mengambil langkah mengurangkan pinjaman (tidak lagi memberi pinjaman penuh selain kepada kumpulan B40), dan bergerak ke arah mengalakkan rakyat Malaysia supaya menabung untuk pendidikan tinggi melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Menurut bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan Pakatan Harapan dijadualkan membuat perubahan dasar mengenai pembayaran hutang PTPTN tetapi tersingkir dari Putrajaya sebelum dapat melaksanakannya.[43] Perkara itu juga disebut ketika kajian lapangan dilakukan pada awal tahun ini sebelum berlakunya Langkah Sheraton. Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, menyebut tentang sebuah jawatankuasa yang memutuskan bahawa model PTPTN harus dirombak semula,[44] manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, memaklumkan bahawa kerajaan sudah ada perancangan membabitkan PTPTN yang akan diumumkan Perdana Menteri dalam suku pertama tahun ini.[45] Disebabkan ketidaktentuan politik dan krisis pandemik Covid-19,  perubahan terhadap dasar dan model PTPTN tergendala.

Dalam keadaan industri pendidikan tinggi yang berorientasi pasaran, pelajar menjadi pelanggan, dan graduan menjadi penghutang. Perkembangan sejarah dan perubahan ideologi harus diberi perhatian untuk membantu kita memahami fenomena hutang pendidikan tinggi. Ia termasuklah memahami rasional penubuhan PTPTN, pengaruh Malaysia Inc, dan ideologi neoliberal untuk menjelaskan fenomena mass indebtedness dalam kalangan graduan di Malaysia. Diharap esei ini telah menjawab sebahagian daripada persoalan-persoalan tersebut.


[1] Pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat (Lisan) bertarikh 23 November 2017. Soalan nombor 21.

[2] Laporan Tahunan PTPTN 2018.

[3] Pengalaman ini dikenang oleh Adam Adli sebagai “tempoh 312 jam Dataran Merdeka ditawan” dalam buku Molotov Koktel, terbitan Merpati Jingga, Mac 2014. Dengan berbariskan hanya 30-40 anak muda, aksi protes yang dikenali sebagai “protes anti-PTPTN” atau “Occupy Dataran” ini mungkin merupakan protes berterusan dalam ruang awam yang paling lama dalam sejarah Malaysia. Liputan media menganggarkan antara 300-500 mahasiswa-mahasiswi menyertai demonstrasi jalanan pada 14 April 2012.

[4] “Tabung Khas Bantu Pelajar Bumiputera,” Berita Harian, November 27, 1995.

[5] Perkara ini diakui oleh Najib (“Tabung Pendidikan Negara dilancarkan,” Berita Harian, Sept 10, 1996) dan Anwar Ibrahim yang merupakan Menteri Kewangan (“Peruntukkan Pendidikan  RM100j,” Watan, October 26, 1996). Pada waktu itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) juga mengalukan penubuhan dana pendidikan tinggi dengan berkata demikian, “The move is timely as the cost of university education is expected to go up with corporatisation of universities.” (“Move to set aside RM500m for education fund hailed,” the Sun, September, 25 1996)

[6] “Higher Education Fund to be Complemented by Savings Scheme,” New Straits Times, May 14, 1997.

[7] “IPTS: Tabung RM100 Juta Biayai Pelajar,” Utusan Malaysia, September 6, 1997.

[8] Ibid.

[9] Lihat kertas kajian “The Sustainability of the PTPTN Loan Scheme,” Penang Institute, Disember 2016.

[10] “Peruntukkan Pendidikan RM100j,” Watan. October 26, 1996. Peruntukan tersebut lebih rendah daripada RM 500 juta yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Kewangan. Lihat: “Tabung Pendidikan Nasional di Peringkat Akhir,” Berita Harian, September 24, 1996.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

[11] Menurut laporan tahunan PTPTN 2018, kakitangan tersebut terdiri daripada 477 orang kakitangan tetap, 302 orang kakitangan kontrak dan 608 orang kakitangan Eksekutif Pemasaran.

[12] Wan Saiful Wan Jan, “Malaysia’s Student Loan Company: Tackling the PTPTN Time Bomb,” ISEAS-Yusof Ishak Institute, April 2020.

[13] Interviu bersama pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, pada Februari 21, 2020 di Kuala Lumpur.

[14] “Forms for Education Loans Snapped Up in No Time,” New Straits Times. Disember 24, 1997.

[15] “9,091 Pelajar Terpilih Terima Pinjaman TPTN,” Utusan Malaysia, April 14, 1998. Amaun yang diberikan sebenarnya jauh lebih rendah daripada amaun yang diiklankan. Alasannya adalah kerana kegawatan ekonomi dan memanfaatkan dana sedia ada untuk bilangan penerima yang lebih ramai.

[16] Contohnya dalam liputan berita The Star pada 12 Julai 1997, wartawan Jane Ragavan melaporkan Najib berkata bahawa peminjam tidak perlu penjamin dan akan membuat bayaran melalui potongan cukai pendapatan enam bulan selepas mereka mula bekerja.

[17] Kementerian memberi kelonggaran kepada universiti untuk meminda tarikh tutup kajiselidik TRACER. Kajian ini tidak begitu reliable kerana hanya mengukur status bekerja pada waktu konvokesyen, sukar membuat perbandingan kerana responden mengisi pada masa yang berlainan bergantung pada IPT, dan juga tiada kajiselidik lanjutan (follow up atau longitudinal survey).

[18] Lee Hwok Aun dan Muhammed Abdul Khalid, “Discrimination of High Degrees: Race and Graduate Hiring in Malaysia,” Journal of the Asia Pacific Economy, Volume 21, Issue 1, 2016. (https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/13547860.2015.1055948)

[19] “Additional flexibility for PTPTN loans in Budget 2018,” Malaysiakini, October 27, 2017.  Diakses pada 16 Ogos, 2020. https://www.malaysiakini.com/news/399768

[20] “Bill Allows IRB to Deduct Grads’ Pay to Recover Loans,” The Star, Disember 16, 1997.

[21] Interviu bersama Dr Zaini Ujang pada Februari 17, 2020 di Selangor.

[22] Interviu bersama pegawai pengurusan PTPTN pada Februari 17, 2020 di sebuah lokasi berhampiran ibu kota.

[23] “Borang pinjaman IPT dapat sambutan hangat,” Utusan Malaysia, Disember 24, 1997.

[24] Ramai sarjana sering membuat dakwaan bahawa Malaysia dipengaruhi oleh arus neoliberal global. Contohnya G. Sivalingam dalam “Privatization of Higher Education in Malaysia,” in Forum on Public Policy Online, 2007.

[25] Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain pada Mei 1979. Mengikut Charles Moore dalam biografi tiga jilid tentang Thatcher, dasar penswastaan Thatcher masih belum dimuktamadkan selewat tahun 1982. Nigel Lawson yang berada dalam kabinet Thatcher dari tahun 1981 hingga 1989 mengatakan bahawa Thatcher tidak mementingkan agenda penswastaan dalam penggal pertama pentadbirannya. Penswastaan British Telecom hanya berlaku 1984, iaitu selepas Mahathir melancarkan Malaysia Inc (pada 1981) dan dasar penswastaan (pada 1983). Dakwaan bahawa Mahathir dipengaruh oleh Presiden A.S. Ronald Reagan lagi lemah kerana Reagan hanya menjadi presiden pada Januari 1981, hanya dua bulan sebelum Malaysia Inc diumumkan.

[26] Walaubagaimanapun, Malaysia Inc dimirip daripada Japan Inc dan disesuaikan ikut konteks tempatan.

[27] Khoo Boo Teik. Paradoxes of Mahathirism: an intellectual biography of Mahathir Mohamad. Oxford University Press, USA, 1995.

[28] Lihat “We were never on the right track pre-1969, so let’s choose the right one now.” The Malaysian Insight, November 27, 2017. (https://www.themalaysianinsight.com/s/24740)

[29] Ahmad, Abu Talib. “The Tun Abdul Razak Memorial and the Promotion of a National Memory in Malaysia.” Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 84, no. 2 (301) (2011): 1-32. Accessed August 16, 2020. www.jstor.org/stable/41493799.

[30] Lihat bahagian “Introduction” dalam Privatization Master Plan 1991.

[31] Khoo Boo Teik, Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents. Zed Books, 2003.

[32] “Fund to help finance tertiary education,” Business Times. Ogos 15, 1996.

[33] Interviu bersama Dr Zaini Ujang, mantan KSU kementerian pendidikan tinggi, pada Februari 17, 2020, di Selangor.

[34] Misalnya, lihat: Jomo Kwame Sundaram, “Malaysia Incorporated’: Corporatism a la Mahathir,” Institutions and Economies, Vol. 6, No. 1, April 2014, pp. 73-94.

[35] Ong Ai Hwa. Neoliberalism as Exception: Mutations in Citizenship and Sovereignty. Duke University Press, 2006.

[36] Wan Saiful Wan Jan, “Malaysia’s Student Loan Company: Tackling the PTPTN Time Bomb,” ISEAS-Yusof Ishak Institute, April 2020.

[37] Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK Financial Behaviour Survey 2018: Financial Behaviour and State of Financial Well-being of Malaysian Working Adults.

[38] Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2017 dan 2018, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Lihat juga: “Graduan, Hutang dan Pengangguran,” Ekonomi Rakyat Jun 13, 2020. (https://ekonomirakyat.com.my/graduan-hutang-dan-pengangguran/)

[39] Ibid.

[40] Pinjaman untuk ijazah IPTS dalam RM14,000 setahun. Maka untuk program ijazah 4 tahun, lebih kurang RM 56,000

[41] Interviu bersama pegawai pengurusan PTPTN pada Februari 2020 di sebuah lokasi berhampiran ibu kota.

[42] Interviu bersama pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, pada Februari 21, 2020 di Kuala Lumpur.

[43] “Harapan claims it found way to implement PTPTN promise, but gov’t collapsed,” Malaysiakini, Mac 5, 2020.

[44] Interviu bersama Dr Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan, pada Februari 21, 2020 di Kuala Lumpur.

[45] Interviu bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mantan Menteri Belia dan Sukan, pada Februari 2020, di Petaling Jaya.

Rezeki Halal dan Swasta Kegagalan: Meritokrasi dan Logik Neoliberal dalam SPM

Bersedia ke kita untuk membahaskan sama ada kita harus mansuhkan SPM? Kedengaran suara yang mengatakan, “Mana boleh mansuhkan SPM? Jika mansuhkan SPM, macam mana kita nak tentukan kemasukan universiti? Pengagihan biasiswa macam mana?”

Berikut adalah tiga cerita tentang apa yang berlaku pada tahun 2009 ketika Jack dan Aiman mengambil peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Cerita 1: Setiap hari Jack mengulang kaji. Sebab Jack bekerja keras, Jack mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat biasiswa ditaja belajar di luar negara.

Cerita 2: Aiman adalah rakan sekelas Jack. Prestasi kedua-duanya lebih kurang sama di sekolah tapi ketika SPM, Jack mendapat lebih banyak A dari Aiman. Perbezaan bilangan A itu tak banyak tapi memadai untuk Jack dapat biasiswa manakala Aiman yang tak dapat apa-apa kena ambil pinjaman PTPTN untuk membiayai pendidikan tingginya.

Cerita 3: Jason adalah kawan Jack dari sekolah rendah. Dia selalu gagal dalam peperiksaan sekolah. Sebab dia selalu dapat markah yang rendah, dia kurang motivasi untuk belajar (”demotivated”). Bukan sahaja cikgunya menganggap dia tidak pandai, dia sendiri pun rasa dirinya tidak pandai (”internalize”). Corak tingkah laku ini berterusan hinggalah dia berhenti sekolah. Buat apa nak tunggu ambil SPM apabila dirinya dan cikgu-cikgunya percaya 99% dia akan gagal? Jadi pada hari SPM, dia tak ada dalam dewan peperiksaan.

Pada suatu hari tujuh tahun selepas SPM, Jack sedang bekerja dengan think-tank dengan gaji melebihi penengah gaji rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang hutang pendidikan. Aiman ada hutang PTPTN sebanyak RM 25,000. Maksudnya, bukan sahaja gaji dia lebih rendah dari Jack, Aiman kena tolak lagi sebahagian dari gaji bulanannya untuk bayar hutang pendidikan selama 15 tahun. Jason pula? Kehidupan dia sebagai seorang yang ‘tidak berpelajaran’ terlalu sukar dan perit. Pada hari itu, 13 Julai 2016, Jason terjun dari tingkat 15 bangunan flatnya. (kisah benar)

Neoliberalisme, meritokrasi, dan SPM

Apa kaitan neoliberalisme[1] dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Terlebih dahulu saya jelaskan bahawa aspek neoliberal yang ditekankan dalam esei ini adalah dari segi moral dan logik[2]. Baik, salah satu kaitannya ialah naratif meritokrasi. Pelajar-pelajar diukur “kepandaian” mereka dengan soalan peperiksaan yang sama. Disebabkan semua orang menghadapi ujian yang sama, dalam masa dan tempat yang sama, ia dianggap sebagai satu mekanisme yang “objektif” malah adil oleh pembuat dasar. Jika anda gagal dalam peperiksaan, itu adalah kegagalan anda sebagai seorang individu kerana mekanisme itu tidak mendiskriminasikan sesiapa.

Cara pemikiran ini mengandungi dua andaian. Andaian pertama adalah beban tanggungjawab terletak sepenuhnya pada individu. Maka individu-individu bertanggungjawab atas nasib mereka sendiri, termasuk sebarang kesenangan dan kesukaran dalam kehidupan. Dalam kalangan sesetengah ahli akademik yang mengkaji neoliberalisme sebagai satu proses, ini dilabel sebagai “responsibility-shift” yakni satu proses meng-individu-kan tanggungjawab dari negara kepada individu, dan dari masyarakat kepada keluarga.[3] Kita boleh menyakinkan diri bahawa tanggungjawab terletak pada individu dan benda itu adil sekiranya kita percaya pada andaian kedua: iaitu wujudnya peluang sama rata (equality of opportunity) dimana semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya ataupun gagal. Mengambilkira dua andaian ini, kita boleh dapati bahawa logik neoliberal dan naratif meritokrasi mempunyai hubungan yang intim.[4]

Seorang ahli sosiologi, Jo Littler, mengatakan naratif meritokrasi mengajar masyarakat supaya memuji sesuatu kejayaan atau menyalahkan  sesuatu kegagalan berdasarkan faktor individu berbanding faktor struktur.[5] Dalam erti kata yang mudah, seseorang yang berjaya berhak dapat apa yang dia miliki sebab dia telah memperolehnya dengan daya dan titik peluh sendiri (”he earned it”). Orang-orang yang gagal adalah kerana mereka tidak bekerja keras (”siapa suruh malas? Padan muka!”). Dalam bukunya Against Meritocracy, Littler juga menjelaskan bahawa meritokrasi berfungsi untuk menghalalkan (”legitimize”) kapitalisme neoliberal.

Satu analogi yang sesuai dengan Hari Raya Korban: Jika kita boleh sembelih SPM dan menguji darahnya di makmal, akan didapati DNA-nya adalah meritokrasi. Meritokrasi adalah satu mekanisme pengisihan (“sorting mechanism“). Dalam mana-mana pengisihan, akan dihasilkan golongan yang berada di kedudukan atas (yang kita beri ganjaran seperti biasiswa dan kasih sayang cikgu) dan golongan yang berada di bawah (yang kita hukum sebagai gagal, tidak layak dapat bantuan, tanggung sendiri atau buat pinjaman atas risiko sendiri). Meritokrasi menghasilkan ketaksamaan. Ketaksamaan itu dijustifikasi atas sebab kelayakan. Maksudnya: mereka berhak dapat ganjaran kerana pengisihan itu menentukan mereka lebih ‘pandai’ (atau golongan bawah tidak layak kerana mereka tidak ‘pandai’). Persoalannya, adakah ia betul-betul mengukur “kepandaian” para pelajar?

Balik kepada cerita tadi. Antara sebab Jack mendapat keputusan cemerlang adalah kerana dia telah belajar (atau diajar) teknik menjawab soalan. Bila Jack mengulang kaji, dia bukan sahaja menghafal maklumat atau mendalami ilmu. Dia juga membiasakan diri untuk jawab soalan peperiksaan dengan cara tertentu. Bila ditanya begini, jawab begini. Contohnya, mulakan karangan dengan “dewasa ini.” Masukkan dua peribahasa di dalam setiap karangan. Tambah empat markah. Soalan matematik, kalau ditanya 2 + 2 (2 x 5), tak boleh letak jawapan terus. Hanya dapat separuh markah. Kena tunjuk step-by-step, baru dapat markah penuh.

Jack sedar bahawa SPM menguji kemahiran menjawab kertas peperiksaan secara bertulis. Jack yang tidak tahu apa-apa tentang sejarah selain apa yang dalam buku teks boleh skor markah yang lebih tinggi daripada Aiman yang boleh meluahkan fikirannya secara lisan tentang Kesultanan Melayu Melaka selama dua jam tetapi tidak mempunyai kemahiran menulis esei. SPM subjek sejarah tidak mengukur siapa lebih pandai dan minat sejarah. Ia cuma mengukur siapa pandai jawab kertas soalan Sejarah.

Apabila kita terima bahawa SPM tidak mengukur kepandaian pelajar, mungkin kita akan menukar pandangan bahawa mereka yang berjaya dalam SPM dan terima segala ganjaran tidak se-berhak seperti yang mereka fikirkan. Dan mereka yang gagal, bukan gagal kerana mereka bodoh dan kurang disiplin. Pernah ditulis dalam majalah New Yorker bahawa orang-orang yang berjaya dalam sistem meritokrasi “cenderung percaya bahawa kejayaan mereka disebabkan sepenuhnya oleh otak dan kerja keras” dan bukannya kerana nasib dan faktor struktur dan persekitaran seperti keluarga.[6] Misalnya, Jack mungkin fikir dia berhak dan pandai kerana dapat banyak A, tetapi dia tak fikir bahawa keluarganya yang harmoni membolehkan dia belajar dengan aman. Jason yang selalu gagal dalam peperiksaan pula mendapat keluarga yang ibubapanya selalu bergaduh dalam rumah.

SPM sebagai satu mekanisme pengisihan mempunyai implikasi moral, bukan sahaja material. Seorang bekas pegawai kementerian pendidikan Singapura pernah berkongsi demikian,

“Meritokrasi adalah mekanisme pengisihan, tetapi ia bukan sekadar mekanisme penyortiran. Ini adalah naratif etika – sama ada anda menang atau kalah, anda mendapat apa yang anda layak. Dan kerana anda mendapat apa yang anda layak, pihak yang kalah tidak mempunyai hak untuk menuntut ganjaran DAN (implikasi senyap) pemenang tidak mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi apa-apa ganjaran mereka dengan yang kalah. Itulah masalah sebenarnya dengan mengatakan “sesiapa sahaja boleh berjaya selagi mereka bekerja cukup keras”, kerana sebilangan besar dari anda yang “tidak berjaya”, SEBAB mengapa anda tidak berjaya adalah anda tidak cukup bekerja keras (dan bukannya sebab kekurangan [disadvantage] yang sistematik). Ini salah awak. Dan kerana itu adalah kesalahan anda, anda tidak boleh menyalahkan orang lain kerana merendahkan anda. (Satu lagi implikasi senyap) Sekiranya saya berjaya dan seorang pemenang, saya tidak salah kerana merendahkan mereka yang kurang berjaya daripada saya.”[7]

SPM sebagai satu mekanisme telah memberi Jack hasil yang lumayan dalam bentuk biasiswa, menutup beberapa pintu untuk Aiman, dan mematikan minat dan keyakinan Jason terhadap pendidikan dan dirinya sendiri.

Sudah tiba masanya kita mengaku bahawa SPM telah merosakkan masa depan banyak pelajar. Jika kita menilai dari segi statistik, bilangan orang yang gagal dalam SPM lebih ramai dari bilangan orang yang mendapat straight A.

Pada tahun 2019, hampir 400,000 pelajar menduduki SPM. Bilangan pelajar yang mendapat semua A hanya seramai 8,876 pelajar (2.28%). Seramai 4,321 pelajar (1.11%) gagal semua mata pelajaran. Seramai 126,947 pelajar (32.59%) gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Sumber: KPM 2019[8]

Dari gambar rajah ini, kita dapat lihat bahawa majoriti 70% daripada pelajar gagal sekurang-kurangnya satu subjek atau hanya sekadar lulus. Jika mekanisme SPM ini menghukum begitu ramai pelajar sebagai “tidak pandai”, mampukah kita mempertahankan naratif meritokrasi dan logik neoliberal bahawa tanggungjawab terletak pada individu? Ataupun kegagalan begitu ramai individu menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tak betul secara sistemik?

Patut tak kejayaan sebilangan kecil pelajar yang mendapat semua A menghalalkan naratif ini? Setiap tahun, wacana kita dikaburi liputan akhbar yang tertumpu pada bilangan minoriti (kurang dari 3%) yang mendapat semua A. Dipaparkan muka-muka senyum pada hari mendapat keputusan SPM, seolah-olah slip keputusan SPM itu pak cik ais krim Paddle Pop.

Untuk sebilangan besar pelajar, SPM adalah mekanisme yang mentakrifkan mereka sebagai manusia yang gagal. Bukan Papple Pop, tapi pengaruh toksik yang memaksa mereka untuk terima dan “internalize” kegagalan itu sebagai akibat tanggungjawab individu.

Bersedia ke kita untuk membahaskan sama ada kita harus mansuhkan SPM? Kedengaran suara yang mengatakan, “Mana boleh mansuhkan SPM? Jika mansuhkan SPM, macam mana kita nak tentukan kemasukan universiti? Pengagihan biasiswa macam mana?”

Bagus bertanya demikian. Kerana soalan-soalan seperti inilah yang terus menyokong realiti bahawa SPM tidak mengukur kepandaian pelajar. Ia hanya satu mekanisme pengisihan untuk objektif lain. Dekan sosiologi di Nanyang Technology University, Professor Teo You Yenn, ada menulis bahawa sekolah lebih menghargai peranannya dalam mengisih berbanding peranannya dalam mengajar. Saya cenderung untuk percaya inilah yang berlaku sekarang.

Seperti mana-mana “standardized testing” (SAT, GRE, dsb), SPM berperanan sebagai mekanisme pengisihan untuk menentukan pihak yang menang dan pihak yang kalah. SPM menswastakan tanggungjawab pada individu. Yang menang halal rezekinya kerana dia berhak menikmati ganjaran usahanya, yang kalah berhak mendapat nasib yang menimpa mereka kerana itulah, siapa suruh tak belajar bersungguh-sungguh dulu?


[1] Para sarjana mempunyai beberapa pandangan yang berlainan tentang neoliberalisme. Ada yang berpendapat neoliberalisme adalah cara pandang dunia atau sistem ideologi yang mengangkat logik dan nilai moral berdasarkan pasaran, dan ada pula yang berkata ia satu projek politik yang diajukan kumpulan kapitalis korporat. Untuk tujuan esei ini, saya hanya menyentuh sedikit aspek daripada neoliberalisme yang ditekan oleh beberapa sarjana, iaitu “competitive individualism” dan “individualization of responsibility.”

[2] Ini dipengaruhi oleh Ong Ai Hwa yang mentafsirkan neoliberalisme sebagai satu logik pentadbiran yang lunak, dan Teo You Yenn yang merangka konsep “neoliberal morality” iaitu nilai-nilai moral yang dipandukan mengikut logik, perhitungan ataupun pemikiran neoliberalisme.

[3] https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/1600910X.2017.1331858

[4] Untuk penjelasan lanjut mengenai logik neoliberal, rujuk kepada (https://www.isa-sociology.org/uploads/files/EBul-Teo-Jul2012.pdf)

[5] https://discoversociety.org/2018/10/02/meritocracy-as-neoliberal-mantra/

[6] https://www.newyorker.com/magazine/2019/09/30/is-meritocracy-making-everyone-miserable

[7] https://www.facebook.com/notes/yann-wong/were-not-free-to-define-elitism-as-we-please/10155542204141302/)

[8] https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3324-laporan-analisis-keputusan-spm-2019/file

Design a site like this with WordPress.com
Get started