[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Jomo KS

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia 2/2021 pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Jomo KS, yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia. Beliau akan membincangkan persoalan yang menarik dalam kajian Melayu dan Malaysia, yakni “Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia 2/2021 pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Jomo KS, yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia. Beliau akan membincangkan persoalan yang menarik dalam kajian Melayu dan Malaysia, yakni “Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme: Dari Penghargaan Diri kepada Pembinaan Bangsa.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

Program ini akan menggunakan pelantar Zoom untuk 100 peserta pertama. Walau bagaiamanapun, ia juga boleh diakses menerusi Youtube Naratif Malaysia (https://www.youtube.com/c/naratifmalaysia).


Tentatif:

08:30 mlm – 09:30 mlm – Syarahan NM oleh Dr. Jomo KS
09:30 mlm – 09:45 mlm – Ulasan oleh Abdul Halim Ali
09:45 mlm – 10:00 mlm – Ulasan oleh Dr. Muhaimin Sulam
10:00 mlm – 10:30 mlm – Soaljawab dengan hadirin.


BORANG PENDAFTARAN

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Mohamad Abu Bakar

Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis di Malaysia.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

Ini merupakan pra-pendaftaran siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan 3/20202. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, yang merupakan Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, UniSZA, Terengganu. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis di Malaysia.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun orang awam juga dijemput menyertai Syarahan NM ini dengan melakukan pra-pendaftaran terlebih dahulu di bawah.

Tentatif:

8:30 malam – 9:15 malam: Syarahan oleh Prof. Mohamad Abu Bakar
9:15 malam – 9:45 malam: Sesi Q&A bersama Moderator, Sdr. Fairuzzaman Shaharuddin
9:45 malam – 10:30 malam: Sesi Q&A bersama Peserta dan Penggulungan

BORANG PRA-PENDAFTARAN

[Pendaftaran] Wacana Meja Bulat “Langkah Integrasi Kaum di Malaysia”

Pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh.

Wacana Meja Bulat ini bakal membentangkan langkah ke arah integrasi antara kaum di Malaysia menerusi suatu cadangan modul perlaksanaan masyarakat harmoni. Modul ini dibangunkan bersama Merdeka Center berdasarkan siri perbincangan dengan kumpulan sasar melalui sesi FGD bagi mengenal pasti kemungkinan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin dihadapi hasil daripada cadangan sebuah kem harmoni. Selain itu, modul ini turut mempertimbangkan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin wujud menerusi perbincangan daripada bengkel pembinaan kapasiti. Bengkel ini bukan sahaja menyediakan peserta dengan persiapan teknikal tetapi juga teori dan perspektif. Semasa berada dalam komuniti, peserta diberikan satu jurnal yang perlu mereka isi sebagai sebahagian proses refleksi terhadap teori yang mereka bincangkan semasa bengkel.

Ringkasnya, pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh. Malah, ada lebih baik lagi sekiranya lanjutan daripada modul ini dapat melibatkan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandangkan kesemua pihak ini merupakan barisan paling hadapan dalam pembangunan perpaduan di negara kita.

Pembentangan ini akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Langkah Integrasi Kaum Di Malaysia: Suatu Kertas Cadangan Ke Arah Pembangunan Masyarakat Harmoni
Pembentang: Haris Zuan, IKMAS, UKM
Tarikh: 27 Januari 2021 (Rabu)
Masa: 10:30 pagi – 11:30 pagi
Platform: Zoom

TENTATIF:

10:30 pagi – 10:45 pagi : Pembentangan oleh Haris Zuan, IKMAS
10:45 pagi – 11:00 pagi : Ulasan oleh Prof. Dr. Denison Jayasooria, Ahli Majlis Penasihat Kementerian Perpaduan Negara
11:00 pagi – 11:15 pagi – Ulasan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara merangkap Pengasas-Pengarah KITA, UKM
11:15 pagi – 11:30 pagi – Perbincangan hadirin

PENDAFTARAN PENYERTAAN WACANA MEJA BULAT “LANGKAH INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA”

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Syed Farid Alatas

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan pertama pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dr. Syed Farid Alatas, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Peranan Kaum Intelektual: Mencabar Eurosentrisme, Nasionalisme dan Sektarianisme dalam Penghasilan Pengetahuan. Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan pertama pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dr. Syed Farid Alatas, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Peranan Kaum Intelektual: Mencabar Eurosentrisme, Nasionalisme dan Sektarianisme dalam Penghasilan Pengetahuan. Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

BORANG PENDAFTARAN

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Azhar Ibrahim

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan ketiga pada tahun 2020. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Azhar Ibrahim, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam masyarakat negara membangun: “Cara Cendekiawan Melawan.” Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan ketiga pada tahun 2020, selepas Dr. Chandra Muzaffar dan Dr. Jomo K. Sundaram. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Azhar Ibrahim, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam masyarakat negara membangun: “Cara Cendekiawan Melawan.” Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki.


BORANG PENDAFTARAN

Bengkel Pembinaan Kapasiti Penyelidik Muda (Pembentangan Makalah)

Bengkel Pembinaan Kapasiti Penyelidik Muda (Pembentangan Makalah) ini merupakan siri terakhir daripada tiga siri keseluruhan. Bengkel ini bertujuan untuk mempersiapkan sepasukan penyelidik muda dalam bidang sains sosial ke arah menyediakan manuskrip berdasarkan tema yang ditentukan. Bengkel ini dianjurkan oleh NM dengan kerjasama IKMAS, UKM, MARI, USAID dan Kedutaan Amerika Syarikat.

8 Oktober 2020 (Khamis)

1500-1530Pendaftaran
1530-1730Ucapan alu-aluan Pengarah IKMAS  

Ucapan wakil MARI/USAID

Ucapan Pengarah Penerbit UKM

Bicara Sarjana oleh Chandra Muzaffar
“Tugas Cendekiawan Muda: Bagaimana Meneruskan Tradisi Intelektual di Malaysia”  

Minum petang
1830-1930Makan malam
2000-2200Perbincangan Naratif Malaysia
“Perbincangan Mengenai Kedudukan, Peranan dan Cabaran Institusi Pengajian TInggi di Malaysia

9 Oktober 2020 (Jumaat)

0830-1030PANEL 2

Teo Lee Ken (Membina-lentur Masa, Membentuk Ruang: Naratif dan Diskurs Politik di Malaysia)

Muhammad Helmy Abd Ghapar (Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras: Pembentukan Budaya dan Identiti Kepenyokongan Baharu Bola Sepak Malaysia)

Nazrin Zaidi (Kongres Kebudayaan 1971 dan Kongres Budaya 2017: Satu analisis persoalan budaya tinggi dan nasionalisme budaya)
1030-1100Minum pagi
1100-1300PANEL 3

Syahida Johan (Memori, Identiti dan Kelas Sosial dalam Novel-Novel Tash Aw)

Aisyah Tajuddin (Satira Politik di Malaysia: Antara Seni dan Batasan Politik)

Najiha Zainuddin (UNDI18: Kesiapsiagaan Kerajaan dan Pelajar)
1300-1445Makan tengahari & Solat Jumaat
1445-1645PANEL 4

Nabilah Bintul Huda Lutpi (WA’ADAT: Merentasi zaman dan signifikan pada zaman kontemporari)

Fatimah Tajuddin (Naratif Persefahaman dalam Filem Indie Malaysia: Impak filem Gadoh (2009) dalam memecahkan batas etnik dan menggalakkan persefahaman yang mendalam)

Syahida Che Lah (Kerjasama Antara Etnik Dalam Membina Negara Bangsa Melalui Kesepaduan Sosial)
1645-1700Minum petang
1830-1930Makan malam
2000-2200Syarahan Naratif Malaysia oleh Jomo K. Sundram
— “Populisme Perkauman di Malaysia: Suatu Persoalan”

10 Oktober 2020 (Sabtu)

0830-1030PANEL 5

Sazni Salehuddin (Swa-Representasi dan Identiti Digital dalam Polemik Pembentukan Naratif Malaysia)

Muhammad Febriansyah (Black Lives Matter: Respon, Debat dan Kontestasi Aliran Pemikiran di Malaysia)

Muhammad Arif Asyrul Adnan (Naratif Pembangunan dan Populisme Di Malaysia: Pengukuhan Politik Moral dan Kebangkitan Populisme Melayu)

Zaharul Abdullah (Kepelbagaian Kecenderungan Negara Pembangunan Malaysia dari 1971-2020)
1030-1100Minum pagi
1100-1300PANEL 6

Muhamad Azwan Abd Rahman (Pembangunan Sebagai Kebebasan: Di Mana Letaknya Klusif, Inklusif dan Eksklusif di Malaysia?)

Muhammad Rahimi Hasan (Menyingkap Feminisme-Nasionalisme Tanah Melayu (1945-1957))

Ehsan Shahwahid (Islam dan Naratif Pembangunan Malaysia Abad ke-21)

Ab Bassit Husain (MARA Peneraju Transformasi Bangsa: Kelas Menengah Professional dan Usahawan Melayu)

Ahmad Afif Zukipli (Muhasabah Kebangsaan: Sebuah Perspektif dari Konsep Cinta Erich Fromm)

Izzuddin Ramli (Identiti Islam Masyarakat Kelantan di Bandar)
1300-1400Makan tengahari
1400-1645PANEL 7 (ZOOM)

Ooi Kok Hin (Asal-usul PTPTN dan Hutang Pinjaman Pendidikan Tinggi)

Fairuzzaman Shaharuddin (Meneruskan Peranan Intelektual dan Budaya Keintelektualan dalam Zaman Revolusi Industri Keempat)

Amirah Haziqah (Impak Gentrifikasi dalam Pembangunan di Malaysia Terhadap Sosio-Ekonomi Masyarakat dan Globalisasi)

Zikri Rahman (Reformasi Pedagogi Menerusi Intervensi Budaya di Malaysia Pasca-2008: Kajian Kes Terhadap Buku Jalanan)

Yuniza Abdul Latif (Integrasi Etnik dalam Kalangan Belia di Lembah Klang)
1645-1700Minum petang
1830-1930Makan malam
2000-2200Gerak Kerja Kumpulan
— Sesi perbincangan tematik pasukan penyelidikan Naratif Malaysia

11 Oktober 2020 (Ahad)

0830-1000Ucapan Penggulungan oleh Wakil Penerbit UKM

Rumusan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
1000-1030Minum pagi
1030-1200Langkah ke Depan: Apa Selepas Ini?
Wawasan Intelektual Muda oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
Membina Komuniti Sarjana Mandiri, sesi dialog dengan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
1200-1400Makan tengahari / Bersurai

English version is here.

Young Researcher Capacity Building Workshop (Paper Presentation)

Bengkel Pembinaan Kapasiti Penyelidik Muda (Pembentangan Makalah) ini merupakan siri terakhir daripada tiga siri keseluruhan. Bengkel ini bertujuan untuk mempersiapkan sepasukan penyelidik muda dalam bidang sains sosial ke arah menyediakan manuskrip berdasarkan tema yang ditentukan. Bengkel ini dianjurkan oleh NM dengan kerjasama IKMAS, UKM, MARI, USAID dan Kedutaan Amerika Syarikat.

8 Oktober 2020 (Khamis)

1500-1530Registration
1530-1730Speech by IKMAS Director

Speech by MARI/USAID Representative

Speech by the UKM Press Director

Dialogue with Chandra Muzaffar
“The Role of Young Intellectual: How to Proceed Intellectual Tradition in Malaysia”

Tea time
1830-1930Lunch
2000-2200PANEL 1

Teo Lee Ken (Constructing Time, Producing Spaces: Political Narrative and Discourse in Malaysia

Muhammad Helmy Abd Ghapar (From Footbal Club to Ultras: The Cultural and Identity Formation of New Football Suppoters in Malaysia)

Nazrin Zaidi (Cultural Congress 1971 and 2017: Analysing the Question of High Culture and Cultural Nationalism)

9 Oktober 2020 (Jumaat)

0830-1030PANEL 2

Syahida Johan (Memory, Identity and Social Class in Tash Aw’s Novels)

Aisyah Tajuddin (The Status of Political Satire in Malaysia: The Art Form and Its Limitations)

Najiha Zainuddin (UNDI18: Kesiapsiagaan Kerajaan dan Pelajar)
1030-1100Tea time
1100-1300PANEL 3

Nabilah Bintul Huda Lutpi (Wa’adat: Beyond Time Its Significance for the Contemporary World)

Fatimah Tajuddin (Understanding Narration in Malaysia Indie Films)

Syahida Che Lah (The Ethnic Cooperative Elements in Constructing Nation-State via Social Integration)
1300-1445Lunch
1445-1645PANEL 4

Zikri Rahman (Cultural Movement Post-GE12: The Case Study of Buku Jalanan, Borneo Komrad and Kuliah Buku)

Sazni Salehuddin (Self-Representation and Digital Identity in the Polemics of Malaysian Narrative)

Muhammad Febriansyah (Black Lives Matter: Its Response, Debate and Contestation in Malaysia)
1645-1700Tea time
1830-1930Dinner
2000-2230Naratif Malaysia Lecture by Jomo K. Sundram
— “Racial Populisme in Malaysia: A Question”

10 Oktober 2020 (Sabtu)

0830-1030PANEL 5

Muhammad Arif Asyrul Adnan (Developmental Narrative and Populism in Malaysia: Strentening Moral Politics and the Rise of Malay Populisme)

Zaharul Abdullah (Kepelbagaian Kecenderungan Negara Pembangunan Malaysia dari 1971-2020)

Muhamad Azwan Abd Rahman (Pembangunan Sebagai Kebebasan: Di Mana Letaknya Klusif, Inklusif dan Eksklusif di Malaysia?) (Development as Freedom: The Location of Clusive, Inclusive and Exclusive in Malaysia)

Muhammad Rahimi Hasan (Unfolding thef ‘Feminism-Nationalism’ in Malay Peninsular, 1946-1957)
1030-1100Minum pagi
1100-1300PANEL 6

Izzuddin Ramli (Kelantanese Islamic Identity in Kuala Lumpur)

Ehsan Shahwahid (Islam and The Malaysia Narrative of Development in the 21st Century)

Ab Bassit Husain (MARA in Driving Nation Transformation: Professional Middle Class and Malay Entrepenuer)

Ahmad Afif Zukipli (Muhasabah Kebangsaan: Sebuah Perspektif dari Konsep Cinta Erich Fromm) (Reflection on Nationalism: A Perspective from Erich Fromm’s Concept of Love)
1300-1430Makan tengahari
1445-1645PANEL 7 (ZOOM)

Ooi Kok Hin (Asal-usul PTPTN dan Hutang Pinjaman Pendidikan Tinggi) (The Origin of PTPN and High Education Loan Debt)

Yuniza Abdul Latif (Integrasi Etnik dalam Kalangan Belia di Lembah Klang) (Ethnic Integration of Youth in Klang Valley)

Fairuzzaman Shaharuddin (Reviving the Role of Intellectuals and Its Culture in the Age of Fourth Industrial Revolution (Ri4))

Amirah Haziqah (Gentrification impact in Malaysian Development for Social-Economic of Society and Globalisastion)
1645-1700Tea time
1830-1930Dinner
2000-2200Group Discussion
— A Discussion on the Reseach Implementation of Naratif Malaysia

11 Oktober 2020 (Ahad)

0830-1030Conclusion by a UKM Press editor

Conclusion by Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
1030-1100Tea time
1100-1200Moving Forward: What’s Next?
Young Intellectual Vison by Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
Formatingan Autonomous Scholar Community, a dialogue with dengan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong
1200-1400Lunch/ End

Naratif Malaysia Lecture Series by Alka Menon

How do beauty ideals spread transnationally? This talk addresses the phenomenon of cultural globalization using the case of beauty ideals for cosmetic surgery in Malaysia. In it, I argue that Malaysian cosmetic surgeons mediate between transnational beauty ideals and national tastes.

Title: 

Constructing an Asian Look: Beauty Ideals and Cosmetic Surgery in Malaysia

Event details:

Time: 10:30 AM -12:00 PM
Date: March 4, 2020
Venue: IKMAS Meeting Room, UKM, Bandar Baru Bangi
All are welcome

Location:

Abstract:

How do beauty ideals spread transnationally? This talk addresses the phenomenon of cultural globalization using the case of beauty ideals for cosmetic surgery in Malaysia. In it, I argue that Malaysian cosmetic surgeons balance and mediate between transnational beauty ideals and national tastes, producing embodied cosmetic surgery looks for individual patients. Malaysian cosmetic surgeons facilitate the spread of regional cultural forms from around Asia in selectively drawing on circulating beauty ideals in constructing different “looks” for their patients. This intermediary role has broader implications for how to think about the flow of ideas and concepts across national borders.

Short biodata: 

Alka Menon is an Assistant Professor of Sociology at Yale University, where she is also a Research Fellow at the MacMillan Center for International and Area Studies and member of the Yale Council on Southeast Asian Studies. Her research examines the effects of globalization and medical consumerism on physician authority and healthcare. Her work has been published in Ethnic and Racial Studies, Social Science & Medicine, and Poetics. Menon received her PhD in Sociology from Northwestern University in 2018.

Wacana Naratif Malaysia oleh Ehsan Shahwahid

Pembentangan ini akan membahaskan perihal kebebasan beragama menerusi perspektif ‘Critical Muslim Studies.’ Perspektif yang baharu ini dapat membantu untuk mencermati dengan lebih halus mengenai kerumitan hubungan antara agama dengan dimensi sosial yang lain.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [5/2020]

Kebebasan Beragama: Suatu Perspektif ‘Critical Muslim Studies’

Penyampai: Ehsan Shahwahid, IRF
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 5 Mac 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, Bersebelahan Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan membahaskan perihal kebebasan beragama menerusi perspektif ‘Critical Muslim Studies.’ Perspektif yang baharu yang dikembangkan oleh kalangan pemikir yang berpusat di University of Leeds ini dapat membantu untuk mencermati dengan lebih halus mengenai kerumitan hubungan antara agama dengan dimensi sosial yang lain. Selain itu, pembentangan ini akan turut meninjau bagaimana perspektif ‘Critical Muslim Studies’ ini bukan sahaja menyelongkar ketirisan pemikiran beberapa gerakan dalam kalangan Muslim, akan tetapi turut mengkritik kecetekan pemikiran Barat dalam menelaah tabii dunia Muslim.

Biodata:

Ehsan Shahwahid merupakan koordinator Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau menerima pendidikan dalam MA (Sosiologi dan Antropologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain turut memperoleh tahap pendidikan yang sam dari Universiti of Leeds dalam kajian mengenai agama. Bidang penyelidikan beliau adalah mengenai gerakan muslim dan kebebasan beragama.

Lokasi:

Bilik Mesyuarat LESTARI
Bersebelahan Bangunan Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Wacana Naratif Malaysia oleh Mansor Mohd Noor

Pembentangan ini akan meneroka teori batas etnik dan aplikasinya dalam mengamati kerencaman yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Batas Etnik akan dikupas menerusi beberapa aspek antaranya takrif, evolusi, struktur, fungsi dan aplikasinya.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [4/2020]

Batas Etnik: Mengukur Masyarakat Malaysia yang Rencam

Penyampai: Prof. Dr. Mansor Mohd Noor
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 27 Februari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Inovasi PJK, Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan meneroka teori batas etnik dan aplikasinya dalam mengamati kerencaman yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Batas Etnik akan dikupas menerusi beberapa aspek antaranya takrif, evolusi, struktur, fungsi dan aplikasinya. Menerusi pendekatan ini, teori batas etnik diterapkan dalam mengukur kepelbagaian yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, teori batas etnik ini membantu kita untuk menganalisa skala perubahan sesebuah masyarakat, yang merangkumi daripada kemajmukan kepada kedinamikannya.

Biodata:

Profesor Dr. Mansor Mohd Noor merupakan Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Kepakaran beliau adalah dalam teori sosiologi, khususnya berkaitan dengan kajian etnik dalam topik batas etnik (ethnic boundary). Beliau menerima pendidikan Ph.D daripada University of Bristol di bawah penyeliaan Michael Banton, seorang ahli sosiologi terkenal dalam kajian etnik dan kaum.

Lokasi:

Bilik Inovasi PJK, Bangunan IKMAS
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Wacana Naratif Malaysia oleh Hasmi Hashim

Pembentangan ini akan meninjau beberapa kegagalan dalam projek Nusantara. Kegagalan –dalam sejarah– ini didorong oleh keterbatasan projek yang sebelumnya yang hanya berorientasikan kepada kerangka politik semata-mata. Dengan meneroka kerangka budaya, projek ini boleh direalisasikan.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [3/2020]

Gagasan Nusantara: Projek Kebudayaan Serantau

Penyampai: Hasmi Hashim, Penulis/Budayawan
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 20 Februari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat IKMAS, Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan meninjau beberapa kegagalan dalam projek Nusantara. Kegagalan –dalam sejarah– ini didorong oleh keterbatasan projek yang sebelumnya yang hanya berorientasikan kepada kerangka politik semata-mata. Dengan melihat ruang dan peluang yang terdapat dalam kerangka budaya, suatu projek mengenai kenusantaraan boleh direalisasikan. Ini kerana, menerusi kerangka budaya, sepertimana sesuai dengan bentuk dan sifatnya, adalah berupaya untuk mengubah suatu yang bersifat kemustahilan kepada kemungkinan. Dengan perubahan paradigma ini, maka idea Nusantara, hakikatnya, bukan lagi sekadar dambaan dan labirin. Ia adalah usaha kolektif yang menuntut noktah.

Lokasi:

Bilik Mesyuarat IKMAS
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Syarahan Naratif Malaysia oleh Sufian Jusoh

Kerajaan perlu berani memperkenalkan dasar liberal yang memberdayakan Melayu untuk memecahkan ‘tempurungnya’ sendiri. Tanpa dasar liberal ini, maka orang Melayu akan kehilangan peluang untuk memanifestasikan potensinya sendiri.

SIRI SYARAHAN NARATIF MALAYSIA BIL. 2020/1

Memecah Tempurung Melayu: Membina Bangsa yang Mencabar Diri

Penyampai: Prof. Dr. Sufian Jusoh, IKMAS UKM
Tarikh: 10 Februari 2020
Masa: 10.00am – 12.00pm
Tempat: IKMAS Meeting Room, UKM Bangi

Abstrak

Dalam menangani zaman pasca-globalisasi, mentaliti serta atitud Melayu perlu berubah. Justeru itu, pembentangan ingin meneroka mengenai keterbatasan serta keupayaan yang dimiliki oleh orang Melayu dalam pengalaman Malaysia. Usaha ini tidaklah begitu sukar memandangkan sudahpun terdapat perubahan di kalangan orang Melayu itu sendiri. Ini terbukti tatkala terdapat orang Melayu yang telah berjaya di atas usaha mereka sendiri, meskipun fakta ini tidaklah menafikan terdapat juga yang masih menggunakan ‘tongkat’ (walaupun mere sebenarnya ada keupayaan untuk berdikari). Lantaran itu, pembentangan ini mencadangkan bahawa usaha yang perlu digiatkan untuk Melayu terus berjaya adalah dengan membebaskan Melayu dari cengkaman dasar kerajaan. Ini kerana, cengkaman ‘dari atas’ ini bukan sahaja merugikan orang Melayu akan tetapi turut merugikan Malaysia secara keseluruhannya. Lantas, kerajaan perlu berani memperkenalkan dasar liberal yang memberdayakan Melayu untuk memecahkan ‘tempurungnya’ sendiri serta mampu bersaing dengan bangsa dan negara lain. Tanpa dasar liberal ini, maka orang Melayu akan kehilangan peluang untuk memanifestasikan potensinya sendiri.

Biodata

Profesor Dr. Sufian Jusoh merupakan Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) dalam bidang perdagangan antarabangsa. Beliau juga merupakan pengerusi untuk kursi ASEAN Integration Grand Challenge di UKM. Selain itu, beliau turut terlibat dalam World Trade Institute (WTI) yang berpangkalan di Universiti Bern, Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) di bawah Kementerian Luar Negeri serta ahli kepada Pacific Economic Cooperation Council Malaysian Chapter. Sehingga kini, beliau memainkan peranan penting dalam reformasi undang-undang perlaburan di Myanmar, Timor Leste, Laos and the Federated States of Micronesia.

Profesor Sufian merupakan Barrister-at-Law (England & Wales) of Lincoln’s Inn, London. Sufian serta memperoleh pendidikan LL.B daripada Cardiff Law School, LL.M (Merit) daripada University College London and a Doctor in Law (summa Cum Laude) daripada Universiti Bern, Switzerland.

Design a site like this with WordPress.com
Get started