[Pendaftaran] Wacana Meja Bulat “Langkah Integrasi Kaum di Malaysia”

Pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh.

Wacana Meja Bulat ini bakal membentangkan langkah ke arah integrasi antara kaum di Malaysia menerusi suatu cadangan modul perlaksanaan masyarakat harmoni. Modul ini dibangunkan bersama Merdeka Center berdasarkan siri perbincangan dengan kumpulan sasar melalui sesi FGD bagi mengenal pasti kemungkinan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin dihadapi hasil daripada cadangan sebuah kem harmoni. Selain itu, modul ini turut mempertimbangkan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin wujud menerusi perbincangan daripada bengkel pembinaan kapasiti. Bengkel ini bukan sahaja menyediakan peserta dengan persiapan teknikal tetapi juga teori dan perspektif. Semasa berada dalam komuniti, peserta diberikan satu jurnal yang perlu mereka isi sebagai sebahagian proses refleksi terhadap teori yang mereka bincangkan semasa bengkel.

Ringkasnya, pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh. Malah, ada lebih baik lagi sekiranya lanjutan daripada modul ini dapat melibatkan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandangkan kesemua pihak ini merupakan barisan paling hadapan dalam pembangunan perpaduan di negara kita.

Pembentangan ini akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Langkah Integrasi Kaum Di Malaysia: Suatu Kertas Cadangan Ke Arah Pembangunan Masyarakat Harmoni
Pembentang: Haris Zuan, IKMAS, UKM
Tarikh: 27 Januari 2021 (Rabu)
Masa: 10:30 pagi – 11:30 pagi
Platform: Zoom

TENTATIF:

10:30 pagi – 10:45 pagi : Pembentangan oleh Haris Zuan, IKMAS
10:45 pagi – 11:00 pagi : Ulasan oleh Prof. Dr. Denison Jayasooria, Ahli Majlis Penasihat Kementerian Perpaduan Negara
11:00 pagi – 11:15 pagi – Ulasan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara merangkap Pengasas-Pengarah KITA, UKM
11:15 pagi – 11:30 pagi – Perbincangan hadirin

PENDAFTARAN PENYERTAAN WACANA MEJA BULAT “LANGKAH INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA”

Wacana Naratif Malaysia oleh Ehsan Shahwahid

Pembentangan ini akan membahaskan perihal kebebasan beragama menerusi perspektif ‘Critical Muslim Studies.’ Perspektif yang baharu ini dapat membantu untuk mencermati dengan lebih halus mengenai kerumitan hubungan antara agama dengan dimensi sosial yang lain.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [5/2020]

Kebebasan Beragama: Suatu Perspektif ‘Critical Muslim Studies’

Penyampai: Ehsan Shahwahid, IRF
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 5 Mac 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, Bersebelahan Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan membahaskan perihal kebebasan beragama menerusi perspektif ‘Critical Muslim Studies.’ Perspektif yang baharu yang dikembangkan oleh kalangan pemikir yang berpusat di University of Leeds ini dapat membantu untuk mencermati dengan lebih halus mengenai kerumitan hubungan antara agama dengan dimensi sosial yang lain. Selain itu, pembentangan ini akan turut meninjau bagaimana perspektif ‘Critical Muslim Studies’ ini bukan sahaja menyelongkar ketirisan pemikiran beberapa gerakan dalam kalangan Muslim, akan tetapi turut mengkritik kecetekan pemikiran Barat dalam menelaah tabii dunia Muslim.

Biodata:

Ehsan Shahwahid merupakan koordinator Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau menerima pendidikan dalam MA (Sosiologi dan Antropologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain turut memperoleh tahap pendidikan yang sam dari Universiti of Leeds dalam kajian mengenai agama. Bidang penyelidikan beliau adalah mengenai gerakan muslim dan kebebasan beragama.

Lokasi:

Bilik Mesyuarat LESTARI
Bersebelahan Bangunan Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Wacana Naratif Malaysia oleh Mansor Mohd Noor

Pembentangan ini akan meneroka teori batas etnik dan aplikasinya dalam mengamati kerencaman yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Batas Etnik akan dikupas menerusi beberapa aspek antaranya takrif, evolusi, struktur, fungsi dan aplikasinya.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [4/2020]

Batas Etnik: Mengukur Masyarakat Malaysia yang Rencam

Penyampai: Prof. Dr. Mansor Mohd Noor
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 27 Februari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Inovasi PJK, Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan meneroka teori batas etnik dan aplikasinya dalam mengamati kerencaman yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Batas Etnik akan dikupas menerusi beberapa aspek antaranya takrif, evolusi, struktur, fungsi dan aplikasinya. Menerusi pendekatan ini, teori batas etnik diterapkan dalam mengukur kepelbagaian yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, teori batas etnik ini membantu kita untuk menganalisa skala perubahan sesebuah masyarakat, yang merangkumi daripada kemajmukan kepada kedinamikannya.

Biodata:

Profesor Dr. Mansor Mohd Noor merupakan Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Kepakaran beliau adalah dalam teori sosiologi, khususnya berkaitan dengan kajian etnik dalam topik batas etnik (ethnic boundary). Beliau menerima pendidikan Ph.D daripada University of Bristol di bawah penyeliaan Michael Banton, seorang ahli sosiologi terkenal dalam kajian etnik dan kaum.

Lokasi:

Bilik Inovasi PJK, Bangunan IKMAS
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Wacana Naratif Malaysia oleh Hasmi Hashim

Pembentangan ini akan meninjau beberapa kegagalan dalam projek Nusantara. Kegagalan –dalam sejarah– ini didorong oleh keterbatasan projek yang sebelumnya yang hanya berorientasikan kepada kerangka politik semata-mata. Dengan meneroka kerangka budaya, projek ini boleh direalisasikan.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [3/2020]

Gagasan Nusantara: Projek Kebudayaan Serantau

Penyampai: Hasmi Hashim, Penulis/Budayawan
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 20 Februari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat IKMAS, Bangunan IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini akan meninjau beberapa kegagalan dalam projek Nusantara. Kegagalan –dalam sejarah– ini didorong oleh keterbatasan projek yang sebelumnya yang hanya berorientasikan kepada kerangka politik semata-mata. Dengan melihat ruang dan peluang yang terdapat dalam kerangka budaya, suatu projek mengenai kenusantaraan boleh direalisasikan. Ini kerana, menerusi kerangka budaya, sepertimana sesuai dengan bentuk dan sifatnya, adalah berupaya untuk mengubah suatu yang bersifat kemustahilan kepada kemungkinan. Dengan perubahan paradigma ini, maka idea Nusantara, hakikatnya, bukan lagi sekadar dambaan dan labirin. Ia adalah usaha kolektif yang menuntut noktah.

Lokasi:

Bilik Mesyuarat IKMAS
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN

Wacana Naratif Malaysia oleh Ashraf Hadi

Gandingan PAS-UMNO dilihat selesa dalam membawa agenda perkauman dan agama, lantas bagaimanakah bentuk negara idaman yang diimpikan oleh gandingan ini pasca PRU-14?

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [2/2020]

Negara Idaman PAS-UMNO: Harapan di Sebalik Sebuah Pakatan Baharu

Penyampai: Ashraf Hadi
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 6 Februari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Tanggal 9 Mei 2019 merupakan detik bersejarah bagi kekalahan UMNO sebagai parti pemerintah yang mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini menyebabkan pentadbiran negara telah bertukar kuasa dari BN kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Namun begitu, kekalahan UMNO pada PRU-14 ini menjadi titik temu untuk UMNO dan PAS berkerjasama dalam Muafakat Nasional. Hal ini kerana, sebelum PRU-14 PAS dan UMNO saling menafikan untuk berkerjasama atau bergabung di antara satu sama lain. Di samping itu, PAS-UMNO juga dilihat selesa dalam membawa agenda perkauman dan agama demi kelangsungan politik mereka. Oleh hal demikian, dengan peningkatan isu agama dan kaum yang diputarkan PAS-UMNO, maka bagaimanakah negara idaman yang diimpikan oleh PAS-UMNO pasca PRU-14 ini?

Wacana Naratif Malaysia oleh Nazrin Zaidi

Pembentangan ini cuba merangka pendekatan sistesis etnisiti dan kelas bagi memahami kontruksi modal budaya yang terjelma (embodied) di Malaysia –dalam ragam penulisan– sebagai sebuah kunci analitikal.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM [1/2020]

Paradigma Budaya dalam Merebut Takrif Negara-Bangsa Idaman

Penyampai: Mohd Nazrin Zaidi
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 16 Januari 2020 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat IKMAS, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Kajian Malaysia ditabiri oleh beberapa paradigma besar yang terbentuk demikian kesan daripada kolonialisasi British. Tidak dinafikan karakter bidang sains sosial di Malaysia tidak dapat lari daripada memposisikan paradigma kelas dan juga etnisiti berdasarkan polemik dan magnitud kesarjanaan tersendiri. Penulisan ini cuba merangka pendekatan sistesis etnisiti dan kelas bagi memahami kontruksi modal budaya yang terjelma (embodied) di Malaysia seperti seni, penerbitan penulisan akademik popular, jurnalistik, kesusasteraan, gosip maya dan lain-lain sebagai sebuah kunci analitikal menerusi paradigma budaya untuk mengkaji negara bangsa dan nasionalisme Melayu. Daripada pengalaman kebudayaan takrifan pemerintah dan takrifan keseharian setiapnya terbentuk menerusi interaksi aktor dalam realiti rosial. Dan ini memberi legitimasi untuk sesuatu budaya yang mendominasi atau didominasi sekaligus membentuk penerimaan dan pengambilan posisi (position taking). Hal ini malah membentuk lapangan kuasa-idea yang persepstif dilatari oleh pengalaman sejarah struktural kolonial seperti etnisiti dan ketaksamaan ekonomi. Kumpulan-kumpulan sosial yang terbentuk menerusi institusi/ruang formal dan tidak formal yang terbentuk berangkat daripada latar modal budaya yang berbeda-beda kemudiannya menyedari budaya autonomi telah ditanggapi secara arbitrari (berbagai dan tidak tentu) menyebabkan ia menjadi rencana politikal yang perlu dicita-citakan kerana terdapatnya runtuhan simbolik. Keupayaan imaginasi dan keinginan nasionalisme kumpulan-kumpulan ini tentang negara bangsa idaman yang digerakkan oleh moraliti agama, nilai dan mitos etnik telah dimanifestasikan menerusi akumulasi modal budaya dan kecenderungan (dispositions) untuk menanda batas identiti, sosial dan politikal; bagi merebut takrifan budaya.

Wacana Naratif Malaysia oleh Rizal Hamdan

Namun di sebalik kerumitan dan konflik ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar luar negara yang lunak, diplomatik dan strategik sehingga berjaya memberi kelebihan kepada sebuah negara baharu seperti Malaysia.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM

Dinamika Dasar Luar Negeri Pasca Pembentukan Malaysia (163-1973)

Penyampai: Mohd Rizal Hamdan
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 19 Disember 2019 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Pembentangan ini menjejaki dinamika dasar luar Malaysia dari tahun 1963-1973 ketika kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara menghadapi cabaran getir. Fasa-fasa genting pada tempoh tersebut telahpun melibatkan permasalahan hubungan antarabangsa dengan Indonesia yang melancarkan konfrontasi bersenjatan dan Filipina yang menuntut hak milik ke atas Sabah. Manakala konflik dalaman memicu kepada pemisahan Singapura pada tahun 1965 telahpun memperburukkan lagi keadaan sehingga tercetusnya hubungan antara kaum pada thaun 1969. Namun di sebalik kerumitan dan konflik ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar luar negara yang lunak, diplomatik dan strategik sehingga berjaya memberi kelebihan kepada sebuah negara baharu seperti Malaysia.

Wacana Naratif Malaysia oleh Muhammad Helmy

Buat pertama kalinya dalam sejarah kepenyokongan bola sepak di Malaysia, telah wujud satu kelompok penyokong bola sepak baharu yang menamakan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Pembentukan kelompok kepenyokongan ini boleh dikatakan berbeza sama sekali dengan tempat-tempat lain.

Helmy

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM

Ultras Malaya: Pembentukan Budaya Kepenyokongan Bola Sepak di Malaysia

Penyampai: Muhammad Helmy Abdul Gapar
Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Tarikh: 12 Disember 2019 (Khamis)
Tempat: Bilek Mesyuarat LESTARI, UKM
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak:

Keputusan buruk yang dicatatkan oleh pasukan bola sepak Malaysia ketika Kejohanan Piala Asia 2007 telah membawa kepada satu pembentukan budaya kepenyokongan baharu dalam lanskap sukan bola sepak tanah air. Buat pertama kalinya dalam sejarah kepenyokongan bola sepak di Malaysia, telah wujud satu kelompok penyokong bola sepak baharu yang menamakan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Pembentukan kelompok kepenyokongan ini boleh dikatakan berbeza sama sekali dengan pembentukan kelompok kepenyokongan di Eropah, Timur Tengah, dan juga Amerika Selatan. Perbezaan yang jelas adalah kelompok ini tidak menjadikan pasukan setempat sebagai pasukan dukungan, tetapi lebih tertumpu kepada pasukan kebangsaan. Fenomena yang wujud ini kemudiannya secara perlahan-lahan menjadi semacam epedemik dalam ruang sukan bola sepak tanah air apabila kemunculan Ultras Malaya ini menjadi titik tolak kepada pembentukan budaya Ultras di seluruh pelusuk negeri dan juga daerah. Penelitian awal ini memberi fokus kepada pembentukan awal budaya Ultras dalam lanskap sukan bola sepak di Malaysia.

Wacana Naratif Malaysia oleh Rahimi Hasan

Dalam hal ini, Aishah Ghani (1923-2013), seorang tokoh nasionalis cum feminis mengimaginasikan rupa Malaysia pada tahun 2020. Ia merangkumi pandangan tentang (i) perpaduan kaum, (ii) peranan sejarah, bahasa dan budaya kebangsaan, (iii) sistem pendidikan dan (iv) taraf wanita Malaysia.

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM

Malaysia dalam Impian Aishah Ghani

Penyampai: Muhammad Rahimi Hasan
Tempat: Bilik Perbincangan II (IKMAS)
Masa: 10 pagi – 12:00 tengahari
Tarikh: 5 Disember 2019
Semua dialu-alukan hadir

Abstrak

Kertas kerja bertajuk ‘Malaysia: The Way Forward’ yang kemudian telah dijenamakan sebagai ‘Wawasan 2020’ secara tidak langsung mencitrakan gagasan rasmi pemerintah mengenai rupa bangsa Malaysia. Meskipun ia diangkat sebagai gagasan rasmi Kerajaan Malaysia mengenai rupa bangsa Malaysia pada tahun 2020, ia sebenarnya bukan suatu penakrifan yang tuntas. Gagasan ini terbuka untuk perbincangan dan kritikan, seraya mengundang imaginasi tentang masa depan Malaysia pada tahun 2020. Dalam hal ini, Aishah Ghani (1923-2013), seorang tokoh nasionalis cum feminis mengimaginasikan rupa Malaysia pada tahun 2020. Ia merangkumi pandangan tentang (i) perpaduan kaum, (ii) peranan sejarah, bahasa dan budaya kebangsaan, (iii) sistem pendidikan dan (iv) taraf wanita Malaysia. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan membincangkan pandangan tokoh ini mengenai aspek-aspek tersebut dan menyemak realiti kini yang rata-ratanya didapati tersasar jauh daripada harapan rupa bangsa Malaysia yang beliau bayangkan di ambang tahun 2020. Akan tetapi, ia masih segar dalam sebahagian warga Malaysia yang mendukung impian seumpamanya.

Pendaftaran:

Wacana Naratif Malaysia oleh Razan Rose’

Landskap ditanggapi sebagai suatu ruang di mana cita sosial dan persejarahan diluah, diterbit, dan digunakan oleh individu yang mengikat diri mereka kepada landskap tersebut di mana identiti ditemukan, mengeras, dan terjelma dalam bernama komuniti.

Razan

SIRI PEMBENTANGAN HANG NADIM

Landskap Melayu: Mencitra Peribadi Bangsa

Penyampai: Razan Rose’, Universiti Sains Malaysia (USM)
Masa: 10 pagi – 12:00 tengahari
Tarikh: 28 November 2019
Tempat: Bilek Mesyuarat IKMAS
Semua dijemput hadir

Dalam tahun-tahun 30-an di Tanah Melayu, banyak kedengaran anjuran-anjuran supaya orang Melayu kembali kepada “pekerjaan asal” mereka iaitu bertani; di belakangnya ada rangsangan ekonomi yang jelas misalnya membabitkan hal-hal pemilikan tanah serta pemberdayaan ekonomi orang Melayu. Saranan sebegini lazimnya disulami dengan pernyataan dan perlambangan yang mengisyaratkan kewujudan suatu keadaan azali bagi orang Melayu. Dalam erti kata, pertanian dianggap, serta diperlihatkan, sebagai pekerjaan turun-temurun orang Melayu dan seterusnya membentuk sebahagian daripada teras Kemelayuan. Di sini, pekerjaan beroleh peranan baru sebagai penanda identiti; dan ia tidak hadir secara bersendirian melainkan menempati sebuah persekitaran khusus, lengkap dengan sifat-sifatnya tersendiri, yang kemudiannya mempengaruhi pembudayaan manusia yang menempatinya. Pertautan kerja-persekitaran-budaya membentuk unsur teras yang menjadi sandaran terhadap identiti kelompok yang terangkum, serta memperoleh maknanya, dalam pemberdayaan landskap secara bersama. Justeru, landskap ditanggapi sebagai suatu ruang di mana cita sosial dan persejarahan diluah, diterbit, dan digunakan oleh individu yang mengikat diri mereka kepada landskap tersebut di mana identiti ditemukan, mengeras, dan terjelma dalam suatu representasi nyata bernama komuniti. Makalah ini menanggapi pembentukan identiti Melayu–Kemelayuan tahun-tahun 30-an yang dicitrakan lewat pemaparan landskap khusus orang Melayu dalam imej-imej visual yang terpilih.

Pendaftaran:

Design a site like this with WordPress.com
Get started