Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis Di Malaysia

Saya tegaskan bahawa dengan mengatakan bahawa dengan tradisi sedia ada, jalur yang sudah wujud dan berkembang, kita bukan sahaja memiliki benih-benih intelektualisme dalam masyarakat tetapi lulusan-lulusan universiti. Kita mempunyai puluhan universiti awam, ditambah dengan universiti swasta yang berpotensi menjadi batu-bata bagi pembinaan tradisi intelektual. Namun, persoalannya sejauh manakah mereka ini membaca, mengikuti wacana seperti ini, mengasah bakat untuk berfikir?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang saya hormati saudara-saudari yang mengikuti syarahan kita yang bertajuk Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis di Malaysia. Dalam kita memerihal dan memperjelas tajuk ini, mahu atau tidak, kita tentulah terhala ke arah perkataan intelektual itu sendiri. Sebentar tadi, saudara moderator telah menjenguk sedikit sebanyak bagi memaknakannya. Bagi memudahkan pembicaraan, kita hanya sekadar merujuk intelektual ini sebagai golongan yang menggabungkan ilmu dan kepekaan sosial. Ertinya, apabila kita mengatakan orang berilmu, mereka tidak semestinya berkelulusan universiti. Cuma kebetulan dalam sejarah, khasnya sejarah moden mereka yang berkaitan adalah berkelulusan universiti.

Tuntutan Intelektual

Jadi, apabila kita mengatakan tuntutan intelektual, kita semacam menghalakan pandangan kepada kelompok yang kadangkala dicemuh sebagai kelompok menara gading. Apabila mereka dapat menurunkan diri, menjenguk ke alam sosial, mereka itu sebenarnya telah menjadi human transformer iaitu orang yang menggunakan brain power yang tidak dibantu dengan kedudukannya di menara gading. Jika inilah halnya, kita mempunyai tradisi yang agak panjang kerana ia boleh merujuk kepada penasihat istana, sarjana intelektual, pemikir sosial dan aktivis awam yang muncul dari semasa ke semasa. Jelasnya, tradisi ini wujud. Persoalan sama ada tradisi ini kukuh ataupun tidak, itu yang akan kita bahaskan. Seperti disebutkan oleh saudara moderator tadi, tradisi ini menepati atau tidak dengan tuntutan zaman.

Kedua, yang menghalakan kita ke arah persoalan ini adalah kerana memikirkan pada akhir-akhir ini wujudnya pendemokrasian. Dengan demokrasi liberal yang menyelubungi kehidupan kita, dengan media sosial yang memungkinkan kita bergerak semakin bebas, malah dengan kebebasan yang diberikan oleh pihak pemerintah sendiri dan dicampur pula dengan globalisasi. Kesemua ini ialah resipi yang seharusnya menyuntik, menggerak dan membolehkan kita melahirkan tradisi intelektual yang lebih kukuh. Hal ini akan kita jenguk juga—apakah pemandulan masih berlaku dalam konteks pembugaran intelektual dalam masyarakat? Ini dua perkara yang akan kita jenguk bersama.

Lima Gelombang Dalam Sejarah Tradisi Intelektual

Dalam syarahan ini, kita juga berhadapan dengan para peserta yang datangnya dari pelbagai universiti dan pusat pengajian tinggi. Apa yang saya nampak mereka ialah generasi baharu atau generasi muda yang belum begitu arif dan kenal lagi dengan tradisi lama kita yang penting. Sebelum kita mengkritik keadaan sekarang, maka ia memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan tentang perkara lalu.

Saya pernah menyimpulkan dalam satu ucapan yang panjang lebar suatu masa dahulu bahawa tradisi intelektual kita telah mengharungi sekurang-kurangnya lima gelombang. Pertama, pendakwah di zaman silam dan penasihat istana merupakan transmitters of knowledge. Penerjemah karya-karya agung dari luar seperti Timur Tengah cuba membumikan pengetahuan ini untuk rakyat. Ataupun menasihati raja untuk menjadi raja yang baik, sopan, berkelakuan senonoh dengan kitab-kitab yang mereka sendiri lahirkan. Di Melaka sendiri, tradisi ini agak kukuh dengan Sultan Mahmud Shah yang dikelilingi maulana; Sultan Mansur Shah yang khusus dengan Maulana Abu Bakar; dan sultan-sultan lain. Di samping melahirkan kitab-kitab yang dianggap baik seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Manakala di Terengganu, kita pernah mendengar Syeikh Abdul Malik, Sultan Zainal Abidin I, Tok Ku Paloh dan Tok Syeikh Duyung pada zaman Sultan Zainal Abidin III, serta Sheikh Daud al-Fatani dari Patani. Jadi, pengasasan tradisi intelektual telah berlaku. Sama ada merebak atau tidak, kritis atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting, adanya kepedulian sosial dalam kalangan ilmuan pada masa itu.

Gelombang kedua tiba di pekarangan hidup kita pada awal kurun ke-20 dengan Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan sebagainya yang digelar golongan reformis Islam yang menyelenggarakan islah islamiah—persoalan kemajuan orang Melayu berbanding orang bukan Melayu, kedudukan sosioekonomi mereka dan bagaimana orang-orang Melayu diselubungi khurafat dan bidaah. Jadi, mereka melalui akhbar-akhbar seperti Al-Imam, Al-Ikhwan dan Idaran Zaman telah tampil menyemarakkan semangat pemodenan berdasarkan dan berlatar belakangkan kehidupan bukan Melayu dengan membandingkannya atau menyuluh menggunakan teropong kebaratan tentang kemodenan, kemajuan dan sebagainya. Orang Melayu sedikit sebanyak tersuntik dengan apa yang disebutkan tadi. Malah, apa yang dibawa oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi meskipun agak di luar mainstream tadi, dianggap sebagai sebahagian lanskap melalui karya-karyanya seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Gelombang ketiga ialah para sasterawan negara. Meski belum dinobatkan dengan gelaran sedemikian, tetapi mereka ialah sasterawan negara dan penyair negara. Apabila berkembangnya mesin cetak, lahirnya A. Samad Ahmad, Abdullah Sidek dan Harun Aminurrashid. Mereka mengetengahkan minda masyarakat dan mempelopori cita rasa massa. Sesetengahnya terlibat dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Pahang dan sebagainya. Nasionalisme terungkap sama dalam penglibatan mereka seperti ini. Mereka bolehlah kita anggap sebagai intelektual kebangsaan. Nasionalis intelektual yang menjadi jurucakap manusia Melayu yang berada dalam keadaan mundur dan tertekan ketika itu. Jadi, mereka ini tersuluh sama dalam gerakan Asia Untuk Orang Asia yang dibawa oleh pihak Jepun. Mereka dirangsang sama oleh akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, maka lahirlah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).

Gelombang keempat yang banyak saya suluh dalam buku saya Penghayatan Sebuah Ideal: Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa (1987), merupakan fenomena pada tahun-tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an, apabila Islam diketengahkan sebagai cara hidup atau ‘a way of life’ yakni Islam sebagai alternatif kepada cara hidup yang lain. Apabila Islam diketengahkan sebagai jawapan kepada pelbagai persoalan, ia telah diperdanakan pada masa itu sehingga lahirnya Universiti Islam Antarabangsa (UIA), takaful, perbankan Islam dan seumpamanya. Kita membawa masuk pemikiran luar melalui globalisasi seperti Abul A’la Maududi dan Sayyid Qutb yang menerpa masuk dan kita memakainya. Walaupun pemikiran sedemikian telah terungkap dalam digest tahun-tahun 1960-an, 1970-an, majalah Pengasuh misalnya, atau dalam koran, ternyata tidaklah merebak seperti mana tahun-tahun 1970-an, 80-an dan 90-an apabila Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khasnya mengetengahkan idea ini. Ia berlanjutan walaupun anjakan paradigma yang dilalui membuatkannya semacam ditenggelami gelombang intelektual semasa yang akan dibincangkan sebagai gelombang kelima selepas itu.

Gelombang kelima ini menarik kerana ia hasil proses globalisasi. Akibat daripada media sosial, akibat kapitalisme liberal, akibat korporatisme, akibat privatism dan sebagainya. Malangnya, globalisme ini tidak mengakibatkan kita berkembang secara intelektual seperti di Barat. Sekurang-kurangnya korporatisme di Barat melahirkan insaniah itu sendiri dalam konteks kapitalismenya. Mereka mempunyai nilai budinya berdasarkan kapitalisme, tetapi korporatisme kita belum sampai ke tahap itu lagi. Apakah ini kerana ketiadaan intelektualisme dalam korporatisme kita? Meskipun sebahagian daripada korporat ini menjenguk dalam masyarakat dan memberikan bantuan yang berbagai-bagai.

Pemandulan Intelektualisme di Malaysia

Apabila saya telah menyentuh kelima-lima ini, barulah saya akan menyentuh apa yang disebutkan di awal tadi tentang soal mengapakah masih berlaku pemandulan dalam proses intelektualisme yang kita sebutkan tadi? Pemandulan ini ternyata merasuk perasaan kita, ternyata akan menekan kehidupan kita sampai pada hari ini sehingga tidak lahirnya kreativiti dan kepekaan yang diperlukan seperti disebutkan sebentar tadi. Pertama, intelektualisme sebagai trend, gejala, jalur dan jajaran umumnya masih terangkum di bawah kuasa politik dan dalam sistem politik yang mencengkamnya. Gejala atau jajaran intelektual yang ada di negara kita ini masih terikat, tidak mempunyai dinamisme dalamannya sendiri sehingga menjadi counter-consciousness yang berkembang mengikut momentumnya. Kedua, ia adalah kerana wujudnya think tank yang mendampingi, menyaingi gerakan-gerakan seperti ini yang mana golongan ini juga menampilkan intelektualismenya tersendiri. Walaupun ia dicipta dan dibikin oleh pihak pemerintah atau establishment, mereka lebih kaya, mempunyai dana yang banyak dan menandingi gerakan intelektualisme biasa. Oleh sebab itu, gerakan intelektualisme ini menghadapi iklim yang tidak menyenangkan. Seterusnya, apabila ini berlaku tiadanya simbiotik dalam gerakan yang disebutkan tadi, manakala masyarakat pula tidak dianggap sebagai audiens yang apresiatif, tidak begitu menghargai golongan intelektual. Golongan intelektual itu sendiri menyukarkan mereka. Bahasanya besar, kata-katanya tinggi, ilmunya dalam. Ia tidak dapat diterjemahkan. Dalam keadaan itu, masyarakat yang simple-minded barangkali lebih teruja dengan artis, pelakon, golongan korporat yang kaya mudah memberikan wang dan ahli politik yang menslogankan itu ini. Dalam keadaan inilah masyarakat tidak menghargai dan tidak dapat merangsangi intelektualisme itu sendiri.

Kemudian, di samping golongan ini ialah kaum menengah. Di negara-negara Barat, kaum menengah inilah yang berperanan besar kerana mereka menyediakan dana, tempat seperti Keluarga Medici di Itali pada masa dahulu dengan perpustakaannya dan naungannya. Akan tetapi, kita di sini membina kelas yang umumnya selesa, tidak memberati hidup mereka dengan persoalan-persoalan intelektual. Malah, kita menganggap mereka golongan kelas menengah yang tidak begitu bererti dalam hubungan seperti itu. Dalam keadaan kita tidak mempunyai constituency yang subur, kita dapati tahap intelektual ini tidak lah berkembang menjadi trend dan gejala yang dominan yang melahirkan aliran besar school of thought yang diarus perdanakan bagi pembentukan pemikiran. Ertinya, meskipun kita mempunyai the power of intellects tetapi gagal menggabungkannya dengan the politics of ideas seperti mana berlaku di Barat termasuk di Kesatuan Soviet suatu masa dahulu. Gerakan intelektualnya hebat sehingga kita mewarisinya. Malahan, banyak idea di Barat pada hari ini, asalnya berkembang dalam bentuk kearifan lokal sahaja tetapi diangkat oleh segelintir intelektual, dipasarkan melalui buku atau seperti dirujuk sebentar tadi mengikut Prof. Shamsul Amri Baharuddin di mana ilmu kolonial dijadikan kearifan lokal dijaja ke seluruh dunia menjadi rujukan dan akhirnya dinobatkan menjadi idea universal, sama ada berhubung dengan emansipasi wanita, hubungan antarabangsa, hak asasi manusia dan seumpamanya.

Ia perkara yang masih menghantui kita dan turut dibebankan oleh developmentalism. Apa yang saya maksudkan dengan developmentalism ialah keadaan kita terpikat dan terpaku kepada persoalan pembangunan material dan membelakangkan nation-building yang biasanya ialah suatu wadah yang biasanya mampu membugar intelektualisme. Indonesia memulakannya dengan nation-building terlebih dahulu dengan bahasa, pemikiran dan ideologi untuk menjana suatu kekuatan dalam bentuk bangsa Indonesia. Sebab itulah intelektualismenya berkembang, bukunya banyak dan sebagainya. Begitu juga di Pakistan dengan idea Islamnya yang dibawa oleh Abu A’la Maududi. Begitu juga di Rusia dan Perancis semuanya bermula dengan nation-building terlebih dahulu. Akan tetapi, kita ini menumpukan terhadap developmentalism terlebih dahulu. Tahun-tahun 1950-an selepas merdeka, tumpuan dihalakan terhadap pembangunan luar bandar dan penempatan penduduk di dalam bandar sehingga kita melupakan perkara ini. Sekalipun kita menjadi lanskap antarabangsa, kita adalah dalam lanskap intelektualisme Barat. Kita membaca, menterjemah buku dari Barat. Kita tidak berkembang dalam momentum dan dinamisme sendiri memandangkan kita tidak diasak dengan persoalan nation-building seperti mana disebutkan tadi.

Begitulah sekelumit cerita yang telah saya berikan. Saya tidak mahu menutup syarahan ini dengan begitu sahaja kecuali dengan mengatakan bahawa dengan tradisi sedia ada, jalur yang sudah wujud dan berkembang, kita bukan sahaja memiliki benih-benih intelektualisme dalam masyarakat tetapi lulusan-lulusan universiti. Kita mempunyai puluhan universiti awam, ditambah dengan universiti swasta yang berpotensi menjadi batu-bata bagi pembinaan tradisi intelektual. Namun, persoalannya sejauh manakah mereka ini membaca, mengikuti wacana seperti ini, mengasah bakat untuk berfikir? Atau mereka berminat mengisi kekosongan pekerja sahaja? Kedua, jika kita biarkan ini berterusan berlaku, kita tidak akan dapat melahirkan tradisi yang kukuh daripada segi keintelektualan kerana iklim atau persekitaran tidak wujud sehingga membolehkan anggota masyarakat terasuh dengan intelektualisme. Sedangkan di England, orangnya tidak terasuh di universiti tetapi terdedah kepada akhbar, majalah, televisyen dan radio dengan perbahasan yang pelbagai. Mereka berupaya mengangkat diri sebagai intelektual sehingga beberapa orang daripada Perdana Menteri bukanlah lulusan universiti seperti John Major, tetapi diolah oleh keintelektualan dalam masyarakat British. Kita belum sampai ke peringkat itu lagi. Jadi, pemandulan masih berlaku. Pemandulan itu perkataan dalam satu artikel saya diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1996. Pemandulan masih berlaku. Kegersangan masih wujud.

Terakhir, ingin saya sebutkan apa yang disentuh apabila membahaskan mengenai Almarhum Prof. Syed Hussein Alatas. Penduaan juga berlaku hingga membantutkan. Apabila mereka yang fasih dalam Bahasa Melayu, membaca dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia berada dalam lingkaran Bahasa Melayu. Membaca akhbar berbahasa Melayu, khalayaknya juga berbahasa Melayu. Ia disempitkan dalam lingkaran atau kerangka yang disebutkan tadi. Mereka yang membaca akhbar Bahasa Inggeris, buku-buku dari Barat, mereka juga cuma bergerak dalam lingkaran mereka. Kedua-duanya bertemu, tetapi bertindihan sahaja. Tidak menjadi suatu bahagian daripada keseluruhan yang dinamik. Tanya sahaja mereka yang membaca akhbar Bahasa Inggeris terdiri daripada bukan Melayu khasnya, siapakah intelektual Melayu? Mereka tidak kenal. Jurang dualisme yang berlaku dalam masyarakat ini sedikit sebanyak mengurangkan impak intelektualisme kerana tidak berlaku penggabungan, malah pertentangan yang dipolitikkan sehingga ia terlihat bermusuhan secara berpanjangan. Mereka dalam lingkaran Bahasa Melayu percaya apa yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan sebaliknya pula. Kedua-duanya jarang bertemu, tetapi jika bertemu akan bersaing. Ini menyukarkan keadaan.

Jadi, begitulah sebenarnya tuntutan yang ada pada intelektual kita masih terhad. Ia masih belum dapat diantarabangsakan, belum dapat mewarnakan lanskap nasional, belum dapat menjadikan local wisdom kita sebagai global wisdom yang kita inginkan itu. Tidak tahu sampai bila. Saudara-saudari para peserta syarahan hari ini akan menjadi obor yang akan membawanya atas izin Allah. Insya Allah. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perbincangan Dan Soal Jawab

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Terima kasih Prof. atas syarahan yang saya kira sangat padat dan penuh dengan renungan yang patut kita fikirkan bersama-sama. Dalam hal ini, ada anggapan apabila kita bercakap tentang intelektual, selalunya intelektual bercakap tentang hal-hal mengenai idea. Ada pula yang beranggapan bahawa idealisme bukan suatu hal yang relevan pada masa kini. Sekarang ini, orang lebih berminat dengan hal-hal yang realistik. Ia mungkin disebabkan oleh tuntutan-tuntutan kehidupan yang mengakibatkan pembicaraan mengenai idea agak dikesampingkan.

Bagaimanakah respons Prof. tentang hal itu? Mungkin Prof. boleh juga menyentuh mengenai intelektual awam atau cendekiawan awam. Sekarang ini, apabila Prof. menyatakan mengenai akibat globalisasi iaitu gelombang kelima, wujud percambahan maklumat, khususnya dalam internet secara pantas dan luas. Terdapat juga orang yang menulis, mendapat maklumat khusus daripada pelbagai laman sesawang di internet. Adakah golongan ini juga boleh kita anggap sebagai intelektual? Apakah pandangan Prof.?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Terima kasih Saudara Fairuzzaman. Ada dua perkara di sini. Mahu tidak mahu, apabila membicarakan tentang intelektual, kita pasti merujuk kepada idealisme. Idea mereka kadangkala berpijak di bumi sekarang, kadangkala berpijak di bumi akan datang, jikalaupun ada. Ertinya, mereka ini melihat ke hadapan atau melihat keseluruhan. Sedangkan orang lain melihat serpihan sahaja. Itu kelebihan dan kehebatan mereka. Mereka melihat masa depan berbanding orang lain yang melihat masa sekarang. Mereka melihat jauh ke hadapan untuk memastikan masyarakat bergerak ke arah satu tujuan tertentu yang jelas.

Kedua, mereka melihat keseluruhan, sedangkan orang yang melihat hari ini hanyalah apa yang terdapat di hadapan mata sahaja. The whole is greater than the sum of its parts. Ia menunjukkan bahawa jika kita tidak memahami keseluruhan, kita tidak akan dapat menghargai yang sebahagian. Kita memahami kedudukan dan kepentingan Malaysia apabila kita memahami regional atau dunianya. Sama juga dengan diri kita. Jadi, intelektual ini juga menyuluh keseluruhan bahagian luar dengan mempertalikan apa yang ada di dalam. Itu kehebatan mereka. Jika kita ingin marahkan mereka kerana itu, kita akan bertanyakan soalan, “Siapakah lagi yang akan membuatnya jika bukan mereka?”

Banyak perkembangan hari ini yang berlaku kerana dahulunya tidak berpijak di bumi nyata. Sama ada dalam bentuk novel sains fiksyen, karya George Orwell dan sebagainya. Mereka intelektual. Mereka boleh dicemuh, tetapi mereka ada asas seperti itu untuk bergerak sebagai intelektual. Mereka ialah pemimpi. Mereka ialah human transformer. Mereka menjana masyarakat dan melahirkan idea masa hadapan. Mereka mungkin ditertawakan sekarang, tetapi 100 tahun akan datang diagung-agungkan. Hal ini berlaku di mana-mana.

Apakah mereka yang terlibat dalam media sosial boleh dianggap sebagai intelektual? Itu bergantung kepada mereka itu siapa. Jika mereka sekadar menjaja apa yang orang lain katakan tanpa memahaminya atau menyebarkan maklumat palsu, saya rasa ini bukan intelektual. Biasanya, mereka yang menjadi intelektual mempunyai ilmu tersendiri yang mampu membugar idea di hadapan mereka, menerjemahkannya untuk masyarakat, mengembangkannya untuk pemulihan sosial dan mengaplikasikan mindanya kepada realiti, sama ada ilmu lain atau realiti hari ini. Mereka mungkin pragmatik, praktikal sekali manusianya, tetapi berdasarkan pencerakinan masyarakat dan keadaan itu sendiri yang dilihat dengan kritis. Dia bukan sekadar menerima ‘dua campur dua jawapannya empat sahaja’. Ia akan melihat sama ada ‘dua campur dua boleh dilonjakkan kepada yang lain dan sebagainya’. Aspek intrinsik yang ada pada mereka ialah minda kritikal, otak yang sensitif, minda yang mampu menyuluh ke luar—‘thinking out of the box’ seperti istilah yang digunakan sekarang.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Terima kasih Prof. Kemudian, saya turut tertarik dengan persoalan bahasa. Bagi pengetahuan Prof., saya kini berada di Jerman dan melihat satu tradisi soal bahasa tadi. Ini mungkin menjadi satu cabaran, khususnya di Malaysia. Saya boleh katakan semuanya—bukan hampir—teks urusan kerajaan, bukan kerajaan, majalah, surat khabar, semuanya telah diterjemahkan dalam Bahasa Jerman. Maksudnya, buku-buku dari luar yang mereka terjemahkan dalam Bahasa Jerman, sekali gus memperluas akses yang lebih lagi dalam kalangan rakyat. Jadi, saya lihat ini suatu yang menarik bagaimana mereka boleh mewujudkan gerakan penterjemahan pelbagai ilmu daripada pelbagai sumber ke dalam bahasa mereka sendiri. Ini menyebabkan ramai yang dapat mendakap ilmu yang berada di luar Jerman.

Maka, adakah Bahasa Melayu itu sendiri sebagai wadah pembinaan intelektual? Seperti mana golongan ulama Syed Sheikh Al-Hadi, banyak buku diterjemahkan oleh mereka dalam Bahasa Melayu bertulisan Jawi. Bagaimanakah Prof. melihat persoalan bahasa? Adakah bahasa membantu membina intelektualisme dalam kalangan masyarakat kita?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Soalnya begini, jika kita mempunyai kepakaran dalam satu bahasa dan bergerak dalam lingkaran itu, pemikiran kita akan agak tertutup. Akan tetapi, jikalau kita mempunyai keupayaan untuk berbahasa lebih daripada satu bahasa, maka kita akan menjamah tiga benda. Pertama, kita boleh menggunakan istilah-istilah dalam bahasa luar. Katakanlah dia boleh berbahasa Belanda, Jerman dan Inggeris, banyak istilah-istilah yang boleh disedut bersama. Kedua, bahasa luar itu menjadi jendela kepada kita untuk memahami pengetahuan, mendapat pandangan daripada khazanah luar seperti dari Jerman, British dan seumpamanya. Apabila ada kedua-dua ini, maka tahap keyakinan itu tinggi. Sebab itulah dalam sejarah intelektual kita, kecuali seorang dua sahaja dalam kalangan orang Melayu adalah terdiri daripada mereka yang berbahasa Melayu dan Inggeris, ataupun Bahasa Melayu dan Bahasa Arab yang saudara sebutkan tadi. Tiada masalah untuk berkembang dalam Bahasa Melayu, tetapi intelektual itu memerlukan kepakaran lebih daripada satu bahasa. Dia akan dapat menimba ilmu dari luar. Tidak cukup dengan terjemahan sahaja.

Jerman sendiri memiliki tradisi yang kukuh. Dalam tradisi sejarah falsafah Jerman yang kaya, sama juga seperti orang British. Jika tiada terjemahan pun. Cukup dengan sekadar apa yang ada dalam Bahasa Inggeris sebagai khazanahnya. Pernah disebut begini secara berjenaka ketika saya berada di luar negara dahulu. Orang lain perlu memahami bahasa asal, bahasa ibundanya dan bahasa-bahasa lain. Orang Inggeris katanya, “Just know English and rubbish”. Maknanya, mereka cukup memadai dengan Bahasa Inggerisnya. “The rest is rubbish” menunjukkan Bahasa Inggeris itu dengan dunia besarnya. Hanya dengan pengetahuan Bahasa Inggerisnya itu cukup ‘kenyang’ mereka dengan itu sahaja. Bahkan, orang Arab juga perlu membaca Bahasa Inggeris. Buku tentang dunia Arab, falsafah Arab, ekonomi, politik, hubungan antarabangsa dunia Arab adalah dalam Bahasa Inggeris. Bukanlah tiada langsung, tetapi secara bandingannya.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik Prof. Sebentar tadi Prof. bercakap tentang tradisi dan legasi. Bagaimanakah dengan soal intelektual di Malaysia? Adakah jurang antara tradisi dan legasi?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Kecuali jika Saudara Fairuzzaman maksudkan bahawa legasi itu ialah tradisi. Jika kedua-duanya sama, maka tiada jurang. Apakah legasi itu berlainan daripada tradisi? Setahu saya, legasi kita masih lagi legasi lama yang mana sebahagiannya ialah tradisi. Atau kita ingin menganggap legasi sebagai ‘historical baggage’ yang menyebabkan kita konservatif, feudal dan sensitif secara yang bukan-bukan. Itu historical baggage yang memakan diri dan membunuh tradisi intelektual. Jika itu (historical baggage), ia boleh saya terima. Tradisi yang feudal, akur dan bersetuju sebelum tahu apa yang patut dipersetujui.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Soalan ini mungkin agak panas dan kontroversial. Ia mengenai kekangan undang-undang daripada penguasa. Jika kita melihat daripada lingkungan akademik, terdapat kekangan daripada segi undang-undang khususnya penjawat awam. Jadi, kritikan seperti mengenai Ordinan Darurat baru-baru ini, penjawat awam dilarang memberikan komen terhadap dasar-dasar yang mungkin tidak berkesan daripada pihak kerajaan. Jadi, bagaimanakah Prof. melihat peranan intelektual di universiti khususnya yang kebetulah ialah penjawat awam untuk melontarkan pandangan? Saya kira ada pembezaan antara intelektual dalam lingkungan universiti dan intelektual awam yang lebih bebas daripada kekangan sedemikian. Bagaimanakah pandangan Prof. daripada segi itu?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Jika kita lihat secara bandingan, kekangan apa yang ada pada kita sebagai penjawat awam atau pelajar universiti, tentulah kekangan ini lebih hebat berbanding di negara lain yang tertentu. Ada Perintah-Perintah Am atau General Orders, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi ruang dan peluang untuk mereka berinteraksi dalam konteks intelektualisme masih besar. Namun, ia tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh para pelajar mahupun penjawat awam. Contohnya, dalam kalangan penjawat awam, apabila mereka sudah pencen jarang sekali dalam kalangan mereka ini menghasilkan memoir, karya-karya yang bersifat autobiografi dan sebagainya. Sedangkan di Barat itu berkembang. Mereka mengungkapkan itu dan ini. Para kakitangan Central Intelligence Agency (CIA) sendiri meskipun dikekang begitu hebat sekali daripada badan perisikan itu, mereka melepaskan diri daripada kongkongan dan menghasilkan karya-karya yang sangat penting.

Para pelajar juga begitu. AUKU mempunyai kesan psikologi yang saya sedari. Namun, ruang dan peluang yang ada tidak digunakan oleh para pelajar untuk memupuk intelektualisme sebagai mana dibangkitkan tadi. Ia tidak berpadanan dengan apa yang diberikan kepada mereka daripada segi penglibatan. Sedangkan hari ini ramai yang lahir dalam kalangan universiti awam dan swasta. Pemupukan intelektualisme tidaklah seperti yang kita harapkan. Suasana hari ini lebih bebas dan liberal. Para pensyarah universiti terlibat dalam forum-forum. Malah, mereka dirujuk oleh semua televisyen untuk semua perkara. Sama ada mereka bercakap itu soal nonsense atau tidak, itu soal lain. Persoalannya ialah mereka telah diberikan ruang, skop atau ruang awam untuk memastikan ideanya terjana. Sesetengah itu dibawa ke dalam arus media sosial. Kita menunggu buahnya, hasil kebebasan yang diberikan pada hari ini.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Terima kasih Prof. atas jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan saya. Saya fikir kita boleh pergi terus kepada sesi soal jawab. Soalan petama daripada Saudara Zawawi Jahya. Intelektual harus bermula dengan idea dan kritikan tetapi wujud kongkongan akta yang membelenggu kebangkitannya. Yang ada ialah pengia sahaja, yang menidakkan idea arus perdana akan terbuang dan tersingkir. Komen daripada Prof.?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Persoalannya begini. Sebelum seseorang muncul sebagai intelektual, dia harus memiliki pengetahuan yang agak baik. Bagaimanakah beliau ingin berinteraksi dengan pihak lain sekiranya dia tidak memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dan keilmuan. Ertinya, dia gersang. Dia perlu mempunyai kesuburan daripada sudut pemikiran terlebih dahulu berdasarkan pengetahuannya. Barulah dia dapat memahami persoalan luar. Kemudian, barulah dia boleh bersetuju dengan kritis atau menolak dengan kritis juga. Sebaliknya, jika beliau menghadapi keadaan kekosongan, itulah yang terjadi soal mengiakan dan akur sahaja apa yang di luar. Itulah prasyarat bagi seseorang intelektual. Jika dia langsung tidak mempunyai ilmu, bagaimana beliau ingin berinteraksi dengan pihak lain yang mempunyai pengetahuan. Maka, baseline bagi soal ini ialah pengetahuan.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik Prof. Soalan kedua daripada Saudara Ooi Kok Hin. Adakah mahasiswa masih menggugat atau tergugat atau digugat? Bagaimanakah pandangan Prof. terhadap gerakan mahasiswa pada masa kini berbanding zaman di mana Prof. menulis buku Mahasiswa Menggugat (1973)?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Halnya begini. Dalam tradisi di universiti biasanya yang menggerakkan suatu pertubuhan terdiri daripada ‘segelintir yang aktif’. Tidak ramai. Mereka menjadi jurucakap. Kadangkala yang berdemonstrasi itu tidak tahu apapun tentang apa yang mereka demonstrasikan. Mereka menjadi pengikut untuk bersuka-suka sahaja. Maka, kita harus akur bahawa adanya ‘segelintir yang aktif’ sebagai penyuara pemikiran, pandangan dan kritikan. Cumanya pada masa itu golongan ‘segelintir yang aktif’ ini mudah mendapat suluhan apabila Universiti Malaya (UM) merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi. Akhbar di dalam dan luar negara memberikan liputan dan suluhan.

Sekarang ini, apabila wujudnya berpuluh-puluh universiti, surat khabar tidak lagi mengutamakan orang di universiti yang merupakan faktor kedua penyebab kepada idea di universiti kadang-kadang tenggelam dalam bilik darjah, di pekarangan kampus dan seumpamanya. Oleh itu, untuk menonjolkan keintelektualan universiti, mereka mestilah lebih hebat daripada orang luar. Orang di universiti harus outshine orang di luar. Sedangkan sekarang ini orang luar outshine orang di kampus. Tiga faktor keadaan kini. Pertama, mereka menjemput orang luar untuk bersyarah di universiti. Dahulu, orang di universiti yang dijemput ke luar untuk bersyarah. Kedua, think tank yang saya sebutkan tadi orangnya lebih hebat. Jadi, orang di universiti merujuk kepada think tank. Bukan yang sebaliknya. Maka terdapat ketidakseimbangan. Dahulu dari menara gading pergi ke luar, orang di luar menoleh ke atas menara gading dan menimba ilmu di situ, serta menerima panduan dari situ. Ketiga, orang di universiti terikat dengan employability untuk mendapatkan pekerjaan. Keadaan dahulu, pelajar dari universiti menjadi rebutan. Tidak kisah dicap hitam atau kuning. Selepas dua atau tiga bulan akan mendapat pekerjaan. Sekarang ini, apabila lambakan graduan berlaku, orang lebih memikirkan untuk menjaga periuk nasi. Biarlah kita berterus terang tentang hal ini. Ketiga-tiga faktor ini menghambat keadaan kini.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Saya teringat istilah daripada Sasterawan Negara A. Samad Said iaitu ‘carma’—‘cari makan’. Seterusnya, saya persilakan Saudara Naser Rahman untuk mengemukakan soalan kepada Prof.

NASER RAHMAN: Saya membayangkan tidak susah bagi orang putih yang sudah established dengan Bahasa Inggerisnya, orang Arab yang ada kitab Al-Quran dalam bahasanya sendiri. Jadi, di sini kita berbahasa Melayu. Tiada Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab. Bahasa Sanskrit juga telah mati. Kita berdepan dengan masalah bahasa yang mana istilah ‘jati diri’ contohnya berasal daripada Bahasa Sanskrit secara etimologi. Bahasa Arab juga hanya segelintir kita yang mempunyai kemahiran dan kepakaran. Jika menggunakan Bahasa Inggeris, kita berhadapan pula dengan ancaman kolonialisasi ilmu. Sehubungan itu, saya teringat kepada pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ‘untuk memperkembang potensi diri’ yang mana ‘potensi’ itu adalah asalnya daripada Bahasa Inggeris. Kenapakah kita tidak menggunakan istilah ‘jati diri’ kerana ia merupakan jantung orang Melayu itu sendiri? Perkataan ‘akal’ juga tiada, digunakan pula ‘intelek’. Perkataan ‘emosi’ digunakan, perkataan ‘perasaan’ dibuang. Di sini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari dekad 1980-an, 1990-an masih digunakan dengan masalah yang saya sebutkan tadi dan dengan kacau bilaunya, tanpa kita cuba mengungkapkannya mengikut falsafah Melayu Nusantara kita sendiri. Mungkin Prof. boleh ulas perkara ini. Terima kasih.

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Terima kasih kepada Saudara Fairuzzaman dan Saudara Naser yang bertanya. Sebahagian jawapan yang akan saya berikan adalah sebahagian daripada apa yang telah saya katakan tadi berkenaan nation-building atau pembinaan negara bangsa. Apabila kita berada dalam kemelut yang tidak menentu, inginkan Bahasa Melayu, kemudian ingin Bahasa Inggeris, maka terjadilah cacamarba. Namun begitu, pengasasan Bahasa Melayu sudahpun ada. Kita sanggup menterjemah karya-karya luar. Kita mempunyai lulusan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Jadi, masih wujud peluang untuk kita menyebar luas skop pemikiran, pengajian dan khazanah Bahasa Melayu dengan mengadunkan yang lepas dengan yang baharu. Apapun, kita harus sedar bahawa Bahasa Melayu hari ini ialah adunan Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arabnya. Tidak menjadi masalah untuk kita memahamkan diri kita dengan menggunakan istilah-istilah luar. Perkataan ‘minda’ yang kita gunakan hari inipun tiada pada masa dahulu sehinggakan timbul pertikaian sama ada ia merujuk kepada intelek atau pemikiran atau hati budi atau keseluruhan mengenai pandang dunia itu. Itu bergantung kepada kita.

Apapun istilah yang digunakan, apa yang penting ialah kita mampu memberikan tafsiran mengikut kemahuan dan komitmen kecuali kita hendak mengekalkan istilah-istilah tertentu kerana etimologinya yang tersendiri. Apa yang penting penguasaan kita daripada segi bahasa dan ilmu sehingga kitalah yang akan mencorakkan ilmu yang ada pada kita. Malangnya, ini tidak berlaku. Ataupun kerana kekangan politik, ini tidak berlaku kerana hambatan politik, menimbang itu dan ini, maka terbengkalai jualah nation-building.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik, terima kasih Prof. Saya persilakan pula Saudara Dolhadi untuk menyampaikan soalan kepada Prof.

DOLHADI: Maaf kerana saya baru sahaja mendengar perbincangan ini, tetapi saya cuba untuk memahami beberapa perkara. Pertama, mengenai intelektual dan introvert kerana sebentar tadi Saudara Fairuzzaman menyebut tentang introvert. Berkaitan antara intelektual dengan introvert, adakah seorang introvert perlu bertukar menjadi extrovert untuk menguar-uarkan keintelektualannya tidak kira daripada segi ilmu, penterjemahan dan lain-lain mengenai keilmuan. Persoalannya, adakah perlu bagi seorang introvert menukar dirinya menjadi seorang extrovert? Atau mewakilkan si extrovert dengan kekal menjadi introvert sedia ada? Pemerhatian saya, introvert mempunyai banyak ilmu tetapi sejauh manakah diperbesarkan ilmu itu?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Respons saya adalah bahawa istilah introvert dan extrovert ini bersifat generik. Ia bukan sahaja merujuk kepada intelektual. Mereka yang menyimpan, tidak mahu menzahirkan pemikiran dan pandangan ialah introvert atas sebab-sebab psikologi. Sebaliknya, yang memaparkan dan memberitahu segala apa yang ada pada dirinya ialah extrovert yang juga masalah psikologi.

Dalam konteks intelektual, istilah tersebut boleh kita gunakan, tetapi bukan secara muktamad kerana seperti yang saya sebutkan pada awal tadi intelektual ialah gabungan keilmuan dan kepedulian sosial. Jika seseorang itu berilmu, masanya belum tiba untuk menyampaikan pemikiran kerana isunya tidak berbangkit. Bukanlah ertinya dia seorang introvert, tetapi dia sedang menyimpan dengan bijaknya. Begitu juga jika ada isu-isu besar yang perlu ditangani. Tidak semestinya perlu gelojoh, tetapi sebaliknya dia mencerakinkan dan menganalisis persoalan. Bertepatan dengan keperluan masa, dia akan melahirkan ideanya. Maka, apakah itu seorang extrovert? Saya rasa bukan.

Saya ingin mengungkapkan sebaris kata-kata bahawa, “Kita mempunyai ramai orang cerdik, tetapi tidak begitu ramai orang bijak”. Orang cerdik berpengetahuan, belajar dengan mudah, menguasai ilmu dengan mudah, tetapi penggunaan ilmu bergantung kepada situasi dan keadaan, maka ini memerlukan kebijaksanaan. Seorang intelektual mestilah bijak, bukan semestinya hanya berilmu. Soal introvert dan extrovert tidak begitu relevan sangat.

Cumanya, ada intelektual seperti Noam Chomsky seorang ahli linguistik yang terkenal dengan transformational grammar nya sehingga menghasilkan tesis PhD pada usia 20-an yang mana sebahagian tesis diterbitkan menjadi karya klasik oleh Pelican atau Penguin lama dahulu. Namun, beliau telah menjamah persoalan di luar bidangnya. Beliau menyentuh tentang the new mandarin, politik dunia dan soal Palestin. Beliau boleh dianggap oversensitive. Buku beliau terakhir ialah Manufacturing Consent dengan seorang penulis lain Edward S. Herman. Jadi, beliau seorang yang sentiasa sensitif, berinteraksi yang mana saya rasa bukan seorang extrovert tetapi seseorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan tenaga sehingga tidak jemu-jemu berinteraksi dengan dunia intelektual. Barangkali dalam kalangan ahli linguistik tidak begitu senang kerana orang ini sudah keluar daripada bidangnya membicarakan pelbagai persoalan. Cukup lengkap dengan apa yang patut untuk berinteraksi, tetapi janganlah tidak ada pengetahuan dan tidak memahami persoalan. Itu kita memasang jerat sendiri.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Saya fikir mungkin cara penyampaian ilmu kepada masyarakat memang begitu. Saya lihat karya-karya para intelektual ini banyak dihasilkan dalam bentuk tulisan. Seperti Ali Shariati di Iran, beliau turut memberikan pencerahan secara verbal melalui perkumpulan-perkumpulan. Akan tetapi, cara intelektual menyampaikan fikiran melalui tulisan-tulisan yang lebih mudah dicerap oleh masyarakat. Contoh paling dekat ialah Almarhum Syed Hussein Alatas. Jika kita lihat buku-bukunya kebanyakan ditulis dalam bahasa yang mudah. Beliau ada menggunakan istilah yang kompleks, tinggi dan akademik, tetapi kebanyakan penulisannya lebih mudah untuk kita fahami dan dicerap oleh masyarakat. Saya rasa mungkin itulah sebabnya beliau menulis untuk memudahkan pemahaman, baik golongan akademik mahupun golongan biasa atau layman.

Ada satu soalan daripada Saudara Muhammad Ariff. Dalam menuntut budaya kecendekiawanan kritis di Malaysia, wujud dilema untuk menjadi kritis. Pastinya wujud label sama ada kita menyokong pemerintah atau pembangkang. Adakah ini juga menjadi punca keruduman budaya kritis dalam kalangan cendekiawan muda hari ini? Ditambah pula dengan pemerintah yang begitu mengawal dan mengekang budaya kecendekiawanan. Bagaimana Prof.?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Ya, begini. Saya akan sentuh terlebih dahulu tiga perkara yang disentuh oleh Saudara Fairuzzaman sebelum membicarakan budaya labelling. Pertama, memang ada intelektual yang menghasilkan karyanya dalam bahasa yang sukar, tetapi diterjemahkan menjadi realiti kemudiannya kerana pada zamannya orang tidak begitu memahaminya. Umpamanya, karya Immanuel Kant tidak begitu difahami orang biasa, tetapi ia menjadi rujukan kepada mereka yang memakmurkan dunia melalui demokrasi umpamanya. Konsep-konsepnya dipopularkan kemudian. Kedua, begitu juga dengan konsep-konsep lain yang telah dia sentuh segera seperti Niccolo Machiavelli mengenai zamannya, difahami zamannya tetapi berterusan menjadi rujukan. Ketiga, dia mempropagandakan ideanya, disampaikan diulang dalam saluran-saluran lain yang akhirnya termakan oleh orang. Sebab itulah cara yang diibuat oleh Prof. Syed Hussein Alatas ialah satu bentuk propaganda mengenai intelektualisme, bebalisme dan sebagainya kerana dia menggunakan bahasa yang mudah. Tetapi, apabila kita berbuat begini, kita terpaksa berhadapan dengan risiko. Segalanya mengundang risiko kerana orang menganggap kita gila barangkali. Sebab itulah saya gunakan istilah ‘kegilaan orang yang tidak gila’ kerana orang lain tidak bercakap tetapi dia bercakap, menjadi manusia pinggiran, mengetengahkan sesuatu yang agak luar biasa, tetapi kemudiannya mungkin 100 tahun kemudian barulah orang menghargai. Risiko segera ialah dipulaukan, tidak mendapat pekerjaan dan menganggur. Itu juga ialah tradisi dalam kehidupan seorang intelektual kerana dia ‘rebel with a cause’—seorang pemberontak yang mempunyai idea. Jika dia ingin akur, patuh atau menjadi pak turut, risikonya juga ada. Dia mungkin dianggap sebagai lalang atau pembodek. Ada juga risikonya, bukan tiada.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Maaf Prof. saya mencelah. Saya sering teringat bahawa Prof. mengatakan tentang ‘juling sejarah’. Bagaimanakah dengan pengalaman Prof. sendiri berkenaan dengan sanggahan tersebut?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Ramai orang menyalah petik kata-kata itu. Pada masa itu, ada semacam pemikiran sedang dipupuk mengatakan kita ini tidak pernah dijajah. Jadi, selama ini juga kita memperjuangkan kemerdekaan sehingga kita mengisytiharkan kemerdekaan. Apabila dikatakan kita tidak pernah dijajah, ia seolah-olah mengatakan ia hanya apabila orang mengatakan “kamu dijajah”. Tidak semestinya begitu. Penjajahan itu berlaku secara implisit, secara tidak langsung, secara penjajahan bentuk baharu. Untuk menafikan penjajahan, sedang ia terdampar sebagai realiti di hadapan kita, kita mengisytiharkan kemerdekaan, maka sebab itulah saya menggelarkan mereka sebagai ‘juling sejarah’. Ertinya, jika hendak katakan ‘buta’ tidak boleh. Dia ‘juling’. Tidak dapat melihat hakikat sebenar. Sebab itulah saya gunakan, tetapi orang yang ditujukan itu nampaknya masih baik dengan saya. Alhamdulillah.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baiklah. Saya boleh rangkumkan jawapan buat Saudara Muhammad Ariff tadi ialah apa yang kita dirikan, hujahkan, seharusnya memang ada risiko yang Prof. hujahkan sebentar tadi. Ada sebab dan akibatnya.

Ada soalan daripada Saudari Ilham Hayati. Apakah pandangan Prof. dengan intelektual yang terlibat dalam politik? Masyarakat mengharapkan perubahan dengan penglibatan intelektual dalam institusi politik, sebaliknya tradisi lama diteruskan. Apakah pandangan Prof.?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Saya pernah memperkenalkan satu konsep dalam syarahan yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) iaitu ‘pro professor establishment as opposed to pro establishment professor’. Ertinya, jika dia ingin menasihati penguasa atau pemerintah dengan kritis dan kadangkala pemerintah mengikutnya kerana yang baik itu akan akhirnya dipakai. Itu yang saya maksudkan dengan pro professor establishment. Apa yang kita tidak mahu ialah mereka yang dari awal-awal lagi sudah akur dengan kata-kata pemerintah. Seolah-olah mereka ini tidak berfikir langsung. Itulah yang saya maksudkan dengan pro establishment professor. Mereka sudah mengangguk sebelum tahu apa yang patut dan tidak patut diterima. Oleh itu, jika mereka ini terlibat dalam politik, biarlah mereka menjadi kategori pertama.

Secara peribadi, saya terlibat dengan beberapa pihak dalam pemerintah. Saya memberikan pendapat saya. Jika mereka sanggup mendengar ia suatu yang baik. Jika mereka mengikut saranan, maka itu lebih baik. Itu pegangan saya. Namun, biarlah mereka ini dimatangkan dengan fikiran bahawa jika tidak diikut juga apa boleh buat. Kebijaksanaan itu perlu ada di pihak yang menegur kerana manusia yang ditegur itu ada maruah dan harga diri. Oleh sebab itu, carilah saluran untuk menyampaikan pendapat. Itulah sebabnya the medium is also a message. Sesetengah itu main hentam sahaja sehingga berlaku penjurangan antara intelektual dan pemerintah. Jika ingin dekat dengan orang politik, janganlah terlalu dekat. Orang politik ini juga seperti ‘api’ yang boleh memakan. Itu masalahnya. Jangan mudah kecewa kerana orang politik mahu makan segera. Oleh itu, orang intelektual ini harus makan lagi jauh.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik Prof. Bagi soalan seterusnya, saya akan sampaikan soalan daripada Saudara Razan. Masa sekarang bukan sahaja bergelut dengan kekurangan intelektual yang mempunyai ketekalan dan kejituan idea, tetapi berhadapan kemiskinan wacana baik politik mahupun budaya dalam “intelektual-intelektual” yang ada sekarang. Media sosial mempercepat dan memperluas idea seseorang, tetapi pada masa sama ia merudumkan mutu sesuatu wacana itu. Penulisan lebih bersifat reaktif berbanding benar-benar membahaskan sesuatu isu. Kemiskinan wacana ini diterjemahkan pula kepada kemiskinan idea dalam kalangan masyarakat sivil, termasuk di universiti kelihatan tidak mampu mengemukakan pendekatan baharu bagi isu-isu lama mahupun baharu. Tambahannya, apabila wujud pemisahan secara sedar, pembezaan antara mereka yang bergulat dengan idea intelektual khususnya, tetapi tidak turun ke padang digelar sebagai ‘armchair’ atau ‘ivory tower’, berbanding mereka daripada NGO yang berpegang kepada falsafah ‘kerja buat dan turun padang’. Perbezaan ini setidak-tidaknya merencatkan pembangunan wacana berkenaan masyarakat, sekali gus memperlahankan satu-satu agenda perubahan. Sebagai seorang yang telah memerhatikan secara dekat perkembangan wacana intelektual dan gerakan aktivisme tahun 1970-an, bagaimanakah Prof. menanggapi hal ini? Saya fikir, selain gerakan intelektual dan aktivis, mutu wacana juga penting bagi memanjangkan agenda perubahan. Jadi, di sini saya fikir Saudara Razan ingin membawa persoalan mutu wacana mereka yang dikatakan sebagai golongan “intelektual” atau NGO. Silakan Prof.

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Kita tidak seharusnya merangkumkan intelektual sebagai satu kategori. Kita ada ‘armchair scholars’ yang membicarakan hal-hal mengikut teori-teori tertentu untuk disampaikan kepada para pelajar. Ada mereka yang turun padang, menggunakan pemikiran mereka untuk diaplikasikan di peringkat sosial dengan menyertai NGO dan seumpamanya. Kita tidak dapat menafikan di mana-mana pun di dunia, memang ada golongan seperti ini. Masing-masing membawa diri mengikut cara masing-masing. Kedua, sensitiviti masyarakat perlu dipupuk melalui pembacaan dan forum-forum. Namun, pada hari ini saya dapati bahawa walaupun banyak pelajar di universiti swasta dan awam, penglibatan mereka masih terbatas. Setiap kali ada forum, seminar dan apa-apa acara, bilangan mereka masih kecil.

Pada tahun 1960-an, walaupun bilangan pelajar masih kecil, setiap kali ada wacana yang diterokai pihak kiri atau sosialis umpamanya, pihak lain juga datang untuk mendengarnya. Jika ada wacana yang berbaur keislaman, pihak kiri, sekular atau moden turut hadir sama. Semua pihak semacam bersama-sama meraikan pemikiran berbeza. Namun, kini ia seolah-olah telah dikelompokkan tajuk-tajuk dan orang-orangnya sudah boleh dikatakan menerima idea itu yang akur sahaja dengan apa yang disampaikan. Mereka tidak melakukan percambahan pemikiran. Hal ini adalah malang dalam kalangan audiens itu sendiri. Kita ingin audiens yang kritis. Pergi semua tempat dan dengar untuk mendedahkan diri kepada semua. Barulah pengkayaan berlaku. Inilah juga yang menjadi punca kepada kegersangan yang dimaksudkan oleh Saudara Fairuzzaman tadi. Kita juga harus lebih terus terang tentang hal ini. Malu, malas atau tidak mahu menyertai gelombang intelektual itu sendiri juga menjadi faktor.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik, terima kasih Prof. Jika kita lihat baru-baru ini terdapat peranan golongan kiri dalam polemik buku teks Sejarah Tingkatan Empat pelajar-pelajar di Malaysia. Banyak webinar, forum dan syarahan yang dilakukan dalam kalangan sarjana. Ada dalam kalangan mereka sebenarnya mengiktiraf kewujudan peranan golongan nasionalis kiri Melayu, mahukan pengiktirafan yang lebih buat nasionalis yang dikatakan golongan kanan. Dalam wacana akademik, ia suatu yang biasa kerana sememangnya terdapat golongan kiri yang memulakan perjuangan kemerdekaan, tetapi bagi masyarakat umum golongan kiri dilihat semacam ada suatu hal yang negatif pada pembinaan negara bangsa atau masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, suatu hal adalah bahawa ia merupakan fakta sejarah, sementara daripada satu segi lain, kita mahukan percambahan idea kritis yang mungkin membawa satu naratif yang baharu dalam kalangan masyarakat. ini membawa wacana akademik ke dalam masyarakat umum. Bagaimanakah Prof. melihat hal ini?

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Di sini ada dua perkara. Pertama, isu besar, universal iaitu sama ada sejarah ialah realiti ATAU kedua, pemahaman tentang masa lepas. Jika sejarah ialah pemahaman tentang masa lepas, maka ia akan dipengaruhi banyak perkara seperti sentimen politik, perasaan peribadi, pembawaan budaya dan sebagainya. Itu tidak dapat dielakkan. Tiada sejarah yang tidak dilanggar atau dikaburi persepsi. Sejarah ialah sesuatu yang subjektif.

Namun, saya juga terlibat dalam polemik ini apabila bersyarah dengan seorang tokoh politik mengenai penulisan semula sejarah Malaysia apabila ada usaha untuk menempatkan tokoh-tokoh kiri dan sebagainya. Juga dalam satu wacana lain yang dianjurkan oleh sebuah akhbar mengenai tajuk sama, persoalan yang saya angkat adalah bahawa kita perlu memberikan tempat kepada mereka yang dipinggirkan. Ertinya, kita perlu berlaku adil jika ada sumbangan daripada mereka, tetapi hari ini isu penulisan buku itu diheret oleh sesetengah pihak yang berbaur dan berkepentingan politik. Apabila ia menolak A, dia mahukan Z. Apabila dia mahukan Z, dia menolak A. Maka, tiada lagi kompromi apabila hujahnya itu berlandaskan politik. Apa yang kita mahu ialah apa yang tiada diadakan kerana ia memang patut ada. Jangan kita marah berlebihan dengan apa yang diadakan ini kerana ia memang patut ada. Akan tetapi, apabila kita mengadakan apa yang patut ada sehingga kita beranggapan bahawa itulah segala-galanya, itu menjadi isu juga. Itu yang berlaku sekarang. Apabila kita ingin menelanjangkan kekurangan, kita juga ingin menelanjangkan kekurangan di pihak yang lain. Ia suatu yang tidak patut. Kita mahu sejarah perdana yang kita bina ini berdasarkan sejarah pilihan iaitu sejarah yang telah selamat kita lalui sebagai sandaran masa hadapan kerana nilai-nilai positif yang ada padanya. Bukan bermaksud sejarah yang ada selama ini tidak mempunyai kekurangan. Itulah yang ingin kita buang bagi memenuhi citarasa nation-building yang saya sebutkan tadi.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik, terima kasih Prof. Ada satu soalan daripada Dr. Nazmi Yaakub. Apakah garis pemisah antara fenomena ‘ahli akademik selebriti’ dengan ahli akademik yang menjalankan tanggungjawab sosial dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat? Saya juga masih kabur dengan istilah ‘ahli akademik selebriti’, tetapi mungkin Prof. boleh berikan respons.

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Ahli akademik boleh kita golongkan kepada empat kelompok. Pertama, ahli akademik yang sekadar menjadi guru di universiti. Dia menyampaikan ilmu, mengajar dengan baik dan mengikut kaedah pedagogi. Kedua, ahli akademik pentadbir yang berkedudukan dalam jawatan sebagai contoh dekan, ketua jabatan atau naib canselor. Ketiga, ahli akademik penyelidikan yang menyalurkan pengetahuan dalam bentuk jurnal, buku dan sebagainya. Keempat, ahli akademik yang menjadi intelektual awam yang disebutkan tadi. Jadi, bergantung kepada mereka kerana sukar bagi kita untuk membatasi penglibatan mereka yang boleh dianggap bermaruah dan tidak bermaruah.

Secara kasarnya, mereka harus bercakap mengenai bidang kepakaran mereka. Janganlah menuturkan apa sahaja apabila didekati pihak wartawan, televisyen dan seumpamanya sehinggakan mereka kelihatan murah. Saya perlu menyatakan hal ini kerana untuk jangka masa panjang mereka akhirnya akan dipermain-mainkan oleh masyarakat kerana si profesor ini bercakap sahaja tentang apa-apa perkara yang kadangkala dia tidak tahu pun sehingga merosakkan imej sendiri. Itu sahaja yang dapat saya beritahu.

Oleh itu, untuk membatasi diri, mereka hendaklah menggunakan kebijaksanaan, berpengetahuan tentang bidang yang dimaksudkan, mempunyai maklumat yang mencukupi kerana malang sekali orang yang mempunyai kepakaran walaupun bercakap tentang sesuatu yang dianggap salah, orang tidak mempertikai kerana itu ialah bidangnya. Sebaliknya, orang yang bukan pakar bercakap hal yang betul akan dipersoalkan. Maka, di situlah pentingnya pembidanan dalam kita melimitasikan bidang kepakaran supaya kita dihormati. Sebab itulah di universiti kita anggap itu sebagai pembahagian bersifat akademik. Kita gunakan perkataan disiplin yang merujuk kepada bidang asuhannya melalui pengajian, penyelidikan dan penganugerahan ijazah.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baiklah Prof., dengan ruang yang berbaki ini, saya ingin mempersilakan Prof. untuk membuat penggulungan mengenai syarahan pada kali ini.

PROF. DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR: Baik, sebelum saya menghuraikan secara umum persoalan yang telah kita harungi ini, saya berharap sebahagian daripada kita ini jika berpeluang sebagai manusia akademik untuk merujuk penulisan saya Manusia Akademik sebagai Intelektual dalam jurnal PEMIKIR yang mana saya telah menghuraikan secara panjang lebar dan terperinci kedudukan orang akademik dalam konteks Eropah, Amerika, malahan kita sendiri. Ia boleh dilihat secara berdampingan dengan syarahan saya pada malam ini apabila saya menghuraikan tentang tradisi intelektual di Malaysia.

Bagi merumuskan segalanya ini, berani saya katakan bahawa kita sedang berada di suatu persimpangan yang sangat menarik. Pertama, kita semakin diheret untuk membicarakan nation-building kembali, setelah sekian lama tercicir. Pembinaan negara bangsa ini menuntut penyertaan dan penglibatan para intelektual. Kita boleh menimba masa lepas, mendapatkan pengalaman dari negara lain tentang bagaimana mereka menangani secara intelektual isu ini. Kita belum lagi sampai ke tahap itu.

Kedua, apabila hari ini kita disimbah oleh globalisasi, demokrasi liberal, hak asasi manusia dan sebagainya. Nampaknya, apabila hari ini kita tidak berbekalkan ilmu pengetahuan yang cukup, tidak mempunyai kehebatan intelektualnya, kita hanya menjadi golongan on the receiving site. Kita hanya berinteraksi setelah isu itu dibangkitkan oleh orang luar. Apabila sesuatu isu menular dalam masyarakat, didatangi dari luar, barulah kita berfikir. Setelah kita berfikir dalam masa yang panjang, isu baharu pula datang. Hal ini sedang berlaku. Oleh sebab kita terbuka kepada dunia luar, banyak persoalan luar yang tiada kena-mengena dengan masyarakat kita telah terdampar dalam masyarakat. Sedangkan para pemikir dan intelektual kita masih pada tahap lama, kemudian dihumban pula dengan persoalan baharu. Kita perlu berhadapan dengan ini.

Ketiga, dengan banyaknya universiti pada hari ini sama ada awam atau swasta, adakah ia menyumbang dengan wajar berdasarkan kadar yang disebutkan tadi. Ertinya, adakah para pelajar kita membaca surat khabar? Adakah para pelajar kita mengikuti forum-forum? Saya takut mereka ini menjadi bookworm sahaja atau menimba pengetahuan daripada internet dengan menjadikan Google sebagai satu-satunya sumber pengetahuan. Saya takut mereka tidak lagi kreatif. Sebaliknya, semua yang mereka mahukan sudah ada. Definisi, cara membuat ayat, semuanya telah diajar melalui komputer. Digitalization ini ada baik dan buruknya. Kita tidak nafikan dengan era digital ini, universiti telah meneroka pelbagai cara sama ada online learning, video conferencing dan sebagainya. Akan tetapi, pokok pangkalnya ialah: adakah kita mempunyai audiens yang berilmu untuk berinteraksi secara atas talian atau kita hanya menggunakan gajet dan aplikasi ini dengan ada seada-adanya sebagai suatu yang baharu dan seumpamanya? Jadi, gejala tidak membaca, tidak mengikuti perbahasan ini menghambat. Mahu tidak mahu, buku merupakan sumber karya yang dapat memberikan laluan kepada intelektualisme yang saya maksudkan tadi.

Keempat, ketergantungan yang berlaku hari ini, apabila orang mengejar cita-cita, ketakutan dan kebimbangan itu ada sehingga mereka tidak lagi bebas untuk berfikir kerana mereka ini mementingkan employability. Pada masa sama, kita mungkin berhadapan dengan tipping point di mana golongan yang ramai tidak mempunyai pekerjaan, yang menganggur ini yang terdesak tidak memikirkan soal employability memikirkan bahawa there is nothing to lose. Hal ini juga berlaku di sesetengah negara yang mana mereka ini telah hilang punca, arah, justeru berbekalkan ilmu pengetahuan, mereka boleh menularkan intelektualisme yang saya sebutkan tadi. Adakah ini telah berlaku di negara Barat? Katakan di Rusia pada masa dahulu.

Kelima, kita juga perlu mendidik audiens dan masyarakat kita. Ini sukar kerana mereka kebanyakannya berada dalam zon selesa. Jika ada ensiklopedia pun hanya dijajarkan dalam almari, tidak dibaca. Jadi, ini menunjukkan bahawa audiens kita sendiri juga sebenarnya tidak membantu untuk menjadi sistem sokongan kepada gerakan intelektual yang ada di negara kita. Sedangkan kita berharap agar mereka ini apabila berduit, singgah di negara lain, terdedah di negara luar, mereka akan terbasuh sama oleh persekitaran luar dan pulang sebagai manusia yang kreatif, bukan pulang dengan ole-ole dalam bentuk cenderamata dan cenderahati sahaja. Tetapi, ramai dalam kalangan pegawai kerajaan, bukan semua yang gembira dengan cenderahati dan cenderamata sahaja. Bukan idea yang diambil dari luar. Inilah kegersangan yang ada. Begitulah sekelumit cerita yang dapat saya sampaikan mengenai tuntutan intelektual.

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN: Baik, Prof. Jika kita lihat secara keseluruhan, kita dapat beberapa mesej penting untuk kita renungkan dalam syarahan kita pada malam ini. Pertama, Prof. bercakap tentang masalah pemandulan intelektualisme. Saya fikir ini ialah suatu masalah yang besar dan ia menjadi tugas besar para intelektual untuk memugar idea atau stigma yang sedang berlaku di negara ini dalam tempoh yang agak panjang. Gerakan intelektual yang dibungkam atau dimandulkan ini, akhirnya akan mengakibatkan pertumbuhan kritis intelektual masyarakat itu sendiri.

Kedua, tuntutan intelektualisme, kepentingan legasi dan tradisi perlu ditembungkan untuk merancakkan perdebatan di ruang awam. Saya fikir perlu ada lebih banyak ruang-ruang awam untuk masyarakat berinteraksi dan berwacana mengenai apa-apa hal. Pengalaman saya di sini, semua hal boleh dijadikan wacana. Di sini, kita ada konsep yang dikatakan sebagai deliberatif. Setiap perbincangan harus ada peringkat yang khusus. Kalau di Jerman ini begitulah. Setiap orang harus memberikan pendapat masing-masing. Pemerintah atau penguasa harus mendapat maklum balas daripada peringkat di bawah hingga peringkat atas. Saya fikir ini perlu juga diamalkan dalam masyarakat dengan adanya ruang awam yang bebas dengan tidak diganggu gugat oleh pihak penguasa atau mana-mana pihak tertentu yang ingin memperlihatkan kuasa mereka. Jadi, di sinilah kita memerlukan kebijaksanaan intelektual untuk menangani kekangan-kekangan sebegini. Saya fikir boleh saya kaitkan dengan apa Prof. sebutkan tadi apabila ada yang khuatir menjadi intelektual yang kritikal mempunyai risiko tersendiri, itu ialah harga yang harus dibayar untuk menjadi intelektual yang kritis. Jika kita lihat intelektual pada tahun-tahun 1930-an, 1970-an, mereka tidak kaya tetapi nama, jasanya, idea dan intelektualisme nya dikenang dan diperkatakan hingga hari ini.

Saya fikir kita telah sampai kepada penutup. Terima kasih Prof. atas syarahan yang panjang dan padat. Alhamdulillah program pada malam ini berjalan dengan lancar, justeru saya mewakili pihak Naratif Malaysia dan Merdeka Center ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Mohamad Abu Bakar dan para peserta pada malam ini. Segala salah dan silap, pohon maaf daripada saya jika kurang cermat dalam pemilihan bahasa. Semoga kita bertemu lagi dalam siri syarahan akan datang. Terima kasih.

Rujukan

Herman, E.S. & Chomsky, N. 1988. Manufacturing Consent: The Political Economy of the Mass Media. New York: Pantheon Books.

Mohamad Abu Bakar. 1973. Mahasiswa Menggugat: Suatu Analisa dan Peninjauan dari dalam Terhadap Kegiatan Mahasiswa-Mahasiswa Negeri Ini. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohamad Abu Bakar. 1987. Penghayatan Sebuah Ideal: Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Abu Bakar. 1996. Manusia akademik sebagai intelektual. PEMIKIR, April-Jun: 1-33.

Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar merupakan penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, UniSZA, Terengganu. Manakala tulisan ini merupakan transkrip dari ucapan semasa Syarahan Naratif Malaysia Bil 3/2021 pada 13 Mac 2021.

Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme: Dari Penghargaan Diri Kepada Pembinaan Bangsa

Jadi, kita melihat apa yang bermula lebih kurang 70 tahun sebelum ini, sebagai semangat untuk menghargai diri bangsa dan budaya Melayu akhirnya membawa kepada ideologi ketuanan. Ini sudah tentu berbeza sekali dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Abdul Hadi Hasan pada tahun 1920-an dan juga Abdul Hadi Awang pada tahun 1980-an. Maka, dari satu Hadi ke satu Hadi yang lain, kita dapat melihat pertentangan terhadap Ketuanan Melayu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Naratif Malaysia kerana sudi menjemput saya sekali lagi untuk berkongsi pandangan mengenai Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme: Dari Penghargaan Diri kepada Pembinaan Bangsa.

Permulaan: Zaman Nasionalisme di Negara Bekas Tanah Jajahan

Lazimnya, jika kita melihat penulisan Barat, seperti oleh Ernest Gellner dan sebagainya, zaman nasionalisme bermula pada pertengahan abad ke-19M. Namun, bagi saya, nasionalisme, terutama sekali di negara-negara membangun sekarang, tanah jajahan empayar-empayar yang ada dahulu di luar Amerika Latin, bermula lebih kurang pada awal abad ke-20M. Ia akibat daripada keruntuhan beberapa empayar yang wujud hingga akhir abad ke-19M yang membawa dan mencerminkan beberapa perubahan besar. Oleh itu, ‘zaman nasionalisme’ dalam perbincangan ini merujuk kepada abad ke-20M dan abad ke-21M.

Dalam syarahan ini, saya akan cuba menyampaikan dua hujah yang berkaitan. Pertama, maksud istilah ‘Melayu’ itu berbeza mengikut konteksnya. Misalnya, perbezaan penggunaannya di Malaysia dengan Indonesia, ataupun dengan Filipina. Tentunya terdapat juga serba sedikit perbezaan di Brunei dan Singapura. Namun, bagi saya, maksudnya di Malaysia itu lebih dekat dengan maksudnya di Brunei dan Singapura, mungkin akibat warisan penjajah British.

Kedua, yang jauh lebih penting, saya akan cuba menunjukkan bahawa pada peringkat awal nasionalisme Melayu, pemikir-pemikirnya bertujuan menegakkan maruah atau penghargaan diri orang Melayu pada zaman penjajahan British. Ini amat penting, terutama sekali bagi rakyat yang pernah dijajah. Bukan hanya dijajah, tetapi diberitahu bahawa mereka tidak mempunyai sejarah tersendiri yang boleh dibanggakan, bahawa sejarah mereka kononnya bermula dengan penjajahan yang mula memajukan mereka. Ini amat penting dalam konteks apa yang telah berlaku di tanah air.

Akan tetapi, lama-kelamaan, keadaan sudah tentu berubah. Apa yang kini dikatakan sebagai nasionalisme boleh dikaitkan dengan fenomena antarabangsa pada akhir abad ke-20M dan awal abad ke-21M, iaitu ‘ethno-populism’ atau ‘ethno-nationalism’ yang merupakan apa yang sering disebutkan perkauman, termasuk fahaman ‘ketuanan Melayu’, misalnya. (Saya pernah membincangkan soal etno-populisme ini dalam syarahan Naratif Malaysia yang lepas.)

Keruntuhan Empayar dan Kebangkitan Imperialisme Baru

Jadi, sekurang-kurangnya dua empayar telah runtuh pada akhir abad ke-19M, iaitu (i) Empayar Austria-Hungary yang berpusat di Vienna; dan (ii) Empayar Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul. Vienna dan Istanbul menjadi pusat empayar lama, yang terletak tidak begitu jauh antara satu sama lain di Eropah Tenggara.

Apakah yang telah membawa kepada keruntuhan ini? Seperti kita sedia maklum, pada awal abad ke-19M, tercetus di Eropah Barat, khususnya di England, apa yang dikatakan ‘Revolusi Industri’. Revolusi Industri membawa kelebihan British daripada segi persaingan perdagangan. Mereka berupaya mengeluarkan barangan buatan dengan lebih murah. Ini membawa kepada fenomena ‘imperialisme perdagangan bebas’, yang mana mulai pertengahan abad ke-19M, pihak Inggeris membela konsep ‘perdagangan bebas’ kerana mempunyai kelebihan untuk bersaing; perdagangan bebas dibela kerana kekuatan industrinya. Kita mendapati slogan atau cogan kata demikian membawa kepada perdagangan bebas di Negeri-Negeri Selat (NNS), pada mulanya di Pulau Pinang, dan kemudiannya, di Singapura.

Apa yang dimajukan atas nama perdagangan bebas termasuklah perniagaan candu yang akhirnya melemahkan, malah meruntuhkan beberapa kesultanan. Buktinya dapat dilihat menerusi beberapa penulisan tentang keruntuhan kesultanan rantau ini. Tetapi, setelah pemberontakan tentera ‘sepoy’ terhadap pihak berkuasa British di India pada tahun 1857, Syarikat Hindia Timur atau East India Company terpaksa ditamatkan pada tahun 1858. Kesemuanya yang dahulunya dikuasai melalui syarikat itu dikuasai pula secara langsung atas nama Maharani Victoria.

Pada penghujung abad ke-19M, reaksi dalam kalangan umat Islam bukan datang dari Istanbul, iaitu pusat empayar Kesultanan Uthmaniyah, tetapi daripada pemikir baharu di dunia Islam, terutamanya oleh Syed Jamaluddin Al-Afghani. (Ada yang mempersoalkan asal-usul beliau, sama ada dari Afghanistan atau Parsi, tetapi soal itu tidak begitu penting bagi kita). Penulisan Syed Jamaluddin mengasah kemampuan umat Islam memahami imperalisme Barat untuk menentangnya. Syed Jamaluddin menulis dalam banyak bidang, termasuk implikasi pemikiran saintifik baru di Barat serta filsafat ‘rasionalis’ yang berkaitan. Beliau mempengaruhi Syeikh Muhammad Abduh, dan selanjutnya, golongan Kaum Muda di tanah air.

Apa yang jelas kelihatan ialah pemikiran bersifat anti penjajah dan anti imperialis, tetapi bukan pemikiran nasionalisme. Apabila William Roff mengatakan bahawa pemikirannya bersifat nasionalis, bolehlah dikatakan bahawa maksud nasionalisme yang dipakainya menekankan soal anti imperialisme atau anti penjajahan, bukan nasionalisme etnik.

Pada waktu itu, di Barat, beberapa pemikir telah mula mengemukakan pandangan yang menentang imperialisme termasuk ahli pemikir liberal berbangsa Inggeris bernama John Hobson. Penulisan Hobson dan beberapa pemikir lain mempengaruhi pemikiran Vladimir Ilyich Lenin. Apa yang dapat kita lihat adalah bahawasanya asal-usul penentangan mereka terhadap imperialisme itu berbeza kerana lebih bersifat ekonomi berbanding penulisan Syed Jamaluddin.

Jadi, Perang Dunia Pertama akhirnya membawa kepada keruntuhan dua empayar yang disebutkan tadi, iaitu Austria-Hungary dan Uthmaniyah. Pada waktu yang sama, imperialisme baharu melahirkan gelombang nasionalisme baharu. Dengan tamatnya dua empayar tersebut, kita dapat melihat kemunculan nasionalisme-nasionalisme Arab, Turki dan Yahudi. Lawrence of Arabia dan usahanya berjaya memupuk dan menyokong nasionalisme Arab. Di samping itu, muncul nasionalisme Turki yang dibawa oleh golongan Turki Muda. Selain itu, British memupuk nasionalisme Yahudi yang membawa kepada Zionisme dan pengisytiharan Lord Balfour untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di tanah Palestin.

Maka, keruntuhan empayar lama serta imperialisme baharu juga menghasilkan nasionalisme-nasionalisme Arab, Turki dan Yahudi di Asia Barat yang lebih bersifat nasionalisme etnik. Kemelut ini juga memupuk gerakan yang disifatkan sebagai gerakan nasionalis yang lain. Misalnya, di India, terdapat Gerakan Khilafat, yang menekankan perpaduan ummah, dan jelas bersifat anti-British, kerana ingin mengembalikan empayar Uthmaniyah yang dianggap mereka menyatupadukan ummat Islma. Maka, kita dapati bahawa perkembangan nasionalisme bukan atas satu jalan yang lurus, tetapi berliku-liku.

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, perjumpaan ‘perdamaian’ diadakan di istana Versailles, sebelah selatan Paris. Istana itu dibina oleh ‘Raja Suria’ Louis ke-XIV. John Maynard Keynes seorang ahli ekonomi Inggeris yang mengikuti persidangan itu bagi pihak negaranya telah menulis suatu karangan komentar yang amat penting tentangnya. Beliau menganggap bahawa Perjanjian Versailles tidak akan kukuh dan kekal kerana tidak memberikan ‘jalan keluar’, terutama sekali bagi pihak Jerman. Beliau beranggapan meskipun Jerman telah kalah, penindasan berterusan terhadapnya akan membawa reaksi merbahaya. Ia membawa pula kepada gerakan Nazi di Jerman, fasisme di Itali dan pemerintahan tentera di Jepun. Ketiga-tiga Itali, Jerman dan Jepun semuanya berangan-angan menjadi imperialis untuk menguasai sumber bahan semula jadi yang dianggap penting untuk berkembang dari segi ekonomi. Mereka berniat menjadi penjajah, tetapi cita-cita mereka dikawal oleh penjajah-penjajah yang lebih awal. Ini mengakibatkan mereka berasa marah kepada kuasa-kuasa Barat yang lain.

Maruah dan Penghargaan Diri Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Apakah pula yang sedang berlaku di tanah air? Di sini, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), atau Sultan Idris Training College (SITC) ditubuhkan oleh British dengan tujuan tersurat untuk mengekalkan apa yang dikatakan masyarakat perkampungan Melayu yang bertani. Bagi British, pendidikan Bahasa Melayu bertujuan mendidik anak-anak Melayu untuk terus hidup secara ‘tradisional’ tetapi dengan kaedah yang lebih tersusun, bersih dan selesa. Pada permulaannya, sekolah hanya setakat darjah empat, kemudiannya sehingga darjah enam. Guru-gurunya dilatih di MPSI.

Di Tanjung Malim, guru mereka terdiri daripada beberapa orang pemuda Melayu yang berpendidikan Bahasa Inggeris yang dipilih untuk menjadi pensyarah kepada anak-anak muda Melayu yang bakal menjadi guru. Antara mereka, salah seorangnya bernama Abdul Hadi Hassan. Cikgu Hadi, yang lahir di Tengkera, Melaka, ialah lulusan Malacca High School yang dipilih untuk mengajar kursus Sejarah. Namun, Cikgu Hadi tidak senang dengan teks-teks Sejarah karangan British oleh R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt pada waktu itu. Beliau cuba mengarang teks alternatif yang bertajuk Sejarah Alam Melayu, yang merupakan sumbangan penulisan terbesar Cikgu Hadi.

Cikgu Hadi dikenali di seluruh Alam Melayu (British) melalui anak-anak murid yang telah kembali ke tempat masing-masing untuk mengajar. Sultan Kelantan pula telah memilih beliau untuk menjadi nazir sekolah di Kelantan. Cikgu Hadi telah ke Kelantan, tetapi atas sebab-sebab yang kurang jelas, beliau tidak lama di Kelantan dan akhirnya kembali ke Melaka, dan meninggal dunia pada usia yang agak muda, iaitu 41 tahun.

Anak murid emasnya bernama Harun Aminurrashid. Kemudian, Harun diambil MPSI untuk mengajar mata pelajaran Tawarikh atau Sejarah. Maka, yang menyambung kerja Hadi, meneruskan tugas mendidik, ialah Cikgu Harun yang berasal dari Singapura.

Pengaruh Harun amat penting sekali terhadap generasi muda, yang akhirnya mula mempunyai pandangan Melayu Se-Malaya yang turut merangkumi Singapura. Pandangan itu bermula diajar di MPSI. Sumbangan Hadi dan Harun itu amat penting dalam kemunculan dan perkembangan pemikiran yang sedemikian. Akibat pengaruh pendekatan serta tafsiran mereka terhadap sejarah, ramai guru yang bersemangat nasionalis Melayu anti-penjajah lahir dari didikan sejarah mereka di MPSI.

Pada masa itu, anak muda di KMM banyak membaca sumber-sumber luar, terutama sekali yang fasih membaca bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya. Mereka yang hanya berpendidikan Melayu dipengaruhi penerbitan daripada Singapura yang tidak dianggap asing ketika itu, sedangkan penulisan dari Indonesia mempunyai pengaruh yang kuat. Pada tahun 1928, gerakan kemerdekaan Indonesia atau gerakan nasional rakyat Indonesia telah membuat keputusan yang amat penting. Mereka telah bersetuju bahawa Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Indonesia. Bukannya Bahasa Jawa yang digunakan oleh lebih daripada separuh rakyat Indonesia. Pilihan sengaja ini diputuskan atas dua sebab. Pertama, bahasa Melayulah telah lama menjadi bahasa perdagangan di rantau Nusantara yang diterima oleh semua kaum dan suku. Kedua, bahasa Jawa mempunyai tiga loghat yang mencerminkan darjat atau kasta masing-masing. Gerakan nasionalis Indonesiaa menolak masyarakat berdarjat dan berkasta. Itulah sebabnya mereka menolak apa yang diperjuangkan oleh Boedi Oetomo di Indonesia ketika itu untuk mengangkat budaya dan bahasa Jawa di Indisch Belanda, iaitu Indonesia kini.

Pengaruh anak murid sejarah ini terhadap sejarah nasionalisme tanah air kita yang anti-imperialis dan anti-penjajah harus diakui. Hal ini sudah tentu mempengaruhi kelahiran Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1930-an. KMM dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Mustapha Hussain yang merupakan timbalannya. Jadi, dari 8 Disember 1941 sehingga Februari 1942, Jepun berjaya menyerang tanah air dengan pesawat bomber, kereta kebal serta bilangan askar satu pertiga tentera British.

Jepun menjanjikan Asia Timur Raya kepada rakyat Asia Tenggara, tetapi ramai yang berketurunan Cina tidak percaya kerana sudah lama mendapat berita kekejaman tentera Jepun di tanah besar China. Seperti dijanjikan kepada Subhas Chandra Bose dan Soekarno, Jepun berjanji membawa kemerdekaan kepada seluruh Asia. Itulah janji pihak Jepun yang mana Ibrahim Yaacob turut ‘termakan’ dengannya.

Namun, Mustapha Hussain mempunyai pandangan berbeza. Beliau berada di Singapura setelah British menyerah diri. Walaupun orang kulit putih British dipenjarakan, misalnya di penjara Changi di Singapura, pihak Jepun ingin membunuh 400 orang askar Melayu yang cuba mempertahankan Singapura. Mustapha mencuba dan membela nasib dan berjaya menyelamatkan mereka. Namun, beliau tidak senang dengan sikap tentera Jepun, lalu kembali ke Gopeng, Perak, untuk mengerjakan tanah, bercucuk tanam demi menyarakan keluarganya. (Mustapha bukan terdidik di MPSI, tetapi di Maktab Pertanian di Serdang, dan merupakan sepupu Yusuf Ishak, penerbit Utusan Melayu, dan adiknya, Aziz Ishak, Menteri Pertanian yang kemudiannya ditahan pada zaman Konfrontasi dengan Indonesia. Setelah Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai ketua UMNO pada tahun 1951, beliau kalah kepada Tunku Abdul Rahman pada peringkat pencalonan dengan hanya satu undi).

Pentadbiran tentera Jepun zaman perang juga berbeza dengan pentadbiran British. Pentadbiran Jepun bukan hanya di Semenanjung, tetapi juga pulau Sumatera. Di kalangan rakyat pula, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy, telah mengeratkan hubungan dua hala seberang Selat Melaka. Sewaktu Penaklukan Jepun, negeri-negeri di utara Semenanjung ‘dikembalikan’ kepada Raja Siam, kerana negeri Thai bersubahat dengan Jepun pada zaman perang. (Raja Siam pada waktu itu mungkin kurang berpengaruh. Sebaliknya, yang berkuasa di negeri Thai ialah tentera yang telah menggulingkan kerajaan Pridi Banomyong, yang memimpin ‘revolusi demokratik’ tahun 1932 di Bangkok).

Nasionalisme Melayu Pasca Perang Dunia Kedua

Setelah Perang Dunia Kedua, Pentadbiran Tentera British, atau British Military Administration (BMA), dikenakan terhadap Semenanjung termasuk Singapura. Pentadbiran BMA ini ditentang oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikenali umum sebagai Pekemam. Pekemam dari tahun 1945 lagi telah menentang penjajah British dan terus menuntut kemerdekaan.

Tuntutan kemerdekaan ini dianggap sebagai kesinambungan tuntutan merdeka KRIS pada penghujung Penaklukan Jepun. Tetapi kesinambungan antara Pekemam dengan janji-janji kosong pihak Jepun yang menjanjikan kemerdekaan tiada. Malah, beberapa pemimpin Pekemam pernah menentang Jepun sewaktu Perang sebelumnya. Ini amat penting diperingati kerana telah mempengaruhi apa yang berlaku selanjutnya.

Dalam Revolusi Indonesia (1945-1949) pula, apabila nasionalis Indonesia berkuasa, hampir semua kerajaan bersultan atau kesultanan yang wujud di pulau Sumatera telah dihapuskan. Tiada satu pun kesultanan di Sumatera yang masih berkuasa. Hal ini sudah tentu menakutkan raja-raja Melayu yang lain di Semenanjung. Ini suatu faktor yang mempengaruhi raja-raja Melayu bekerjasama dengan orang seperti Dato’ Onn Jaafar. Jangan lupa bahawa Dato’ Onn pernah menjadi Menteri Besar yang telah diusir keluar dan dilarang masuk Johor pada suatu waktu sebelumnya. Jadi, dalam konteks ini, apa yang telah berlaku di rantau ini telah banyak mempengaruhi perkembangan sejarah tanah air kita.

Maka, kemerdekaan mula dituntut pada tahun 1945 oleh Pekemam. Pada mulanya, Pekemam dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, dan kemudiannya oleh Dr. Burhanuddin. UMNO dari penubuhannya pada tahun 1946, untuk menentang Malayan Union, sehingga tahun 1951 tidak pernah menuntut kemerdekaan.

Pada tahun 1947, pimpinan Pekemam dan semua sayapnya — sayap wanitanya, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sayap pemudanya, Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap ulamanya, dan lain-lain lagi telah bekerjasama dalam satu gabungan yang dinamakan sebagai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). PUTERA telah bekerjasama dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), yang dipimpin oleh Malayan Democratic Union (MDU). Tokohnya Tan Cheng Lock, yang kemudiannya memimpin MCA, tetapi yang penting ialah peranan MDU ketika itu. Antara mereka yang cukup berpengaruh dalam MDU termasuklah setiausahanya Lim Kean Chye, yang masih hidup di Pulau Pinang dengan usia lebih daripada 100 tahun. Seorang tokoh MDU lain ialah Wan Abdul Hamid yang juga masih hidup dan seangkatan dengan Almarhum Ungku Aziz. Wan Hamid juga berasal dari Johor dan mereka pernah dibawa ke Jepun semasa anak bangsawan atau pembesar Melayu lain sewaktu Perang Dunia Kedua untuk dididik di Jepun.

Gabungan kerjasama PUTERA-AMCJA mula merangka Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947. Selain Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Boestamam, atau nama sebenarnya, Abdullah Sani Bin Raja Kechil, merupakan tokoh PUTERA yang amat penting. Oleh itu, wujud kesinambungan konsep ‘bangsa Melayu’ dalam Perlembagaan Rakyat dan konsep ‘bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2020 yang ditulis oleh anakandanya, Rustam A. Sani.

Perlembagaan Rakyat memberi cabaran besar ertinya terhadap pemerintahan penjajah British ketika terpaksa menyerah kemerdekaan di Asia Selatan. Kesannya, pada awal tahun 1948, pihak British mula bertindak terhadap aktivis politik Melayu PUTERA, terutama sekali API. Dalam Testamen Politik API nya, Ahmad Boestamam menuntut ‘Merdeka Dengan Darah!’. Kemungkinan besar ini telah menakutkan pihak penjajah British, memandangkan Revolusi Indonesia yang telah bermula pada tahun 1945 dan akhirnya selesai dicapai pada tahun 1949.

Rentetan itu, lebih daripada 6,000 pemuda Melayu telah ditahan pada bulan Februari 1948. Ramai lagi telah melarikan diri dan sebahagian besar daripada mereka telah menyertai gerakan tentera gerila Rejimen ke-10, yang dipimpin Parti Komunis Malaya (PKM). Memoir Chin Peng mengakui kesilapan besar pada tahun 1948 kerana tidak cukup mengambil berat dan menentang dengan jauh lebih keras, penindasan terhadap aktivis anti-penjajah Melayu pada bulan Februari 1948. Maka, menurutnya lagi, pihak PKM tidak bersiap sedia ketika British mengisytiharkan Dharurat pada Jun 1948.

Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1947 akibat kompromi pihak penjajah British terhadap penentangan pimpinan UMNO terhadap Malayan Union. Maka, Persekutuan Tanah Melayu merupakan usaha memastikan kuasa British berterusan di sebalik raja-raja Melayu. Susunan demikian meneruskan mitos di merata-rata dalam empayar British, terutamanya di Afrika. Ini bermula dari tahun 1874 dengan Perjanjian Pangkor, yang mana kononnya, raja-raja Melayu terus bertakhta, tetapi sebaliknya, terus didalangi British. Secara rasmi, nasihat Residen dan Penasihat terpaksa diterima dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu.

Para sejarawan Darurat setuju bahawa, antara tahun 1948 hingga 1951, pihak British tidak berjaya mengalahkan gerila pimpinan PKM. Hanya kemudian, mulai tahun 1951, barulah perubahan besar strateginya berjaya menyelamatkan kepentingan penjajah British. Perubahan-perubahan ini melibatkan beberapa reformasi. Parti Buruh berkuasa di Britain selepas perang sehingga tahun 1951 apabila mereka kalah kepada Winston Churchill. Walaupun Parti Buruh tidak berkuasa, beberapa reformasi telah dilaksanakan yang memberi gambaran bahawa mereka mempengaruhi reformasi sosial untuk ‘tawan hati dan minda’ rakyat.

Setelah gagal membuka UMNO kepada kaum lain demi menuntut kemerdekaan, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malaya Party (Parti Kemerdekaan Malaya) yang berbilang kaum di kalangan golongan atasan untuk menuntut kemerdekaan. Setelah usahanya tidak berjaya, akhirnya, beliau mengetuai Rural Industrial Development Authority (RIDA), yang kemudiannya dijadikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai asas untuk terus berkempen. Di samping itu, Labour Party (Parti Buruh) of Malaya, Malayan Trades Union Council (MTUC), gerakan koperasi serta usaha lain diperkenalkan untuk membantu kaum petani. Akhirnya, FELDA ditubuhkan pada tahun 1956.

Revolusi Indonesia, yang akhirnya berjaya pada tahun 1949, mempunyai kesan besar. Di pulau Singapura. Misalnya, surat khabar paling berpengaruh di Semenenjung, iaitu Utusan Melayu diterbitkan. Ramai daripada mereka yang terlibat dengan Utusan juga terlibat dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Suasana ini mempengaruhi filem-filem yang dibikin pada waktu itu, meskipun dimiliki oleh Shaw Brothers, Cathay Keris dan sebagainya. Beberapa filem awal P. Ramlee, seperti Antara Dua Darjat, mempunyai unsur-unsur kerakyatan. Hanya kemudian, beliau membikin filem Hang Tuah yang berbeza sekali dengan filem Hussain Hanif sebelum itu iaitu Hang Jebat. Jadi, pemikiran Melayu tahun 1950-an merupakan masa yang cukup bergelora daripada banyak segi.

Pembinaan Bangsa Pada Era Pasca Kemerdekaan

Selepas Merdeka, terdapat usaha memperkenalkan institusi baharu. Pada tahun 1961, telah berlaku sesuatu yang amat bersejarah, bukan hanya di rantau ini, malah pada peringkat dunia. Dalam peristiwa mogok Utusan Melayu, pekerja-pekerjanya telah mogok lebih daripada 100 hari kerana menentang UMNO yang telah mengambil alih syarikat penerbitan Utusan Melayu. Setahu saya, tidak pernah ada mogok begitu lama di dunia disebabkan kebebasan akhbar—bukan soal gaji dan sebagainya. Akhirnya, Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari telah dibuang negeri kerana lahir di Singapura. (Mulai Februari 1963, Said Zahari ditahan tanpa bicara di Singapura oleh pemerintahan Lee Kuan Yew sehingga tahun 1980!) Sebilangan besar daripada mereka telah kehilangan kerja kerana mogok itu gagal. Sebahagian besar telah masuk bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) termasuk Kamaludin Mohamad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Warrant) dan lain-lain. Seperti ASAS 50 di Singapura, mereka ini telah memberi nafas baharu yang penting di Kuala Lumpur dan sebagainya, misalnya melalui PENA.

Dengan tertubuhnya kampus Universiti Malaya (UM) di Pantai, Kuala Lumpur, gerakan mahasiswa telah berkembang, terutama sekali pada pertengahan tahun-tahun 1960-an. Di kalangan mahasiswa Melayu, terdapat dua, tiga aliran yang menarik. Salah satu yang penting sejak dahulu lagi ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Ia telah bermula sebagai Persatuan Bahasa Melayu yang mula ditubuhkan di Singapura. Satu lagi cabang penting yang wujud ialah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang pernah dipimpin oleh Arwah Kassim Ahmad. Kelab Sosialis, yang dahulunya ditubuhkan di Singapura, turut ditubuhkan di UM Kuala Lumpur.

Pada ketika tertentu, semuanya sealiran dan bekerjasama. Misalnya, bagi membela petani yang tidak bertanah, yang dipimpin Hamid Tuah. Pada peringkat itu, yang dapat dilihat di kalangan mahasiswa ialah sokongan terhadap cita-cita nasionalisme dengan erti kata yang luas. Di Singapura pada tahun 1950-an lagi, mahasiswa di Universiti Nanyang pernah menuntut supaya Bahasa Melayu diajar di universiti itu. Begitu juga, didapati mahasiswa bukan Melayu juga turut terlibat dengan beberapa kegiatan seperti Teluk Gong.

Perselisihan juga bermula daripada segi pemikiran. Di satu pihak, individu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad mengutarakan bukunya, Dilema Melayu. Di pihak lain, Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung UMNO ketika itu, mengemukakan Revolusi Mental. Kedua-dua pihak dikritik tajam oleh Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya, Mitos Peribumi Malas.

Pimpinan Tun Abdul Razak waktu itu menganggap masalah utama yang dihadapi mereka ialah cabaran perpaduan nasional. Ini membawa kepada penggubalan Rukunegara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). ‘Serampang dua mata’ DEB itu melibatkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Kedua-duanya dikatakan bertujuan mewujudkan keadaan atau suasana yang sesuai untuk mencapai perpaduan nasional dari kacamata masalah di Semenanjung Malaysia yang telah membawa kepada rusuhan kaum.

Mereka tidak begitu memikirkan soal Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan telah menimbulkan cabaran besar terhadap kerajaan pusat. Pada tahun 1966, beliau tidak bersetuju menandatangani rang undang-undang yang dikemukakan untuk memberi kuasa terhadap ‘rak benua’ kepada Kuala Lumpur. Perisytiharan Darurat ketika itu dirujuk oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengisytiharkan Darurat awal tahun ini.

Pada tahun 1980-an pula, Tun Dr. Mahathir telah membawa idea dan dasar baharu seperti Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam. Akan tetapi, merudumnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada waktu itu, dengan keluarnya Dato’ Asri Muda dan lain yang rapat dengannya. Akhirnya, yang tinggal hanya seorang Ahli Parlimen PAS, iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz selepas muktamar tahun 1982.

Tidak lama kemudian, pemimpin PAS angkatan muda, Haji Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan PAS menentang apa yang dikatakan assabiyah, yang ditakrifnya sebagai perkauman atau taksub kepada kaum atau suku. Takrif istilah assabiyah menurut Haji Hadi berbeza sekali dengan apa yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun, misalnya, yang lebih menekankan setiakawan atau persaudaraan sosial. Sama ada betul atau salah, penentangan Haji Hadi terhadap perkauman telah mempengaruhi PAS selama hampir tiga dasawarsa. Pendirian inilah yang membezakan PAS ketika itu daripada Angkatan Belia Islam (ABIM) misalnya. Pemimpin ABIM yang menggantikan Anwar Ibrahim, Siddiq Fadzil menekankan apa yang sekarang ini ditekankan oleh pihak UMNO dan PAS, iaitu kesesuaian keMelayuan dengan nilai-nilai Islam.

Maka, dalam konteks ini, Dr Mahathir cuba berundur daripada penekanan DEB, terutama sekali matlamat pemilikan 30 peratus dari jumlah saham oleh kaum Bumiputera, dengan cara yang tidak kelihatan. Beliau telah melihat kesan-kesan sampingan yang tidak dijangka Tun Razak daripada pelaksanaan dasar itu. Maka, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) pada tahun 1986 telah diketepikan tidak lama setelah diisytiharkan.

Mantan Setiausaha Politik Tun Razak dan rakan Mahathir, Tan Sri Abdullah Ahmad,  telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau Internal Security Act (ISA), pada tahun 1976 setelah Tun Razak meninggal dunia. Dollah Kok Lanas, yang dibebaskan pada tahun 1981 setelah Mahathir menjadi Perdana Menteri, telah membela cita-cita ‘Ketuanan Melayu’.

Maka, nasionalisme Melayu telah bermula sebagai fahaman untuk meningkatkan maruah dan harga diri orang Melayu melawan ketuanan penjajah British yang memandang rendah sambil menindas mereka. Akan tetapi, enam dasawarsa kemudian, nasionalisme Melayu telah dijadikan fahaman sebaliknya, iaitu ideologi ketuanan. Ini juga berbeza sekali dengan apa yang diperjuangkan Cikgu Hadi Hasan pada tahun 1920-an dan juga Haji Hadi Awang pada tahun 1980-an.

Kemudian, pada tahun 1991, konsep Wawasan 2020 dikemukakan oleh Mahathir Mohamad. Walaupun Mahathir Mohamad tidak berjaya dalam usahanya berundur daripada penekanan terhadap penyusunan semula DEB. Beliau mengemukakan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju berasaskan industri dan bersatu sebagai Bangsa Malaysia. Dalam konteks ini, Menteri Besar Selangor Muhammad Muhd Taib, atau Mat Taib, telah mengemukakan konsep ‘Melayu Baru’. Melayu Barunya tidak lagi takut dengan bayang-bayangnya sendiri, tetapi cukup yakin diri. Walaupun ekonomi tumbuh pesat pada tahun 1970-an, dan juga pada awal dan pertengahan tahun 1990-an, pertumbuhan ekonomi agak lembab pada waktu lain. Walaupun zaman lebih mutakhir tidak disentuh, kisah fahaman nasionalisme Melayu tidak berubah secara mendalam setelah penghujung abad ke-20M, walaupun watak utama bertukar-tukar.

Pengertian Melayu Berbeza-beza

Maksud Melayu berubah mengikut konteksnya, bukan hanya mengikut tempat, misalnya maksud Melayu di Indonesia jelas berbeza, tetapi dari segi sejarah. Di Indonesia, Melayu salah satu suku yang terdapat di kepulauan Riau-Lingga dan di selatan Sumatera. Orang Melayu tidak sampai dua peratus daripada seluruh rakyat Indonesia, walaupun bahasanya diterima sebagai bahasa Nusantara, malah dijadikan Bahasa Indonesia. Mereka tidak menafikan perbezaan suku, budaya dan bahasa yang wujud. Rakyat Indonesia tidak menafikan orang Jawa, orang Sunda, orang Bugis, orang Melayu dan sebagainya.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku di Filipina. Misalnya, pada penghujung abad ke-19M lagi, wira nasional Filipina, José Rizal mengakui dirinya sebagai seorang Melayu. Bagi Rizal, orang Filipina sebahagian daripada rumpun rakyat di rantau ini. Walaupun Rizal sendiri seorang mestizo Cina, tetapi yang penting baginya, beliau mengakui dirinya sebagai rakyat rantau ini. Malah, beliau sanggup berkorban membela kemerdekaan Filipina sehingga akhirnya dibunuh Sepanyol pada tahun 1896. Jelas daripada pendiriannya apa yang dimaksudkannya sebagai orang Melayu. Maka, di Filipina, soal menjadi seorang Melayu tiada kaitan langsung dengan agama.

Maka, maksud istilah Melayu bukan hanya berbeza mengikut tempat, bahkan juga mengikut zaman. Misalnya, pada tahun 1930-an, British telah memupuk konsep Melayu kerana sudah bimbang penentangan terhadap kuasa British akibat gelombang nasionalisme di seluruh Dunia Ketiga, terutama di tanah jajahan Eropah, ketika Kemelesetan Besar di mana pendapatan jatuh, pekerjaan berkurangan dan buruh dihalau balik ke India.

Oleh yang demikian, kita harus sedar tentang sejarah kita di rantau ini mengikut zaman. Ulasan pemikiran Melayu zaman nasionalisme mengingatkan kita bahawa nasionalisme dapat membebaskan kita daripada kongkongan sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada rantaian yang terus membelenggukan kita. Nasionalisme maju atau progresif mampu bererti mendurhaka, yang membawa kemerdekaan. Ataupun menjadi belenggu budaya berasaskan mitos rekaan yang menyebabkan perpecahan yang membolehkan kuasa lain menguasai kita walaupun kononnya kita merdeka.

PERBINCANGAN DAN SOAL JAWAB

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Prof. Jomo atas syarahan sebentar tadi yang mengulas dari sisi pra Malaysia lagi tentang nasionalisme Melayu, menelusuri sejarah dalam tempoh-tempoh yang penting, pandangan, idea dan peranan tokoh-tokoh utama dalam membincangkan topik nasionalisme Melayu serta kerelevanannya buat masa ini. Seterusnya, saya akan menjemput Pak Halim (Abdul Halim Ali) dan Dr. Muhaimin Sulam untuk memberikan ulasan. Silakan Pak Halim untuk memberikan ulasan.

ABDUL HALIM ALI: Terima kasih saudara Ehsan. Dalam syarahan ini, tokoh-tokoh yang dibicarakan tadi akan ditunjukkan signifikannya kepada judul yang kita sama-sama bicarakan pada malam ini. Bagi maksud tersebut, akan saya pakai perspektif ekstrapolasi iaitu menyimpul dan menaksir suatu informasi yang belum kita ketahui seperti nasionalisme tadi daripada informasi yang telah kita ketahui. Akan dipakai juga pendekatan interconnectedness yang terrnyata terdapat dalam bicara saudara Jomo tadi yang merentas ruang dan menjangkau waktu untuk maksud saya yang penting iaitu lineage atau turun-temurun atau ancestry antara satu kejadian sejarah dengan yang lain. Jadi, dari India ke Eropah itu ada interconnectedness dalam jangka masa yang jauh. Saya terkesan dengan pendekatan longue durée oleh saudara Jomo. Hal ini penting kerana saudara Jomo telah membuka jendela yang memungkinkan kita menanggapi satu conception of the whole yang sehingga kini kajian-kajian tentang nasionalisme itu terbahagi-bahagi dan terpecah-pecah. Sering dikatakan bahawa tidak mungkin diketahui dengan jelas ke manakah kita akan pergi dari sini? Tanpa terdahulu mengetahui dari manakah datangnya kita? Dan bagaimanakah kita sampai kepada titik sejarah kini?

Pada taksiran saya, saudara Jomo telah menyediakan satu peta untuk dipakai oleh para sarjana generasi baharu yang ada kaitan dengan Naratif Malaysia. Mereka itulah harapan kita untuk masa depan. Ringkasnya, diperlukan sarjana generasi muda ini satu jawapan yang baharu dan huraian baharu. Ringkasnya, diperlukan oleh mereka jawapan yang ‘cool’ kalau mengikut istilah generasi baharu. Jelasnya, mereka akan meneruskan upaya historical reconstruction kita, khususnya oleh generasi muda. Antara perkara yang dikemukakan yang saya anggap pokok, dikemukakan oleh saudara Jomo tadi ialah seorang watak Cikgu Abdul Hadi Hassan. Saya memilih watak ini bukan kerana individu, tetapi kerana signifikannya Cikgu Abdul Hadi Hassan dari SITC. Apabila kita menyebut Cikgu Abdul Hadi Hassan, sekurang-kurangnya akan timbul dalam benak saya pada saat ini sembilan perkara.

Pertama, adanya ‘zon budaya’ suatu istilah yang diciptakan oleh Fernand Braudel. ‘Zon budaya’ ini jelas dalam ideologi KMM dan PKMM, dalam penulisan Ibrahim Yaacob, Muhammad Yamin, Tan Malaka dan penulisan dalam risalah-risalah Rejimen ke-10. Apatah lagi dalam penulisan Burhanuddin al-Helmy yang disampaikan dalam Parlimen pada Mei 1962 dan kenyataan Boestamam ketika diinterogasi oleh Special Branch (SB). Beliau tidak pernah mengungkapkannya dalam Parlimen tetapi ada kenyataan bertulis yang terdapat dalam catatan SB. Kedua, apabila membicarakan tentang signifikannya Cikgu Abdul Hadi Hassan itu adalah pendekatan longue durée. Ertinya, tidak seperti sejarawan konvensional yang mementingkan kejadian atau event semata-mata. Cikgu Abdul Hadi Hassan telah mengambil jangka masa panjang sehingga 2,000 tahun. Apabila kita berbincang tentang Cikgu Abdul Hadi Hassan juga, kita akan kaitkan dengan pemikiran Annales School di Perancis yang memperkenalkan konsep ‘zon budaya’ dan longue durée tadi. Ertinya menghitung sejarah. Bagaimanakah menghitung sejarah? Adakah hari? Bulan? Tahun? Tidak kata mereka. Satu abad itu hanya setitis dalam lautan sejarah. Ketiga, apabila berbincang tentang Cikgu Abdul Hadi Hassan, kita juga membicarakan juga tentang konsep history of mentaliities yang dikemukakan oleh Fernand Braudel. Keempat, soal nasionalisme. Kelima, soal bahasa pemersatu yang dinyatakan oleh saudara Jomo tadi. Walaupun Bahasa Jawa itu majoriti dan terdapat 150 bahasa di Nusantara, maka dipilihnya hanya satu. Keenam, Cikgu Abdul Hadi itu apabila disebut beliau itu, teringat kita akan konsep mediterra iaitu konsep ‘antara nusa’ atau ‘antara tanah’. Apabila kita membincangkan tentang mediterra itu, kita kaitkan dengan perspektif interconnectedness di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). IKMAS pada tahun 2019 telah menerbitkan dua jilid Connecting Oceans yang ada audiens pada malam ini ialah pengarang-pengarang dalam bab-bab tersebut. Apa yang saya anggap baik dalam dua jilid Connecting Oceans ini ialah pendekatan deep history. Dengan menolak superstructure, tetapi pergi kepada deep history, maka belasan Sains Sosial dipakai dalam dua jilid itu. Ketujuh, apabila kita membincangkan Cikgu Abdul Hadi Hassan dan soal nasionalisme itu tentang gagasan bangsa. Dalam gagasan bangsa itu, menurut Malcolm Cadwell, teks dan dokumen paling berpengaruh antara tahun 1920 hingga tahun 1926 ialah teks Joseph Stalin tentang “Apakah bangsa?”. Pada pendapat saya, konsepnya itu materialis. Melainkan dalam kriteria kelima mempunyai karakter psikologikal yang terbayang dalam Perlembagaan Rakyat dan konsep gagasan bangsa kita, lebih-lebih lagi dalam karya Rustam A. Sani. Kelapan, peranan agama itu penting bagi saya, tetapi jarang disebut kerana tidak mungkin mengetahui nasionalisme di sini tanpa dibarengkannya dengan agama kerana menurut Malcolm Caldwell juga, itu merupakan suatu kekuasaan sosial. Agama itu seperti kata Max Weber, bukan hanya soal peribadi antara Dia yang maha kudus, tetapi juga mempunyai fungsi masyarakat. Jadi, apa yang ditekankan oleh Malcolm Caldwell tadi, Islam itu sebagai kekuasaan sosial yang meratakan jalan untuk Nusantara ini menerima modenisasi dan untuk bahasa Melayu dijadikan satu alat pemersatu dalam pembinaan kebangsaan. Saya fikir antara agama dengan nasionalisme itu harus juga dibarengkannya dengan keadilan sosial—sosialisme. Sosialisme itu ada tiga sumbernya yang datang ke mari. Sumber pertama, dari Eropah dengan teori Marxismenya. Sumber kedua, seperti dinyatakan saudara Jomo tadi dari Timur Tengah dalam agenda reform mereka itu. Sumber ketiga, sosialisme primitif yang terdapat dalam masyarakat Nusantara seperti gotong-royong, tolong-menolong dan seperti diciptakan oleh Mas Marco Kartodikromo, ‘sama rata, sama rasa’. Itu adalah cerminan daripada Joyoboyo yang mengatakan masyarakat itu mengalamai tiga peringkat dari keemasan kepada penderitaan kemudian datangnya Ratu Adil. Siapakah Ratu Adil? Itu tidak tahu. Kita siapa? juga kita tidak tahu juga. Kesembilan, saya fikir apabila membincangkan tentang Cikgu Abdul Hadi Hassan, ia mengingatkan kita kepada Pramoedya Ananta Toer yang menulis bukunya Arus BalikArus Balik itu menunjukkan bagaimana ini yang menjadi argumen IKMAS bahawa Nusantara itu adalah satu peradaban maritim sehinggalah kuasa Barat ke mari, lalu arus tadi dibalikkan menjadi warga Nusantara ini ‘didaratkan’. Mendaratkan mereka menjadi orang darat. Saya fikir dengan saranan saudara Jomo dan apa yang dilaksanakan oleh IKMAS untuk menghuraikan konsep referential untuk generasi muda mengkaji nasionalisme ini, kita sudah ada asas untuk pergi ke hadapan. Golongan generasi lama ini, waktu dipinjamkan, tetapi generasi muda ini, waktu ini andalah yang punya. Itu bak kata P. Ramlee. Saya senang dengan sebutan P. Ramlee, alumni (Penang Free School) saudara Jomo di Pulau Pinang.

Sebagai kesimpulan, daripada ceramah saudara Jomo, konteks lunas kita pada malam ini ialah rekonstruksi memori sejarah. Tentunya huraian ceramah malam ini dapat menambah satu keinsafan, kesedaran umum agar naratif yang seadanya ditukar supaya dapat dipelajari daripada kejadian-kejadian sejarah tersebut bagi generasi yang mendatang. Sarjana generasi baharu perlu melestarikan cita-cita mereka tentang reworking, sekalipun tentang bahagian-bahagian sejarah lampau yang samar-samar, malah tidak benderang. Tetapi apabila menghadapi kegelapan, jangan berhenti. Teruskan berjalan. Kesimpulannya, kata bijaksana para ahli arkeologi yang sentiasa melalui terowong gelap begini, “…absence of evidence is no evidence of absence…”. Kadangkala kita menghadapi. Contohnya waktu mahu dimulakan sejarah di Palembang, Srivijaya. Mereka mencari batu bersurat tiada. Jadi, mereka bersabar. Kata mereka, “…ketiadaan batu bersurat bukan bukti ketiadaan batu bersurat…”, lalu kemudian dijumpakan satu prasasti di Sungai Musi, Kota Palembang. Jadi, Andaya pun boleh memulakan sejarahnya satu langkah ke belakang. Akhir sekali, saya terfikir seorang ahli fikir Jerman pada abad ke-19. Dia mengatakan manusia itu boleh mengukir sejarah sesuka mahunya tetapi dia menghadapi rintangan kerana sebelum ini sudah ada tulisan-tulisan yang mengekang mereka. Namun, dengan adanya upaya Naratif Malaysia, mungkin kita pecahkan kekangan itu dan memulakan satu rekonstruksi sejarah yang progresif. Terima kasih.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Pak Halim atas ulasan yang saya rasa begitu menarik sekali dan memberikan inspirasi. Saya teruskan dengan Dr. Muhaimin Sulam untuk memberikan ulasan terhadap syarahan Prof. Jomo sebentar tadi. Silakan.

MUHAIMIN SULAM: Terima kasih kepada Ehsan selaku moderator. Terima kasih kepada Prof. Jomo yang memulakan syarahan pada malam ini. Terima kasih juga kepada Pak Halim yang mengulas syarahan tersebut. Saya fikir, syarahan yang disampaikan oleh Prof. Jomo telah memberikan susur galur perkembangan nasionalisme dalam tempoh 100 tahun pada selepas Perang Dunia Pertama hingga mutakhir ini apabila wujudnya Muafakat Nasional. Bagaimana evolusi nasionalisme ini dinamik, berkembang sehinggalah makna nasionalisme itu berubah-ubah mengikut waktu, kelompok yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu.

Saya fikir antara sosok atau tokoh yang perlu diketengahkan pada perbincangan ini ialah Cikgu Abdul Hadi Hassan yang disebutkan oleh Prof. Jomo. Saya rasa watak atau sosok Cikgu Abdul Hadi Hassan ini tiada dalam lipatan sejarah tanah air. Cikgu Abdul Hadi Hassan ini memberikan peranan yang cukup besar bagaimana terbinanya makna Melayu itu sendiri. Walaupun Melayu itu satu bangsa yang sangat luas, tetapi pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama, Melayu dipecah-pecahkan dengan suku-suku seperti Banjar, Jawa, Orang Kelantan dan sebagainya sehingga apabila dilihat dalam kurun-kurun ke-20 sebelum itu, terjadi peperangan di antara negeri-negeri seperti Selangor menyerang Perak, Acheh menyerang Perak. Walaupun Melayu menyerang Melayu, walaupun mereka satu tetapi mereka tidak menunjukkan satu kesatuan. Saya rasa perjuangan idea dan pemikiran Cikgu Abdul Hadi Hassan memulakan revolusi pemikiran Orang Melayu untuk bersatu di bawah satu payung. Akhirnya, orang Melayu bersatu yang kemuncaknya pada tahun 1946 dengan penentangan terhadap Malayan Union.

Antara tokoh lain yang perlu kita kaitkan dengan perjuangan Cikgu Abdul Hadi Hassan ialah Cikgu Harun Aminurrashid dan Ibrahim Yaacob. Perlu juga kita kaitkan bahawa peranan Ibrahim Yaacob ialah anak murid Cikgu Abdul Hadi Hassan. Ibrahim Yaacob menubuhkan KMM menjadi satu parti yang membawa gagasan nasionalisme Melayu itu sendiri. Saya fikir, pengaruh Cikgu Abdul Hadi Hassan ini sangat besar terhadap KMM. Perlu juga kita kaitkan peranan Tan Malaka dan pemimpin-pemimpin politik Indonesia yang awal seperti Sutan Djenain yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia. Malangnya, watak-watak ini ‘ditenggelamkan’ kerana latar belakang mereka dikaitkan dengan komunis. Ia menyebabkan sejarah peranan mereka tenggelam. Walhal, jika kita lihat peranan Tan Malaka khususnya atau Sutan Djenain sendiri dalam mengemukakan idea nasionalisme ini sangat besar. Akhirnya, Sutan Djenain dianggap ancaman terhadap British. Semasa era darurat, beliau ditangkap oleh British dan dihantar ke Indonesia. Akhirnya, sejarah beliau habis setakat itu sahaja. Menariknya, idea Tan Malaka dan Sutan Djenain di Malaya atau Malaysia ini, beliau mengemukakan gerakan komunisme di Tanah Melayu ini mestilah berasingan daripada komunisme yang digerakkan oleh kaum Cina. Sutan Djenain hendakkan komunisme itu terasnya ialah Melayu itu sendiri. Ia merupakan suatu nasionalisme yang sangat padat dikemukakan oleh Sutan Djenain. Malangnya, idea Sutan Djenain ini tidak diterima kerana ada pergolakan dalaman antara Sutan Djenain dengan Rashid Maidin. Rashid Maidin dalam satu kenyataan akhbar menyebutkan Sutan Djenain tiada kaitan dengan PKM. Akhirnya, Rashid Maidin dan Abdullah C.D. menubuhkan Rejimen ke-10 sebagai sebuah pasukan bersenjata tetapi masih lagi dalam PKM.

Syarahan Prof. Jomo cukup jelas dari Cikgu Abdul Hadi Hassan sehingga tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Tahun-tahun 1970-an disebutkan juga tentang bagaimana nasionalisme ini bertentangan dengan Islam. Ia disebut sebagai asabiah. Takrif asabiah yang dibawakan oleh Abdul Hadi Awang pada 1980-an dalam PAS itu sendiri sehingga dalam Muktamar PAS menyebut tentang menentang asabiah. Maknanya, asabiah ini dilihat sebagai suatu yang bertentangan dengan Islam. Daripada situlah PAS memulakan untuk mengikis wajah PAS sebagai sebuah parti nasionalis yang diasaskan oleh Dato’ Asri Muda. Dato’ Asri Muda dilihat sebagai pro Melayu, nasionalis Islam. Pada zaman kepimpinan ulama, imej PAS sebagai sebuah parti nasionalis sememangnya dihapuskan. Walaupun ada suara daripada Ustaz Fadzil menyebut tentang keperluan Melayu dalam konteks politik di Malaysia, tetapi pengaruh Ustaz Hadi Awang sangat besar. Ia menyebabkan perjuangan nasionalisme ini bertentangan. Antara hujah yang disebutkan tentang asabiah itu ialah ‘menyokong atas nama kezaliman’. Kezaliman itu dikaitkan dengan UMNO yang mengekalkan undang-undang penjajah, antaranya ISA. Tafsiran-tafsiran ini menyebabkan PAS keluar sebagai sebuah parti yang cuba untuk membentuk rupa yang multiracial. Mereka mewujudkan jaringan dengan CCC iaitu masyarakat Cina, hubungan antara kaum. Di sinilah bermulanya penghakisan nasionalisme dalam politik Islam itu sendiri. Akhirnya, barangkali jika kita melihat yang terkini, PAS sudah mula kembali kepada trek awalnya iaitu dengan melihat suasana politik tanah air pada pasca PRU 2018. PAS mengambil jalur nasionalisme ini sebagai suatu modal untuk meraih sokongan. Saya fikir idea keterancaman Melayu atau Islam selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah memang cukup lumayan bagi sebuah parti politik untuk mendapatkan sokongan atau kuasa.

Saya kira pemikiran Melayu di zaman nasionalisme ini berubah-ubah. Saya fikir dalam apapun dalam pembinaan bangsa ini, kepentingan negara akan lebih dipentingkan berbanding kepentingan kelompok kita. Kepentingan kelompok itu pula lebih dipentingkan berbanding kepentingan peribadi. Saya fikir ini proses bagaimana kita bukan sahaja melalui sejarah yang disebutkan oleh Prof. Jomo dari Perang Dunia Pertama hingga sekarang. Bukan sekadar melalui peristiwa-peristiwa, tetapi yang paling penting bagaimana kita mengambil pengajaran daripada proses itu. Akhirnya, saya berfikiran bahawa nasionalisme masih suatu idea yang sangat relevan, tetapi ia bergantung bagaimana parti-parti politik atau kelompok-kelompok tertentu menafsir dan menakrifkan nasionalisme itu sebagai idea yang sangat kuat. Saya fikir itu sahaja yang boleh saya sampaikan. Saya kembalikan kepada saudara Ehsan.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Dr. Muhaimin atas ulasan syarahan Prof. Jomo sebentar tadi. Saya teruskan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh para hadirin. Saya ingin kemukakan satu soalan yang dikemukakan oleh Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Soalannya sangat penting khususnya dalam melihat kaitan antara perbincangan kita tentang topik Melayu dan nasionalisme dengan satu aspek yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya Falsafah Pendidikan Negara. Saya bacakan soalannya. Soalan – “…Adakah Falsafah Pendidikan Negara 1988, kemudian Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 memainkan peranan dalam memupuk nasionalisme melalui pendidikan?…”. Silakan Prof. Jomo untuk memberikan respons terhadap soalan ini terlebih dahulu.

JOMO: Terima kasih kepada Tan Sri Dzulkifli yang bertanya. Sebenarnya, saya kurang arif dalam soal ini. Beliau lebih banyak terlibat dalam soal falsafah pendidikan berbanding dengan saya. Tiada apa sangat yang ingin saya tekankan di sini. Akan tetapi, apa yang sedihnya di Malaysia, kita melihat perbahasan dasar pendidikan, apatah lagi falsafah pendidikan ini banyak hanya berkisar setakat bahasa pengantar. Boleh dikatakan aspek-aspek yang lebih mendalam, lebih tinggi, lebih murni jarang, malah seolah-olah tidak kelihatan. Apa sahaja falsafah yang diumumkan tidak begitu penting kerana dasar sedia ada berterusan sahaja. Sememangnya, terdapat perubahan dari semasa ke semasa, tetapi tidak begitu mendalam. Ini mungkin akibat tiadanya pendekatan nasionalisme yang cukup mendalam dan anti-imperialis. Misalnya, dalam menangani wabak COVID-19, pemerintah Malaysia seolah-olah tidak mahu pandang ke Timur tentang apa yang dilakukan di China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Laos, apatah lagi di Kerala, India. Sebaliknya, kita terus sentiasa merujuk ke Barat, terutama sekali ke Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK). Pada mulanya, Borris Johnson tidak mahu mengambil tindakan terhadap wabak COVID-19, kononnya sebagai sebahagian dari usaha mencapai ‘imuniti kawanan’ (herd immunity). Kemudiannya, pada 17 Mac 2020, kerajaannya menukar dasar setelah kajian Imperial College, London (ICL) menganggarkan sekitar dua peratus daripada penduduk UK kemungkinan besar menjadi mangsa wabak.

Selama ini, walaupun hanya enam peratus daripada anak murid sekolah Malaysia mempunyai alat untuk mengikuti pendidikan digital, dasar persekolahan tidak mengambil peduli nasib 94 peratus yang lain. Hanya pada pertengahan Februari, barulah kerajaan mengumumkan TV Pendidikan, iaitu DidikTV sedangkan selama beberapa dasawarsa pada penghujung abad ke-20M dan awal abad ini, pendidikan melalui radio dan televisyen merupakan kelaziman. Semacam diulas Paulo Freire, kita seolah-olah beranggapan bahawa lebih banyak kita muatkan dalam kurikulum, maka lebih baik. Sedangkan, pencapaian paling baik di dunia sudah lama diakui di negeri Finland yang kecil, dengan bahasanya tersendiri yang jauh daripada kebanyakan bahasa lain di dunia. Pukul rata, murid hadir di sekolah hanya empat jam sehari. Apa yang lebih penting ialah mengasah daya pemikiran dan kemahiran berfikir.

[Walaupun saya tidak dapat menjawab soalan Tan Sri Dzulkifli dengan mendalam, isu yang ditimbulkannya penting diberi perhatian]. Yang penting di Malaysia, kita masih belum mempunyai semangat nasionalisme seperti mana dicita-citakan pada tahun 1947 dengan Perlembagaan Rakyat dan dengan Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan Bangsa Malaysia. Apa yang digelarkan nasionalisme di Malaysia merupakan jelmaan etnopopulisme.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Prof. Jomo. Saya teruskan kepada soalan berikutnya. Soalan daripada Syafiqah Sulaiman. Saya kira sebahagian syarahan tadi telahpun menyentuh tentang persoalan ini. Saya bacakan soalan yang mana mungkin Prof. Jomo mempunyai tambahan tentang soalan yang diberikan. Soalan – “…Pada masa kini kita sering mendengar ungkapan seperti ‘Melayu terancam’ digunakan oleh ahli politik Melayu lalu menakutkan sebahagian besar orang Melayu daripada bergerak ke hadapan dan mencapai ‘Bangsa Malaysia’ sebenar. Contohnya, bersetuju untuk menghapuskan ‘ketuanan Melayu’ dan menganggap semua bangsa adalah sama. Soalan pertama, adakah perkara ini sesuatu yang wajar ditakuti orang Melayu atau sebenarnya kita sudah perlu ‘move on’ dan menerima hakikat bahawa Malaysia kini sudah berbeza? Soalan kedua, adakah konsep nasionalisme mesti disempitkan kepada bangsa Melayu atau sebenarnya bolehkah kita mewujudkan konsep nasionalisme yang lebih luas iaitu nasionalisme Malaysia?…”. Silakan Prof.

JOMO: Secara ringkas, apa yang wujud atas nama nasionalisme itu, pada pandangan saya, merupakan etno-populisme yang berbentuk perkauman. Narendra Modi di India mencanangkan perkauman atau populisme Hindutva. Masyarakat Hindu dikatakan terancam orang Islam dan orang Kristian.

Begitu juga apa yang dicanang Donald Trump. Politik identiti dipermainkan supaya kaum berkenaan merasa terancam. Orang kulit putih menganggap diri mereka lebih berhak, kerana kononya lebih awal tiba di benua itu dan yang bertanggungjawab memajukan Amerika Syarikat. Mereka melupakan orang Asli atau pribumi Amerika Syarikat. Begitu juga di Afrika Selatan, apartheid diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua. Apartheid akibat perang antara Inggeris dengan Boer, yang kemudiannya dinamakan Afrikaner, iaitu keturunan Belanda yang telah kalah dalam perang Inggeris-Boer. Kaum Afrikaner merasa terancam dan ditindas Inggeris sejak kekalahan itu. Justeru itu, mereka merasa berhak menuntut dan mendapat bantuan istimewa. Sebenarnya, musuh mereka ialah Inggeris yang pernah mengalahkan mereka. Mereka tidak peduli sama ada menindas orang kulit hitam Afrika atau India atau kaum Melayu. Akhirnya, kedudukan terancam mereka menjadi alasan menindas orang lain yang digelarkan dasar apartheid.

Yang penting, mereka merasa fahaman mereka bersifat adil dan sah kerana mereka merasa terancam. Jadi, di India, Afrika Selatan atau mana-mana, sama ada di Afrika kini atau di rantau ini, terdapat banyak usaha menggemblingkan dan menggerakkan kaum-kaum tertentu dengan menggambarkan kaum itu terancam. Taktik ini amat berkesan dan dapat memanafaatkan pemimpin serta tokohnya dari segi faedah dan pengaruh. Ini telah pun berlaku di rata-rata, bukan hanya di India, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Malaysia. Kadangkala, golongan lain yang bersaingan mengemukakan alternative narrative yang mempunyai ciri-ciri serupa walaupun bertujuan lain. Maka, satu jenis etnopopulisme melawan etnopopulisme lain.

Akibatnya, kita tidak ke mana-mana, manakala golongan lainlah yang untung. Sebenarnya, ini bukan cerita baharu. Dari zaman empayar dan imperialisme dahulu, ‘pecah dan perintah’ itu kaedah atau taktik lama.

Tahun ini dikatakan ulang tahun ke-500 Ferdinand Magellan mengelilingi dunia dan mendarat di Asia Tenggara, di Filipina. Apakah yang pernah dilakukannya? Diketahui Magellan antara tentera laut Portugis yang menyerang Maghribi di bawah pimpinan Putera Henrique, yang dikenali dalam buku sejarah Inggeris sebagai Henry the Navigator. Kemudian, dia menyertai serangan terhadap Nagapattinam di India Selatan, kerana kerajaannya tidak setuju menghalang orang Muslim dan Jahudi, seperti sedang berlaku di Eropah Barat mulai 1492M. Kemudian, beliau menyerang Melaka pada 1511M, juga atas arahan Alfonso de Albuquerque.

Serangan terakhirnya terhadap perkampungan di pulau Mactan, sebelah pulau Cebu di Filipina tengah, kononnya kerana tidak setuju membayar ufti, menerima raja Espanyol dan tuhan atau agamanya. Setelah dua perkampungan di Mactan dihapuskan atas arahan Magellan, Magellan sudah angkuh, merasa kebal dan menyatakan beliau sendiri mampu menanganinya tanpa sebarang bantuan askar dan senjata. Tetapi, seorang pemimpin setempat bernama Lapulapu, yang kebetulannya nama sejenis ikan garupa, bersiap sedia menghadapi serangan ketiganya. Pada waktu subuh, mereka berjaya melawan serangan Magellan, dan akhirnya, membunuh Magellan.

Akhirnya, Cikgu Harun, seorang ahli sejarah, menulis buku kanak-kanak yang bertujuan memupuk semangat maruah di kalangan generasi baharu melalui novelnya bertajuk Panglima Awang. Kisah hamba yang ditawan di Melaka pada tahun 1511M telah mengelilingi dunia bersama Magellan. Dengan kematian Magellan, hambanyalah yang menjadi orang pertama mengelilingi dunia. Walaupun kita tidak tahu nama asalnya, Cikgu Harun memberikannya nama Panglima Awang. Sekarang, ada ahli sejarah yang menyebut nama Panglima Awang seolah-olah kita tahu nama sebenarnya. Sebenarnya, kita tidak tahu. Maka, mitos menjadi sejarah. Sejarah menjadi mitos.

EHSAN SHAHWAHID: Baik Prof. Saya ingin membacakan soalan yang berikutnya yang saya kira mempunyai kaitan dengan kepakaran Prof. khususnya berkaitan ekonomi. Saya bacakan soalan daripada Abdul Muiz. Soalan – “…Adakah kebangkitan nasionalisme Melayu ini disebabkan kesenjangan ekonomi antara kaum atau dilihat lebih kepada mainan elit Melayu khususnya elemen kelas?…”. Berkaitan dengan soalan ini juga, mungkin Prof. dapat memberikan ulasan bagaimana wacana berkaitan ekonomi itu dibincangkan khususnya oleh para intelektual yang menekankan isu-isu ekonomi Melayu khususnya.

JOMO: Terima kasih. Ini soalan yang cukup penting. Malahan, kebetulannya, hari ini, saya telah membincangkannya dalam konteks memperingati Almarhum Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz. Dalam perbahasan pada tahun-tahun 1950-an dan seterusnya, terdapat banyak pandangan mengapa orang Melayu miskin.

Salah satu pandangan yang banyak diguna pakai di Barat adalah kerana orang Melayu malas. Pandangan ini dicabar oleh Arwah Profesor Syed Hussein Alatas. Sekarang, dipersetujui ramai pengkaji bahawa ramai orang miskin yang tidak cukup makan tidak berdaya bekerja kuat, dan oleh itu, kelihatan malas.

Ada pandangan lain bahawa produktiviti mereka rendah, yang juga lazim diterima di Barat. Produktiviti yang rendah juga akibat kemiskinan dan pemerasan, bukan hanya sebab kemiskinan. Punca pemerasan bukan satu, tetapi beberapa, yang saling berkaitan. Maka, misalnya, ketidaksamaan dan pemerasan juga mengakibatkan kemiskinan.

Bagi Prof. Clifton Wharton Jr, orang Melayu diperas ‘orang tengah’ yang mempunyai kedudukan monopoli dan monopsoni pada peringkat kampung. Seperti ditunjukkan Dr. Muhammad Ikmal Said misalnya, pengangkutan luar bandar sukar zaman itu, yang membolehkan pemerasan demikian berlaku. Apabila infrastruktur pengangkutan dan pemasaran bertambah baik setelah merdeka, pemerasan demikian berkurangan. Aziz Ishak, Menteri Pertanian pertama, menggalakkan koperasi atau syarikat kerjasama, antara lain untuk pemasaran.

Ungku Aziz pula menekankan pemerasan berkaitan dengan soal pemilikan dan pengerjaan tanah. Masalah kelaparan tanah timbul kerana tanah yang baik untuk pertanian banyak diambil British untuk perladangan. Kekurangan tanah di negeri-negeri utara Semenanjung — terutama sekali di negeri Kedah dan Kelantan, yang telah lama dikerjakan — akhirnya membawa kelaparan tanah. Usaha menerokai tanah oleh mereka yang kelaparan tanah banyak dipimpin Hamid Tuah. Soal tanah itu penting. Seperti ditunjukkan oleh Prof. Syed Husin Ali dan pengkaji lain, ada orang yang mempunyai banyak tanah, ada yang kekurangan tanah, ada yang tiada tanah dan sebagainya. Di samping itu, peranan kredit, iaitu pinjaman, juga penting. Ini ditunjukkan Arwah Dr Mokhzani Abdul Rahim dalam bukunya, Credit in a Malay Peasant Economy.

Pak Halim telah mengingatkan kita bahawa ada persamaan antara mereka yang sama-sama miskin pada satu masa dahulu. Terdapat juga banyak perbezaan di kalangan orang Melayu sekarang. Yang menjadi penting sekarang ialah perbezaan yang berkait dengan modal dan dasar, yang banyak dipengaruhi politik. Hubungan antara modal dan politik itu cukup jelas.

Bagi ramai rakyat Malaysia, modal dimiliki kaum tertentu, sedangkan dasar dikuasai demi kaum lain. Tetapi gambaran kasar ini amat mengelirukan. Satu-satunya kajian yang pernah dilakukan oleh seorang ahli ekonomi dari Universiti Oxford telah mendapati bahawa kurang daripada 5% dari ketaksamaan pendapatan tidak dapat dijelaskan oleh faktor selain kaum. Ini bermakna pendekatan perkauman hanya akan mempengaruhi bahagian amat kecil dari ketaksamaan yang wujud. Namun, rakyat Malaysia masih taqsub dengan pendekatan perkauman.

Maka, dasar ‘ketuanan Melayu’ mengikut Tan Sri Abdullah Ahmad atau Dolah Kok Lanas hanya akan menguntungkan ‘tuan-tuan modal Melayu’ kini yang dapat membolot isi lemak dasar perkauman. Tetapi sokongan rakyat jelata penting untuk membela dasar demikian. Sokongan politik dibiayai dengan tulang dan bulu dasar perkauman demikian. Jadi, soalan yang saudari timbulkan – “apakah tidak sesuai lagi pada zaman kita?” akan terus menguntungkan segelintir ‘tuan modal’. Ini juga akan melembabkan dasar ekonomi yang telah gagal memajukan ekonomi kita selama hampir suku abad. Selagi rakyat jelata terus dapat ditipu helah ‘tuan modal dan politik’ pembikinan dasar untuk kemajuan seluruh rakyat Mlaaysia akan terbantut.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Prof. Soalan ini pula datangnya daripada saudara Zulkipli Ghazali. Saya kira soalan ini juga menarik berkaitan modenisasi dan globalisasi terhadap nasionalisme. Soalan – Apakah pandangan Prof. tentang hubungan globalisasi dan modenisasi terhadap nasionalisme terutamanya untuk anak muda sekarang. Mungkin Prof. boleh berikan respons atas pertanyaan ini.

JOMO: Istilah patut digunakan dengan berhati-hati kerana apa yang dimaksudkan dengan ‘pemodenan’ atau ‘modenisasi’ bagi orang ramai berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh kebanyakan mereka yang mengajar sosiologi, misalnya sosiologi modenisasi. Modenisasi bagi orang ramai biasanya melibatkan penggunaan ilmu, apa yang boleh dianggap sebagai rasionaliti dalam pemikiran, kehidupan dan sebagainya. Inilah yang dianggap moden. Namun, dalam konteks itu, kita boleh menjadi moden dari banyak segi yang berlainan. Ada orang moden secara kapitalis.

Apa yang dianggap moden harus dipersoalkan, bukan diterima bulat-bulat. Apa yang dikatakan sebagai globalisasi itu adalah hubungan yang melintasi sempadan nasional yang dahulunya hanya dalam sesuatu masyarakat atau negeri/negara. Maka, globalisasi, yang melibatkan hubungan antarabangsa, ada aspek yang baik, dan ada juga yang memeras atau menindas.

Pada masa kini, hak cipta terhadap vaksin itu tidak boleh dipersoalkan dari segi undang-undang, kononnya. Walhal, hak cipta ialah sesuatu yang diperkenalkan hanya dalam suku abad kebelakangan ini. Oleh itu, konsep moden yang ada pada kita hari ini harus dipersoalkan. Malah, hak milik atau property sendiri sebenarnya sesuatu yang baru diperkenalkan, bukan sesuatu yang semulajadi. Pemikir Perancis Pierre-Joseph Proudhon menganggap hak milik sebagai rampasan yang disahkan.

Akibatnya, mereka yang memajukan vaksin baharu ini masing-masing bekerja secara bersendirian. Mereka tidak bekerjasama. Malah, mereka merahsiakan apa yang mereka temui. Mereka tidak mahu berkongsi. Syarikat China sesama China tidak berkongsi. Syarikat Amerika sesama Amerika juga tidak berkongsi kerana itulah punca kekayaan mereka. Bandingkanlah dengan apa yang berlaku dahulu sebelum wujudnya hak cipta. Apabila Jonas Salk menemui vaksin polio, beliau ditanya kenapa dia belum mendapatkan hak cipta terhadap vaksin itu. Katanya, vaksinnya ialah vaksin rakyat, untuk seluruh rakyat, bukan untuk dia, dan bukan untuk syarikat. Baginya, soal hak cipta semacam mengakui terdapat hak milik terhadap matahari. Hak cipta merupakan pembaharuan dewasa ini demi mengaut keuntungan, bukan untuk memajukan pemikiran atau pun penyelesaian.

Kerjasama dan persaudaraan antarabangsa merupakan sesuatu yang baik, yang juga boleh dianggap sebagai salah satu aspek globalisasi. Namun, apa yang dikatakan globalisasi sekarang lebih banyak berkait dengan usaha-usaha syarikat antarabangsa untuk mengaut keuntungan yang lebih. Dalam tempoh setahun yang lepas, zaman Covid-19, setengah syarikat gergasi antarabangsa semakin kaya. Bilionair baru di dunia bertambah kaya. Sepuluh individu terkaya di dunia telah menambah kekayaan mereka dalam setahun lepas sebanyak lebih daripada 30 peratus! Sebaliknya, lebih ramai yang bertambah miskin dan tidak cukup makan. Mungkin tidak ramai di Malaysia, tetapi di tempat lain, didapati inilah yang telah dan sedang berlaku.

Soal istilah ini boleh menyebabkan kesalah fahaman, malah perselisihan. Misalnya, apabila orang lain menggunakan istilah yang sama, tetapi dengan maksud yang lain. Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan sebagai nasionalisme oleh William Roff . merangkumi maksud yang luas. Penentangan Kaum Muda terhadap penjajahan dan imperialisme oleh gerakan seIslam antarabangsa sebenarnya tidak bersifat nasionalis dengan erti kata terdapat konsep bangsa atau nasion tertentu yang diperjuangkan. Perjuangan pembesar-pembesar Melayu sebelum perang masih berasaskan negeri-negeri di Semenanjung yang sedia ada, dan tersusun sebagai Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Johor, dan sebagainya. Malah, hanya KMM yang memajukan, malah membela wacana kebangsaan peringkat nasional. Pekemam pula bukan hanya merupakan kesinambungan dari KMM, tetapi mengemukakan konsep bangsa semacam Rizal yang tidak berasaskan keturunan, tetapi patriotisme, hubul watan. Ini berbeza sekali dengan apa yang diperjuangkan UMNO pada 1946M, malah sehingga sekarang.

EHSAN SHAHWAHID: Baiklah, sebelum kita akhiri siri syarahan ini, saya ingin menjemput Pak Halim dan Dr. Muhaimin untuk memberikan ulasan akhir kepada sebarang soalan-soalan yang dikemukakan sebentar tadi. Silakan terlebih dahulu Pak Halim.

ABDUL HALIM ALI: Mungkin daripada soalan-soalan yang ditimbulkan tadi, program Naratif Malaysia itu dapat diteruskan iaitu menimbulkan persoalan baharu dan mencari penghuraian baharu, kekangan-kekangan sejarah lama tadi cuba direkonstruksi. Itu harapan saya.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Pak Halim. Saya akan nyatakan itu kepada teman-teman Naratif Malaysia. Suatu amanah yang besar daripada Pak Halim. Kepada Dr. Muhaimin, mungkin ada kata-kata akhir sebelum kita tutup. Sama ada komen berdasarkan soalan-soalan atau pandangan daripada Prof. Jomo sendiri. Silakan Dr. Muhaimin.

MUHAIMIN SULAM: Saya fikir yang paling utama dalam perbincangan kita ialah kita menyedari proses pembinaan bangsa ini melalui tempoh yang sangat panjang. Perbincangan kita salah satunya untuk menyempurnakan pembinaan negara bangsa itu sendiri. Saya fikir program sebegini rupa harus dikembangkan dan diperbanyakkan supaya kita boleh mengemukakan idea yang konkrit dan boleh diterima masyarakat tentang bagaimana negara bangsa yang kita inginkan dan kita idamkan terbentuk. Terima kasih kepada Naratif Malaysia dan IKMAS.

EHSAN SHAHWAHID: Bagi menutup sesi perbincangan, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi, khususnya kepada Prof. Jomo kerana meluangkan masa dalam memberikan perkongsian pandangan dan idea-idea penting berkaitan topik nasionalisme dan pemikiran Melayu. Terima kasih juga kepada Pak Halim dan Dr. Muhaimin, serta teman-teman yang turut serta.

RUJUKAN

Alatas, Syed Hussein. 1977. The Myth of the Lazy Native: Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and Its Function in the Ideology of Colonial Capitalism. Frank Cass, London.

Evers, Hans-Dieter, Abdul Rahman Embong, Rashila Ramli. 2019. Connecting Oceans: Malaysia as a Maritime Nation (Volume 1). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Evers, Hans-Dieter, Abdul Rahman Embong, Rashila Ramli. 2019. Connecting Oceans: Malaysia as a Maritime Nation (Volume 2). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Harun Aminurrashid. 1958. Panglima Awang. Pustaka Melayu, Singapura.

Jomo KS. 1983a. “Schooling for Disunity: Education in Colonial Malaya”. Jernal Pendidikan, 8 (1978-1983): 63-84.

Jomo KS. 1983b. “Sejarah Semenanjung Malaysia — Satu Pandangan Sains Sosial”. Ilmu Masyarakat, 1, Januari-Mac: 3-14.

Jomo KS, 1991. Masyarakat Malaysia: Cabaran Sosio-ekonomi. INSAN, Kuala Lumpur.

Keynes, J.M. 1919. The Economic Consequences of the Peace. Macmillan, London.

Mahathir Mohamad. 1970. The Malay Dilemma. Times Books International, Singapore.

Mokhzani Abdul Rahim. 2006. Credit in a Malay Peasant Economy. Arus Intelek, Kuala Lumpur.

Pramoedya Ananta Toer. 1985. Sang Pemula. Hasta Mitra, Jakarta.

Roff, W.R. 1967. The Origins of Malay Nationalism. University of Malaya Press, Kuala Lumpur.

Senu Abdul Rahman. 1971. Revolusi Mental. Penerbit Utusan Melayu, Kuala Lumpur.

Dr. Jomo KS merupakan Felo Akademi Sains Malaysia. Manakala teks ini merupakan transkripsi daripada Syarahan Naratif Malaysia 2/2021 yang beliau sampaikan pada 20 Februari 2021.

A People’s Campaign Against Corruption

If electoral change, laws and persuasion do not lead to a corruption free society, shouldn’t one turn to the people, that is, ask the people to do what they can to usher in a society with a stronger commitment to what is right. Let the people lead the quest for a corruption-free society ! This is perhaps what Hussamuddin is trying to do. He is hoping that popular consciousness, a people’s determination to rid society of the scourge of corruption will hold the key to success.

Veteran journalist, Hussamuddin Yaacub, has launched a people’s campaign to fight corruption in Malaysia. This is the first time that such an initiative has emerged from the citizenry — though specific NGOs have in the past targeted specific aspects of corruption or specific transgressions.

Hussamuddin has always been known and respected as an independent journalist who is not linked to any political party or ideological tendency. His campaign is a response to the perception that corruption has become more pervasive in our society. It highlights the impact of this scourge upon the people and why they should combat it for the sake of the nation and its future.

Called “RasuahBusters”, the campaign will be guided by the Malaysian Constitution, the Rukunegara and the shared values of honesty and integrity embodied in all our religious teachings. A decentralised campaign, all Malaysians are invited to participate in it. They can develop their own initiatives and strategies. The ultimate goal is not only to eliminate corruption but also to create a truly ethical and moral society that we can all be proud of.

In a campaign of this sort a balanced perspective on what we have done so far in combating corruption is important. It is significant that Malaysia was the first country in the Global South to establish a separate agency to fight corruption in 1967 and to formulate specific laws for this purpose. It is also a matter of some pride that one of the earliest scholars in the post-war decades world-wide to focus upon corruption as a blight upon society was Malaysia’s own Syed Hussein Alatas who had authored several books on the subject.

Over the years, a number of Malaysians with power and wealth have been tried and convicted for various forms of corruption. There is also a general awareness of how destructive corruption is. And yet it persists as a social cancer. What explains this?

Among the variety of reasons one can cite is the intertwining of politics and business which began even before Merdeka. Individuals in business funded elections and political party activities. By the early seventies ‘money politics’ became an established practice both in intra-party and inter-party contests with candidates sometimes backed by business people using money lavishly to secure seats and to mobilise support. Money politics ran parallel with bribes offered to decision-makers in the public and private sectors for approval of projects and contracts in a resource-rich, expanding economy with unlimited opportunities for acquisition and accumulation. In this expanding economy neither accountability nor transparency gained much traction. Besides, the ruling-elite buttressed by elements in the

public and private sectors exercised overwhelming political power for most of the six decades it was at the helm. A political culture which frowned upon the interrogation of power exacerbated the situation. The ethos spawned by such a political culture and the structures of authority integral to it created an environment which was conducive to the growth of corruption, especially elite corruption. If anything, an increasingly materialistic, consumer-oriented society with decreasing commitment to ethics and moral principles has made it even more difficult to curb corruption and the conditions that contribute to its spread.

Given these trends and developments over a period of time, Malaysians should not be surprised that corruption has become such a serious ailment in our society. Pious platitudes from the elites including academics and activists will not check the spread of the vice. Even tougher laws may not help especially if it does not lead to a genuine change in human behaviour. In recent years we have also discovered that a change in government is not a guarantee that the new leadership will refrain from corruption and other misdeeds. The real test is when a leader chooses to do what is right even if it undermines his own interests.

If electoral change, laws and persuasion do not lead to a corruption free society, shouldn’t one turn to the people, that is, ask the people to do what they can to usher in a society with a stronger commitment to what is right. Let the people lead the quest for a corruption-free society ! This is perhaps what Hussamuddin is trying to do. He is hoping that popular consciousness, a people’s determination to rid society of the scourge of corruption will hold the key to success. It is true when mass consciousness reaches a critical point no force on earth can stop it from achieving its goal.

Let us therefore support the RasuahBusters with our own energy and efforts so that a corruption free Malaysia becomes a reality!

Dr Chandra Muzaffar has initiated anti-corruption endeavours since the early eighties.


The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Naratif Malaysia.

Winning Votes Through Identity Politics

According to official estimates, Donald J. Trump obtained a little more than 74 million votes in the November 2020 presidential election losing to Joseph Biden who secured a little more than 81 million votes. Biden won by a comfortable margin but Trump also performed remarkably well. What explains his performance? Analysis of his performance may reveal the growing influence of a certain combination of forces that may shape elections in not only the United States but also in other parts of the world in the coming years.

According to official estimates, Donald J. Trump obtained a little more than 74 million votes in the November 2020 presidential election losing to Joseph Biden who secured a little more than 81 million votes. Biden won by a comfortable margin but Trump also performed remarkably well. What explains his performance? Analysis of his performance may reveal the growing influence of a certain combination of forces that may shape elections in not only the United States but also in other parts of the world in the coming years.

Considering that most of the popular media channels, many established business outfits, professional groups, women’s organisations and youth movements were against Trump, how did he succeed in harnessing so much support? Let us not forget that more than the media and various entities, Trump’s failure to handle the coronavirus epidemic which resulted in tens of thousands of deaths and spiralling infections eroded considerably his support base.

While a variety of factors may have been responsible for the votes that Trump garnered— including his incumbency—certain observers have highlighted his appeal to a huge segment of the majority White population and his economic record as decisive. As he did in his 2016 presidential campaign, Trump successfully projected himself as the defender of the interests of the Whites at a time when demographic changes favouring the Hispanic population on the one hand and Black political empowerment on the other (Obama’s 8 years in the White House as a case in point) were allegedly jeopardising the position of the majority community. Baseless as these allegations were, they were craftily manipulated to the advantage of the fear-mongers.

Fear manipulation by itself would not have worked if Trump had not proven that he could also deliver the goods — even if it was superficial. During his four years as president of the US, it is true that he created jobs for not only the majority but also for the minorities including Blacks, Hispanics and Asians. Businesses at all levels flourished and the economy appeared to be benefitting segments of society.

It is this combination — Trump at the forefront of identity politics and Trump pushing the economy forward that seems to have helped Trump in his electoral campaign. This combination of forces would have ensured his political triumph, some analysts argue, if it had not been for the pandemic.

Within his White constituency, the force that mobilised mass support for Trump came from the Christian Right. The Christian Right comprises diverse elements including Christian Zionists who in recent times have come to view Trump as a divinely chosen leader who will fulfil their ideological mission through Israel. This is why many Christian Zionists blindly endorsed Trump in the November 2020 US Election.

When we turn from the US to India, the world’s largest democracy, the nexus between identity politics and economic achievements becomes even more obvious. In recent elections, the ruling Bharatiyya Janata Party (BJP) which assumed power on its own in 2014 has projected itself as the champion of Hindutva, of Hindu nationalism — a party sworn to protect Hindus against alleged moves by Muslims and other minorities in India to weaken the link between the religion and the Indian polity. In the 2019 General Election, after 5 years in power, its Hindutva credentials even more pronounced, the BJP had a greater grip upon the Hindu vote. Its readiness to erase manifestations of Islam in the public arena from place – names to historical narratives was testimony to its fidelity to the religion.

But the BJP also has a people oriented development agenda. It is committed to not only creating jobs and raising incomes but also to building much needed public facilities. Its claim to have built “a million toilets“ since coming to power in 2014 has had some impact upon popular sentiments. The BJP often talks about its rural transformation programmes and how it has reached out to the urban poor.

The BJP’s identity politics provides psychological support to its development agenda just as its development agenda derives its moral strength from its adherence to identity symbols and forms. However as in the US, the issue is how identity politics tends to encourage exclusive tendencies within the body politic. It strengthens dichotomies and divisions in society. The real challenges facing the people in the economy, in politics and in societal relations are often marginalised as bigotry and prejudice take centre stage. Thus some religious or cultural symbol manipulated by the elite may capture the popular imagination though what requires attention in society may be falling educational standards or universal health care.

Political parties or political leaders who do not want to see the politics of identity expressed through bigotry and communal stances dominate their societies especially if they are multi-ethnic are often in a quandary. How do they defeat such politics while remaining faithful to politics that is inclusive, honest and committed to justice and integrity? There is one thing that they should not do. They should not play the same game of exploiting religious or communal sentiments to gain electoral support. The entire system will sink deeper into the communal cauldron. Neither should the opponents of bigotry and communalism dismiss the impact of these forces as a temporary phenomenon which will disappear in time.

The sane response is to examine in depth the eternal values and principles embodied in the great religious and humanistic philosophies and present their wisdom as an alternative discourse. In other words, what is universal and inclusive, what is just and compassionate in our traditions should be articulated as the real, authentic message of our belief systems. This should be done with courage and integrity whatever the bigots and communalists may say, and however harsh and aggressive their pronouncements and actions may be.

At the same time, those of us who are fighting bigots and communalists with an exclusive agenda should also put forward development policies and programmes that are just, inclusive and humane. In concrete terms, if the former seeks to build colleges it would be primarily to equip the next generation with the character, knowledge and skills that serve the public good rather than strengthen the elite stratum of society. As articulators of an alternative, promoting peace and harmony through shared values and principles that bind diverse communities together would be our cherished goal, not the propagation of attitudes that create barriers among us and sow the seeds of mutual distrust and suspicion. Likewise, those of us who subscribe to an alternative vision of society, will expose the corrupt and the greedy regardless of whether he or she is on our side or not.

If those of us who are opposed to bigotry and communalism possess and practise the right values and principles, it will not be possible for the manipulators of identity politics to spread their influence in society.

Dr Chandra Muzaffar is the president of the International Movement for a Just World (JUST).


The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Naratif Malaysia.

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Jomo KS

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia 2/2021 pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Jomo KS, yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia. Beliau akan membincangkan persoalan yang menarik dalam kajian Melayu dan Malaysia, yakni “Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia 2/2021 pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Dr. Jomo KS, yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia. Beliau akan membincangkan persoalan yang menarik dalam kajian Melayu dan Malaysia, yakni “Pemikiran Melayu Zaman Nasionalisme: Dari Penghargaan Diri kepada Pembinaan Bangsa.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

Program ini akan menggunakan pelantar Zoom untuk 100 peserta pertama. Walau bagaiamanapun, ia juga boleh diakses menerusi Youtube Naratif Malaysia (https://www.youtube.com/c/naratifmalaysia).


Tentatif:

08:30 mlm – 09:30 mlm – Syarahan NM oleh Dr. Jomo KS
09:30 mlm – 09:45 mlm – Ulasan oleh Abdul Halim Ali
09:45 mlm – 10:00 mlm – Ulasan oleh Dr. Muhaimin Sulam
10:00 mlm – 10:30 mlm – Soaljawab dengan hadirin.


BORANG PENDAFTARAN

Mahasiswa dan Masyarakat: Bagai Aur dengan Tebing

Dengan peningkatan berterusan bilangan mahasiswa saban tahun dengan kemudahan, serta galakan pihak kerajaan melalui biasiswa dan pinjaman, sewajarnya mampu memberikan harapan yang cerah untuk mencapai cita-cita dan membawa kesenangan kepada golongan anak muda yang mahu menyambung pelajaran lebih tinggi. Mahasiswa masa ini, bergelar pemimpin masa hadapan, perlu menimba ilmu, serta turun padang dan melibatkan diri dengan kesukaran hidup rakyat.

“Bila dah sambung belajar, senang dapat kerja, gaji pon banyak..”
“Nanti nak cari calon suami/isteri, carilah di universiti..”

Dialog di atas sering jadi ratib para tenaga pengajar di sekolah, mahupun suri tauladan di rumah yang membuatkan sejak awal lagi fikiran mahasiswa akan kemahasiswaan itu sekadar berlegar sekitar hal-hal diri sendiri, serta masa hadapan mereka seusai tamat pembelajaran di menara gading.

Kehidupan mahasiswa umumnya sering terlalu fokus terhadap pembelajaran akademik. Banyak juga aktiviti berpersatuan di fakulti dan kolej kediaman yang dijalankan mahasiswa. Namun, tujuan mahasiswa berpersatuan selalunya sekadar untuk mencapai merit tinggi yang mereka perlukan agar dapat terus tinggal di kolej kediaman sepanjang proses pembelajaran mereka, dan kemudiannya boleh jadi isian menarik dalam resume. Selain itu, rata-rata mahasiswa gemar membudayakan ‘lepak dan minum’ di kedai mamak hingga lewat malam.

Oleh yang demikian, sudah menjadi pandangan umum bahawa golongan mahasiswa tidak banyak berperanan, serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Mungkin sahaja pandangan ini benar, bahawa kesedaran mahasiswa terhadap masyarakat sekeliling mereka sudah berkurang. Tidaklah pokok bergoyang jika tidak ditolak angin.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kurang sumbangan, serta tahap kesedaran mahasiswa akan peranannya dalam masyarakat, yang akan dibincangkan di bawah.

Pertama, faktor ekonomi menyukarkan mahasiswa sepenuh masa yang perlu membayar kos yuran yang mahal setiap semester demi mendapatkan segulung ijazah. Dengan pinjaman yang hanya ala kadar, mahasiswa harus berkerja separuh masa bagi menyara kehidupan sendiri, serta sebahagiannya dapat dihulurkan kepada keluarga di kampong. Mahasiswa terpaksa bekerja di luar waktu kelas dan menyiapkan tugas diberikan oleh pensyarah pada waktu malam. Sukar buat mahasiswa untuk bercampur dengan masyarakat kerana mereka lebih mementingkan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup di universiti dan yang paling terkesan dengan permasalahan ini adalah daripada golongan B40. Disebabkan yuran pengajian yang terpaksa ditanggung demi pelajaran adalah mahal, sesetengah daripada mereka membuat keputusan untuk menjaga periuk nasi sendiri daripada turun padang melibatkan diri dengan masyarakat sekeliling. Secara ringkasnya, kehidupan harian mahasiswa sudah dipenuhi dengan tugas-tugas akademik dan kerja separuh masa, yang menghalang mereka untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.

Faktor kedua pula berkaitan akta-akta kawalan, seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Gerakan mahasiswa terkawal sejak pengenalan AUKU pada tahun 1971. Selepas Kesatuan Mahasiswa digantikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar di bawah AUKU, aktiviti dan gerakan mahasiswa telah dikawal ketat oleh pentadbiran universiti menyebabkan lidah mahasiswa ditutup oleh ‘rahang besi’ kerajaan. Persatuan Mahasiswa dan gerakan-gerakan mahasiswa dahulu telah banyak bersuara dan bertentangan dengan pihak kerajaan selepas zaman kemerdekaan. Pendirian Kesatuan Mahasiswa yang cenderung bersifat sosialis dan menentang segala ketidakadilan, seperti rampasan kuasa pentadbiran universiti dan juga demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat terhadap pendudukan tentera Amerika di Vietnam. Kelantangan mahasiswa dalam memperjuangkan isu-isu nasional dan hak-hak ‘rakyat’ amat penting memandangkan nasib rakyat yang dilanda ketidak-adilan sering tidak terbela akibat tindakan penguasa dan ahli-ahli politik yang hanya mengisi tembolok sendiri dan cucu cicitnya. Namun, peranan mahasiswa dalam perjuangan membela rakyat telah direncatkan dengan pengenalan AUKU dan sehingga kini, ianya masih tidak dimansuhkan.

Faktor ketiga pula berkenaan pengaruh ahli-ahli politik terhadap mahasiswa. Orang-orang politik telah mempengaruhi minda mahasiswa, khususnya melalui tangan-tangan halus yang mencampuri hal-hal pentadbiran universiti. Lebih daripada itu, agenda tersembunyi ahli-ahli politik turut dapat dikesan di sebalik penubuhan gerakan-gerakan politik mahasiswa di kampus. Pengaruh ahli-ahli politik ini menarik mahasiswa untuk menyebelahi mereka melalui doktrin-doktrin, serta isu-isu politik luar kampus yang membawa kepentingan mereka, termasuklah memainkan sentimen perkauman dan agama. Kesannya, mahasiswa cenderung menjadi lebih selektif dalam berkhidmat untuk masyarakat, serta hanya membantu golongan yang membawa faedah kepada ahli-ahli politik. Mahasiswa sepatutnya bersifat neutral dan ‘pukul-rata’ dalam memperjuangkan nasib masyarakat, bukannya mengikut telunjuk orang-orang tua partisan yang mempunyai agenda dan impian yang tersendiri.

Berdasarkan perbincangan faktor-faktor kurang tahap kesedaran, serta sumbangan mahasiswa, terhadap masyarakat seperti yang dibincangkan di atas, penting para mahasiswa menilai kembali pembelajaran ilmu dan peranan mahasiswa dalam masyarakat. Siswoyo menghuraikan berkenaan mahasiswa dalam ilmu pendidikan ialah individu yang sedang menuntut ilmu di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi seperti di universiti. Mahasiswa dinilai sebagai insan yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi, berfikiran secara kritis dan mampu berfikir dengan cepat sebelum bertindak, sekaligus wajar memainkan peranan sebagai intelektual dalam masyarakat.

Saya petik kata-kata Usman Awang yang menyebut, “Intelektual ialah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuannya dari semasa ke semasa. Orang tersebut yang mengenal kebenaran perlu berani memperjuangkan kebenaran dan kebebasan walaupun ditekan dan dikecam demi melaksanakan kemajuan dan kebebasan rakyat..”. Oleh itu, mahasiswa harus dikenali sebagai golongan intelektual muda perlu menghadam dan mendalami maksud petikan tokoh di atas kerana peranan sebenar mahasiswa adalah memperjuangkan nasib kehidupan rakyat.

Pada zaman kebangkitan Eropah dahulu, golongan muda mereka yang merantau dan belajar di universiti-universiti Islam seperti di Cordova, juga di Baghdad, akan pulang ke tanah kelahiran mereka dan menyampaikan ilmu yang dipelajari seperti ilmu falsafah, kejuruteraan dan sains. Sebagai contoh, Roger Bacon, seorang ahli falsafah yang mempelajari sains dan metodologi dahulunya memperoleh banyak ilmu daripada tokoh ilmuwan Islam seperti Al-Farabi. Dari sudut ini kita dapat melihat ilmu itu perlu dikongsi dalam menaikkan taraf hidup masyarakat pada zaman kebangkitan dahulu.

Hakikatnya, penerapan corak pemikiran yang betul kepada mahasiswa adalah perlu dalam melahirkan golongan intelektual yang berperanan penting dalam masyarakat. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Semestinya bermula daripada ibu bapa dan guru sekolah menerangkan tujuan dan keperluan dalam mencari makna kehidupan. Seperti yang dikatakan oleh Simon Sinek dalam Leaders Eat Last in Leadership, adalah pentingnya berimpian dan mencari makna sebenar dalam merealisasikan impian tersebut. Wujudnya tujuan dan hikmah yang tersendiri terhadap seseorang itu hidup dan meneruskan kehidupannya. Dan tentu sekali pembelajaran ilmu di peringkat tinggi, dan realisasi makna kehidupan hanya dapat dicapai selari dengan sumbangan golongan mahasiswa terhadap masyarakat.

Pada tahun 2019, mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menggerakkan inisiatif SULAM, Service Learning Malaysia – University for Society dimana tujuannya adalah menggabungkan teori dipelajari mahasiswa sewaktu di kampus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam masyarakat, atau dengan kata mudah, mahasiswa sendiri yang mampu memajukan kehidupan masyarakat. Membangunkan masyarakat itu tidak terletak kepada menteri sahaja, malah menjadi tanggungjawab mahasiswa dalam mewujudkan masyarakat madani. Penerapan pendidikan sivik dan kewarganegaraan ini perlu dititikberatkan untuk memupuk semangat patriotik dan kesedaran terhadap kehidupan dalam komuniti, lantas menerapkan sikap bertanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan di sekeliling kita.

Krisis pandemik Covid-19 masa ini sangat mengganggu pembangunan negara kita, khususnya dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kelas pembelajaran atas talian yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi kepada semua institusi pelajaran amat memberi kesan kepada golongan mahasiswa. Aktiviti berpersatuan dan program yang dijalankan secara fizikal telah diberhentikan dan merencatkan perancangan mahasiswa dalam beraktiviti secara berkumpulan di kampus.

Namun begitu, mahasiswa perlu kreatif untuk mencari kesempatan dalam kesempitan saat pandemik ini. Terdapat banyak peluang untuk mahasiswa bersosial dan menceburi bidang yang memperoleh wang walaupun di rumah. Kita berada dalam zaman Revolusi Industri 4.0, di mana teknologi tinggi mendasari aktiviti harian kita. Banyak keperluan yang dimudahkan oleh teknologi semasa, seperti telefon pintar. Mahasiswa boleh berniaga kecil-kecilan secara atas talian dan dapat menjana simpanan kewangan walaupun berada di rumah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran perniagaaan. Krisis pandemik ini juga dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa dalam bersosial dengan masyarakat. Misalnya, mahasiswa boleh meluangkan masa dengan membuka kelas tuisyen untuk pelajar sekolah di rumah. Teknik ini dapat membantu golongan pelajar memahami subjek pelajaran walaupun tiada guru sekolah. Lebih-lebih lagi peluang ini dapat membantu pelajar sekolah dari golongan B40 yang tidak mendapat manfaat khidmat private home tutor yang mana bayarannya jauh lebih mahal.

Oleh itu, dengan peningkatan berterusan bilangan mahasiswa saban tahun dengan kemudahan, serta galakan pihak kerajaan melalui biasiswa dan pinjaman, sewajarnya mampu memberikan harapan yang cerah untuk mencapai cita-cita dan membawa kesenangan kepada golongan anak muda yang mahu menyambung pelajaran lebih tinggi. Mahasiswa masa ini, bergelar pemimpin masa hadapan, perlu menimba ilmu, serta turun padang dan melibatkan diri dengan kesukaran hidup rakyat, membantu sebaik mungkin dalam menaikkan taraf hidup mereka dan masyarakat, seterusnya meneraju kesejahteraan negara pada masa hadapan. 

Dalam kata lain, mahasiswa dan masyarakat laksana aur dan tebing: berpisah dengan masyarakat bererti lenyapnya citra mahasiswa yang sebenar-benarnya.

Muhammad Danial Afif Mohd Razafa merupakan ahli eksekutif Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Peranan Kaum Intelektual: Mencabar Eurosentrisme, Nasionalisme dan Sektarianisme dalam Penghasilan Pengetahuan

Saya ingin membincangkan tentang proses penghasilan ilmu yang Eurosentrik. Sebelum saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan Eurosentrik dan Eurosentrisme dalam proses penghasilan ilmu, kita juga perlu tahu konteks di mana Eurosentrisme wujud. Konteksnya ialah imperialisme intelektual (intellectual imperialism) atau imperialisme kecendekiaan. Dalam konteks ini, proses penghasilan ilmu dikuasai institusi-institusi pendidikan dan lembaga-lembaga penyelidikan dan penelitian dari Barat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih untuk jemputan syarahan ini. Kebetulan, saya ada acara sepanjang hari dari pagi tadi. Ada Seminar Antarabangsa Pemikiran Syed Hussein Alatas pada sebelah pagi yang dilaksanakan menerusi Zoom di Kuala Lumpur dan pada petangnya pukul 2.00 petang ada Siri Seminar Cendekiawan Lestari di Malay Heritage Centre, Singapura. Sekarang ialah acara ini Syarahan Naratif Malaysia. Dalam acara pagi dan petang tadi, saya lebih memerhatikan masalah penghasilan ilmu, khususnya di Nusantara dan dalam bidang Pengajian Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Pengajian Melayu ialah pengajian tentang rantau Nusantara. Ia tidak terhad kepada golongan etnik Melayu, tetapi Melayu dalam erti kata yang lebih luas—dunia Melayu; budaya Melayu; termasuk orang Jawa, orang Sunda dan semuanya. Termasuk juga ialah Filipina kerana pejuang Filipina yang terkenal José Rizal menganggap dirinya Melayu. Beliau mengatakan bahawa orang Filipina adalah sebahagian daripada tamadun Melayu. Saya juga ingin memulakan perbincangan ini nanti dengan Filipina.

Takrif dan Persoalan-Persoalan Intelektual

Perbincangan saya mengenai peranan intelektual di rantau kita akan mengambil perhatian kepada peranan kaum intelektual dalam pembentukan ilmu, khususnya dalam apa yang saya namakan ilmu mandiri. Saya akan jelaskan dengan apa yang saya maksudkan dengan ilmu mandiri. Jadi, saya ingin membincangkan hal itu—peranan intelektual dalam pembentukan ilmu mandiri. Apa yang saya maksudkan dengan intelektual adalah mengikut apa yang ditulis oleh ayah saya Syed Hussein Alatas yang mengatakan bahawa tugas kelompok intelektual adalah untuk berfikir, mempertimbangkan masalah-masalah tertentu dan cuba untuk sampai kepada penyelesaiannya. Kita boleh memahami peranan intelektual sebagai terdiri daripada tiga persoalan iaitu: (i) mengapa kaum intelektual itu diperlukan dalam masyarakat membangun; (ii) apa jenis kelompok yang terbaik untuk memenuhi keperluan itu; dan (iii) rintangan apa yang menghalang kelompok itu daripada dapat berfungsi sebagai intelektual. Jadi, lebih kurang begitu maksudnya intelektual. Akan tetapi, yang penting bagi saya ialah peranan intelektual. Sama ada mereka terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi, mempunyai PhD, ataupun yang tidak mempunyai PhD tetapi masih berfikir. Berfikir secara kreatif, bukan secara tertawan. Jadi, mereka bukan daripada minda yang tertawan. Mereka mempunyai minda yang kreatif. Tidak semestinya mereka yang mempunyai PhD kerana banyak mereka yang mempunyai PhD yang masih minda tertawan, tidak kreatif, tidak menghasilkan ilmu yang baharu. sebaliknya, hanya meniru ilmu yang diturunkan kepada mereka dari generasi ke generasi atau dari luar. Jadi, intelektual itu tidak terhad kepada mereka yang berpendidikan tinggi.

Penjajahan dan Proses Penghapusan Tradisi Ilmu

Sebentar tadi saya sebutkan bahawa saya ingin mulakan dengan sejarah Filipina. Masalah kita bermula pada zaman itu. Kira-kira 500 tahun yang lalu. Persis tahun ini 2021, kalau saya tidak salah pada tahun 1521 atau 1522 dahulu, telah sampai di Mactan – Pulau Mactan di Filipina. Itu sebelum kepulauan tersebut dinamakan sebagai Filipina, sebelum dijajah oleh Sepanyol. Telah sampai di sana kira-kira 500 tahun yang lalu Ferdinand Magellan. Kita semua tahu tentang Ferdinand Magellan. Kita pernah mendengar nama Ferdinand Magellan. Banyak yang ditulis mengenai Ferdinand Magellan. Banyak puisi dicipta mengenai Magellan. Banyak dokumentari dan filem telah dibikin mengenai Ferdinand Magellan. Akan tetapi, apabila kita lihat peristiwa itu, satu proses ‘pendiaman’ berlaku yang mana ia mencerminkan masalah penghapusan tradisi ilmu. Kita dapat memahami proses itu daripada peristiwa tersebut yang mana Ferdinand Magellan sampai ke Filipina dan telah dibunuh di Filipina oleh seorang pemerintah Pulau Mactan yang namanya Lapulapu. Namun, jarang kita temui nama itu. Di Malaysia, kebanyakan orang tidak pernah mendengar nama Lapulapu. Maka, saya mengatakan bahawa perlu kita tahu mengenai Lapulapu kerana pembunuhan Magellan oleh Lapulapu merupakan antara tindakan anti kolonial yang kali pertama di Asia Tenggara, Nusantara. Mungkin di Asia Tenggara yang pertama. Tindakan anti kolonial pertama di Nusantara. Antara yang pertama di dunia. Mungkin yang pertama berlaku di Amerika sewaktu orang Eropah sampai ke Amerika. Mereka ke Cuba, Haiti, dan selepas itu ke Amerika Utara. Setelah itu, mereka sampai ke sini. Mulai pada zaman itu, dengan proses penjajahan rantau kita, telah bermula proses penghapusan tradisi. Termasuk tradisi ilmu. Itu mengambil masa ratusan tahun. Keadaan itu—keadaan penghapusan tradisi termasuk penghapusan tradisi ilmu—menyebabkan pembunuhan tradisi ilmu. Hal itu mengarah kepada penguasaan ilmu dan penguasaan proses penghasilan ilmu yang bersifat Eurosentrik.

Eurosentrisme, Imperialisme Kecendekiaan dan Kebergantungan Akademik

Saya ingin membincangkan tentang proses penghasilan ilmu yang Eurosentrik. Sebelum saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan Eurosentrik dan Eurosentrisme dalam proses penghasilan ilmu, kita juga perlu tahu konteks di mana Eurosentrisme wujud. Konteksnya ialah imperialisme intelektual (intellectual imperialism) atau imperialisme kecendekiaan. Dalam konteks ini, proses penghasilan ilmu dikuasai institusi-institusi pendidikan dan lembaga-lembaga penyelidikan dan penelitian dari Barat. Walaupun kita mempunyai institusi-institusi kita sendiri, tetapi dalam proses penghasilan ilmu kita dikuasai dan didominasi institusi dari luar. Itu memang jelas. Tadi waktu pagi semasa acara Seminar Antarabangsa Pemikiran Syed Hussein Alatas, ada perbincangan sedikit mengenai Edward W. Said dan pendapat beliau tentang karya Syed Hussein Alatas iaitu buku beliau Mitos Peribumi Malas. Dikemukakan bahawa Edward W. Said mengatakan buku Mitos Peribumi Malas itu merupakan suatu karya yang startlingly original, yang sangat original dan yang sangat asli secara menonjol. Yang mengatakan hal itu bahawa beliau berasa kagum. Saya juga setuju. Saya juga berasa kagum dan bangga bahawa karya ayah saya begitu dihargai, tetapi ini mencerminkan satu masalah. Ini mencerminkan masalah penghargaan bahawa kita di Malaysia, Indonesia, Singapura, di kebanyakan negara sedang membangun, di institusi pendidikan tinggi kita. Kita bergantung kepada penghargaan dari luar. Maksudnya, lebih penting untuk kita dihargai oleh sarjana-sarjana dari luar. Oleh sebab itu, kita perlu menulis dalam Bahasa Inggeris. Kita perlu menerbitkan makalah-makalah kita dalam Bahasa Inggeris di jurnal-jurnal luar negeri, khususnya di Amerika Syarikat dan Britain, jurnal yang memiliki ranking yang tinggi sebab kita mempedulikan itu. Karya kita bergantung kepada itu. Jika kita ingin kenaikan pangkat sebagai profesor madya atau profesor, lebih penting kita dihargai di sana dan bukan di negara kita sendiri. Kalau saya sebagai pensyarah di Singapura menulis ratusan makalah dalam Bahasa Melayu dan menerbitkan ratusan makalah dalam jurnal-jurnal di Indonesia atau di negara Arab, di Iran, itu tidak akan diambil kira. Ia tidak dianggap sebagai penting kerana itu hanya membuktikan bahawa saya hanya dihargai di dunia bukan Barat. Dihargai di dunia bukan Barat tidak penting, tetapi yang penting kita dihargai di pusat-pusat penghasilan ilmu di Amerika Syarikat dan Britain. Perkara ini merupakan satu aspek yang saya menamakannya sebagai kebergantungan akademik (academic dependency). Kebergantungan akademik itu ialah suatu fenomena yang merupakan satu ciri imperialisme kecendekiaan. Ada aspek-aspek lain kebergantungan akademik. Kita bergantung kepada penghargaan daripada mereka di Barat. Kita bergantung kepada media penerbitan dalam erti kata kita diminta oleh institusi-institusi kita sendiri, kita diminta oleh kementerian pelajaran kita, kita diminta oleh lembaga penelitian institusi kita untuk menerbitkan makalah dan buku di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat dan Britain. Jadi, kita bergantung kepada institusi mereka. Namun, yang paling bermasalah ialah: kita bergantung kepada idea, teori, gagasan mereka di Amerika Syarikat dan Britain. Kita bergantung kepada Barat, tetapi yang saya maksudkan dengan Barat bukanlah seluruh Barat tetapi pusat-pusat penghasilan ilmu. Pusat penghasilan ilmu di Barat hanya ada dua atau tiga iaitu: Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Hal ini membawa kita kepada soal masalah Eurosentrisme dan masalah minda tertawan. Minda tertawan lah yang bergantung secara akademik kepada ilmu dari Barat. Kalau minda tidak tertawan, walaupun ia wujud dalam konteks imperialisme intelektual tetapi tidak semestinya ia bergantung kepada gagasan atau teori dari Barat. Ia mungkin akan jadi lebih mandiri walaupun dia hidup dan bekerja dalam konteks imperialis. Namun, jika dia berminda bebas, dia tidak akan bergantung kepada idea-idea dari luar. Jika mindanya tertawan, ia bererti ada kebergantungan dalam erti bahawa teori dan gagasan berasal dari Barat diterima dan diterapkannya. Sekurang-kurangnya ada dua masalah yang muncul daripada kebergantungan ini. Pertama, dalam proses penelitian, proses membaca, menulis iaitu proses menghasilkan ilmu. Dalam proses itu, jika kita hanya membaca, mempelajari gagasan dari luar, ilmu, konsep, idea, gagasan, agenda, penelitian ditentukan dari luar. Hal ini menyebabkan keadaan yang mana kita meminggirkan atau mengenepikan gagasan yang asli dan tempatan. Ada kemungkinan aspek atau realiti yang kita ingin kaji dan fahami terlepas daripada pemahaman kita. Ada juga kemungkinan bahawa kita akan memutar belitkan realiti atau keadaan yang kita cuba fahami.

Masalah Peniruan Konsep Dari Barat Tanpa Daya Kritis

Saya ingin berikan beberapa contoh. Salah satu contoh dalam kita mengajar atau menyelidik tentang sejarah. Katakan sejarah Nusantara. Jika kita hanya meniru konsep dari Barat, satu konsep atau satu dikotomi garis pemisah yang begitu penting sekali dalam sejarah mereka adalah kota-desa. Kota-desa ialah suatu dikotomi yang penting sebab sejarah Eropah ditentukan oleh hubungan kota dan desa. Dalam sejarah Eropah, kemunculan masyarakat moden, kemunculan sistem kapitalis pada zaman moden, kemunculan sistem demokrasi, semua itu berlaku kerana pertentangan antara kota dan desa. Antara kelas-kelas yang ada di kota dan desa, kelas bangsawan dan kelas feudal iaitu kelas bangsawan yang memiliki tanah pada satu pihak bertentangan dengan mereka ialah kelas borjuis ialah kelas yang memiliki modal yang ada di kota. Jadi, sejarah moden Eropah ialah sejarah pertentangan antara kota dan desa. Itu suatu dikotomi yang penting untuk kita memahami sejarah Eropah. Akan tetapi, jika kita ingin memahami sejarah Timur Tengah, dikotomi itu tidak sesuai sama sekali. Sebabnya ialah tiada dikotomi seperti itu. Apa yang ada di Timur Tengah adalah seperti yang dikatakan oleh Ibn Khaldun iaitu pertentangan antara dua jenis masyarakat yang bukan didikotomikan secara kota-desa tetapi masyarakat hadhari dan masyarakat badawi. Masyarakat yang menetap (umran hadhari) dan masyarakat yang mengembara (umran badawi). Masyarakat yang menetap itu termasuk mereka yang berada di kota dan desa kedua-duanya. Masyarakat yang mengembara pula berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan hidup di kawasan padang pasir. Namun, ada ramai sarjana Arab juga yang menguasai Bahasa Arab telah membaca Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, tetapi mereka melihat atau memahami Ibn Khaldun dengan kaca mata orang Eropah. Jadi, dikotomi umran hadhari dan umran badawi difahami oleh mereka sebagai dikotomi kota-desa kerana mereka memahami Ibn Khaldun melalui kaca mata atau pengalaman Eropah. Mereka dipengaruhi dan boleh dikatakan sebagai Eurosentrik.

Begitu juga dengan rantau kita. Jika kita ingin mengkaji sejarah pra kolonial atau pra penjajahan Nusantara, katakan lah sejarah Melaka, dikotomi kota-desa itu tidak sesuai. Hal ini kerana masyarakat di sini, dikotomi yang penting untuk memahami sejarah kita bukan kota-desa. Dikotomi yang penting ialah ‘darat dan laut’ kerana di rantau kita, masyarakat kita bukan hanya ada di darat. Masyarakat juga tinggal di laut yang kita namakan Orang Laut, walaupun istilah itu tidak tepat, tetapi faktanya ada masyarakat yang tinggal di laut. Di darat pula, kita ada hulu dan hilir. Oleh itu, dikotomi kota-desa tidak sesuai. Kita dapati bahawa jika kita ingin memahami sejarah masyarakat Nusantara, ada hubungan yang rapat antara masyarakat yang tinggal di laut dan masyarakat di darat. Contohnya, ini lebih kurang mirip dengan apa yang berlaku di Timur Tengah pada zaman pra moden. Pada zaman pra moden, melalui Ibn Khaldun, masyarakat yang mengembara di padang pasir membekalkan kuasa militer kepada sultan yang berpusat di bandar atau ibu kota. Kuasa militernya adalah daripada masyarakat mengembara atau masyarakat Badawi. Begitu juga pada zaman Kesultanan Melaka. Kuasa militer dibekalkan oleh Orang Laut daripada masyarakat di laut. Wujud hubungan yang amat rapat antara orang di laut dan di darat. Jadi, ini hanya untuk menunjukkan teori atau konsep dari Barat tidak semestinya sesuai bagi memahami sejarah kita, budaya kita dan segala aspek kehidupan kita. Inilah yang saya maksudkan dengan masalah Eurosentrisme yang mana kita hanya meniru konsep dan idea dari Barat kerana kita dididik dalam sistem pendidikan dari Barat. Kemudian, kita ambil tanpa kupasan. Ini menjadi masalah.

Masalah Peminggiran Tokoh dan Gagasan Asli Kita

Akibat daripada peniruan konsep ini ialah dua perkara. Pertama, tradisi kita, sosok kita, tokoh kita diketepikan apabila kita mengajar di universiti. Katakan seperti saya mengajar teori sosiologi atau teori antropologi, atau teori dalam bidang geografi, teori politik dan sebagainya. Apabila kita mengajar, kita hanya mengambil tokoh-tokoh Barat. Biasanya, Karl Marx, Max Weber, Emilé Durkheim, Georg Simmel dan sebagainya. Kita hanya mengajar tentang mereka. Jadi, untuk mengajar tentang permulaan teori sosiologi pada kurun ke-19, kita hanya mengambil perhatian tentang mereka. Seolah-olah tidak ada orang bukan Barat dan orang yang bukan lelaki. Seolah-olah tiada yang memikir secara sistematik tentang masyarakat. Sebenarnya ada banyak. Pada akhir kurun ke-19, José Rizal boleh dikatakan sosok pertama di Dunia Melayu yang memikir secara sistematik tentang masyarakat dan telah menghasilkan satu kefahaman dalam bentuk satu teori tentang masyarakat pada zaman penjajahan. Ada yang lain juga pada zaman itu iaitu Raden Adjeng Kartini di Indonesia. Sememangnya ada pemikiran yang agak sistematik tentang masyarakat Jawa pada zaman penjajahan. Akan tetapi, kita mengetahui tokoh-tokoh seperti itu, kita mengenali mereka, tetapi kita masih belum menggali pemikiran mereka dengan tujuan untuk mewujudkan satu badan ilmu, satu teori yang boleh kita katakan merupakan teori yang asli. Itu kita masih belum lakukan. Begitu juga di luar rantau kita. Kalau saya berbalik kepada contoh Ibn Khaldun. Ibn Khaldun diketahui oleh semua orang baik di Barat mahupun di negeri Arab. Namun, kebanyakan kajian mengenai Ibn Khaldun merupakan kajian mengenai Ibn Khaldun, bukan kajian melalui Ibn Khaldun. Yang ingin kita lakukan adalah kajian tentang kenyataan atau realiti melalui Ibn Khaldun, melalui kaca mata Ibn Khaldun, bererti melalui teorinya. Bukan sahaja kajian mengenai Ibn Khaldun. Maksud saya, jangan kita hanya menganggap Ibn Khaldun sebagai objek penelitian. Jangan hanya itu. Kita harus menganggap Ibn Khaldun sebagai subjek. Melalui Ibn Khaldun, kita menafsir sejarah. kita memahami sejarah, kita memahami masyarakat melalui konsep, gagasan dan teori Ibn Khaldun. Itu bererti kita mendekati Ibn Khaldun sebagai subjek, bukan hanya sebagai objek. Kita bukan hanya meneliti tentang Ibn Khaldun, tetapi kita meneliti sejarah tentang masyarakat, tentang kenyataan melalui Ibn Khaldun. Begitu juga dengan Raden Adjeng Kartini, Raja Ali Haji dan José Rizal. Kita menganggap mereka sebagai objek dan bukan sebagai subjek. Jadi, dikotomi pemisahan ini, garis pemisah objek-subjek adalah satu ciri yang bermasalah Eurosentrisme. Dikotomi subjek-objek wujud dalam kalangan sarjana Eropah, sarjana Barat. Malangnya, ia telah meresap ke dalam minda kita sendiri. Maka, kita sendiri mendekati tokoh-tokoh kita sebagai objek sahaja. Ini menjadi masalah.

Masalah Pemutar Belitan Kenyataan

Apa yang lebih parah lagi, lebih menyusahkan lagi daripada meminggirkan tokoh kita dan gagasan-gagasan asli kita adalah kemungkinan gagasan atau ilmu dari Barat itu memutar belitkan kefahaman kita terhadap kenyataan-kenyataan yang kita kaji. Apa yang saya maksudkan dengan pemutarbelitan ialah distortion of the reality. Salah satu contoh yang saya sering membawakan adalah daripada agama Hinduisme. Istilah Hinduisme digunakan untuk menggambarkan, merujuk kepada komuniti keagamaan yang ada di India dan juga yang ada di Nusantara sebelum kedatangan Islam. Jadi, kita sering mendengar ungkapan agama Hindu-Buddha contohnya. Ataupun orang Hindu Bali, orang Hindu Jawa dan sebagainya. Ini merupakan satu pemutarbelitan sejarah kerana pada zaman dahulu kurun ke-15, 16 dan 17, tidak wujud satu agama yang namanya Hinduisme. Tidak wujud satu agama dan tidak wujud juga nama Hinduisme. Sebenarnya, apa yang wujud pada zaman itu ialah pelbagai agama. Ada komuniti yang menganuti Dewa Siva, Dewa Vishnu dan sebagainya. Mereka dianggap sebagai agama yang pelbagai. Bukan sebagai satu agama. Mereka sendiri tidak menganggap bahawa mereka terdiri daripada satu agama. Nama Hinduisme tidak wujud pada zaman itu. Hinduisme gagasan bahawa ada satu agama yang terdiri daripada penganut Dewa Vishnu, Dewa Siva dan sebagainya itu merupakan satu gagasan yang dicipta oleh orang Eropah, orang Orientalis. Ia kerana sewaktu mereka menemui masyarakat di India, mereka melihat dan memahami agama-agama yang ada di India dengan kaca mata mereka sendiri. Sewaktu mereka datang ke benua India, mereka ingin memahami agama yang ada di sana. Orang Islam, Kristian dan Yahudi sudah mereka kenali sebagai agama kerana telah ada pengalaman dengan agama-agama itu, tetapi yang lain mereka tidak tahu. Mereka mengandaikan mereka yang bukan beragama Islam, Kristian atau Yahudi, terdiri daripada satu agama. Itu andaian mereka sebab dengan kaca mata Eropah dan Kristian mereka, seperti di Eropah ada satu agama Kristian yang terdiri daripada beberapa denominasi, begitu jugalah di India. Mereka berfikiran juga di India ada banyak denominasi tetapi semuanya terdiri daripada satu agama yang mereka namakan Hinduisme. Nama al-hind itu berasal daripada Arab. Orang Eropah belajar itu daripada orang Islam. Orang Islam pada zaman itu tidak memahami al-hind itu sebagai satu agama. Hind itu merujuk kepada suatu tempat itu, kepada orangnya, tetapi tidak kepada agama. Namun, ia diandaikan oleh orang Eropah sebagai satu agama.

Kita ada bukti bahawa agama Hindu itu tidak wujud. Sebenarnya ada banyak agama. Kita ada bukti daripada Abu Rayhan al-Biruni seorang sarjana dan alim dari tanah yang kita kenali pada hari ini sebagai Uzbekistan yang menetap di India selama 13 tahun mempelajari bahasa Sanskrit dan menulis sebuah kitab tebal yang namanya Kitab al-Bīrūnī fī Taḥqīq mā li-al-Hind, buku mengenai India. Jelas dinyatakan oleh al-Biruni bahawa tujuan saya adalah untuk meneliti tentang agama-agama di India. Beliau menggunakan jamak. Dalam Bahasa Arab, beliau menyatakan bahawa saya meneliti tentang ad-dian al-Hind iaitu jamak daripada ad-din. Jadi, jelas untuk al-Biruni bahawa yang ada di India adalah pelbagai agama. Itu buktinya. Tetapi, ini yang menarik dan mungkin agak lucu juga. Seorang sarjana Jerman yang menerjemahkan karya al-Biruni kepada Bahasa Jerman dan Bahasa Inggeris. Dalam terjemahan beliau pada waktu sama ketika menterjemahkan karya al-Biruni, beliau mengubah maksud al-Biruni. Seolah-olah beliau meng-oriental-kan al-Biruni yang mana al-Biruni mengatakan ad-dian al-Hind, sarjana Jerman ini menerjemahkannya sebagai agama Hindu. Jadi, beliau memasukkan kefahamannya sendiri ke dalam terjemahannya. Ini menjadi masalah. Seolah-olah jika kita membaca al-Biruni dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jerman, kita akan tersalah faham terhadap maksud al-Biruni. Oleh itu, ini merupakan Orientalisme melalui terjemahan. Melalui contoh itu kita akan dapat memahami bahawa masalah Eurosentrisme itu akan dapat mengarah atau membawa kepada pemutarbelitan kenyataan.

Selepas itu, terjadi di India mengenai Hinduisme, orang Eropah-Orientalis mencipta gagasan Hinduisme. Sewaktu orang Belanda datang ke Indonesia, mereka dapati ada masyarakat yang menganuti Dewa Visnu, Dewa Siva, mereka mengandaikan bahawa mereka juga ialah orang Hindu dan telah melekat istilah atau nama itu. Lambat laun, orang Indonesia sendiri, orang Jawa sendiri, orang Bali sendiri menganggap diri mereka sebagai orang Hindu. Sekarang, jika kita ke Bali, orang di sana yang bukan Islam menganggap diri mereka sebagai Hindu Bali atau Hindu Jawa dan sebagainya. Kita sendiri di Malaysia merujuk peninggalan yang ada di Lembah Bujang sebagai peninggalan dari zaman Hindu-Buddha, tetapi itu tidak tepat dan tidak betul kerana agama itu tidak wujud pada zaman itu. Saya tidak menafikan bahawa ada tradisi-tradisi keagamaan yang dipengaruhi oleh apa yang ada di India, di Nusantara, di Semenanjung sebelum kedatangan Islam. Saya tidak menafikan itu. Bukan tujuan saya untuk memperkecil pengaruh dari India. Yang saya katakan ialah kefahaman kita mengenai apa itu adalah salah kerana dipengaruhi Eurosentrisme dalam mana mereka melihat kepada realiti kita melalui kaca mata mereka sendiri. Jadi, masalah ini ialah masalah pokok dalam Eurosentrisme adalah peminggiran sosok, tokoh, gagasan yang asli. Selain itu, masalah pemutarbelitan kita tentang sejarah dan masyarakat kita.

Bahasa Kita dan Penghasilan Ilmu Baharu

Oleh yang demikian, hal ini merupakan cabaran untuk intelektual kita. Bukan sahaja untuk mengenal pasti masalah Eurosentrisme, tetapi apa yang lebih penting untuk menghasilkan ilmu baharu, dalam erti menghasilkan teori dan konsep yang baharu. Ini memerlukan kita menggali tradisi, mengenal pasti tokoh-tokoh tempatan atau tokoh bukan tempatan, tetapi tokoh-tokoh yang bukan Barat juga kerana kita bukan sahaja perlu mengambil perhatian kepada yang lokal tetapi bukan Barat dari tamadun lain. Asal kita tidak mengehadkan perhatian kita kepada tamadun Barat. Sememangnya kita tidak harus menolak ilmu dari Barat secara total, tetapi jangan mengehadkan sumber teori dan gagasan kita kepada Barat. Itu satu. Selain itu, kita harus mengambil sikap yang lebih serius terhadap bahasa kerana setakat ini kita tidak menganggap bahasa sebagai khazanah konsep khususnya untuk ilmu kemasyarakatan. Kita hanya menggunakan bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia hanya untuk menerjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke bahasa kita. Hanya untuk alat. Kita memperalatkan bahasa. Kita tidak mengambil bahasa sebagai sumber konsep. Kalau kita melihat kepada bahasa sebagai sumber, ini akan mengarah kepada pembentukan konsep baharu. Saya masih ingat hampir 20 tahun yang lalu, saya bertemu dengan Prof. Dato’ Dr. Abdul Samad Hadi yang ketika itu merupakan Dekan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau dalam bidang Geografi. Beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau menulis sebuah makalah tentang konsep ‘merantau’. Beliau menyatakan bahawa, erti ‘merantau’ itu bukan sahaja migrasi tetapi yang terkandung dalam konsep itu tentang pemindahan orang dari satu tempat ke satu tempat lain yang berlainan dengan konsep migrasi yang kita pelajari dalam bidang Sosiologi atau Antropologi atau Sejarah. Kita semua tahu bahawa jika kita berpindah, contohnya dari Pekan ke Pekanbaru, itu disebut atau dinamakan atau difahami sebagai merantau. Jika saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Madinah atau dari Kuala Lumpur ke Istanbul, itu tidak disebut merantau kerana dalam perpindahan itu, saya keluar dari rantau budaya saya. Jadi, itu difahami sebagai berhijrah. Kedua-dua istilah ‘merantau’ dan ‘berhijrah’ merujuk kepada perpindahan orang tetapi dalam erti yang berlainan. Jadi, kita mesti meneliti bahasa kita sebab terkandung dalam bahasa kita ialah makna yang berlainan. Ada kemungkinan bahawa istilah-istilah baharu dapat dimasukkan sebagai konsep dalam penghasilan ilmu. Ini hanya akan boleh berlaku jika kita bukan merupakan minda tertawan. Saya rasa ini merupakan cabaran penting bagi intelektual kita.

Penguasaan Negara dan Institusi Keagamaan dalam Wacana Ilmu

Setakat ini, saya membincangkan cabaran intelektual dalam konteks masalah Eurosentrisme, jangan kita andaikan bahawa punca masalah kita berasal dari luar, dari Barat bahawa proses penghasilan ilmu dalam kalangan kita sendiri hanya dipengaruhi apa yang berlaku di luar atau dikuasai masalah Eurosentrisme. Walaupun itu berlaku, pada waktu yang sama, pada pihak yang lain kita mengalami masalah dalaman, bukan hanya masalah luaran. Mungkin cabaran intelektual kita harus fahami dalam konteks masalah dalaman juga. Kita dikuasai oleh penguasaan dan pengawalan daripada negara dan institusi-institusi keagamaan. Jadi, kita wujud di antara dua masalah. Apa yang peribahasa Inggeris katakan, ‘between a rock and a hard place’ atau ‘between the devil and the deep blue sea’, bahawa tiada tempat untuk melarikan diri. Pada satu pihak ialah masalah luar Eurosentrisme, pada masa yang sama masalah dalam negeri iaitu negara dan institusi-institusi agama yang menguasai ilmu kita. Jadi, tujuan intelektual kita seharusnya adalah untuk mewujudkan ilmu mandiri. Mandiri bererti bebas daripada segala bentuk kuasa, sama ada kuasa luar Eurosentrisme atau kuasa dalam seperti negara dan institusi agama. Apa yang saya maksudkan dengan ‘agama’ ialah agamawan atau institusi keagamaan, bukan agama. Bukan maksud saya kita harus bebas daripada Islam atau Kristian dan sebagainya. Tidak sama sekali. Apa yang saya maksudkan, kita harus bebas daripada kuasa agamawan, terutama sekali agamawan yang memelihara pendekatan, wacana dan sebagainya yang sempit. Kita seharusnya tidak membiarkan mereka menentukan wacana kita sebagai ilmuan. Ini sering berlaku di Malaysia. Beberapa tahun yang lalu, mungkin anda ingat peristiwa yang mana seorang sarjana Turki, Mustafa Akyol ditahan di lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Di Malaysia, suatu yang sangat menyedihkan kerana Islam ditakrif secara sempit oleh golongan-golongan tertentu seperti golongan Syiah secara rasmi dianggap sebagai sesat dan mereka dianiayai, tempat mereka diserbu dan sebagainya. Jadi, wacana itu ditentukan oleh agamawan-agamawan tertentu. Itu membawa pengaruh buruk dan kesan yang buruk ke atas wacana intelektual. Sebenarnya, intelektual atau sarjana kita, pensyarah kita, peneliti kita dikuasai, didominasi wacana seumpama itu. Kadangkala seorang pensyarah dikenali atau dikatakan menyokong Syiah atau dikatakan menganut Syiah seperti saya sendiri meskipun saya bukan Syiah, saya berterus terang, tetapi saya membela mereka. Ada satu kali saya diundang untuk memberikan ucaptama di satu persidangan di sebuah universiti di Malaysia, undangan itu ditarik balik kerana jabatan agama di negeri itu atau pihak universiti mengatakan bahawa mereka takut jabatan agama akan mengatakan bahawa saya dilarang mengisi di persidangan itu oleh kerana saya dikatakan menganuti mazhab Syiah. Jadi, penguasaan proses penghasilan ilmu oleh agamawan tidak seharusnya berlaku. Kita mestilah bebas daripada segala jenis penguasaan sama ada daripada luaran atau daripada dalaman.

Seruan Pembentukan Ilmu Mandiri

Saya mengakhiri diskusi saya dengan seruan untuk kita membentukkan ilmu mandiri. Saya merujuk kepada penulisan karya ayah saya yang mana beliau menulis tentang perlunya kita mewujudkan satu tradisi Sains Sosial, Ilmu Kemasyarakatan di Asia yang berautonomi. Autonomous Asian Social Sciene tradition. Saya rasa sejak tahun 1967, waktu Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS) didirikan oleh ayah saya, dalam masa 50 tahun ini, telah muncul satu sekolah pemikiran yang telah dinamakan sekolah ilmu mandiri atau school of autonomous knowledge dipengaruhi Syed Hussein Alatas. Dipengaruhi istilah Asian autonomous Social Science tradition. Telah muncul ‘sekolah’ itu. Apa yang saya maksudkan sebagai sekolah bukanlah institusi, bukan bangunan, walaupun ia berasal dari satu institusi. Dalam kes ini, ia berasal daripada NUS pada masa itu, pada tahun 1967. Yang saya maksudkan dengan ‘sekolah’ ialah tradisi penghasilan ilmu yang berasal daripada satu sosok atau tokoh. Akan tetapi, muncul satu tradisi atau satu pendekatan untuk menghasilkan ilmu, pendekatan yang mana ilmu penjajahan dikupas dan ilmu baharu serta agenda penyelidikan yang baharu didirikan dan dilakukan dalam pelbagai bidang, tidak terhad dalam satu bidang walaupun ia berasal daripada bidang Sosiologi tetapi telah menyebar ke bidang lain seperti Sejarah, Sastera dan sebagainya. Jadi, tradisi ini berterusan dari zaman ayah saya pada hampir 50 tahun lalu, diturunkan daripada generasi ke generasi.

Jika ayah saya merupakan generasi yang pertama, generasi kedua ialah tokoh seperti Chandra Muzaffar, Shaharuddin Maaruf, Noor Aisha Abdul Rahman, saya sendiri dan sebagainya. Ada juga generasi ketiga diwakili oleh tokoh seperti Azhar Ibrahim. Mungkin ada juga generasi keempat. Saya tidak tahu sama ada Teo Lee Ken mahu dikenali sebagai mewakili generasi keempat. Banyak lagi di Singapura, di Malaysia, di Indonesia dan di tempat lain juga. Jadi, ini merupakan satu ‘sekolah’. Bererti dalam satu tradisi. Kalau di Jerman, kita ada Frankfurt School. Di Bombay, sejak 100 tahun lalu, muncul The Bombay School of Sociology. Di Lucknow University ada Lucknow School of Sociology. Di Nusantara ada sekolah ini. Sekolah ilmu mandiri yang muncul sekitar 50 tahun yang lalu. Saya rasa, salah satu daripada tugas kita sebagai sarjana dan intelektual adalah untuk menyedarkan generasi yang muda bahawa ada sekolah seperti ini dan ini merupakan satu sekolah yang asli yang mengupas ilmu penjajahan, yang terlibat dalam proses penghasilan ilmu nyah jajah (decolonial). Ia kerana kita telahpun mengenal pasti kejajahan ilmu. Ia lain daripada penjajahan. Jika kejajahan, ia merujuk kepada coloniality of knowledge. Walaupun kita hidup dalam zaman pasca penjajahan, tetapi masih ada keadaan kejajahan ilmu. Tugas kita adalah untuk menyah jajah ilmu. Ada banyak pendekatan untuk penyahjajahan ilmu, tetapi hanya satu pendekatan yang telah menjelma sebagai sekolah ilmu di Nusantara. Itu ialah sekolah ilmu mandiri. Jadi, saya rasa ini adalah salah satu daripada tugas kita untuk memelihara sekolah ini dan memelihara ilmu yang mandiri bebas dari kuasa luar dan dalam. Sekian.

Perbincangan Dan Soal Jawab

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Prof. Dr. Syed Farid Alatas atas pengolahan syarahan beliau berkenaan peranan kaum intelektual, khususnya mendepani permasalahan berkaitan Eurosentrisme, nasionalisme dan sektarianisme. Memulakan perbincangan, saya ingin mengambil peluang sebagai moderator perbincangan untuk mengutarakan soalan yang pertama. Bukan soalan yang terlalu asing, tetapi banyak berkait dengan tajuk perbincangan sendiri. Saya kira syarahan Prof. sebentar tadi lebih banyak menekankan elemen-elemen kesan Eurosentrisme daripada satu sisi yang menjejaskan keadaan atau tahap ilmu pengetahuan. Namun, Prof. juga tanpa banyak pengolahan, menerangkan kesan-kesan terhadap ilmu pengetahuan yang mungkin datang daripada masyarakat atau ketamadunan kita sendiri. Saya kira, berkenaan tajuk itu tadi lebih banyak melihat daripada sudut atau aspek kesan nasionalisme ilmu pengetahuan. Saya kira topik atau perkara ini juga penting selain daripada kesan Eurosentrisme yang telah Prof. ulas dengan agak panjang kerana trend-trend kemasyarakatan sama ada daripada sudut sosiopolitik, malahan juga berkaitan keadaan ekonomi dan ilmu pengetahuan yang cenderung mempunyai unsur-unsur nasionalisme yang pada masa ini juga disebut sebagai populisme yang agak ekstrem yang memberikan kesan terhadap politik, keagamaan dan sebagainya. Mungkin Prof. boleh memberikan pengolahan tambahan berkaitan itu? Saya akan buka ruang kemudian kepada rakan-rakan untuk mengutarakan soalan. Silakan Prof.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Saya tidak memberi pendapat bahawa masalah Eurosentrisme lebih penting daripada masalah dalaman, sebab sektarianisme dan nasionalisme juga masalah. Ia membawa kesan buruk terhadap proses penghasilan ilmu. Namun, saya tidak mempunyai banyak contoh atau data mengenai itu, mengenai masalah dalaman. Apa yang penting di sini, kita mesti mengenal pasti masalah itu. Jadi, jika kita mengatakan contoh daripada sejarah, kajian mengenai sejarah. Cara kita menafsir kembali sejarah. Ini masalah historiografi. Ada banyak karya yang muncul sejak tahun 1960-an mengenai sejarah di Nusantara. Penulisan John R.W. Smail yang menulis tentang autonomous history of Asia atau Southeast Asia. John Bastin telah menulis kemungkinan perspektif sejarah daripada orang Asia. Ayah saya sendiri telah menulis beberapa makalah. Salah satu Theoretical Aspects of Southeast Asian History dan Reconstruction of Malaysian History. Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas juga telah menulis tentang penafsiran semula sejarah. Beberapa makalah dan buku. Yang terakhir adalah buku beliau bertajuk Historical Fact and Fiction. Dalam karya-karya ini, masalah Eurosentrisme diketengahkan. Apa yang jarang diketengahkan dalam penulisan berbentuk historiografi, penulisan kritik tentang cara kita menulis sejarah. Kalau kita menulis sejarah, bererti kita menulis tentang apa yang berlaku pada zaman dahulu. Itu menulis sejarah. Jika kita menulis historiografi, bererti kita menulis tentang cara sejarawan menulis. Itu maksudnya historiografi. Jadi, dalam penulisan historiografi jarang diperhatikan atau diketengahkan masalah ultra nasionalisme. Kita menuduh orang Barat memutar belitkan sejarah kita kerana memakai perspektif atau ideologi yang tidak sesuai dan dengan itu mereka memutar belitkan sejarah kita.

Contohnya, jika mereka menulis tentang sejarah Melaka dan tidak diambil kira dalam penulisan mereka itu hubungan orang Laut dan Orang Darat ataupun kategori laut itu tidak diambil sebagai penting dalam penulisan mereka, kita mengkritik itu sebagai satu pemutar belitan. Kita menuduh dan mengkritik mereka. Itu benar. Akan tetapi, pada waktu yang sama, kita tidak mempersoalkan pemutar belitan yang dilakukan oleh sejarawan kita sendiri. Contohnya, ada pendapat dalam kalangan sesetengah sejarawan atau sarjana di Malaysia yang menyatakan sejarah Malaysia ialah sejarah orang Melayu. Sejarah selainnya, Cina, India dan lain-lain tidak penting. Saya pernah membaca satu penulisan, mungkin makalah atau bab yang mengatakan bahawa orang bukan Melayu merupakan serpihan sahaja dalam sejarah. Ini memang merupakan satu pemutar belitan. Tidak betul. Jadi, saya rasa karya kita atau perhatian kita terhadap masalah ultra nasionalisme adalah kurang berbanding perhatian kita terhadap masalah Eurosentrisme. Masih belum ada banyak kajian mengenai buku teks Sejarah untuk menunjukkan apa caranya mereka menulis sejarah tentang kita. Dalam percubaan mereka membetulkan Eurosentrisme, apakah mereka memasukkan ultra nasionalisme atau sektarianisme?

EHSAN SHAHWAHID: Baik, terima kasih Prof. Dr. Syed Farid Alatas. Sekarang saya ingin buka kepada para peserta lain daripada Naratif Malaysia dan lain-lain untuk sama-sama mengajukan pandangan, soalan dan komentar. Silakan saudari Fatimah Tajuddin.

FATIMAH TAJUDDIN: Assalamualaikum Prof. Dr. Saya Fatimah Tajuddin. Saya merupakan seorang pelajar PhD di Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Latar akademik saya ialah psikologi dan komunikasi. PhD dalam Kajian Etnik. Saya ada soalan mengenai kaedah untuk kita menghasilkan teori atau konsep yang mandiri. Saya amat tertarik dengan isu ini kerana seperti Prof. katakan kita kurang teori khususnya untuk memahami masyarakat di Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Prof. tentang pemerhatian Prof. terhadap penggunaan kaedah grounded theory untuk menghasilkan konsep dan teori yang mandiri dalam kalangan kaum intelek di Malaysia. Adakah kami di Malaysia cukup menggunakan kaedah grounded theory ini? Adakah kaedah grounded theory ini merupakan kaedah yang berkesan untuk menghasilkan teori dan konsep yang mandiri?

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Baik, terima kasih. Satu soalan yang bagus. Ia memberi peluang untuk saya menjelaskan sesuatu kerana isunya atau masalahnya bukan soal kaedah. Yang dimaksudkan oleh anda bukan cara mengumpulkan data, tetapi lebih kepada menghasilkan teori. Dalam grounded theory, kita mengumpulkan data dan membentuk teori daripada data. Kita tidak sampai kepada data dengan satu teori. Kita membina teori daripada data yang kita kumpulkan. Itu betul, tetapi saya ingin menimbulkan bahawa masalah kita menghasilkan ilmu yang mandiri atau teori dan konsep yang asli. Yang saya maksudkan dengan asli ialah original. Ini bukan soal kaedah. Sama ada kita mulakan dengan grounded theory, kita mulai di ground atau kita mulai dari langit, itu tidak penting. Apa yang penting adalah bahawa minda kita tidak tertawan. Kalau kita mempunyai minda tertawan, meskipun kita menggunakan grounded theory, mungkin kita akan sampai kepada penemuan yang tidak begitu asli atau tidak begitu menarik. Contohnya, jika kita tidak sedar tentang pentingnya kita mengambil perhatian tentang makna yang terkandung dalam bahasa. Walaupun kita melakukan grounded theory, kita tidak akan sampai kepada gagasan atau idea atau teori yang baharu atau asli. Jadi, saya percaya bahawa grounded theory itu merupakan satu cara yang baik, tetapi asal minda yang melakukan grounded theory itu, yang melaksanakan penyelidikan itu tidak tertawan. Grounded theory bukan satu-satunya cara. Ada kaedah-kaedah lain. Semua kaedah adalah sesuai. Apa yang penting, penyelidik itu mindanya tidak tertawan. Jadi, kita mesti tahu tentang proses penyelidikan kerana ketertawanan minda itu membawa kesan atau mempengaruhi segala tahap penelitian.

Contohnya, kita mulakan dengan pemilihan tajuk. Kenapa kita memilih satu-satu tajuk juga bergantung kepada minda kita tertawan atau tidak. Contohnya, di Malaysia dan Singapura, ramai yang suka meneliti tentang identiti Melayu, seolah-olah identiti itu ialah satu masalah. Sebenarnya identiti bukan masalah dalam kalangan orang Melayu. Ia merupakan masalah masyarakat Barat yang mengkaji tentang orang Melayu. Agenda penelitian itu dihasilkan di sana, diwujudkan di sana. Mereka tertarik dengan tajuk itu dan kita pula meniru. Kita meniru kerana ingin juga mengkaji tentang itu. Itu bukan masalah kita. Kita tidak terkeliru dengan apa yang dimaksudkan dengan Melayu. Jadi, kita seharusnya memilih tajuk yang sesuai dalam erti kata penting bagi masyarakat kita. Bukan penting bagi orang luar dan kita meniru agenda penelitian mereka. Jadi, pemilihan tajuk adalah penting. Selain itu, permasalahan kajian. Apa masalah penelitian kita? Mesti ada soalan yang inti. Persoalan utama. Itu juga dipandu oleh kepentingan kita sendiri, budaya kita, apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Sewaktu kita menjawab atau menyelesaikan masalah itu, menjawab soalan utama itu dalam penelitian, jawapan itu ialah teorinya. Sama ada teori itu berasal daripada datanya atau teori itu diterapkan dari luar. Jadi, teori apa yang kita ingin menerangkan? Itu juga berasaskan kepada minda kita – sama ada tertawan ataupun tidak. Jika kita terdedah kepada tradisi yang bukan sahaja dari Barat seperti Amerika dan Britain, ada kemungkinan kita akan menghasilkan penelitian yang lebih asli. Soalnya bukan masalah kaedah. Grounded theory merupakan teori yang sesuai, tetapi kaedah yang lain juga dapat diterapkan asalkan dalam proses memilih tajuk, dalam proses menerapkan teori, kita tidak mempunyai minda yang tertawan. Sebentar tadi, saudari mengatakan bidangnya Psikologi dan Komunikasi. Tesisnya adalah mengenai kajian etnik. Adakah etnik Melayu atau apa?

FATIMAH TAJUDDIN: Saya sedang mengkaji mengenai penggunaan filem indie di Malaysia untuk memupuk saling pemahaman antara etnik.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Sesuatu yang menarik adalah: adakah identiti etnik ini—walaupun ia wujud dalam bidang Antropologi dan Sosiologi—wujud dalam minda orang Malaysia yang dikaji? Apakah mereka memahami diri mereka sendiri melalui kategori seperti ini? Jika di Amerika, kategori-kategori seperti ini sememangnya mencerminkan identiti yang ada di sana kerana bukan sahaja dalam bidang Antropologi dan Sosiologi tetapi juga dalam masyarakat mereka sendiri. Ada golongan itu dan ini. Ada yang menganggap golongan mereka kulit putih dan kulit hitam. Namun, adakah itu berlaku di Malaysia? Kerana kita telah mengimport kategori itu. Semua bidang itu kita import dan kita gunakan tanpa kupasan. Jadi, jika kita benar-benar membikin grounded theory, bermakna kita akan menghapuskan kategori ini daripada minda kita. Kita bermula betul-betul daripada ground. Mungkin kita dapat menghasilkan kategori yang lain yang baharu.

EHSAN SHAHWAHID: Ada banyak persoalan-persoalan yang sebenarnya ingin ditanyakan kepada Prof. Dr. Syed Farid. Sedikit sebanyak kerana latar belakang minat kajian saya dan apa yang ingin saya fahami juga berkaitan dengan Sosiologi Agama yang mana itu adalah salah satu bidang kepakaran Prof. Dr. Syed Farid. Dalam syarahan tadi banyak menjelaskan tentang bagaimana unsur-unsur kolonial telah turut membentuk bagaimana kita memahami beberapa perkara yang penting khususnya kita masyarakat Malaysia termasuk yang disebutkan tadi tentang konseptualisasi Hindu itu sendiri sebagai banyak agama dipengaruhi oleh kolonial. Minat saya adalah berkaitan dengan Islam sendiri. Sejauh mana bagaimana kita memahami atau bersentuhan dengan wacana berkaitan Islam itu sekarang sebenarnya turut banyak mengandungi unsur-unsur atau diwarisi oleh konseptualisasi yang lebih berbentuk kolonial daripada satu bentuk yang lebih mandiri. Salah satu contoh yang kita boleh lihat kepada peruntukan Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan kita sendiri ‘Islam sebagai ugama Persekutuan’ itu menjadi point penting dalam isu-isu kemasyarakatan yang melangkaui dunia pengetahuan dan akademia, sedangkan konsep keagamaan yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri adakah ia sebenarnya juga mengandungi unsur-unsur melalui tradisi yang berbentuk kolonial seperti digunakan oleh banyak sistem kenegaraan lain. Bukan itu sahaja. Sistem perundangan itu juga masih lagi dipengaruhi elemen kejajahan. Banyak institusi keagamaan, institusi kemasyarakatan. Institusi keagamaan contohnya ada beberapa artikel yang cuba melihat bagaimana institusi keagamaan moden Islam, khususnya dalam negara bangsa moden ini sedikit sebanyak ada resemble of the history of the churches, khususnya sejarah Kristian di Eropah atau Barat. Begitu sedikit sebanyak pertanyaan saya. Mungkin Prof. Dr. boleh berikan pandangan atau jawapan. Silakan.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Ia sesuatu yang agak susah untuk kita selesaikan. Kemungkinan untuk kita berbalik kepada identiti yang hilang atau identiti zaman dahulu, itu tidak mungkin. Tidak mungkin kembali kepada identiti zaman dahulu untuk mencari identiti Melayu yang tulen sebelum pengaruh dari Barat. Dari dahulu ada pengaruh, sehingga selama-lamanya kita merupakan masyarakat yang hibrid atau yang dipengaruhi oleh banyak pengaruh. Jadi, itu tidak mungkin. Apa yang penting ialah apa caranya kita mengalami dan memahami pengaruh-pengaruh yang datang dari beberapa tempat. Itu yang penting. Jadi, kita tidak boleh menolak pengaruh dari Barat kerana kita di Malaysia ialah produk daripada beberapa tamadun iaitu tamadun pra Islam yang dikatakan mereka sebagai tamadun Hindu-Buddha. Ada legasi Islam. Islam sendiri dipengaruhi oleh beberapa lapisan penjajahan: Portugis, Belanda, Inggeris dan sebagainya. Selepas kita menolak mereka dan mencapai kemerdekaan, legasi itu masih ada. Itu tidak boleh dinafikan, ditolak dan tidak mungkin boleh ditolak. Yang kita dapat lakukan adalah untuk mencipta satu identiti yang baharu termasuk ilmu yang baharu, penghasilan ilmu baharu yang lebih kreatif yang sedar akan kemungkinan untuk kita memilih daripada beberapa sumber. Begitu juga dengan négritude. Gerakan négritude pada zaman Aimé Césaire, Frantz Fanon dan sebagainya, mereka menolak kolonialisme, rasisme dan sebagainya tetapi mereka tidak mengatakan bahawa segalanya yang datang dari Barat itu harus ditolak. Mereka tahu bahawa itu tidak mungkin. Pada masa yang sama, mereka memahami bahawa ada alat pemikiran, konsep dari Barat yang kita memperalatkan untuk mengkritik Barat dan untuk mengembangkan teori négritude. Begitu juga dengan kita.

Contohnya, karya Mitos Peribumi Malas itu berdasarkan pendekatan dari Eropah bersandarkan konsep ideologi. Ideologi itu tidak bermakna idea. Banyak mahasiswa menyangka bahawa ideologi itu sama dengan idea atau gagasan. Tetapi ideologi itu merupakan satu konsep. Ia merujuk kepada gagasan yang memutar belitkan kenyataan dan dalam memutar belitkan kenyataan, ia berfungsi untuk memajukan kepentingan golongan yang mempunyai ideologi itu. Itu yang dimaksudkan dengan ideologi. Jadi, ilmu orang Barat atau orang Inggeris pada zaman penjajahan mengenai orang Melayu merupakan ideologi kerana ia memutar belit kenyataan bahawa orang Melayu pada dasarnya adalah malas dan sebagainya. Itu merupakan satu pemutar belitan sejarah tetapi berfungsi untuk memajukan kepentingan golongan atau kelas pemodal atau kapitalis Inggeris pada zaman penjajahan. Jadi, konsep ideologi ini yang telah dikenal pasti oleh Karl Marx dan telah dikembangkan oleh Karl Mannheim dalam buku Ideology and Utopia: An Introduction To The Sociology Of Knowledge adalah satu karya yang sangat penting dalam sejarah Eropah. Ia diambil oleh Syed Hussein Alatas dan dijadikan satu teori kupasan terhadap penjajahan. Maka, boleh kita katakan itu dari Eropah? Sememangnya ia berasal dari Eropah tetapi tidak digunakan secara Eurosentrik. Ia digunakan demi kepentingan kita sendiri. Hal ini bererti bahawa kita menggabungkan kepentingan kita dengan ilmu dari Barat. Jadi, saya rasa cara kita sama ada di peringkat penghasilan ilmu atau di peringkat kehidupan amali, praktikal, seperti sistem perlembagaan, sistem ekonomi dan sebagainya berjalan dengan cara hibrid iaitu menggabungkan apa yang terbaik dari sini dan dari sana—sama ada Eropah, tradisi kita sendiri atau tradisi yang lain yang bukan Eropah dan bukan Melayu. Saya rasa gabungan atau hybridity ialah caranya. Identiti kita ialah identiti yang hibrid. Tidak ada identiti yang tulen, tidak wujud.

ZAHARUL ABDULLAH: Saya ada soalan yang ringkas, tetapi tidak berkaitan dengan tajuk pembentangan. Saya ada membaca berkenaan teori negara kleptokratis yang ditulis oleh Prof. Dr. pada tahun 1999. Saya ingin tahu apa kesamaan dan perbezaan teori negara kleptokratis dan konsep negara predatory yang diutarakan oleh Peter B. Evans pada tahun 1989.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Saya kenal karya Peter B. Evans tetapi sudah lama tidak membacanya. Saya kurang pasti apa yang beliau katakan mengenai predatory state. Saya terlupa. Boleh saudara sebutkan serba sedikit tentang teori itu?

ZAHARUL ABDULLAH: Saya ada menulis satu artikel tentang negara kleptokratis di Malaysia yang tentunya menggunakan teori negara kleptokratis oleh Prof. Dr. dan predatory state oleh Peter B. Evans. Secara dasarnya, negara predatory itu dibincangkan khususnya daripada aspek atau hubungan antara negara dan masyarakat…

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Kalau saya tidak silap, predatory state merujuk kepada kategori yang lebih luas daripada negara kleptokratis kerana predatory state itu adalah negara yang tindakannya merugikan masyarakat. Akan tetapi, merugikan masyarakat tidak semestinya melalui rasuah. Ada kemungkinan negara atau state dapat merugikan masyarakat secara hukum. Tidak semestinya melalui cara yang tidak hukum. Faham tidak? Maksud saya, bagi predatory state, ada kemungkinan negara atau pemerintah yang berkuasa merugikan masyarakat dengan cara yang legal, secara hukum. Tidak semestinya melalui cara yang illegal seperti rasuah. Di satu state yang begitu berkuasa, situasinya sehingga hukum-hukum negara itu lebih merugikan masyarakat. Itu semua dapat berlaku tanpa rasuah. Akan tetapi, negara kleptokratis berlaku dengan negara itu sendiri melanggar hukum-hukum negara. Jadi, kita boleh katakan bahawa negara kleptokratis adalah satu jenis negara predatory, tetapi negara predatory pula tidak semestinya menjadi negara kleptokratis. Selain itu, teori negara kleptokratis adalah contoh teori yang dihasilkan secara bebas daripada Eurosentrisme kerana ia merupakan satu teori yang menjelma dalam konteks kita sendiri. Teori kleptokratis merujuk kepada bukan sahaja negara yang terlibat dalam rasuah kerana hampir semua negara termasuk di Eropah dan Amerika terlibat dalam rasuah. Di semua negara, ada ahli politik dan ahli pemerintah, ahli kerajaan yang terlibat dalam rasuah. Itu merupakan suatu yang universal. Namun, biasanya di Barat, rasuah tidak menjadi cara utama untuk mengumpulkan modal. Begitu juga di negara-negara yang agak bebas daripada rasuah seperti di Singapura. Di Singapura ada rasuah tetapi kita tidak boleh mengatakan rasuah merupakan cara utama untuk mengumpulkan modal. Namun, di negara kleptokratis, kita menamakan negara itu sebagai negara kleptokratis sebab bukan sahaja ada rasuah tetapi rasuah itu menjadi cara utama untuk mengumpulkan modal sehinggakan ada seorang ahli Ekonomi Politik di Sudan pada 30 tahun yang lalu Ibrahim Kursany yang mana beliau menyatakan rasuah itu the fifth factor of production kerana dalam bidang ekonomi ada tiga hingga empat faktor bagi produksi iaitu tanah, buruh, modal dan keusahawanan. Beliau mengatakan rasuah itu ialah the fifth factor of production. Jadi, rasuah sudah menjadi begitu tersebar. Sudah menjadi suatu yang biasa. Ini boleh dikatakan sebagai suatu gagasan atau teori yang muncul daripada data.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih Prof. Dr. Farid atas jawapan dan Zaharul atas pertanyaan itu tadi. Saya ingin membuka ruang akhir untuk sebarang pertanyaan. Jika ada mana-mana peserta ingin mengajukan soalan, saya persilakan sekarang.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Saya ingin menambah mengenai masalah Eurosentrisme ini dan tugas kita sebagai sarjana, sebagai pensyarah. Sememangnya ini merupakan satu masalah yang sukar untuk ditangani. Selain itu, sesuatu yang amat memalukan dengan masalah Eurosentrisme ini sebab kalau kita bandingkan bidang-bidang yang mengkaji tentang Nusantara – apa yang kita panggil sebagai Malay Studies, Indonesian Studies tetapi yang dimaksudkan dengan itu ialah segala bidang yang berkaitan dengan pengkajian tentang Nusantara: Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Kalau kita bandingkan bidang-bidang itu dengan rantau yang lain seperti Southeast Asian Studies atau Indian Studies atau Middle Eastern Studies atau Arab Studies atau Persian Studies atau Ottoman Studies atau Latin American Studies. Satu perbezaan yang sangat penting, bidang selainnya tidak dikuasai oleh orang Barat, mereka sendiri dalam negeri mereka sendiri telah menghasilkan gagasan dan teori yang memainkan peranan penting dalam menentukan bidang itu. Contohnya bidang mengenai Timur Tengah, Islam di Timur Tengah. Ada banyak tokoh mereka dari rantau itu. Edward W. Said, Anouar Abdel-Malek, Abdul Latif Tibawi, George Antonius. Ramai dalam kalangan ahli Antropologi, Sejarah dan lain-lain. Begitu juga dengan sejarah Uthmaniah. Bukan hanya orang Barat yang menentukan perkembangan dalam pengajian tentang sejarah Uthmani. Ada ramai sejarawan dari Turki – Halil İnalcık, Kemal Haşim Karpat sebagai contoh. Bagaimanapun, di rantau kita sendiri, cuba lihat. Hampir di semua bidang sepanjang yang menyangkut dengan Ilmu Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Hampir dalam semua bidang, konsep yang utama, teori yang utama dan terkenal dihasilkan oleh orang Barat. Contohnya, Sosiologi dan Antropologi. Kajian mengenai Indonesia. Konsep paling terkenal dan paling tersebar dan telah menentukan bidang itu – konsep abangan, santri, priyayi, konsep aliran memang berasal daripada Bahasa Indonesia, daripada orang Jawa. Tetapi dihasilkan oleh Clifford Geertz, oleh Antropolog Barat. Begitu juga di Malaysia, karya-karya sejarah yang terkenal oleh Anthony Reid, Anthony Milner, Leonard Andaya dan Barbara Andaya. Mereka bukan sahaja terkenal tetapi menguasai ilmu itu. Bukan kita sendiri. Perkara ini sangat memalukan. Saya rasa Kerajaan kita tidak sedar tentang masalah ini. Maka, apakah yang boleh kita buat untuk mengubah keadaan ini—yang memalukan ini?

EHSAN SHAHWAHID: Baik Prof. Dr. Saya bacakan juga satu ulasan di ruangan chat oleh Dr. Por Heong Hong dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyatakan, “…Eurocentrism is deeprooted in the higher education in East Asia and Singapore, but not so much in Malaysia. As far as the public universities are concerned, there is a paradox in terms of academic appraisal. On the top, the administrators (often people with science and engineering background) rely heavily on so called ISI/Scopus etc. or what you call external and Western oriented recognition, to evaluate an academic. Yet, in actual promotion, these parameters are sometimes, if not often, circumvented, especially when non-academic and political forces come into play. On the surface, Eurocentrism appears to be dominant, but there is always a strong current of resistance against this top-downly implemented Western parameter oriented reform…”.

Berkaitan dengan komen ini, saya juga ingin menambah untuk perbincangan bagaimana kita melihat institusi pengajian universiti itu sendiri dalam menghasilkan intelektual termasuklah pada baru-baru ini menjadi satu perbincangan yang hangat di media. Contohnya terdapat laporan tentang sama ada 2500 profesor di negara Malaysia kita ini mencapai kualiti yang diperlukan dan berkredibiliti. Ada pihak yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Malah, baru-baru ini, terdapat persoalan sama ada seseorang yang mempunyai PhD itu sendiri ialah ciri penting sebagai seorang intelektual di Malaysia. mungkin sebagai penutup perbincangan pada malam ini, Prof. Dr. boleh memberikan respons terhadap tahap institusi pengajian tinggi, institusi akademik atau intelektual itu sendiri termasuklah komen yang diberikan oleh rakan kita tentang sejauh mana kita perlu bersandar kepada penilaian dan ukuran oleh sistem universiti yang bersifat Eurosentrisme dengan terkejar-kejar untuk memenuhi piawai akademik mahupun intelektual. Silakan Prof. Dr. untuk memberikan ulasan dan penutup kepada syarahan pada malam ini.

PROF. DR. SYED FARID ALATAS: Saya rasa sepanjang yang menyangkut academic appraisal itu masalahnya bukanlah ia Eurosentrik. Masalahnya, ia terlalu teknikal. Itu yang menjadi masalah. Sememangnya kita perlu mengadakan satu sistem untuk penilaian sarjana kita. Akan tetapi, yang menjadi masalah bukan appraisal system tetapi sikap kita. Masalah gila ranking bukan? Itu yang menjadi masalah. Jika kita diminta menulis dan menerbitkan makalah, hanya di jurnal-jurnal Barat iaitu SCOPUS atau ISI. Bermakna kita perlu menulis dalam Bahasa Inggeris. Maka, ini bermakna kita akan mengelakkan daripada menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Perkara ini sedang berlaku. Teman saya yang menjadi editor sebuah jurnal Sosiologi dalam Bahasa Arab di Beirut, nama jurnal itu E-Rafat. Beliau berkata bahawa jurnal itu sukar untuk mendapatkan sumbangan dalam Bahasa Arab yang berkualiti tinggi kerana yang mampu menulis memperuntukkan waktu untuk menulis makalah dalam jurnal dalam Bahasa Inggeris bagi jurnal-jurnal di luar negeri seperti Amerika dan Britain. Oleh itu, mereka yang menyumbang dalam jurnal itu adalah yang berkualiti rendah.

Saya rasa begitu juga di Malaysia. Biasanya ada perbezaan dalam standard. Jika kita bezakan apa yang ditulis dalam Bahasa Melayu dengan apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, itu tidak boleh disalahkan kepada Bahasa Melayu, sikap kita terhadap bahasa. Kalau pentadbir universiti Kerajaan, Kementerian kalau mereka katakan bahawa kita tidak akan membezakan antara jurnal ISI dan SCOPUS, jurnal Amerika dan Britain, tidak ada beza antara jurnal itu dengan jurnal-jurnal tempatan, asalkan jurnal tempatan itu mempunyai standard dan kualiti yang tinggi. Proses penilaian artikel dan sebagainya mempunyai taraf yang tinggi. Sama ada jurnal itu ialah SCOPUS atau tidak, itu tidak penting. Jadi, mesti dilantik editor jurnal dan sebagainya yang bertaraf tinggi. Maka, soal sama ada jurnal itu SCOPUS atau ISI tidak timbul sama sekali. Jika pihak pentadbir universiti menyatakan bahawa pensyarah menyumbang artikel kepada jurnal seumpama itu, timbal balas sama dengan sumbangan jurnal ISI dan SCOPUS di Amerika dan Britian sebab kita sudah berpuas hati bahawa taraf jurnal itu sama. Senang untuk melakukan itu. Senang jika Ketua Jabatan, Dekan dan Naib Canselor di universiti terdiri daripada orang yang betul-betul merupakan sarjana atau memahami kesarjanaan.

Namun demikian, andai kata mereka bukan pentadbir yang memahami kesarjanaan, bermain politik atau lantikan politik. Mereka dilantik kerana credential politik mereka, mampus lah sistem pendidikan kita. Saya ingin sebut tentang institusi kita di Malaysia dan Singapura. Institusi kita di Singapura sangat Eurosentrik sama seperti di Malaysia. Cuma perbezaannya Eurosentrisme di Singapura wujud pada taraf yang lebih tinggi. Kalau di Malaysia, masih ada Eurosentrisme tetapi ia digabungkan dengan permainan politik dan bermacam-macam masalah.

EHSAN SHAHWAHID: Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Prof. Dr. Syed Farid Alatas atas syarahan dan komen-komen yang diberikan atas soalan-soalan. Terima kasih juga kepada teman-teman atas pertanyaan-pertanyaan yang diberikan yang saya yakin sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan Naratif Malaysia memperbaik pemahaman dan pengetahuan kita sendiri. Semoga kita bertemu lagi dalam sesi syarahan, perbincangan Naratif Malaysia yang akan datang.

Rujukan

Abu Rayhan al-Biruni. 1958. Kitab al-Bīrūnī fī Taḥqīq mā li-al-Hind. Hyderabad: Osmania Oriental Publication Bureau.

Evans, Peter B. 1989. Predatory, Developmental, and Other Apparatuses: A Comparative Political Economy Perspective on the Third World State. Sociological Forum, 4: 561-587

Ibn Khaldun. 1969. The Muqaddimah: An Introduction to History. Terj. Rosenthal, F. Princeton: Prince.

Mannheim, K. 1960. Ideology and Utopia : An Introduction to the Sociology of Knowledge. London: Routledge & Kegan Paul.

Smail, J.R.W. 1961. On the Possibility of an Autonomous History of Modern Southeast Asia. Journal of Southeast Asian History, 2(2): 72-102.

Syed Farid Alatas. 1999. Peranan negara dan pembangunan: ke arah sebuah teori negara kleptokratis. Akademika 54: 3-12.

Syed Hussein Alatas. 1962. Reconstruction of Malaysian History. Revue du Sud-est Asiatique, 3: 219-245.

Syed Hussein Alatas. 1964. Theoretical Aspects of Southeast Asian History. Asian Studies, 11(2): 247-260.

Syed Hussein Alatas. 1977. Intellectuals in Developing Societies. London: Frank Cass.

Syed Hussein Alatas. 1989. Mitos Pribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Penjajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Hussein Alatas. 2002. The Development of an Autonomous Social Science Tradition in Asia: Problems and Prospects. Asian Journal of Social Science, 30(1): 150-157.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 2011. Historical Fact and Fiction. Skudai: Penerbit UTM.

Syed Farid Alatas merupakan profesor sosiologi dan pengajian Melayu di National University of Singapore (NUS). Manakala teks ini merupakan transkripsi daripada Syarahan Naratif Malaysia yang beliau sampaikan pada 23 Januari 2021.

Cultural Continuity as the Key Driver for Sustainable Urban Development

How can urban cultural heritage be a power in making difference for our future? Certainly, how our nation looks like in many years to come is determined by how we think about sustainable urban development, its strategies and its role in building our cities today. The future of our society will increasingly be decided in cities, in a context where it is no longer possible to imagine sustainable development without the emphasize on culture

What will Malaysia look like in the next decade, in 2030? We are likely to be among millions of people sharing and shaping this nation. As the cities have become increasingly urban, inhabitants are evolving and new cultural dimensions are taking shape. Urban areas in Malaysia are also gradually losing their specific identity in favour of the more standardized, internationalized and westernized features. Rapid urban transformation and modernization have often led to the monotonous of urban settings and cultural practices. Cities tend to lose some of their historical unique characters and importantly their sense of place. These scenarios have resulted in growing gaps and segregation of our social lives.

Thus, we should be reminded about culture. Culture is not just the tangible and intangible heritage of a particular area that is enjoyed by its people. Instead, culture is the most compelling driving force and key enabler that humankind can use to develop economies and societies. Every city has its own historical uniqueness and rich cultural heritage. There’s a need for all Malaysians to understand their role to safeguard urban cultural identities in all their forms in order to realize a more people-centric urban development.

However, culture has yet to become the most important component of city-making strategies that it deserves. Rapid urban development in general has tended to create monotonous and standardized urban communities, where the relationship between the built environment and local ways of life is dismissed and separated. Overall, the significance of city identity has not been broadly recognized across Malaysia. Mass urbanization and increasing tension in the real estate markets have significantly adjusted the financial capacities and spatial association of urban areas, with a specific effect on notable historic sites. In spite of the fact that the modus operandi of restoration has been started in a few historical enclaves in Malaysia, urban conservation and preservation are tended in isolation from more mass urban development issues. Urban planning that does not recognize the centrality of culture will negatively impact the preservation of cultural heritage.

If we look deeper into our nation’s history, Malaysia is home to a rich socio-geographical and cultural history consisting of historical urban tradition that was influenced by the western colonial presence. These features can be seen reflected prominently in trading city-centres, port-towns, and sacred sites. Since the early 16th century, western colonialization has left a perpetual impact on the early urbanization of the Malay Peninsula. During the era of the early Malay Sultanate to the end of the western colonial powers, the peoples of the Malay Peninsula were presented with heterogeneous socio-cultural influences and urban contexts. An extraordinary variety of architectural styles and methods are found in our country, including wooden and colonial architecture. Remarkable religious built structures are among the most significant heritage treasures, testifying to the wide scope of coexisting beliefs found in the locale, including, among others, elements of Buddhism, Islam, Christianity, and Hinduism. To the present time, the majority of our old towns remain parts of an urban centre or city-state, and they are a valuable inheritance to the nation. The old towns that are still standing today are testaments and living proofs of our early development periods, other than demonstrating the diverse characters of urban contexts through-out the formation of our rich Malaysian history.

So, how can urban cultural heritage be a power in making difference for our future? Certainly, how our nation looks like in many years to come is determined by how we think about sustainable urban development, its strategies and its role in building our cities today. The future of our society will increasingly be decided in cities, in a context where it is no longer possible to imagine sustainable development without the emphasize on culture. Fundamentally, cities bring creative and productive people together, helping them to do what they do best: exchange, create, and innovate. However, numerous urban communities are encountering a gentrification process in both recently built and notable historic areas, which has prompted the unprecedented removal of the low-income populace. In a setting where ecological risk management is inadequate, a culture-based strategy can help fabricate urban resilience.

In this context, culture can be used as a strategy to address the challenges of urban development, while preserving urban and rural cultural identities. Culture-based strategies can offer a pathway for a more sustainable, inclusive and equitable urban development. We need to look at how to regenerate cities and their rural-urban linkages by integrating culture at the core of urban planning. Building cultural continuity and fostering social cohesion can help to revive community interest in local heritage as well as providing the opportunities to revive the traditional practice of community maintenance by instilling a new sense of ownership among local inhabitants. This vision is in line with the role of culture as an enabler of sustainable development, and as one of the key conditions to achieve the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDGs), as stated in SDG 11 to ‘Make cities and human settlements inclusive, safe, resilient and sustainable’. However, the SDG 11 and all other SDGs have not yet been fully utilized and implemented in all cities in Malaysia.

Furthermore, the expansion of cultural centres and museums is also a prominent feature of urban strategies. The role of cultural centres and museums has gradually transformed from an emphasis on conservation to education. In most culturally diverse Asian cities, cultural centres and museums have emerged as mediums for intercultural exchange, with the main aim to highlight national identities and to inspire pride in communities. In urban areas marked by drastic changes, cultural centres and museums have often offered remarkable opportunities to reflect on the past and think about what is to come in the future. Now and again, cultural centres and museums have also been utilized as social transmitters in sustaining social inclusion through the promotion of intangible and tangible heritage. Although in Malaysia, cultural centres and museums are generally perceived as an attraction for foreign visitors, they should take a more active role as knowledge centres for local communities in raising awareness of the importance of preserving local cultures as catalyst for national identity. They represent a new type of public space for social interaction that act as nodes for intercultural transmission, an acupuncture for civic engagement. City museums should be economic hubs by attracting investment, generating significant revenues, creating more job opportunities and contributing to the image of these cities as culturally thriving creative centres.

Another rising issue of city planning today is in terms of ‘city branding’ that is causing the danger of homogeneity across urban communities, as urban areas follow a similar recipe in city-making. It is vitally important for cities today to discover more noteworthy sources of differentiation and focus on a city’s strength and uniqueness as a prime strategy in building up a culturally unique city-making. Albeit numerous memorable areas have been threatened and demolished over the past decades due to massive urbanization, various refurbishment and rejuvenation programme have been effectively led, generally with a prospect towards the improvement of the tourism industry. However, refurbishment and rejuvenation programme should be beyond just physical upgrading initiatives. The prime goal is supposed to be to improve the quality of community wellbeing and fortify local and national identity. Urban conservation and preservation initiatives have added in reinforcing social coherence and social attachment, as well as enhancing community participation.

In short, as citizens of Malaysia, we must embrace and be aware of the conservation of the townscape. We should support the maintenance and enhancement of the identity of the city, which is based on the city’s culture and history and is rooted in its daily life. Culture itself is a process that allows us to understand, interpret, and transform reality. Therefore, embarking on a new decade starting with 2021, we should realise that development can only be “sustainable” only if culture holds a central role. We must look at the essential matters of sustainable development; of what makes an economy tick, how it relates to the current Covid-19 crisis, its impact on the most vulnerable, and the role of government in building a bounce-back economy based on sustainable and equitable development. Our capacity to address the principle challenges that Malaysia is facing, and its immediate outcomes rely upon every Malaysian. The time is now for crucial thought and definitive actions in finding solutions to sustainable livelihood and human well-being by addressing culture as the soul of a city, allowing it to progress and build a future of dignity for all.

Rose Afrina Mansor is currently working at Think City. This essay is part of the writing campaign Aspirasi Malaysia 2021 by Merdeka Center and Naratif Malaysia to encourage young people to share their ideas and hopes for the future of Malaysia towards producing a more harmonious, developed and prosperous society.

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Mohamad Abu Bakar

Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis di Malaysia.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

Ini merupakan pra-pendaftaran siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan 3/20202. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, yang merupakan Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, UniSZA, Terengganu. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Tuntutan Intelektual: Sejarah Kecendekiawanan Kritis di Malaysia.” Penyertaan syarahan ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun orang awam juga dijemput menyertai Syarahan NM ini dengan melakukan pra-pendaftaran terlebih dahulu di bawah.

Tentatif:

8:30 malam – 9:15 malam: Syarahan oleh Prof. Mohamad Abu Bakar
9:15 malam – 9:45 malam: Sesi Q&A bersama Moderator, Sdr. Fairuzzaman Shaharuddin
9:45 malam – 10:30 malam: Sesi Q&A bersama Peserta dan Penggulungan

BORANG PRA-PENDAFTARAN

Advancing Intergenerational Mobility in the Post-Covid World: A Case for Malaysia

Can the modern youths eventually surpass the achievements of their ancestors and previous generation, and which components should be prioritized? With the economy at a relative standstill, the younger segment must adapt to the new norms and continuous cycle of change – emphasizing noble values and self-upgrade, while embodying the spirit of togetherness and appreciation. These should be reflected in terms of concrete action across the most substantial areas including education, employment and social standards

The time has come for us to review, and possibly revamp, how we look at social structures, particularly in comprehending the needs and goals of each generation.

Bringing together Malaysians as one goes beyond racial and religious lines, as the younger groups including Gen Y and millennials felt compelled to contribute towards nation-building, yet often sidelined by experienced seniors.

Optimising the potential of our society is the main way forward, as we seek independence from consumer-driven culture and progress onto innovation-lead mindset. This continuous process requires the ardent participation of stakeholders with minimal preference and bias for selected individuals.

‘OK Boomer’ has been the infamous trending phrase, and it paints a significantly accurate picture of the younger generation’s dissatisfaction with the global state of affairs, and Malaysia is certainly not an exception.

From a general standpoint, the national wealth is seen to be accumulated among the entitled few, and the distribution does not favour the younger generation. This situation is apparent in the income levels with the overall stagnance in the past 20 years.

In the employment sector, most employers tend to prefer the seniors for higher positions as similar personalities prevail – adversely impacting innovation, quality and productivity in our quest to become a truly modern economy.

Beyond political and employment avenues, we should explore alternative routes to drive down differences and promote intergenerational equity as well as harmony.

How often do we see seniors and elders happily mingling with the youngsters and teenagers, having informal exchanges on trivial issues?

Instead the future leaders of our society are often labelled, scrutinised and undermined by the more experienced counterparts.

On the flip side, the barriers and perceived disparity are treated with discomfort by the youths who could not pinpoint common interests and similarities with the older adults, despite possessing comparable socioeconomic necessities.

While social media channels have been touted as a ‘community saver’ in the way the platforms have connected the masses, a dynamic physical shift is still the most effective way forward.

The eastern values of respect, tolerance and adherence to elders are relevant, but the related internalisation of those values must come naturally and not forced as what we are seeing nowadays.

Community-based, cause-driven initiatives could be the best measures to resolve any cross-generational tensions. Within this framework, priority shall be given to pressing issues with an emphasis on specific target groups outside the basic age demographic.

Cross-cutting ideas and discussions encompassing representatives from diverse age groups may lead to a paradigm shift, with seniority being treated as a secondary factor.

Technology emerges as a key cog in any nation-building exercise, and it can also be utilised to spur socioeconomic development and transcend societal loopholes.

Life-long learning and innovation-based concepts – among the major components disseminated to the younger generation – should be applied by the seniors as well. The creation of a vibrant, cooperative ecosystem that includes multiple stakeholders provides a sustainable environment for growth and additional room for interaction between groups.

At the same time, the interests of the elder groups must be supported as well to be preserved in the long run. Getting youths and teenagers to be fascinated in craftsmanship and heritage, for instance, could be integrated into community-oriented programs and subsequently developed into long-running projects via close collaboration among community members.

At a time where intergenerational similarities lie in smartphone brands and political attitudes, Malaysia needs to devise a new approach or upgrade available mechanisms to ensure the sense of national identity can cut across backgrounds and ages, for the betterment of the country.

With greater access to healthcare and longer life expectancy rates, plus the fact that families are resorting to smaller household sizes due to increased costs, the societal distribution of Malaysians may be skewed towards the elderly group within the next 20 to 30 years.

Numerous visions, policies and strategic plans  have been initiated by the Malaysian government, past and present, to reinvigorate the public ownership towards the nation. Yet the short-term successes are mostly overshadowed by long-term structural misdirection – leading to youth-led displeasure at present.

We can blame the political leadership and failed policies for any shortcomings, but it is unfair to let the entities shoulder all responsibilities if we ourselves do not play our role as committed and patriotic Malaysians.

Ultimately, it comes down to our ability to connect with one another, across generations, to boost socioeconomic stability and livelihood. Eventually it shall help to pave the way for the development of the next wave of leaders – hopefully those devoid of paranoia and full of optimism in championing the Malaysian dream.

Fadhil Rahman is Senior Research Officer at Merdeka Center for Opinion Research. This essay is part of the writing campaign Aspirasi Malaysia 2021 by Merdeka Center and Naratif Malaysia to encourage young people to share their ideas and hopes for the future of Malaysia towards producing a more harmonious, developed and prosperous society.

Gerak Baharu Mahasiswa: Mendepani Lima Dekad AUKU

Hadirnya tahun 2021, maka genap 50 tahun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilaksanakan di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, AUKU telah dipinda enam kali. Pindaan pertama pada tahun 1975 terutamanya mencengkam aktivisme mahasiswa – antaranya, dengan membubarkan kesatuan mahasiswa yang mempunyai autonomi dan memusatkan kuasa kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang juga mengawal Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Hadirnya tahun 2021, maka genap 50 tahun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilaksanakan di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, AUKU telah dipinda enam kali. Pindaan pertama pada tahun 1975 terutamanya mencengkam aktivisme mahasiswa – antaranya, dengan membubarkan kesatuan mahasiswa yang mempunyai autonomi dan memusatkan kuasa kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang juga mengawal Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Ketika pentadbiran Pakatan Harapan, mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memulakan usaha untuk menggantikan AUKU. Namun pada sidang parlimen yang lepas, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad mengatakan AUKU masih relevan dan mempertahankan kewujudannya.[1] Pendirian ini menampakkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan hasrat untuk memansuhkan AUKU. Maka adakah usaha dan perjuangan memansuhkan AUKU berhenti di sini?

Pasang surut AUKU

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan Dr Haji Abdul Majid bin Ismail untuk meneliti dan memantau suasana kampus di Universiti Malaya. Dapatan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penubuhan AUKU yang dibentang pada 1971 oleh Menteri Pendidikan, Tun Hussein Onn. Dalam bukunya Gerakan Aktivisme Mahasiswa, Meredith Weiss mendokumentasikan motif dan implikasi AUKU terhadap kehidupan kampus. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menggantikan kesatuan mahasiswa dilihat sebagai ‘badan kebajikan’ dan ‘pembantu’ kepada pihak pentadbir universiti.

Reaksi mahasiswa pada ketika itu adalah terus melakukan protes dan tidak mengendahkan kekangan AUKU. Namun perkara ini berubah selepas pindaan pada tahun 1975 yang memperketatkan penguatkuasaan AUKU. Seksyen 15 contohnya melarang mahasiswa dari mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai bersimpati dengan mana-mana pihak luar tanpa keizinan Naib Canselor. Kuasa tindakan tatatertib dan proses rayuan juga terletak pada tangan Timbalan Naib Canselor dan pak menteri. Selepas daripada itu, AUKU telah mendominasi kesedaran (consciousness) dan mengawal tingkah laku mahasiswa di dalam kampus. Secara luasnya, para pensyarah juga terkesan dengan pemusatan kuasa di tangan eksekutif – antaranya, perwakilan fakulti dan pensyarah dalam senat universiti berkurang dan menjadi minoriti.

Gambar rajah di bawah merumuskan perkembangan AUKU secara sepintar lalu.

TahunPeristiwaFaktor/Konteks/ Implikasi penting
1971AUKU diperkenalkanMahasiswa mengeluarkan manifesto sendiri dalam pilihanraya umum 1969, aktivis mahasiswa menggesa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahmah meletak jawatan
1975AUKU diperketatkan (Seksyen 15 dan sebagainya)Demonstrasi Tasik Utara, Demonstrasi Baling
1983Pindaan berbentuk ‘administrative’Memudahkan penubuhan UIA
1996Pindaan berbentuk ‘administrative’Liberalisasi sector pendidikan tinggi
2009Pilihanraya umum 2008Sedikit kelonggaran diberikan. Contohnya, mahasiswa lebih bebas bersuara termasuk dibenarkan membuat kenyataan mengenai politik pada mana-mana majlis, seminar atau simposium dengan syarat ia tidak dianjurkan oleh mana-mana parti politik.
2012Kes mahkamah UKM4Membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.
2018Pilihanraya umum 2018Membenarkan aktiviti politik di dalam kampus (pindaan sebulat suara diluluskan)

Jika meneliti peristiwa-peristiwa di atas, terdapat dua pengajaran yang wajar diambil perhatian. Pertamanya, setiap kali AUKU diperkenalkan dan diperketatkan adalah kerana pihak pemerintah mahu mengawal gerakan aktivisme mahasiswa yang sedang hangat dan ‘mengancam’ kepentingannya pada sesuatu ketika. Penciptaan AUKU pada 1971 dan pindaan 1975 tidak dipisahkan daripada konteks politiknya. Perkara ini penting kerana sesetengah pihak mahu mengekalkan AUKU kerana ia juga menyentuh mengenai peraturan dan pentadbiran universiti. Namun undang-undang baru berkaitan pentadbiran universiti boleh digubal setelah AUKU dimansuhkan. Alasan bahawa AUKU perlu dikekalkan untuk memastikan kelangsungan pentadbiran universiti sebenarnya menghiraukan sejarah AUKU.

Keduanya, setiap kemenangan yang diperolehi oleh mahasiswa adalah kerana tindakan proaktif dan kekuatan yang dibina bersama. Dua kali pindaan AUKU pada 2012 dan 2018 tidak berlaku kerana pihak atasan memberi ehsan kepada gerakan mahasiswa. Ia berlaku kerana aktivis mahasiwa dengan bantuan guaman mencabar Seksyen 15 AUKU sehingga Mahkamah Persekutuan dan menang. Kerajaan wajib meminda AUKU kerana sebahagian daripadanya telah diputuskan sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional). Pindaan terbaru pada tahun 2018 pula adalah selepas tuntutan gerakan mahasiswa berzaman-zaman untuk memansuhkan AUKU sehingga pembangkang pada ketika itu menjadikannya satu janji pilihanraya dalam manifesto PRU14.

Mobilisasi AUKU

Setelah mengimbas kembali perkembangan AUKU, persoalannya sekarang adalah, “Apa selepas ini?” Dua pindaan pada dekad lalu telah membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik, sama ada di luar atau di dalam kampus. Tidak timbul lagi retorik ‘kerajaan melarang penglibatan mahasiswa.’ Mahasiswa memerlukan ‘framing’ baru sekiranya ingin menghidupkan kembali momentum melawan AUKU. Tapi adakah mahasiswa masih perlu fokus mobilisasi pada isu AUKU atau lebih bermanfaat menumpukan masa dan tenaga pada isu-isu lain?

Dari satu sudut, AUKU masih membatas gerakan mahasiswa dan memusatkan kuasa kepada pihak pentadbiran universiti. Contohnya Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor masih mempunyai kuasa untuk mengenakan pelbagai tindakan tatatertib dan disiplin, mengeluarkan surat salah laku kerana mencemarkan nama baik universiti. AUKU masih melarang persatuan mahasiwa dari mengumpul dana. Ini merupakan satu perkara yang melemahkan gerakan mahasiswa kerana mereka seringkali tidak mempunyai dana yang mencukupi, dan/atau terpaksa bergantung pada pihak tertentu kerana tidak ada autonomi kewangan.

Sebelum ini, AUKU banyak menentukan corak gerakan mahasiswa. Contohnya kumpulan mahasiswa sering terbahagi kepada kumpulan berdaftar yang bertanding dalam pilihanraya kampus, dan kumpulan tidak berdaftar yang bergerak aktif di luar kampus. Adakah pembahagian (atau pengkhususan) ini masih relevan selepas pindaan AUKU 2018? Terdapat juga dua perkembangan baru, iaitu percubaan mewujudkan semula kesatuan mahasiswa di UM, UKM, dan UIA; dan juga persatuan mahasiswa yang secara langsung berpayung di bawah parti politik. Selain AUKU, gerakan mahasiswa juga perlu mengetengahkan isu-isu lain yang dihadapi oleh ramai pelajar dan graduan seperti hutang pinjaman pendidikan tinggi, tuntutan pendidikan percuma, keciciran pembelajaran akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jurang digital, serta kecelaruan dasar yang sering berubah-ubah. Tidak dilupakan, Akta 174 berkenaan regulasi institusi pengajian tinggi dan pertubuhan mahasiswa juga perlu diberi perhatian.

Isu AUKU mempunyai had capaian yang agak terbatas kerana bukan ramai pelajar yang mengambil berat tentang isu yang lebih bersifat ideational atau abstrak. Neoliberalisasi pendidikan tinggi meninggalkan kesan yang mendalam – antaranya, universiti menjadi seolah kilang ijazah, pelajar dan graduan menjadi penghutang, serta mahasiswa menjadi kurang aktif walaupun tanpa AUKU. Contohnya, walaupun terdapat moratorium AUKU ketika Dr Maszlee menjadi Menteri Pendidikan, rata-ratanya gerakan mahasiswa agak lesu berbanding dengan zaman-zaman sebelumnya. Hal ini kerana dalam konteks persekitaran neoliberal, majoriti mahasiswa dalam kolej dan universiti terpaksa bertumpu pada perkara asas ataupun ‘bread and butter’, dan kurang cenderung terlibat memperjuangkan hal-hal yang mengakibatkan mereka sendiri menanggung hutang pinjaman pendidikan, serta berdepan risiko menjejaskan peluang pekerjaan (atau digantung pendidikan) sekiranya dikenakan apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan rekod.

Akhir kata, AUKU sudah mencapai usia 50 tahun pada tahun 2021. Untuk menandakan detik ini, mungkin ada baiknya juga mahasiswa (ataupun aktivis, ahli akademik, ataupun bekas mahasiswa) merancang sesuatu untuk ulangtahun AUKU ke-50. Idea-idea yang boleh dipertimbangkan termasuklah konvesyen, persidangan digital, himpunan tulisan dan kertas kerja, protes, atau kempen alam maya. Cumanya, mahasiswa perlu mengimbangi fokus pada isu AUKU dan isu ‘bread and butter’ yang lebih dekat dengan realiti kehidupan ramai pelajar.

Ooi Kok Hin merupakan mahasiswa pascasiswazah di Universiti Waseda, Jepun. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.


[1] “AUKU 1971 masih relevan, namun terbuka untuk tambah baik – Noraini,” Berita Harian. 25 Ogos 2020.

Memasyarakatkan Mahasiswa: Mengugat dengan Khidmat

Mutakhir, kelihatan trend kumpulan mahasiswa menemubual agensi bukan kerajaan dan individu bukan kerajaan secara tertutup atau melalui forum, platform atas talian bagi mengetahui tugasan ataupun implikasi yang dihadapi agensi/individu ini hadapi dalam melaksanakan tugasan. Penganjuran sesebuah projek khidmat masyarakat itu dilihat seperti sudah jadi keterpaksaan dan penghayatan kepada nilai kesukarelawan pada tahap yang minimal. Mungkin juga para mahasiswa kurang nampak potensi yang mampu mereka tinggalkan, juga bentuk impak dalam komuniti.

Membesar dalam sebuah negara yang memberi penekanan kepada keluhuran budi pekerti dan kehidupan harmoni memerlukan penerapan pembangunan keperibadian seseorang anak yang melangkaui pengawasan keluarga nukleus. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun dengan perlaksanaan pelbagai dasar serta polisi ekonomi untuk mencapai status negara maju, namun kepentingan pembentukkan masyarakat juga tidak diketepikan.

Penekanan kepada pembinaan jati diri bangsa, masyarakat berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia turut diutamakan dalam melahirkan warganegara yang tinggi patriotisme dan berdaya saing. Penekanan ini dapat dilihat dengan lebih tuntas dalam sektor Pendidikan negara. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Mata Pelajaran Umum (MPU) telah diperkenalkan. MPU yang telah diberi nafas baharu pada tahun 2013, dikatakan lebih berteraskan falsafah ilmu dengan penerapan bidang ilmu kajian kemanusiaan, sains tulen dan juga sains sosial. Selain itu, MPU juga tertumpu kepada pembentukkan kemahiran insaniah, kebolehan berkomunikasi dan kepimpinan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). MPU bukan hanya mata pelajaran yang wajib diambil oleh mahasiswa di universiti awam, malah ianya merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar yang menuntut di universiti swasta. Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) memperuntukkan bahawa setiap institusi pengajian tinggi swasta hendaklah mengajar MPU sebagai mata pelajaran wajib. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meletakkan syarat semua pelajar pendidikan tinggi di Malaysia sama ada pelajar tempatan ataupun antarabangsa mestilah melengkapkan MPU ini sebagai prasyarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda. Terdapat beberapa subjek yang tertakluk dalam MPU ini berdasarkan penetapan kelompok U1-U4. Penumpuan tulisan ini adalah pada kelompok U4, di mana dalam kelompok inilah mahasiswa didekatkan dengan aktiviti kesukarelawanan melalui subjek Khidmat Masyarakat dan Kesukarelawanan.

Kesukarelawanan bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat. Ianya sesuatu kebiasaan yang kita sebagai rakyat Malaysia lakukan secara sedar atau tidak. Perkataan ‘Sukarela’ itu sendiri membawa makna bekerja di atas kemahuan sendiri tanpa unsur paksa. Namun persoalannya, dengan pengenalan subjek Khidmat Masyarakat sebagai satu mata pelajaran wajib dalam kampus dengan adanya skema pemarkahan, adakah ini sesuatu yang lewah, atau sebaliknya? Berdasarkan panduan MPU, Mahasiswa dijangka dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran berikut dalam menjalankan aktiviti khidmat masyarakat iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran sosial dan bertanggungjawaban dan kemahiran kepimpinan dan kerja kumpulan.

Namun, umumnya sesetengah projek khidmat masyarakat yang dilakukan oleh mahasiswa sekadar melangsaikan kewajipan bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda.  Secara umum juga, corak pelaksanaan projek khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh mahasiswa sudah terlalu kebiasaan, dapat dijangka dan tidak begitu jauh berbeza daripada kumpulan-kumpulan yang sebelumnya. Antara projek khidmat masyarakat yang sering dianjurkan adalah projek anak angkat bersama orang kampung, gotong-royong, program bersama penghuni rumah-rumah kebajikan dan komuniti minoriti. Semasa dan pasca pandemik Covid-19 pula, kelihatan juga trend kumpulan mahasiswa menemubual agensi bukan kerajaan dan individu bukan kerajaan secara tertutup atau melalui forum, platform atas talian bagi mengetahui tugasan ataupun implikasi yang dihadapi agensi/individu ini hadapi dalam melaksanakan tugasan. Penganjuran sesebuah projek khidmat masyarakat itu dilihat seperti sudah jadi keterpaksaan dan penghayatan kepada nilai kesukarelawan pada tahap yang minimal. Mungkin juga para mahasiswa kurang nampak potensi yang mampu mereka tinggalkan, juga bentuk impak dalam komuniti.

Mahasiswa seharusnya lebih inovatif dan kreatif dalam merangka program kesukarelawanan supaya tidak dilihat seperti sekumpulan tenaga anak muda yang boleh dieksploitasi oleh mana-mana pihak lain. Penetapan misi juga harus bersasar. Tanggungjawab menginspirasi dan juga memberdaya komuniti bergantung kepada pembentukan program mahasiswa bersama komuniti.  Mahasiswa juga harus menitik berat kepada impak penganjuran projek khidmat komuniti mereka dan tidaklah meninggalkan beban kepada komuniti. Misalnya, Program penghijauan kawasan perumahan dengan aktiviti tanaman pokok. Mahasiswa harus mengenalpasti jika projek tersebut merupakan keperluan dalam komuniti tersebut dan mahasiswa harus mengetahui bahawa tanggungjawab menjaga pokok-pokok yang baru ditanam itu adalah tanggungjawab mereka bersama komuniti. Kelestarian sesebuah usaha kesukarelawan itu harus dipertimbangkan. Kelestarian disini juga membawa maksud kepada usaha penerusan komunikasi dengan sesebuah komuniti itu secara berkala. Projek khidmat masyarakat yang berbentuk “one-off” tidaklah memberi impak yang begitu besar.

Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh YB Dr. Maszlee Malik  sewaktu beliau menyandang jawatan Menteri Pendidikan, iaitu  Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM) adalah antara modul kerja kesukarelawanan yang mempunyai potensi dan impak yang besar dalam program khidmat masyarakat. Modul ini juga memperlihatkan kebolehan mahasiswa dan  juga tenaga pengajar mengaplikasikan ilmu dan kepakaran bidang mereka kepada komuniti.

“Keterlibatan institusi pendidikan tinggi dengan masyarakat dapat dilihat melalui sumbangan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Inisiatif seperti Service Learning Malaysia – University For Society memberi peluang kepada penuntut untuk menyumbang kepada masyarakat dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas untuk menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti (from classroom to community). Melalui iniasitif itu, pengetahuan, inovasi dan teknologi yang dibangunkan oleh penuntut, ahli akademik dan penyelidik di IPT boleh dipindahkan kepada masyarakat. Pada masa sama ia perlu dikomersialkan agar dapat memberikan manfaat secara langsung kepada komuniti dalam usaha menyokong pembangunan sosioekonomi negara. Era Revolusi Industri 4.0 mendedahkan bidang akademik kepada keadaan yang lebih mencabar. Kehadiran apa yang digelar sebagai disruptive technology (teknologi pengganggu) memerlukan ahli akademik yang mempunyai wawasan, bersedia berubah bersesuaian dengan cabaran-cabaran baharu serta mempunyai kebijaksanaan untuk kekal relevan. Melihat kepada kepantasan perubahan-perubahan yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0, ahli-ahli akademik juga perlu cepat menangani perubahan serta mampu melakukan pendekatan-pendekatan yang memastikan pelajar kita tidak ketinggalan.” – Petikan ucapan Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Yang berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad semasa Majlis Anugerah Akademik Negara ke-13.

Projek khidmat masyarakat yang mengintegrasikan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa berasaskan bidang kepada komuniti adalah satu bentuk program komuniti yang menginspirasikan bukan sahaja kepada mahasiswa dan juga warga di IPT, tetapi juga kepada komuniti. Rangkai kata yang sering kita dengar iaitu “Give back to the community” boleh diberi nafas dan pemaknaan yang baharu. Daripada mahasiswa memberi tenaga dan juga bantuan secara terus kepada komuniti, mahasiswa menjadi berupaya memberdayakan komuniti. Misalnya, sekumpulan pelajar undang-undang membentuk sebuah program penterjemahan undang-undang mudah difahami kepada komuniti supaya komuniti mengetahui hak mereka berasakan pelembagaan dan undang-undang Malaysia.  Pemindahan ilmu dan kepakaran mahasiswa membolehkan komuniti mengadaptasikan dan mengunakannya dalam kehidupan seharian.

Maka, untuk menjawab persoalan mengenai relevannya pembelajaran formal, beserta penilaian sistem pemarkahan untuk projek khidmat masyarakat buat mahasiswa IPT, saya berpendapat bahawa ianya relevan jika ianya boleh dijadikan garis panduan mengukur bukan sahaja impak pembangunan insaniah mahasiswa juga kualiti projek khidmat masyarakat yang telah dianjurkan oleh mahasiswa. Lebih utama, dalam menghidupkan semula nilai kesukarelawanan dan khidmat masyarakat ini,  mahasiswa IPT harus sedar bahawa usaha kesukarelawanan dan aktiviti khidmat masyarakat adalah seperti gelung getah. Benar, ianya mempunyai bentuk yang asas, tetapi potensinya dapat dikembangkan menjadi pelbagai bentuk, dan menghasilkan pelbagai faedah. Ianya tertakluk kepada daya dan kreativiti kita dalam merangka dan membentuk satu-satu projek kemasyarakatan itu sendiri agar dapat memajukan keperibadian mahasiswa itu sendiri, serta membawa faedah berpanjangan buat komuniti dan masyarakat yang sama-sama menjayakannya.

Divya Devi merupakan Pegawai Pembangunan Mahasiswa dan Anak Muda di Team Selangor. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Design a site like this with WordPress.com
Get started