Menilai Kembali Gagasan Negara Kebajikan

Mengapakah negara kebajikan yang mulai muncul dan bertambah jumlahnya di dunia seringkali dikaitkan dengan masalah kemiskinan yang juga bertambah, khususnya sepanjang abad ke 20 sehingga sekarang? Justeru itu, dalam situasi begini, maka sangat diperlukan kesejahteraan dan pengagihan rezeki. Ironisnya, terdapat pula bukti bahwa taraf hidup kita telah menjadi lebih baik daripada dahulu, sementara kemiskinan mutlak pula banyak sekali berkurangan.

Abdul Hadi Awang (2011). Konsep Asas Negara Berkebajikan. Kuala Lumpur: Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat.

Buku Haji Abdul Hadi Awang merupakan batu petanda signifikan atau sekurang-kurangnya percubaan kehadapan untuk membantu kita keluar daripada krisis demi krisis ekonomi kapitalis neo-liberal sekarang.

Mengapakah negara kebajikan yang mulai muncul dan bertambah jumlahnya di dunia seringkali dikaitkan dengan masalah kemiskinan yang juga bertambah, khususnya sepanjang abad ke 20 sehingga sekarang? Justeru itu, dalam situasi begini, maka sangat diperlukan kesejahteraan dan pengagihan rezeki. Ironisnya, terdapat pula bukti bahwa taraf hidup kita telah menjadi lebih baik daripada dahulu, sementara kemiskinan mutlak pula banyak sekali berkurangan. Sekalipun taraf hidup menarik dan kemiskinan menurun, mengapakah keresahan para warga tentang ketaksamaan yang menular terus menerus?

Apakah mungkin ketaksamaan pengagihan rezeki, walaupun taraf kehidupan bertambah baik berbanding satu generasi lalu, hal tersebut telah melebarkan lagi jurang antara miskin dengan kaya. Di Dunia Ketiga perbezaan pendapatan didapati lebih lebar berbanding negeri-negeri kapitalis Barat. Di Malaysia hal tersebut adalah masalah utamanya.

Cara terbiasa menentukan pembahagian kekayaan negara adalah penggunaan teknik penyelidikan pekali Gini (Gini coefficient) yang jika berangka lebih tinggi membayangkan jurang ketaksamaan yang lebih lebar dari segi taburan kekayaan di dalam sesuatu negeri (yang diletak pada skala 0.00 – 1.00). Pekali Gini Malaysia adalah pada 0.39 (2019) yang dianggap petunjuk kelebaran jurang pendapatan, khususnya antara warga Malaysia 20 peratus teratas berbanding 40 peratus terbawah. Sementara di negeri maju pula bacaan pekali gininya antara 0.25 hingaa 0.35, yakni jurang ketaksamaan yang lebih kecil daripada angka di Malaysia.

Di Malaysia kerana kekhususan perjalanan sejarah kolonialnya, perbezaan pendapatan kebetulan jatuh di garisan kota-desa, antara kelas, antara Melayu dengan bukan-Melayu, dan juga antara wilayah timur-barat Malaysia. Kalau dikembangkan jurang tersebut lagi, maka perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim juga menonjol. Perbezaan antara kelas atasan dengan bawahan paling nyata. Ternyata bahawa ras, kelas sosial, dan agama – ketiga-tiganya itu bertemu dititik sama. Ketaksamaan itu mengundang debat: sejauh manakah diizinkan kebebasan modal? Sejauh manakah pula peranan institusi negara (state)?. Di sinilah relevannya wacana tentang gagasan negara kebajikan dalam upaya mengatasi ketidakadilan ekonomi sosial.

Sekalipun dalam sejarah manusia sistem kapitalis membawa kemajuan berbanding sistem feudal sebelumnya, namun kerana pertimbangan asa sistem kapitalis adalah keuntungan maksimum melalui eksploitasi manusia ke atas manusia sendiri, maka para ahli fikir mulai mengungkapkan betapa perlunya sistem alternatif. Muamar Gadaffi pada kemuncak Perang Dingin tidak memilih sama ada kapitalisme atau komunisme, tetapi jalan alternatif ‘Teori Ketiga‘ yang mensintesiskan teori Islam dengan teori sosialisme. Sukarno juga mencari jalan alternnatif dengan menolak kapitalisme jati dan komunisme murni, lalu mengemukakan ideologi marhaenisme (yang juga memperkirakan gabungan kuasa-kuasa nasionalisme, agama dan sosialisme). Maududi pula menggabungkan Islam dengan demokrasi Barat yang dipanggilnya Theo-democracy (bukan theocracy semata) dan tidak menerima bulat-bulat demokrasi barat tanpa diserasikan dengan Islam atau theocracy tanpa dipadankan kepada kekhususan sesuatu masyarakat Muslim.

Pentingnya sistem alternatif menjadi nyata lagi setelah Ronald Reagan dan Margaret Thatcher mengisytiharkan pada awal 1980an bahawa sesungguhnya tiada sistem melainkan kapitalisme untuk seluruh dunia. Dengan pengisytiharan tersebut sewaktu runtuhnya Tembuk Berlin pada 1989, maka muncul ideologi ekonomi kapitalis baru yang dipanggil neo-liberalisme yang dikepalai Amerika Syarikat dengan dukungan luar biasa institusi-institusi IMF dan Bank Dunia. Neo-liberalisme adalah doktrin bahawa pasar menjadi segala-galannya; pasar adalah wahana kesejahteraan manusia, hinggakan institusi negara (state) sekalipun perlu ditertibkan olehnya. Yang tersempurna dan paling adil adalah pasar. Itulah inti doktrin tersebut.

Keresahan rakyat dengan ketaksamaan mula menampil di Amerika, Eropah dan Asia. Sejak September 2011, bermula di Manhattan Park, New York, tunjuk perasaan awam terjadi. Para demonstran mengambil tema ‘Kerasukan Korporat’ sebagai pemersatunya. Lama kelamaan ditransformasikan tema itu kepada kritik terhadap ketidakadilan sistem kapitalisme itu sendiri. Modal menjadi sasaran utama mereka dan dengan strategisnya pula membezakan masalah ketaksamaan itu dengan modal besar dan buat sementara waktu sasarannya belum lagi pemerintah. Protes tersebut telah menjalar ke ibu negara lain. Terakhir di Toronto, Mexico City, Buenos Aires, Paris, Rome, London, Athens, Hong Kong, Tokyo, Taipei, Manila, Seoul. Para demonstran mendakwa mereka “mewakili 99% warga yang dimannfaatkan oleh 1% yang terkaya”. Tentu sahaja peratusan tersebut satu metafora, namun terbayang disitu ketidakpuasaan, sekalipunn mereka warga negeri maju. Keresahan begini, malah diramalkan pemegang Hadiah Nobel ekonomi Joseph Stiglitz yang memerihalkan dekad 1990an itu “dekad ketamakan” dalam bukunya The Roaring 1990s.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pembangunan yang berasaskan keuntungann tanpa batas sesungguhnya mengakibatkan ketidakimbangan antara kebendaan (yang wajib untuk hidup) dengan keperluan rohani. Tertohoknya kerohanian daripada pembangunan mendorongkan Haji Abdul Hadi Awang mencuba menghidupkan kembali cita-cita para patriot terdahulu, seperti Burhanuddinn Helmi, Ahmad Boestamam dan lain-lainnyna. Abdul Hadi Awang telah memilih gagasan ‘negara berkebajikan’ (welfare state). Pemikiran beliau menghasilkan gagasan tentang suatu yang pokok untuk analisis selanjutnya, yakni sesuatu yang dianggap beliau mematuhi ajaran Islam sebagai alternatif kepada sistem seadanya di Malaysia. Lalu, diterbitkan bukunya Konsep Asas Negara Berkebajikan (2011).

Tiga Pecahan Buku

Gagasan negara berkebajikan perlu dibezakan dengan konsep yang bersangkutan, iaitu ‘Kebajikan ihsan daripada negara’ (state welfare). Negara kebajikan atau negara kesejahteraan rakyat mempunyai sebagai dasarnya bahawa Institusi negara bertanggungjawab tentang kesejahteraan hidup para warganya. Perbezaan tersebut diungkapkan Abdul Hadi Awang dalam 20 baris, tetapi penekanannya lebih kepada fungsi “ber” dalam semantik bahasa Melayu.

Sekadar tiga muka surat membincangkan model-model dan konsep welfare state. Lalu, dikemukakan pengarang tiga model gagasan tersebut, yakni:

1) Model negara kebajikan jenis “unggul”

2) Model negara “kebajikan” jenis Amerika Syarikat, dan

3) Model negara kebajikan “perlindungan sosial” seperti yang ada di Eropah Barat dan juga negara-negara Skandinavia.

Pengarang kemudiannya dalam lapan baris menolak ketiga-tiga model tersebut kerana dikatakan tidak termasuk kata-kata kunci seperti “keberkatan” dan “rahmat” di dalamnya (m.s. 21), sesungguhnya itu adalah satu hal tragis yang menjadi sifat falsafah sekular Barat umumnya. Sememangnya pengarang benar dalam hal ini kerana model negara kebajikan seadanya di barat tidak mengimbangi manfaat material dengan keberkatan spiritual.

Umumnya, buku ini dapat dipecahkan tiga. Pertama tentang konsep negara berkebajikan; kedua mendefinisikan konsep kebajikan dari kaca mata Islam; sementara ketiga pula tentang kedudukan PAS serta upayanya memajukan gagasan negara kebajikan dalam rangka agenda politik parti tersebut vis-a-vis UMNO. Separuh buku ini menghujahkan asas-asas negara kebajikan berdasarkan Quran dan Hadis serta sejarah masyarakat-masyarakat Islam.

Sebaik-baiknya, buku ini mempunyai satu lagi pecahan yang merumuskan segala hujah yang diketengahkannya dalam tiga pecahan terdahulu. Seperti yang seadanya, seolah-olah tiada perkaitan signifikan antara teori Islam yang dikemukakan pengarang dengan keadaan konkrit masyarakat Malaysia. Tiada juga kritik terhadap inti kapitalisme, lebih-lebih lagi kapitalisme jenis neo-liberal yang mengakibatkan ketaksamaan ekonomi dan sosial, justeru, amat diperlukan negara berkebajikan sebagai alternatif. Sehubungan itu, lebih baik lagi jika ditunjukkan Abdul Hadi Awang bahawa sebahagian besar sistem ekonomi di Malaysia tidak direstui Islam, maka kerana itulah maka gagasan alternatif tersebut dikemukakannya. Malah, gagasan itu amat relevan di Malaysia kerana pekali Gininya tidak optimistik, seperti yang ditunjukkan statistik rasmi Malaysia, iaitu bacaan 0.44 pada skala 0.00 – 1.00.

Seperti yang seadanya, gagasan Abdul Hadi Awang dapat diberikan dua tafsiran. Tafsiran pertama, gagasan beliau mengusulkan supaya pemberian kebajikan diperluas dan diperdalam, tetapi mengekalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal dengan memohon jasa baik, ihsan dan juga restu pasar dalam mengagihkan kebajikan kepada para warga. Institusi negara yang dermawan itu sebagai penengah antara pasar dengan para warga. Yang diusulkannya itu sekadar ‘kebajikan sosial’ (social welfare) yang lebih efisien yang termasuk di dalamnya unsur spiritual, tetapi sistem ekonominya tetap sama dengan yang ada, yakni kapitalisme neo-liberal.

Tafsiran Kedua daripada gagasan Abdul Hadi Awang memancarkan upayanya mencari ‘Kalan Ketiga’ yang difikirkan mampu mengatasi masalah ketaksamaan, yakni mencari suatu sintesis daripada tiga model atau variasi negara kebajikan yang terdapat di Barat. Tafsiran kedua ini belum nyata lagi pada peringkat ini kerana buku ini menurut pengarang hanya pratanda satu dokumen rasmi yang akan muncul.

Sekiranya tafsiran kedua itu menjadi kenyataan suatu hari, maka gagasan pengarang itu merupakan alternatif kepada sistem ekonomi global neo-liberal yang menjalar di Malaysia. Dlam konteks kontemporari, idea tersebut satu yang radikal, malah revolusioner relatif kapitalisme yang tak terhalang di Malaysia. Namun, sekiranya gagasan Abdul Hadi Awang itu sekadar bermaksud ‘kebajikan masyarakat’ (social welfare) yang lebih berperikemanusiaan, maka wawasan beliau semata-mata pembaikan penganugerahan ihsan negara kepada warganya yang memerlukannya, seperti yang seadanya di Malaysia iaitu upaya gagasan “tampal sulam”. Tentu sahaja, harapan umum adalah tafsiran kedua, iaitu satu upaya radikal yang melangkau sistem ekonomi seada yang telah mengakibatkan pengalaman ‘keterasingan’ di kalangan 40 peratus penduduk terbawah Malaysia yang lapan puluh peratus adalah Bumiputra, Melayu dan Islam. Sesungguhnya juga tafsiran kedua ini konsisten sekali dengan visi asal para patriot terdahulu yang berkeinginankan perubahan sosial ke arah masyarakat saksama (egalitarian).

Konsep Negara Kebajikan

Dalam pengertian ilmu sosial, konsep welfare state menjadikan tanggungjawab institusi negara (state) menjaminkan kesejahteraan hidup para warganya. Asas tersebut bertentangan amat dengan doktrin pasar bebas. Pendukung konsep welfare state menghujahkan bahawa kebajikan untuk warga tidak boleh diserahkan tanggungjawabnya kepada individu atau korporat. Malah tidak juga kepada komuniti tempatan. Institusi negara menjadi penanggung jawabnya.

Lazimnya, negara kebajikan melindungi warga daripada jatuh miskin melalui manfaat yang disalurkan pada ketika-ketika warga menganggur, memberikan elaun kekeluargaan, menyampaikan saraan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Warga juga dibekalkan manfaat persaraan, dihulurkan perawatan perubatan penuh, disediakan pendidikan percuma dan dibina perumahan awam.

Kemudahan-kemudahan minimal disediakan dan diberikan negara agar warganya menyertai demokrasi dan menghayati kewargaann (citizenship) sepenuhnya. Campur tangan institusi negara (suatu yang ditentang sangat oleh ekonomi neo-liberal, khususnya) sesungguhnya amat diperlukan melalui dasar sosialnya. Itulah pendirian satu aliran pemikiran yang yakin bahawa intervensi negara sahaja yang mampu menyelesaikan konflik dalam masyarakat industri moden yang sifatnya ruwet dan kompleks. Bersendirian tanpa perlindungan institusi negara, maka mudah warga individu dimangsakan keadaan.

Sementara itu, satu aliran lain pula berpendapat bahawa negara kebajikan itu sendiri-sendirinya mengabsahkan (melegitimasikan) sistem kapitalis yang seada dengan hanya mengurangkan sisa jelik dan wajah huduh sistem tersebut itu. Malah dihujahkan oleh aliran ini bahawa dengan mengagihkan kebajikan kepada warga, maka menjadi mudah lagi institusi negara mengenakan pengawalan sosial ke atas para warganya. Sekalipun begitu, aliran pemikiran radikal ini mengakui manfaat yang terbit daripada negara kebajikan, sekalipun manfaat itu diagihkan dalam kerangka umum kapitalis kepada majoriti kelas bawahan masyarakat.

Oleh kerana sifat duaan negara kebajikan, iaitu pada satu sisi memihak pemilik modal, tetapi pada sisi lain pula, dalam hal-hal tertentu, institusi negara membela kelas-kelas bawahan, maka peradaban berterusan tentang bagaimana menyelesaikan sifat dualisme tersebut atau sekurang-kurangnya mengimbangi kepentingan modal dengan kesejahteraan rakyat dengan seadil-adilnya. Hal demikian seharusnya menjadi fokus debat di Malaysia, termasuk karya mendatang Abdul Hadi Awang.

Beberapa Kesimpulan Umum

Berpandukan pendirian sejarah gagasann negara kebajikan tersebut, maka buku Haji Abdul Hadi Awang merupakan batu petanda signifikan atau sekurang-kurangnya percubaan kehadapan untuk membantu kita keluar daripada krisis demi krisis ekonomi kapitalis neoliberal sekarang. Sehubungan itu, maka mungkin perlu dihuraikan lagi oleh Abdul Hadi Awang tentang pendiriannya yang kritikal terhadap kapitalisme bebas tanpa kawal. Juga apakah sifat institusi negara (state) yang menjadi impiannya. Sehubungan itu juga perlu dibezakan konsep-konsep ‘bangsa’ (nation), ‘negara’ (state) dan ‘kerajaan/pemerintah’ (government) yang walaupun saling keterikatan, tetap memerlukan analisis masing-masing agar kekeliruan terhindar dalam membicarakan gagasan negara kebajikan, khususnya konsep pemerintah yang bukan sama dengan konsep negara.

Ternyata pada ketika ini lembaga yang dapat menyanggah neo-liberalisme tersebut adalah lembaga negara (state), tapi negara yang dermawan rakyat dan berihsan, selain bijak bestari (enlightened) sifatnya. Sayangnya, hal tersebut, yakni sifat negara itu kurang ditegaskan Abdul Hadi Awang. Berhasilnya atau tidak wawasan negara kebajikan tergantung pula kepada definisi dan yang demikian sifat asasi negara yang diinginkan itu. Hal ini demikian kerana konsep negara itu berbagai, tetapi umumnya terbahagi tiga yang perlu diberi penghuraian lanjut.

Bahawa krisis ekonomi akan terus-terusan terjadi dan menyedari hakikat ini, maka para pemikir maju dari segala spektrum politik kiri seantero dunia sedang mencari alternatif. Ternyata yang menyatukan pemikiran mereka dari pelbagai aliran falsafah adalah penentangan bersaman mereka terhadap ekonomi neo-liberal yang begitu licik sekali berselindung di balik globalisasi. Ekonomi jennis itu juga pintar menyamar dengan memakai topeng gagasan hak asasi manusia, lalu menyimpulkan bahawa freedom itu hakikatnya adalah freedom of the market, dan juga kebebasan individu itu lebih penting daripada kebajikan komuniti.

Gagasan negara berkebajikan Abdul Hadi Awang itu pada intinya adalah ekspresi keinginan mendirikan masyarakat adil yang bersendikan keadilan dalam Islam dan inklusif sifatnya terhadap bukan Islam. Sekiranya gagasan tersebut dapat mensintesiskan tiga kuasa gerak historikal dalam masyarakat Malaysia, iaitu nasionalisme, agama dan keadilan sosial, maka dapat dirumuskan bahawa Abdul Hadu Awang adalah juga pelestari gagasan para pendiri bangsa dan tanah air.

Perintang besar kemunculan negara berkebajikan tentunya datang daripada pendukung dan pembela ekonomi neo-liberal kerana dasar doktrin ekonomi tersebut menghalang institusi negara memainkan peranan aktif dalam kehidupan ekonomi warganya. Malah peranan negara, menurut doktrin tersebut mestilah dibataskan kepada bidang-bidang hukum dan keteraturan serta penyediaan infrastruktur sahaja. Kebajikan ekonomi rakyat harus diserahkan kepada pasar, menurut neo-liberalisme, walaupun pasar tidak bertanggungjawab kepada sesiapapun melainkan lembaga pengarah masing-masing syarikat, sedangkan kerajaan/pemerintah berkehadapan pilihan raya dari masa ke masa. Pembela utama doktrin ekonomi liberal adalah Amerika Syarikat, sementara IMF dan Bank Dunia ayam jaguhnya, yang bersama-sama dengannya adalah adikuasa dunia pada masa ini.

Keterlibatan langsung NATO dalam kontra-revolusi Libya pada 2011 menjadi pelajaran untuk kita merancangkan negara kebajikan. Libya satu contoh negara kebajikan kerana manfaat berbagai yang dikecapi rakyatnya, seperti imbuhan daripada hasil minyaknya yang dibayar langsung kedalam akaun bank rakyatnya, hak milik kediaman, tidak dikenakan faedah pinjaman bank, pemberian tanah dan ternakan, pembekalan elektrik dan perkhidmatam perubatan percuma. Kadar celik huruf warga Libya mencecah 90 peratus selain pendapatan warganya hampir sama dengan Malaysia pada 2000 dan tentu sekali tertinggi di Afrika. Sistem negara berkebajikan diimbangi dengan sistem undang-undang yang berasaskan syariah.

Jadi antara negara-negara kebajikan yang kita tahu, Libya satu-satunya yang mengimbangi tuntutan materialisme dengan kewajipan spiritual. Namun, kerana menguasakan (empowering) rakyat kurang dilaksanakan, maka hal demikian menjadi cukup mudah kuasa-kuasa imperialis dan konsonya di Dunia Arab mengambil kesempatan melancarkan perubahan regim di situ.

Pelajaran terpenting daripada peristiwa Libya: Pembangunan material dan imbangan spiritual ternyata tidak mencukupi kerana semangat zaman (zeitgeist) abad ini bukan sekadar pilihan raya, tetapi pemberdayaan (empowerment) rakyat, yakni proses menguatkan daya para warga.

Agar istilah negara berkebajikan tidak menjadi kabur kerana sejarah negara jenis itu sudah lama wujud, selain konsep tentangnya yang beraneka ragam pula, mungkin kata ‘baharu’ boleh ditambah. Kata ‘baharu’ menunjukkan prinsip-prinsip asas negara kebajikan tidak ditinggalkan, tetapi dalam upaya memperbaiki konsep negara demikian, maka beberapa penyesuaian dan pembaharuan difikirkan perlu. ‘Negara Berkebajikan Baru’ dapat memancarkan perimbangan wajar antara keperluan material dengan tunntutan spiritual. Sebaiknya, dalam ertikata lama, negara berkebajikan itu sekular total sifatnya.

Selama sepuluh bulan sejak pertengahan Mac 2020, institusi negara (state) dimana-mana, termasuk Malaysia memperlihatkan dayanya dan upayanya mengaturkan semula masyarakat dan warganya. Daya dan upaya tersebut ternyata melawan prasangka. Malahh dogma ideologi neoliberal bahawa pasar adalah segala-galanya; bahawa institusi negara itu tidak efisien dan terlalu besar; bahawa institusi tersebut jangan sekali-kali menguruskan kehidupan ekonomi para warga, walau sebahagian pun. Malah kerana sejarah innstitusi itu sendiri, dirumuskan ideologi tersebut bahawa negara harus diterbitkan oleh pasar atas nama kelancaran ekonomi dan mempertahankan hak asasi warga, khususnya yang memiliki modal.

Pengalaman pandemik Covid-19 di Malaysia memperlihatkan petanda awal akan berubahnya imbangan antara tiga “jerangan” – pasar, negara, dan masyarakat. Tentunya, hal ini bererti dalam situasi demikian, peranan masyarakat dan negara akan bertambah, manakala pasar memainkan peranannya dibawah ketentuan masyarakat. Ringkasnya, ‘logik masyarakat’ seringkali mengatasi ‘logik ekonomi’ suatu pengalaman sosial baharu dalam keadaan “perang” kini.

Membaca Ihya’ untuk Malaysia: Antara Keberagamaan Bermakna dan Palsu

Esei ini cuba menjawab pertanyaan kepentingan menghayati makna keagamaan dan impaknya dalam membentuk masyarakat yang baik. Pesan-pesan Imam al-Ghazali, salah seorang tokoh terpenting yang diterima rata-rata masyarakat Muslim seluruh dunia termasuk Malaysia, diselongkar kembali. Al-Ghazali dipilih kerana beliau ialah salah seorang tokoh paling terkehadapan dalam menekankan perihal makna beragama. Persoalan makna beragama diteroka kerana sesuatu amalannya boleh menjadi ritual kosong.

Salah satu tugas penting ilmuwan dan masyarakat terpelajar ialah mengembalikan sesuatu perkara kepada makna dan alasan sebenar kewujudanya. Hal ini demikian terutamanya jika terdapat andaian, sementelah bukti, yang menunjukkan bahawa sebahagian pihak telah – secara sengaja atau tidak – menyimpang daripada makna dan alasan sebenar kelahiran dan kewujudannya. Contohnya, sekiranya dinobatkan bahawa kepelbagaian kaum dan agama diharapkan boleh membawa kepada saling belajar dan bekerjasama dalam kebaikan, bukannya saling menyombong, bertelingkah, malah berperang, maka kita perlu meneriak kembali makna yang menghilang itu. Begitu juga jika makna pemerintahan bertukar menjadi alat penindasan dan upacara merompak khazanah bersama oleh elit pemerintah, maka ketika itu seruan perubahan perlu ditiup oleh kaum intelektual dan terpelajar agar makna dan tujuan – setidak-tidaknya yang besar-besar – dalam pemerintahan berjaya dituntut kembali.

Demikian juga dengan sesebuah agama termasuk pemikiran Islam yang melalui fasa demi fasa kebangunan dan kejatuhan. Apabila lampu makna dan hikmah agama telah berkelip-kelip dan hampir terpadam, maka menjadi tanggungjawab golongan yang berkeahlian untuk berusaha menyalakannya kembali. Atas kesedaran inilah al-Ghazali, ilmuwan fenomenal kelahiran Tous, menulis adikaryanya demi menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama (ihya’ ulum al-din – selepas ini akan hanya dirujuk sebagai Ihya’).

Menurut al-Ghazali di mukadimah buku itu, alasan beliau menghasilkan karya itu adalah kerana keberkurangan ilmuwan pada zamannya, sebaliknya yang tinggal hanyalah pengikut ilmuwan yang kebanyakannya dikuasai syaitan dan digiurkan oleh kemelampauan. Setiap orang juga tenggelam dengan habuan keduniaan. Oleh itu, perkara makruf dianggap mungkar dan perkara mungkar dianggap makruf sehingga ilmu agama dan misi petunjuknya kian menghilang. Masyarakat pula digambarkan bahawa ilmu hanya ada tiga iaitu fatwa rasmi kerajaan yang dirujuk para hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan masyarakat, perdebatan ilmu oleh pencari kebanggaan demi menewaskan lawan idea, atau solekan ucapan oleh penceramah agama untuk menarik masyarakat awam.

Berdasarkan masalah tersebut, al-Ghazali menulis dengan tekun dan tersusun karya beliau menjadi rujukan dan bacaan hingga hari ini. Sekali pandang, kita akan mendapati buku ini ditulis sebagai kritikan dalaman bagi umat Islam. Seribu kali pandang, kita akan meyakini bahawa memang itu salah satu tujuan penting Ihya’ dihasilkan. Namun, al-Ghazali tidak hanya melakukan kritikan dalaman dan mendiagnosis keberagamaan palsu, tetapi beliau turut menawarkan penyelesaian untuk merenung dan menuntut kembali amalan keberagamaan yang bermakna. Di ruang penuh terhad ini, saya mahu menukil dua isu yang dibangkitkan oleh tokoh diterima umum ini dalam tema makna beragama sambil merenungnya dalam konteks umat Islam di Malaysia.

Mengenali Tuhan Untuk Membangunkan, Bukan Membingungkan

Atas nama mengenali tuhan demi menjalani kehidupan beragama, sesetengah umat Islam akhirnya karam dalam dunia perdebatan dan pertelingkahan, lebih daripada asyik dengan dunia amalan dan kebaikan. Dalam beberapa tempat dalam Ihya’, beliau menyinggung dengan tegas dan jelas isu ini. Salah satunya ialah ketika penjelasannya mengenai dasar-dasar akidah (qawa’id al-‘aqaid). Beliau tidak menolak jalan perdebatan untuk membincangkan tentang ketuhanan, namun hal itu dalam konteks tertentu yang terhad menurut keperluan sahaja, bukannya perlu dilazimi setiap masa ataupun dijadikan asas untuk mengenali tuhan. Al-Ghazali tidak memusuhi jalan perdebatan kerana beliau sudah ternama sebagai mutakallim dan filsuf. Tetapi beliau mengungkapkan hal sedemikian kerana mahu perbincangan berkaitan akidah menatijahkan keimanan yang tulus lagi kukuh, serta membuahkan makna dan kebijaksanaan yang mulus lagi utuh.

Disebabkan itu, menurut al-Ghazali, bagi yang tidak berkaitan, mereka hendaklah menjauhkan diri daripada mengenali tuhan menerusi jalan ilmu kalam kerana hal ini boleh membingungkan dan menggoncang keyakinan mereka. Ini tidak bererti beliau menolak berfalsafah dalam beragama kerana ini suatu yang tidak dapat dielakkan, justeru bagi yang tertanya dengan persoalan tertentu berkaitan ketuhanan dan kewujudan, maka mereka hendaklah terlebih dahulu diajak untuk berbincang hal tersebut berdasarkan pendekatan al-Quran dan Hadith yang menurutnya digabung antara pendekatan menasihati dan mewaspadai. Namun sekiranya seseorang memerlukan pendekatan rasional dan falsafah untuk berdialog dengan pertanyaan yang menerpanya, maka ketika itu dibolehkan. Kesimpulannya, kadar jalan perdebatan yang diberikan adalah menurut keperluan.

Seseorang boleh sahaja berbeza pandangan secara nisbi dengan al-Ghazali dengan pandangannya tentang hal tersebut, tetapi saya menukilkannya dalam konteks bagaimana beliau melihat sekiranya dibiarkan masyarakat tenggelam dengan perdebatan menerusi jalan rasional, maka makna sebenar bertuhan iaitu untuk menjadi manusia baik dengan tuhan, diri sendiri dan masyarakat akan terabai. Oleh itu, dalam perbincangannya mengenai dasar-dasar akidah, beliau menyebut bahawa terdapat objektif dan makna yang dimatlamatkan oleh akidah ini iaitu kebaikan keagamaan dan keduniaan. Hal ini turut ditekankan beliau dalam autobiografi intelektualnya, al-Munqidh min al-Dalal. Beliau turut meneguhkan lagi hal ini menerusi beberapa karangan lainnya termasuk al-Maqsad al-Asna li Asma’ Allah al-Husna yang memfokuskan tentang pemahaman dan penghayatan nama-nama tuhan yang indah demi menerapkan dalam amalan dalam kehidupan.

Kebaikan keagamaan dan keduniaan (solah al-din wa al-dunya), yang disebut beliau tentunya merangkumi nilai dan amalan dalam hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam. Dalam ungkapan lain, mengenali tuhan hendaklah menatijahkan kesalehan keruhanian dan kesalihan kemanusiaan. Isu penting yang disinggung oleh al-Ghazali ini amat penting untuk diambil pengajaran oleh umat Islam di Malaysia, demi menghasilkan wacana keagamaan yang menghasilkan buah yang ranum untuk manfaat diri dan semua. Contohnya, pelbagai nilai yang boleh dirumuskan menerusi nama-nama tuhan yang indah untuk menjadi panduan membina kehidupan yang produktif dalam pelbagai lapangan. Menerusi saranan al-Ghazali juga, para pengajar hendaklah bijaksana dengan tidak melibatkan seluruh masyarakat dengan isu yang tidak diperlukan mereka. Ini merupakan asas dalam pengajaran, disebabkan itu setiap peringkat pengajaran – dalam pelbagai bidang – mempunyai silibus yang berbeza. Selain itu, dalam konteks keruhanian pula, mengenali tuhan hendaklah melatih diri untuk lebih bergantung (tawakkal) dengan-Nya, membuang sifat sombong dan angkuh dan lain-lain.

Menghayati Makna Ibadat Agar Tidak Menjadi Ritual Kosong

Ini juga merupakan salah satu isu besar yang diangkat al-Ghazali dalam Ihya’. Untuk menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama, maka rahsia dah hikmah di sebalik amalan ibadat hendaklah dikenang dan dihayati agar tidak bertukar menjadi keberagamaan kontang isi dan makna. Oleh itu, al-Ghazali meletakkan judul Rahsia Bersuci (Asrar al-Taharah), Rahsia Ibadat Solat (Asrar al-Solah), Rahsia Ibadat Zakat (Asrar al-Zakah), Rahsia Ibadat Puasa (Asrar al-Sawm) dan Rahsia Ibadat Haji (Asrar al-Haj).

Sebagaimana ilmu akidah yang mempunyai dalaman, selain luaran, demikian juga dengan ibadat yang terkandung aspek makna, rahsia dan hikmah, selain ada syarat, rukun dan sunat. Berdasarkan hal ini, maka suatu yang bercanggah dengan makna ibadat jika ibadat menjadikan manusia angkuh, menindas dan mengejar pandangan manusia sahaja. Contohnya, ketika membicarakan mengenai bersuci, beliau menekankan bahawa ayat al-Quran dan hadith berkaitan hal ini sewajarnya difahami dengan makna kesucian jiwa kerana tidak mungkin boleh dimengerti sebagai bersuci di luaran sahaja sambil dalaman diri penuh dengan kekotoran dan kekejian.

Berdasarkan hal ini, maka al-Ghazali menegaskan bahawa umat Islam juga perlu memahami makna di sebalik perbuatan dan pergerakan dalam ibadat. Makna tersebut hendaklah diberi perhatian sehingga mengesani diri, lalu sekali lagi berupaya membentuk kesalehan keruhanian dan kesalehan kemanusiaan dalam diri. Sebaliknya, jika tidak dihayati maknanya, maka akan terus ada Muslim yang menjustifikasi keterlepasan teman dan pemimpinnya daripada hukuman tertentu, walhal segala ibadat yang dijalankannya konsisten menekankan dimensi kesamarataan manusia. Begitu juga sepatutnya semakin bertambah ibadat yang dikerjakan, semakin berintegriti sikap seseorang kerana tuhan yang ditemui dan disebut di dalam ibadat sama dengan tuhan yang melihatnya ketika dia berinteraksi dengan manusia dan alam. Oleh itu, dalam buku ini, salah satu pihak yang dikritik tajam oleh al-Ghazali ialah penceramah agama (contohnya dalam Kitab al-‘Ilm dan Dham al-Ghurur) yang hanya mementingkan kepentingan dunia mereka hingga mengghaibkan makna beragama daripada penghayatan masyarakat.

Kata Akhir

Sukar sungguh untuk idea al-Ghazali dimampatkan dalam beberapa halaman, namun cebisan yang dinukilkan harapnya boleh menjelaskan kepentingan untuk membaca kembali al-Ghazali dalam konteks memuhasabah keberagamaan umat Islam Malaysia. Tujuannya, menggali khazanah klasik yang malar segar demi menuntut kembali makna beragama dalam kehidupan serba mencabar.

Membaca adikarya al-Ghazali dalam semangat zaman sekarang dan situasi Malaysia juga mengkehendaki kita untuk turut kreatif memanfaatkan kesejagatan idea dalam konteks kekhususan masalah tempatan. Demi Malaysia yang lebih baik, saya fikir elok sekali lagi umat Islam -majoriti penduduk di tanah air bertuah ini- untuk kembali menelaah fikiran al-Ghazali sebagaimana halnya nenek moyang kita terdahulu. Apatah lagi, isu yang disinggung al-Ghazali sealaf yang lalu masih berterusan -malah lebih parah- berlaku dalam masyarakat Muslim termasuk Malaysia. Adapun kalau sebahagian Muslim tidak suka disinggung dan dikritik, mudah-mudahan mereka sudi menerimanya jika semua itu datang daripada tokoh bernama Abu Hamid al-Ghazali.

Marwan Bukhari merupakan penterjemah dan penulis dalam bidang pemikiran Islam -klasik dan kontemporari. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Kenyataan Media Naratif Malaysia

Dalam bulan Ogos 2020, Naratif Malaysia (NM) telahpun menerbitkan dua video dalam saluran Youtube NM yang melibatkan wawancara dengan Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam. Video pertama merupakan sebuah wawancara penuh yang berjudul “Ahmat Adam – Paduan Ilmu Sains Sosial dan Kemanusiaan.” Manakala video kedua adalah sorotan daripada video penuh tersebut yang berjudul, “Ahmat Adam – Tentang Sebuah Gerombolan Penipu.”

Dalam bulan Ogos 2020, Naratif Malaysia (NM) telahpun menerbitkan dua video dalam saluran Youtube NM yang melibatkan wawancara dengan Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam. Video pertama merupakan sebuah wawancara penuh yang berjudul “Ahmat Adam – Paduan Ilmu Sains Sosial dan Kemanusiaan.” Manakala video kedua adalah sorotan daripada video penuh tersebut yang berjudul, “Ahmat Adam – Tentang Sebuah Gerombolan Penipu.” Walau bagaimanapun, NM menyedari bahawa terdapat kandungan dalam kedua-dua video tersebut yang mengandungi suatu penyataan yang telahpun menjejaskan imej dan reputasi the Patriots dan the Patriots Holding Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, NM telahpun mengeluarkan kedua-dua video tersebut dari saluran Youtube NM sebaik saja menerima tuntutan rasmi dari the Patriots Asia dan the Patriots Holding Sdn Bhd. Selain itu, NM juga ingin menyatakan permohonan maaf kerana memuatnaik video-video tersebut.

Kami merasa amat kesal dengan penerbitan dan kandungan kedua-dua video ini.

NARATIF MALAYSIA
13 Januari 2021

Leadership Manoeuvres: The Real Reason

Why is it that in spite of increasing Covid 19 infections, rising fatalities, massive floods in a number of states and serious economic challenges, some politicians are still indulging in political machinations and manipulations? His Majesty the Yang Di Pertuan Agong and a number of Rulers have strongly advised politicians against indulging in political manoeuvres at a time like this. Together with the rakyat, they have pleaded with the politicians to refrain from politicking and concentrate instead upon taming the pandemic.

Why is it that in spite of increasing Covid 19 infections, rising fatalities, massive floods in a number of states and serious economic challenges, some politicians are still indulging in political machinations and manipulations? His Majesty the Yang Di Pertuan Agong and a number of Rulers have strongly advised politicians against indulging in political manoeuvres at a time like this. Together with the rakyat, they have pleaded with the politicians to refrain from politicking and concentrate instead upon taming the pandemic and overcoming our economic woes. Their plea has fallen upon deaf ears.

Are some politicians determined to pursue their agenda of replacing the Muhyuddin Yassin government because they are convinced that it is “illegitimate”? The current government was installed in March 2020 in accordance with constitutional procedures and practices in the wake of the resignation of then Prime Minister Tun Mahathir Mohamad. This has happened before at the state level, in Trengganu in 1961, Sabah 1994 and Perak 2009. In fact the Barisan Nasional itself emerged in the early seventies as a result of defections and cross-overs and became the new inter-party coalition in power.

Perhaps we should have a law at federal and state levels against defections in the legislatures which some of us have advocated since the early eighties. It should be based upon the principle that an elected legislator who is no longer capable of representing his constituents should return his mandate to the voters. Unfortunately, many of those who are pushing for the ouster of the present Prime Minister are not keen on the introduction of such legislation. They want to continue to encourage defections if it serves their narrow interests.

Are those seeking the Prime Minister’s removal doing so because they are convinced that he is incompetent? After almost a year of the Coronavirus crisis, it is obvious to most observers that Malaysia has performed relatively well under his leadership, compared to many other countries. The political leadership reinforced by a core in the civil service and the national health services have displayed a deep sense of responsibility in executing their tasks in a calm and organised manner. The delivery of economic assistance to the vulnerable and their carefully planned approach to the imminent distribution of vaccines to the people bear testimony to this.

The real reason why there are attempts to oust the Prime Minister is linked to the thinly veiled interests of a handful of politicians. There are individuals in parliament part of the largest component party in the ruling coalition , allegedly involved in corruption whose court trials may result in their incarceration —- incarcerations which they hope some other leader at the helm of the nation would be able to help them avert. And there are leaders who for decades have sought the Prime Ministership who may be prepared to play footsie with those individuals trying to stay out of jail. Apart from this unholy alliance, there is also another veteran Member of Parliament who feels that it is his ‘royal right’ to be Prime Minister. He is joined by another veteran who was Prime Minister for a total of 24 years and remains convinced that no else can do the job and for that reason wants to return to power!

This coterie of leaders driven by differing motives are united in their common goal of easing out the incumbent through multiple manoeuvres though they have yet to reach consensus on who should replace Muhyuddin. Given the numbers game in elite politics, the weakness of institutions that can check unscrupulous political behaviour, and the absence of a strong commitment within the populace to principles in politics, those who are seeking the Prime Minister’s ouster may even succeed. For those of us who are not prepared to put aside ethical concerns in politics and public life and realise the importance of a national leadership that is completely devoted to overcoming the pandemic and ensuring an effective economic recovery over the next two years, the politics of ousters should stop immediately. It is In this regard that the following three point proposal is being presented.

One, this is the time for the Conference of Rulers as a crucial instrument of governance to play its rightful role. The Conference which has been described as the fourth arm of governance in our system — the other three being the Legislature, the Executive and the Judiciary — should not only implore all political actors to desist from politicking but also warn them that they cannot create political uncertainty and foment discord and friction without facing the full force of the law. They should understand that the nation is in crisis and those who are hell-bent on pursuing their own nefarious, self-serving agendas will be made to pay the price.

Two, the Conference of Rulers should also advise the Executive to establish mechanisms at the Federal and State levels which will enable the Opposition also to contribute to, and participate in, the decision-making process vis-à-vis our twin health and economic crises. The Opposition’s role should not be a mere tokenism. An active role for opposition parties will go a long way towards diluting the adversarial atmosphere that prevails at the moment.

Three, though the government – opposition mechanism proposed here will concentrate upon our twin crises, it could also be utilised to formulate measures directed towards improving governance as a whole. The idea of a genuinely independent Ombudsman first articulated in the seventies would be something worth pursuing.

We are at a critical juncture. If our leaders remain obsessed with the politics of power and position, we would be hastening our own destruction. We are reaching the brink.

Let us pull back— before it is too late.

Dr Chandra Muzaffar has been writing on Malaysian politics since the early seventies.

The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Naratif Malaysia.

Demokrasi Baik Hati

Aspirasi saya untuk Malaysia pada tahun 2021 adalah melihat demokrasi Malaysia bertunjangkan demokrasi yang baik hati. Orang Melayu sebagai kaum majoriti berpeluang menentukan samada demokrasi Malaysia adalah demokrasi yang baik hati ataupun tidak. Namun, komuniti kaum minoriti juga mempunyai hak-hak yang mesti dilindungi. Bagi setiap rakyat Malaysia pula, kita perlu memaafkan sesetengah individu agar kita mampu menjadi demokrasi yang baik hati.

Demokrasi Malaysia telah mengalami perubahan yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perubahan yang terbesar sudah tentu pertukaran kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara pada tahun 2018 yang menyaksikan perubahan parti pemerintah dari Barisan Nasional yang dipimpin UMNO kepada Pakatan Harapan. Ini memberi makna baru kepada pengamalan dan penghayatan demokrasi di Malaysia di mana perubahan pemerintahan mampu dilaksanakan oleh pengundi secara aman tanpa menjejaskan kestabilan negara. Penulis sendiri turut berasa optimis dengan perkembangan ruang demokrasi yang merupakan sebahagian daripada matlamat perubahan pemerintahan tersebut.

Namun, dalam tempoh 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, serangan demi serangan politik dilakukan berbekalkan hujah-hujah emosional berbaur perkauman dan sentimen agama. Kerajaan baru yang kurang pengalaman ini dilihat lesu berdepan dengan pelbagai isu berkaitan kaum dan agama sehingga permasalahan ketegangan di antara komuniti kaum-agama ketika itu berjaya diangkat menjadi persepsi popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ketegangan, kegusaran, dan kegelisahan ini juga didakwa menjadi pencetus dan pendorong utama beberapa pemain politik penting menggerakkan “Langkah Sheraton” pada awal 2020 yang berjaya membentuk kerajaan baru. Naratif yang dibina dan diuar-uarkan ketika itu, langkah tersebut telah berjaya “mengembalikan” institusi pemerintahan negara kepada kepada kaum majoriti.

Sekiranya benar bahawa rakyat Malaysia tidak mempercayai satu sama lain, persoalannya mengapa dan bagaimana kita sampai pada keadaan sebegini.  Bagaimana masyarakat majmuk yang sekian lama hidup bersama, masih gagal untuk saling mempercayai? Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan ini, sudah tentu sedar bahawa di sebalik keadaan ini, institusi negara memainkan peranan yang tidak boleh dinafikan pengaruhnya. Maka beberapa cadangan rombakan sistemik telah dilontarkan oleh pelbagai pihak. Rombakan sistemik adalah cukup mustahak kepada negara, namun prosesnya amat memakan masa, dari perbahasan, pengolahan, perincian, persetujuan, dan pelaksanaan. Kesannya hanya dapat dirasai generasi yang kemudian.

Sementara pelbagai gagasan rombakan ini diperbahaskan, saya dengan rendah hati ingin menawarkan satu perspektif kepada kita semua yang ingin melihat demokrasi Malaysia tetap mampu berkembang subur. Perspektif ini menumpukan perhatian kepada individu. Saya memilih untuk menumpukan kepada individu kerana kita semua mempunyai peranan dalam perlaksanaan demokrasi. Pandangan kita mampu mempengaruhi pandangan orang lain. Dalam zaman yang dipengaruhi media sosial, pandangan seseorang yang tidak dikenali umum berpotensi menentukan arah wacana dalam mana-mana isu sekiranya mendapat persetujuan daripada orang ramai.

Oleh yang demikian, saya ingin mengutarakan idea yang saya gelarkan sebagai demokrasi baik hati, di mana semua pihak boleh menerima majoriti, menghormati dan melindungi minoriti, serta memaafkan sesetengah individu. Demokrasi memerlukan penerimaan kepada kehendak dan keputusan majoriti. Penerimaaan  ini menentukan keabsahan pentadbiran yang mendapat mandat melalui kertas undi. Oleh itu, kaum majoriti mempunyai kelebihan dalam penentuan hala tuju, masa depan, dan acuan sesuatu negara. Di Malaysia, komuniti Melayu memiliki kelebihan ini. Tambahan pula, Bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan istimewa bumiputera, dan kedaulatan raja-raja Melayu tidak boleh dipinda tanpa persetujuan dua pertiga ahli parlimen serta diperkenan Majlis Raja-Raja.

Namun, bagaimana pula dengan komuniti minoriti? Satu lagi asas penting buat demokrasi yang baik hati adalah penghayatan terhadap demokrasi sebagai melindungi hak minoriti. Memandangkan minoriti tidak berkuasa seperti majoriti, maka kepentingan mereka wajar dilindungi. Sebagai contoh, hak menggunakan bahasa ibunda dan mengamalkan budaya sendiri dijamin dalam perlembagaan. Maka tidak kira sebesar mana pertelingkahan, rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak boleh dilarang dari menggunakan bahasa ibunda dan mengamalkan budaya masing-masing.

Seperti kaum majoriti juga, kaum minoriti mempunyai rasa sayang kepada identiti dan budaya masing-masing, tanpa membelakangkan identiti sebagai warganegara. Polemik yang melibatkan perihal minoriti perlu diuruskan dengan lebih manusiawi dan mengambil kira pandangan mereka yang bakal terkesan. Kebanyakan perbincangan cenderung mementingkan kepatuhan minoriti terhadap tuntutan majoriti, sehingga taat setia kaum minoriti dipertikaikan sekiranya dilihat enggan akur dan patuh; sedangkan hak dan perasaan kaum minoriti belum diberikan perhatian yang sewajarnya. 

Seterusnya, penghuni sebuah demokrasi yang baik hati akan mampu memaafkan sesetengah individu yang mencetuskan provokasi. Kerap kali dilihat beberapa peristiwa di mana pandangan individu minoriti mengenai beberapa topik “sensitif” seperti kedudukan istimewa bumiputera, dijadikan tajuk berita sensasi. Tindakan dan kenyataan dari mereka hendaklah dipandang dengan kefahaman bahawa mereka hanya mewakili diri mereka sendiri, bukan mana-mana kaum atau agama. Perkara ini merupakan kriteria terpenting dalam menakrifkan samada sesebuah demokrasi itu baik hati, serta amat perlu ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Kita memaafkan individu tersebut kerana kita bersangka baik dan berfikiran rasional. Tidak mungkin tindakan atau kenyataan seseorang individu boleh dikatakan mewakili niat kesemua kaumnya. Maka, kita elakkan dari pukul rata satu bangsa, budaya, atau agama, hanya atas kelakuan individu tertentu. Kita mungkin tidak bersetuju atau menyukai apa yang dilakukan, namun kita memilih untuk memaafkan dengan tidak mengaitkan individu tersebut dengan pandangan keseluruhan terhadap mana-mana kumpulan. Kita menjadi waras, kita juga menjadi baik hati.

Maka, aspirasi saya untuk Malaysia pada tahun 2021 adalah melihat demokrasi Malaysia bertunjangkan demokrasi yang baik hati. Orang Melayu sebagai kaum majoriti berpeluang menentukan samada demokrasi Malaysia adalah demokrasi yang baik hati ataupun tidak. Namun, komuniti kaum minoriti juga mempunyai hak-hak yang mesti dilindungi. Bagi setiap rakyat Malaysia pula, kita perlu memaafkan sesetengah individu agar kita mampu menjadi demokrasi yang baik hati.

Daniel Teoh merupakan lepasan kelulusan undang-undang daripada University of London. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Memikir Semula Ruang Kediaman Kala Pandemik

Ruang kediaman kini telah menjadi ruang utama untuk bekerja menggantikan pejabat. Kendati fungsi yang semakin rencam ini, kediaman yang sentiasa terhad fizikalnya tersebut tidak sepatutnya menghalang kelestarian kualiti kehidupan waima di dalam atau sekitar ruang tersebut. Meski pegun, ruang kediaman harus boleh melebarkan cintanya, menjadi syurga dunia, untuk kita semua.

Pandemik COVID-19 telah ‘memerangkap’ masyarakat untuk kekal berada di rumah dan meminimakan pergerakan di ruang awam bagi kebanyakan masa dalam kehidupan harian kini. Bagi penduduk bandar terutamanya dari kelompok M40 dan B40, rumah yang didiami oleh kelompok ini adalah pangsapuri yang bersaiz sederhana atau kecil relatif kepada jumlah penghuni, dengan beberapa blok dalam satu kawasan yang padat dan rapat. Mengambil kira faktor ruang kediaman yang turut terevolusi sebagai ruang bekerja, ruang pendidikan dan ruang rekreasi kala pandemik, adalah penting supaya penggunaan dan fungsi ruang kediaman ini diwacanakan selaras dengan perobahan fungsinya. Hal ini bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik bagi masyarakat terbanyak, kebanyakan genrasi muda dan belia, kendati pandemik terus melanda dan norma baru hidup kekal berubah.

Kegagalan untuk mewacanakan sekaligus menggerakkan usaha-usaha menambah baik ruang kediaman yang selaras dengan fungsi terkininya telah memberi pelbagai dampak negatif dan membantutkan kelestarian kualiti kehidupan penghuninya. Beberapa siri laporan oleh New York Times, The Atlantic dan BBC telah merakamkan bahana pandemik yang memerangkap keluarga di rumah untuk waktu yang lama telah turut menatijahkan kes penceraian yang tinggi dan isu kesihatan mental yang merudum. Bahkan, memandangkan rumah juga dengan rasminya menjadi sekolah dan ruang pendidikan yang utama untuk anak-anak, yang tidak dapat ke sekolah di Malaysia, fungsi ruang kediaman yang memastikan keberkesanan dan keselesaan sesi pembelajaran juga adalah penting untuk ditaakulkan.

Transformasi Tata Hidup & Budaya Ruang Kediaman

Aku harus menjadi seorang yang mempunyai daya tahan terhadap kekecewaan dan kehampaan apabila […] suamiku pulang bertanya, “Apa awak buat sehari suntuk di rumah […]?”. Tidakkah dia nampak, longkang yang sudah bersih, ruang tamu yang kemas, dapur yang teratur, kain yang sudah berlipat. Apa, dia ingat semua itu terjadi dengan sendiri? – Catatan Di Meja Makan (1981), Sasterawan Negara Zurinah Hassan[1]

Kita perlu mula mengiktiraf beban kerja rumah yang melampau, dan lazimnya ditanggung sepenuhnya oleh isteri atau wanita di ruang kediaman. Terdapat pelbagai kajian sosiologi termasuklah oleh Rupanner, Branden dan Turunen (2018)[2] yang mengabsahkan kesan negatif kerja rumah yang membebankan wanita ini telah merapuhkan institusi kekeluargaan serta kualiti dan dinamik hubungan di rumah. Simone De Beauvoir[3] turut merakamkan kritikannya terhadap tenaga dan masa wanita yang terlalu banyak dilenjankan untuk mengemas dan membuat kerja-kerja rumah adalah seperti sedang menerima hukuman ala Sisyphus.

Justeru, di samping tuntutan supaya lelaki atau suami menanggung beban kerja rumah secara lebih adil dan saksama dengan wanita, ruang-ruang penambahbaikan yang lain untuk mengurangkan kerja rumah perlu diwacana dan difikirkan bersama. Anak muda lagi-lagi dalam bidang berkaitan pembangunan, arkitek, gender, sosiologi dan dasar awam harusnya secara kolektif berbincang mengenai penambahbaikan kualiti dan sistem hidup dalam ruang kediaman. Contoh mudah adalah mencari timbalan antara beberapa masalah kerja yang mengganggu produktiviti: Baju-baju yang disimpan dengan cara digantung jauh lebih menjimatkan masa dan tenaga berbanding baju-baju yang dilipat (tetapi ini memerlukan ruang dan susun atur yang lebih besar di rumah); kebolehmampuan atau kemudahan untuk pasangan membeli mesin pengering yang berkualiti bagi kediaman pangsapuri/flat yang kebanyakannya tidak berbalkoni juga akan dapat meringankan beban mental dan masa yang akan banyak ‘terbuang’ untuk ke dobi yang jauh (tetapi ini akan menuntut ruang yang signifikan selain meningkatkan kos isi rumah). Permasalahan yang tampak remeh ini, perlu diselesaikan dan diambil kira segera, kerana ianya telah menelan berpuluh-puluh jam seminggu, menekan emosi dan menjadi beban mental[4] kepada para penghuni rumah.

Dalam konteks kebanyakan wanita yang kini turut mempunyai pekerjaan kapitalistik, mengimbangi antara kerja pejabat dan kerja rumah memang boleh mengundang edan. Ditambah dengan suami yang telah terasuh budaya untuk lepas tangan daripada bertanggungjawab untuk turut sama melakukan kerja-kerja rumah, wanita dipaksa massa untuk menanggung beban lebih dari sewajarnya. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kualiti hidup generasi muda dan tua pada masa hadapan, masyarakat kita perlu mengambil pendekatan drastik untuk segera menaakulkan budaya dan ekosistem ruang kediaman supaya lebih sihat dan lestari.

Ruang Ketiga

Tipologi bangunan yang paling kerap aku reka adalah apartment mampu milik begini. Untuk aku, kewujudan bangunan ini ada ironinya yang halus. Aturan reka bentuknya ikut keras-keras setiap kekangan undang-undang, fungsi dan ekonomi. Tetapi penggunaannya? Ia penuh kelembutan. Ia ada ruang untuk bermain, bermimpi, menjamu selera, berasmara, bina keluarga, jadi tua, sambut kematian, hidup diteruskan. Di antara dinding-dinding konkrit yang aku reka; life happens.Affendi Salleh (2019), Condenser[5]

Secara alami, masyarakat tidak dapat terlepas daripada mempunyai ruang ketiga atau tempat dia bersosial setelah berada di ruang utama/pertama iaitu ruang kediaman dan ruang kedua iaitu pejabat atau tempat kerja[6]. Dalam mana-mana komuniti, ruang ketiga ini boleh jadi kedai kopi, surau, masjid, kedai gunting rambut atau dalam konteks rumah pangsapuri, tanah lapang di tempat letak kenderaan. Kepentingan untuk mengoptimumkan ruang-ruang ini jarang dibincangkan dan diperikan dalam wacana pembangunan sosial di Malaysia. Melihat kepada fungsi kediaman yang telah melebar dalam ruang yang pegun dan statik (sementelah rumah pangsapuri tidak boleh diluaskan seperti rumah kampung atau rumah atas tanah lain), kita wajar meneroka fungsi dan peluang yang ditawarkan oleh ruang ketiga yang lebih anjal kepada masyarakat setempat selaras dengan kerterhadan ruang kawasan.

Antara contoh yang paling menerujakan untuk diperhatikan adalah bagaimana gerakan-gerakan Buku Jalanan[7] memecahkan siling kaca dengan penggunaan ruang awam yang lestari, nomadik dan bingkas. Gerakan pertamanya, Buku Jalanan Shah Alam yang dimulai pada 2011 menyediakan ruang B.A.C.A yakni books, arts, culture dan activism yang sekaligus pustaka bergerak, ruang berekspresi dan ruang pembelajaran seni kepada masyarakat, bertempat di sisi sebuah tasik yang damai. Gerakan ini membiak di seluruh Malaysia dengan keanjalan fizikal yang perlu dipuji apabila gerakannya di tempat lain acapkali tumbuh di mana-mana sahaja ruang ketiga masyarakat setempat yang didekati. Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), antara ‘cawangan’ Buku Jalanan yang diinstitusikan dalam bangunan, telah menabrak kefungsian dan norma padang lapang di atas tanah sebagai tempat permainan kanak-kanak. BJCK dengan kerjasama Kiwanis telah meneroka ruang ruftop bangunan[8] untuk dijadikan ruang berekreasi siap dengan padang futsal untuk anak-anak kerana tidak mahu hak bermain kanak-kanak dinafikan ruang kota yang sesak dan sempit.

Contoh-contoh ini dikemukakan kerana masyarakat marcapada sudah semakin merasai bahang kota ala distopia – ruang adalah hak eksklusif orang kaya-kaya. Dengan tekanan ekonomi dan hartanah yang tidak masuk akal, tidak lama lagi, generasi Y akan memenuhi PPR, flat dan pangsapuri sebagai warga emas yang menua dengan anak dan cucu mereka masing-masing masih tinggal di ruang yang pegun dan semakin sempit. Memang sudah ada banyak usaha dan kritikan daripada para pemikir dan saintis sosial berkenaan pemilikan hartanah dan sewaktu dengannya, pun, ini adalah isu yang memerlukan perbincangan berbeza. Di hadapan generasi kita sekarang, pilihan yang ada ialah mendiami rumah-rumah ‘kotak’ one size, one design fits all ini. Oleh itum jelas bahawa di samping pembangunan perumahan seumpamanya yang wajib lebih baik di masa hadapan, para pemikir dan penggerak masyarakat setempat perlu serius dan merancakkan wacana dan gerakan untuk memelihara dan melestarikan ruang ketiga di perumahan sedia ada bagi masyarakat setempat.

Ruang Kediaman Sebagai Syurga Dunia

Setelah punya rumah, apa cita-citamu?
Kecil saja: ingin sampai rumah
saat senja supaya saya dan senja sempat
minum teh bersama di depan jendela.Joko Pinurbo (2003), Cita-Cita

Norma baharu kala pandemik dengan pantas merobah fungsi rumah. Keterhadan pergerakan masyarakat yang kini tidak boleh sebebasnya ke tempat awam telah mengevolusi ruang rumah daripada fungsi-fungsi lazimnya. Ruang kediaman kini telah menjadi ruang utama untuk bekerja menggantikan pejabat, pendidikan menggantikan sekolah, berekreasi dan liburan menggantikan taman permainan dan pusat beli belah. Kendati fungsi yang semakin rencam ini, kediaman yang sentiasa terhad fizikalnya tersebut tidak sepatutnya menghalang kelestarian kualiti kehidupan waima di dalam atau sekitar ruang tersebut. Meski pegun, ruang kediaman harus boleh melebarkan cintanya, menjadi syurga dunia, untuk kita semua.

Nur Adilla adalah lulusan Sains Politik; dan Undang-Undang, Kemasyarakatan dan Keadilan dari University of Washington, Seattle, Amerika Syarikat. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.


[1] Zurinah Hassan (2016). Meneruskan Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

[2] Rupanner, Branden and Turunen (2018). ‘Does Unequal Housework Lead to Divorce?’. SAGE Journal of Sociology. Diakses di https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0038038516674664

[3] Beauvoir (1953). The Second Sex. New York, Knopf.

[4] Emma (2017). ‘You Should’ve Asked: Gender Wars Household Chores’ The Guardian. Diakses di https://www.theguardian.com/world/2017/may/26/gender-wars-household-chores-comic

[5] Affendi Salleh (2019), Gelas Separuh Penuh. Malaysia: Skinnifolk Enterprise

[6] Ray Oldenburg (1989), The Great Good Place. New York: Paragon House

[7] Buku Jalanan (2019). Asia Field Trip. Diakses di http://asia.fieldtrip.info/artists/buku-jalanan/

[8] Kiwanis Club of Kota Kemuning & BJCK (2020), Legacy of Play. Diakses di https://play.kiwanis.org/contestants/kc-of-kota-kemuning/?fbclid=IwAR0jq7_MX_PE-KPbdgvHzjBHLV9G6v_EoLsYwwLjri37Wop7bqSvwUrPelI

Halatuju Profesionalisme Bola Sepak di Malaysia

Bermula musim bola sepak 2021, para peminat sukan bola sepak tempatan pastinya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, semacam apakah liga bola sepak tanah air? Pertanyaan dan penantian ini pastinya amat berasas kerana semua pasukan bola sepak yang mengambil bahagian dalam kancah liga bola sepak tempatan – Liga Super dan Liga Perdana – dikehendaki berdiri atas kapasiti pasukan profesional, sepertimana yang ditekankan oleh Malaysian Football League (MFL).

“One of the most radical changes which have taken place in football since the game was first brought into the prominence which it now enjoyed is professionalism” – Tony Collins, Sejarawan Sukan.

Bermula musim bola sepak 2021, para peminat sukan bola sepak tempatan pastinya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, semacam apakah liga bola sepak tanah air? Pertanyaan dan penantian ini pastinya amat berasas kerana semua pasukan bola sepak yang mengambil bahagian dalam kancah liga bola sepak tempatan – Liga Super dan Liga Perdana – dikehendaki berdiri atas kapasiti pasukan profesional, sepertimana yang ditekankan oleh Malaysian Football League (MFL). Peralihan pasukan ke arah profesionalisme ini banyak menimbulkan sangkaan yang bernada positif antaranya ia dapat meningkatkan liga bola sepak tempatan setaraf dengan liga bola sepak Asia lain seperti J-League (Jepun), K-League (Korea Selatan), dan Chinese Super League (China).

Tidak kurang juga yang melontarkan pandangan skeptik, disamping mempertanyakan apakah dengan pelaksanaan profesionalisme ini, ia dapat menjamin peningkatan kualiti liga bola sepak tempatan. Malah, ada juga beberapa pandangan yang menyatakan bahawa peralihan ini tidak memberi apa-apa yang signifikan terhadap perkembangan sukan bola sepak di Malaysia. Kesemua pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat secara umum ini pastinya memiliki alasan-alasannya yang tertentu. Begitu juga dengan saya, sepanjang hampir sedekad ini menekuni dan memerhati – serta menulis kertas kerja – perkembangan sukan di Malaysia khususnya sukan yang paling popular dalam kalangan warga iaitu sukan bola sepak.

Jika ada individu yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan khususnya liga bola sepak Malaysia, pastinya mereka juga berkongsi persoalan yang sama dengan saya iaitu bukankah profesionalisme sudahpun diamalkan sejak pertengahan tahun 1990an? Lalu pada tahun hadapan, profesionalisme jenis bagaimana lagi yang hendak dilaksanakan? Soalan ini sebetulnya perlu diteliti dengan lebih lanjut dan mendalam.

Perdananya, kita hendak memiliki peta yang jelas, khususnya dalam memahami konsep profesionalisme. Secara umumnya, profesionalisme dalam konteks sukan adalah dibentuk oleh aktiviti komersialisme yang memberi penekanan kepada pemberian ganjaran kepada aktor sukan sama ada sebagai pemain, jurulatih, mahupun individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan. Ganjaran tersebut tidak semestinya bersifat material – boleh dilihat, disentuh, dirasa – tetapi juga dalam bentuk non-material. Pemberian ganjaran tersebut adalah berdasarkan kemahiran, kepakaran, dan pengetahuannya mengenai sesebuah aktiviti sukan. Seperkara lagi yang boleh dikaitkan dalam perkara ini adalah melalui aspek pengurusan yang mana amalan profesionalisme menuntut sesebuah pasukan atau individu hendaklah berdiri atas kapasiti swasta, tanpa menerima campurtangan daripada autoriti seperti negara, negeri, mahupun badan yang berasosiasi dengan pihak pemerintah. Dengan kata lain, profesionalisme menuntut aktiviti penswastaan dan penjanaan kewangan secara kendiri tanpa bantuan daripada pemerintah.

Dalam lanskap dan sejarah bola sepak di Malaysia, sebetulnya elemen profesionalisme sudahpun bertapak pada pertengahan tahun 1990an. Ia diamalkan memandangkan pihak pengelola pertandingan bola sepak tempatan memikirkan bahawa perkara ini merupakan satu-satunya langkah terbaik untuk mengelakkan berlakunya gejala rasuah dan pengaturan perlawanan dan keputusan yang berlelusa pada ketika itu. Pada sisi yang lain pula, amalan profesionalisme ini juga membolehkan pasukan-pasukan tempatan layak untuk beraksi secara merit dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti kejohanan Asian Champions League dan AFC Cup kerana asas utama untuk menyertai kejohanan tersebut adalah melalui amalan profesionalisme. Namun disebabkan kekangan-kekangan tertentu yang mengagalkan pelaksanaan professionalisme pada 1990an, maka usaha tersebut terbantut. Kendatipun, pelan ke arah profesionalisme kembali dihidupkan dengan kewujudan institusi baharu iaitu Malaysian Football League (MFL) yang berdiri atas kapasiti swasta dan berperanan sebagai badan induk pertandingan liga bola sepak.

MFL memperuntukkan setiap pasukan yang bertanding dalam kancah liga bola sepak tempatan perlu seratus peratus mengamalkan profesionalisme baik dari aspek pengurusan mahupun taraf pemain. Perkara ini bertujuan untuk memperbaharui lanskap sukan bola sepak tempatan agar lebih bersifat kompetetif dan teratur. Usaha yang dilakukan ini kelihatan murni dan satu keperluan yang mustahak. Oleh yang demikian, sekarang ini boleh dikatakan setiap pasukan yang akan menghadapi cabaran liga tempatan pada musim hadapan sedang mempersiapkan dan memperkukuhkan pasukan masing-masing agar cabaran liga tempatan semakin menarik dan lebih kompetetif. Antara langkah yang diambil adalah dengan menggaji pemain-pemain tempatan dan import yang memiliki kemahiran tinggi, berpengalaman, serta masak dalam asam garam sukan bola sepak.

Akan tetapi, prospek memajukan professionalisme, liga, dan industri bola sepak tempatan ternyata sangat mencabar, khususnya apabila ada persaingan dan perbandingan dengan liga bola sepak luar negara. Adakalanya perlawanan liga bola sepak luar negara yang dipancarkan secara langsung melalui kaca televisyen berlaku pada hari yang sama ketika liga tempatan turut berlangsung – yang mana kecenderungan para peminat bola sepak lebih terarah kepada siaran dari luar negara. Cabaran ini juga diakibatkan oleh kurangnya sokongan tajaan dan pelaburan daripada badan-badan swasta yang bertaraf tempatan, mahupun multinasional kerana melihat kecilnya pasaran bola sepak tempatan. Hal ini turut disukarkan lagi dengan anggapan kebiasaan bahawa mutu bola sepak tempatan jauh kurang memberangsangkan berbanding kualiti bola sepak luar negara. Bukankah cabaran-cabaran ini menghambat dan menyukarkan pelaksanaan profesionalisme bola sepak di Malaysia?

Sedangkan umumnya kita sudah sedia maklum bahawa era profesionalisme yang akan dihadapi memerlukan sokongan daripada banyak pihak, tidak hanya bergantung kepada penggemar bola sepak tanah air melalui sumber pendapatan utama pembelian tiket perlawanan dan barangan pasukan, tetapi juga daripada sokongan daripada pihak swasta yang menaruh minat terhadap perkembangan sukan bola sepak tanah air. Untuk menyelesaikan perkara ini, peri penting untuk melihat dan menyusun kembali perjalanan liga bola sepak tempatan agar profesionalisme sepenuhnya dapat dicapai, atau mungkin setidaknya menghampiri kemurnian profesionalisme.

Sepanjang fikiran saya, selain melihat kelibat dan enthusiasm masyarakat dalam kancah liga bola sepak tempatan, saya gariskan beberapa perkara yang mungkin – secara peribadi – saya lihat mampu memberi impak terhadap liga bola sepak tempatan.

Pertama adalah setiap pasukan hendaklah memperkukuhkan asas kepenyokongan pasukan terlebih dahulu. Perkara ini sebetulnya sangat mudah dilaksanakan, memandangkan kebanyakan pasukan yang bakal bertanding dalam liga tempatan merupakan pada asalnya bersifat kenegerian, tetapi menjenamakan semua kepada pasukan kelab. Oleh itu, tidak banyak perubahan kepada aspek kepenyokongan dapat dijangkakan kerana secara relatifnya, yang mengalami perubahan hanya status organisasi dan bukannya keseluruhan pasukan. Oleh kerana itu melalui pengukuhan asas kepenyokongan ia setidaknya akan sedikit sebanyak membantu dan memberi dukungan dari segi kewangan melalui pembelian tiket dan barangan pasukan, dan tidak terkecuali, dukungan moral dan semangat kesukanan.

Seterusnya, setiap pasukan yang beraksi dalam kancah liga bola sepak tempatan wajar melakukan usaha kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta, khususnya anak tempatan yang berasal daripada negeri masing-masing. Usaha ini memerlukan pembalikan antara satu sama lain. Dari aspek pasukan, ia setidaknya akan menerima ganjaran yang mungkin boleh membantu kewangan setiap pasukan manakala sebaliknya, syarikat berkenaan boleh memasarkan secara terus produk mereka melalui pengiklanan di stadium ataupun di media-media milik pasukan, disamping boleh mengurangkan cukai tahunan syarikat.

Dan yang terakhir sekali, yang mungkin begitu radikal dan mungkin ada yang akan menganggapnya sepele adalah penukaran jadual waktu bermain dalam liga bola sepak tempatan yang umumnya dilaksanakan pada hujung minggu – khususnya Liga Super dan sebahagian Liga Perdana – kepada hari lain pada hari bekerja. Penukaran ini pastinya kelihatan lucu dan kurang realistik, tetapi sebenarnya ia boleh dilaksanakan. Ia tidak tumpah sama pengorbanannya dengan masa yang kita peruntukkan untuk menyaksikan liga bola sepak luar negara – terutamanya Liga Eropah – yang lazimnya dijadualkan pada awal pagi.

Berdasarkan perkara-perkara di atas, diharapkan langkah ke arah professionalisme bola sepak tempatan pada 2021 dapat terus maju, serta menyumbang kepada para pemain, peminat serta mereka yang terlibat secara langsung dengan sukan bola sepak. Malah, turut membawa kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhannya di Malaysia.  

Helmy Muhammad merupakan penyelidik mengenai sosiologi sukan. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

[Pendaftaran] Wacana Meja Bulat “Langkah Integrasi Kaum di Malaysia”

Pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh.

Wacana Meja Bulat ini bakal membentangkan langkah ke arah integrasi antara kaum di Malaysia menerusi suatu cadangan modul perlaksanaan masyarakat harmoni. Modul ini dibangunkan bersama Merdeka Center berdasarkan siri perbincangan dengan kumpulan sasar melalui sesi FGD bagi mengenal pasti kemungkinan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin dihadapi hasil daripada cadangan sebuah kem harmoni. Selain itu, modul ini turut mempertimbangkan cabaran dan kekhuatiran yang mungkin wujud menerusi perbincangan daripada bengkel pembinaan kapasiti. Bengkel ini bukan sahaja menyediakan peserta dengan persiapan teknikal tetapi juga teori dan perspektif. Semasa berada dalam komuniti, peserta diberikan satu jurnal yang perlu mereka isi sebagai sebahagian proses refleksi terhadap teori yang mereka bincangkan semasa bengkel.

Ringkasnya, pembentangan ini merupakan suatu usaha untuk mendapatkan input tambahan daripada pelbagai pakar dan pihak yang berkaitan bagi menambahbaik modul awal ini. Diharapkan dengan pembentangan ini, modul ini dapat diperbaiki serta dipertingkatkan keberkesanannya sehingga boleh digunakan sebagai modul utama dalam pembangunan suatu masyarakat yang mempunyai integrasi kaum yang tinggi serta nilai perpaduan yang utuh. Malah, ada lebih baik lagi sekiranya lanjutan daripada modul ini dapat melibatkan pihak Institut Kajian Etnik (KITA) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandangkan kesemua pihak ini merupakan barisan paling hadapan dalam pembangunan perpaduan di negara kita.

Pembentangan ini akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Langkah Integrasi Kaum Di Malaysia: Suatu Kertas Cadangan Ke Arah Pembangunan Masyarakat Harmoni
Pembentang: Haris Zuan, IKMAS, UKM
Tarikh: 27 Januari 2021 (Rabu)
Masa: 10:30 pagi – 11:30 pagi
Platform: Zoom

TENTATIF:

10:30 pagi – 10:45 pagi : Pembentangan oleh Haris Zuan, IKMAS
10:45 pagi – 11:00 pagi : Ulasan oleh Prof. Dr. Denison Jayasooria, Ahli Majlis Penasihat Kementerian Perpaduan Negara
11:00 pagi – 11:15 pagi – Ulasan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara merangkap Pengasas-Pengarah KITA, UKM
11:15 pagi – 11:30 pagi – Perbincangan hadirin

PENDAFTARAN PENYERTAAN WACANA MEJA BULAT “LANGKAH INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA”

Education as a Key to Inspire Work Future for Young Malaysians

The aspirations of Malaysian youth are essential to their educational choices, labour market outcomes, and their overall human capital investment. With the emerging new norms due to the Covid-19 pandemic waves, young people of Malaysia, who make up 28% of the population are expected to attain in a changing labour market. What is next for them?

The recent new norms in school learning remind me of those days when I was teaching in a tuition centre. A child of primary six threw me a random question: “Teacher Iris, I am puzzled. Why do we need to learn the Malay language but not them learning our mother tongue?”. I was stunned with that sudden question and at one point my mind went blank. But right away I came to grasp that golden opportunity to convey a rightful message to him: “It is not a matter of who learning what language, but rather the advantage(s) of learning an extra language to diversify our communication tool as a preparation for work in the future. This is vital for us to survive in a multiracial-society nation.” Perhaps, the little child could not seize the comprehensive meaning behind my answer. But deep in heart, I felt the minute impact I have left in this little soul. Since then, I whisper to myself: an educator does not only spread inspiration within an affiliated institution, but it could be done anywhere and anytime. In other word, education is a subtle art of inspiriting others, even in a very minuscule manner that takes an infinity of time.

The aspirations of Malaysian youth are essential to their human capital investment, educational choices and labour market outcomes. With the emerging of new norms due to the COVID-19 pandemic waves, young people, who make up 28% of the Malaysian population are expected to attain in a changing labour market. However, the heightening of the predicted youth unemployment rate at nearly 14 per cent in 2020 has adjourned Malaysian youth of their career aspirations and to be hit with tougher school-to-work transition. This pandemic has triggered a massive disruption to the economy and labour markets with disproportionate impacts on youth employment in Asia and the Pacific. Even before the pandemic, youth in Asia and the Pacific had been highly impacted by high unemployment rates, with large shares of them excluded from both school and work. According to International Labour Organisation (ILO), the regional youth unemployment rate in 2019 was at 13.8 per cent compared to 3.0 per cent for adults. In other word, four in five young workers in the region were engaged in informal employment and one in four young workers was living in conditions of extreme or moderate poverty.               

What is missing for our young generation in cushioning the weather of shrinking labour market and sceptical human capital investment? The answer is education that comprises knowledge-based and value-based elements that would shape their personalities and worldviews. In fact, looking from a cultural perspective, our children are taught to learn in a structured education system that emphasizes on scoring flying colours based on academic merits, engaging with good jobs or careers pathways, succeeding a good living and eventually enjoying a retirement life. These are those rigid and overly structured chapters in the education syllabus that our schools teach our children – which often overlook the essence of unleashing real-life concepts and lessons. Subsequently, our children realise that there is an invisible large gap in between what is taught and what is threw to them in the real world, especially when they graduate and begin to face the real labour market, and understand how the economy, society and humanity are interrelated to our daily livings. Most of the youth are quite shallowly equipped with these two key components of learning; knowledge-based and value-based, which are highly paramount in determining their perception and attitude towards work and money – thus, they ought to be taught that they shall not work for money but instead, keep learning to sustain life with knowledge and value. With regards to this, a knowledge-value based education could play a central role to prepare the youth with the working competency, while embracing their aspirations as much as they could.

Moving forward, there are several key steps in education that would be beneficial to the Malaysian youth. Firstly, there is a need to promote an early exposure of career aspirations of young Malaysian as early as the age of seven. The New Zealand’s “Inspiring the Future” programme is an exhilarating initiative to be replicated by Malaysia’s education system. A series of the programme was launched to expose young children aged seven to twelve on the ways that unconscious bias, gender stereotypes and a range of other push factors influence the way they think about their future jobs. Worth mentioning, realising the importance of early exposure at young age as a stimulant for the young children, this program was initiated in the elementary and intermediate school level in order to introduce the aspirational thinking that can support career decisions and goals when these children enter secondary school. Not only that, researches from British Organization Education and Employers also show that children’s career aspirations are shaped at a young age and are largely influenced by their gender and the people surrounding. Therefore, with a wide range of collaboration between stakeholders in such initiative, informative career aspirations could be conveyed to young children to broaden their horizon on future work decisions.

Secondly, there is a need to address the youth not in employment, education and training (NEET) and scrutinise courses to be in line with the need of the labour market. Current move by Malaysian government, including TVET (Technical and Vocational Education and Training) is still facing a widespread apathy among students, together with a pool of problems including mismatch of courses with market demand and lack of competitiveness among graduates in the global arena. To avoid talent wastage among our young generation, exposure to TVET should be instilled as early as in elementary school instead of secondary school, followed by a supplementary of knowledge-based education by the trained educators and certified institutions.

Lastly, education development from family, community and society needs to be executed in a very delicate and precise approach. Values like empathy, resilience, integrity, proactivity are crucial to be instilled into the daily experience of young children. Parental education, community values, role models, and peer perceptions are debris that complete a youth’s personality. COVID-19 and the new norms shaping the global human race today have provided a golden opportunity to act as an educational tool for the youth to learn to unlearn what they were taught especially when digitalization era has surpassed the conventional way of work and employment.

A recent survey by a recruitment firm, Talentbank in October 2020 has revealed a pick up by majority of employers to hire fresh graduates from public and private universities in 2021 as well as 2022. The survey aimed to assess job market conditions for fresh graduates in the new normal and found that 73.41 per cent of respondents from senior management level or employers themselves intend to hire graduates from these higher learning institutions in the year to come. Such survey findings undoubtedly raise a silver lining to the downpours of economic outlook resulted from the fluidity of current global economic storms. Moving forward to 2021, the young Malaysians shall buckle up to embrace the new norms and discover new routes to be aspirational in line with the nation’s ambition to achieve a high-income nation status.

Lastly, I am personally captivated by a quote from Robert Kiyosaki, the author of the well-known book, “Rich dad, Poor Dad”:

“If you are going to build the Empire, the first thing you have to do is to dig a deep hole and establish the foundation. If you just want to build a small house in the suburbs, you only need concrete, and 15 cm of foundation is sufficient enough. Ironically, when most people try to get rich, they always try to build the Empire on 15 cm thick concrete.”

Education is the foundation and aspirational educational support is the concrete foundation needed by our nation. Education can be conducted in any dimension and space, and be leveraged through any form of language, gesture and ideas. Most importantly, the enhancement of knowledge-based and value-added elements are needed to be encompassed at the school level in order to equip the youth with whole-rounded personalities and skills to keep the economic wheel rolling when their time comes to dominate the labor market.

Iris Ng Pei Yi is currently working as a research officer at Merdeka Center. This essay is part of the writing campaign Aspirasi Malaysia 2021 by Merdeka Center and Naratif Malaysia to encourage young people to share their ideas and hopes for the future of Malaysia towards producing a more harmonious, developed and prosperous society.

Kebebasan Beragama Tonggak Masyarakat Madani

Pelbagai agenda, berserta retorik nasional telah diperkenalkan seperti Islam Hadhari, Wasatiyyah dan Rahmatan Lil Alamin, tetapi gagal menjawab permasalahan dasar hubungan antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia. Kadang-kadang agama menjadi alat untuk survival politik sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih berbahaya apabila wujud dalam segmen masyarakat yang terpengaruh dengan ideologi ekstrem.

Tidak dinafikan agama adalah antara elemen penting buat rakyat Malaysia. Kepentingan elemen keagamaan ini dinyatakan secara rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perkara 3, Perkara 8, Perkara 11 dan Perkara 12. Lebih khusus, Perkara 11 (1) menyatakan “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya..” sebagai satu komitmen mendokong prinsip kebebasan beragama. Namun, walaupun sudah lebih setengah abad negara ini merdeka dan penubuhan Persekutuan Malaysia, tahap kebebasan beragama dan kepercayaan tidaklah bertambah baik, bahkan makin pudar. Hak-hak yang dijamin Perlembagaan sendiri kerap dicabuli dalam negara majmuk yang berbilang agama dan kaum ini, termasuklah melalui kewujudan dasar, undang-undang atau tindakan pihak-pihak yang menodai kebebasan beragama. Hal ini sebenarnya merupakan satu cabaran dan percanggahan terhadap hak yang diperuntukkan kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Sebuah peradaban moden yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia haruslah menghadam elemen utama hak asasi manusia ini, selain elemen ketelusan, kedaulatan undang-undang dan semak imbang sebagai rukun-rukun penting perlembagaan. Pengkhianat terhadap kebebasan beragama sering muncul dalam bermacam bentuk dan ragam. Mudahnya saya kategorikan kepada dua bentuk; state actors dan non-state actors.

Apakah isu permasalahan sebenarnya?

Pelbagai agenda, berserta retorik nasional telah diperkenalkan seperti Islam Hadhari, Wasatiyyah dan Rahmatan Lil Alamin, tetapi gagal menjawab permasalahan dasar hubungan antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia. Kadang-kadang agama menjadi alat untuk survival politik sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih berbahaya apabila wujud dalam segmen masyarakat yang terpengaruh dengan ideologi ekstrem yang menjurus kepada keganasan. Kajian Pew Research pada 2015 mendedahkan, 11% Muslim di Malaysia cenderung menyokong ISIS. Dapatan ini benar-benar membimbangkan dan berbahaya bukan?

Kita harus akui sistem pendidikan di pelbagai peringkat dan platform lemah dalam merapatkan jurang perbezaan antara penganut agama dan kepercayaan di Malaysia. Prof Teo Kok Seong daripada Institut Kajian Etnik (KITA-UKM) menyebut bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengguna pakai pendekatan integrasi dan bukan asimilasi yang menyebabkan perpaduan rakyat longgar. Oleh sebab ini interaksi, hubungan dan dialog secara berterusan antara rakyat tidak berlangsung dengan lancar. Jika ada pun, kebanyakannya hanya bersifat one-off, superficial dan tidak jujur. Ia tidak membantu merubah apa-apa. Bahkan, hal ini hanya menatijahkan kepada berkembangnya stereotaip negatif, prejudis dan hate speech yang tidak berasas kepada penganut agama atau kepercayaan lain.

Cara fikir feudal dalam pemerintahan dan masyarakat Muslim juga menjadi antara sebab utama matlamat menuju masyarakat yang progresif dalam hal-hal kebebasan beragama menemui jalan buntu. Ada sahaja golongan yang menggunakan slogan atau retorik berbaur politik yang kononnya merekalah ‘penjaga atau hero’ ketenteraman awam, ‘pejuang’ agama atau ‘yang paling layak mentafsir’ agama. Kalimahnya nampak baik, tapi tujuannya adalah batil. Merekalah sebenarnya petualang memfitnah, mendiskriminasi dan menghukum fahaman atau kepercayaan berbeza daripada mereka. Berhadapan dengan golongan ini, jika boleh mengungkapkan semula slogan popular oleh tokoh cendekiawan Islam Indonesia, Cak Nur, saya akan sebut: “Islam, yes; Islamist, no”. Kebanyakan mereka hanyalah seperti tin kosong.

Tujuan asal institusi-institusi agama yang dibiayai oleh wang pembayar cukai tidak kira anutan agama sering disalah guna. Sekian banyak dasar, akta dan enakmen digubal bagi menzalimi pihak yang berbeza fahaman dengan tafsiran pemegang amanah di institusi-institusi ini. Malang sekali ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat dan nilai dalam sebuah negara demokrasi yang bertamadun bahkan tidak menepati nilai-nilai yang disebut Al-Quran berkaitan meraikan perbezaan, kebebasan beragama dan penekanan daya berfikir serta berhujah.

Kes dan senario yang wujud

Terdapat beberapa isu penting berkaitan pencabulan terhadap kebebasan beragama di Malaysia. Bagi isu antara agama (inter-faith), tidak dapat kita lupakan isu pencabulan kebebasan beragama terhadap komuniti minoriti beragama Kristian seperti insiden rampasan Bible. Juga jika dapat kita kaitkan dengan permasalahan bagi masalah sistemik melibatkan penukaran agama sepihak (unilateral conversion) agama anak bagi ibu bapa yang bertukar agama seperti kes Indira Gandhi yang masih belum selesai setelah bertahun-tahun lamanya. Perkembangan lain yang turut perlu diamati dalam laporan inkuiri SUHAKAM berkaitan ‘kehilangan paksa’ atau penculikan Pastor Koh yang menjadi sasaran pihak berkuasa. Namun, berhadapan dengan isu-isu penting berkaitan kebebasan beragama ini, isu lain pula yang sering diberikan perhatian, sama ada ahli-ahli masyarakat mahupun pihak berkuasa. Baru-baru ini tular khususnya di media sosial, isu perkahwinan antara pemain hoki negara dan pemain hoki India yang diadakan di India, didakwa melangsungkan perkahwinan berbeza agama. Sehinggakan ke peringkat menteri dan jabatan agama turut menangguk di air yang keruh. Padahal bukanlah ia berlangsung di Malaysia pun. Mentaliti micromanage sebahagian kita berakar dan parah sebenarnya. Adakah ini keutamaan kita sekarang dalam cabaran pandemik dan kemelesetan ekonomi? Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bagi isu berkaitan intra-faith (antara mazhab) pula, mahu tidak mahu perlu disentuh juga. Khususnya melibatkan hubungan antara penganut mazhab majoriti dan minoriti dalam Islam di Malaysia yang tidak lekang berita berkenaannya. Sasaran yang kerap selain ajaran-ajaran kecil lain, penganut mazhab Islam minoriti Syiah dan Ahmadiyah, selain kumpulan-kumpulan minoriti yang percaya kepada tafsiran Islam berbeza dengan tafsiran Islam pemerintah,  selalu menjadi mangsa kepada penganut mazhab yang majoritinya Sunni konvensional-konservatif. Dapat dilihat melalui ceramah dan khutbah mingguan di masjid atau surau, agamawan meratib akan sesat dan terkeluarnya daripada apa yang didakwa ‘Islam sebenar’ secara pukal. Mufti pula di kerusi empuknya sewenang-wenang mengeluarkan fatwa menyesatkan dan mengkafirkan pihak yang berbeza tafsiran agama dengannya. Saya yakin perbuatan konyol seperti ini bercanggah dengan ayat al-Quran yang melarang perbuatan menjurus permusuhan dan tidak berlaku adil kan?

Melalui beberapa contoh di atas, kita dapat lihat kelompok minoriti agama dan kepercayaan yang terpinggir, rentan dan tidak berkuasa selalu menjadi mangsa kepada kelompok majoriti khususnya yang diamanahkan kuasa, rakus dan gagal memahami roh demokrasi itu sendiri dalam mengangkat hak-hak minoriti.  

Apakah penambah baikan tidak konvensional yang diperlukan?

Cadangan-cadangan utama ini boleh dilaksanakan dalam dua bentuk pendekatan; top-down (daripada peringkat atas ke bawah), dan bottom-up (daripada peringkat bawah ke atas).

Pertama, menjadikan nilai hak asasi manusia (khususnya kebebasan beragama dan keadilan sosial)sebagai kayu ukur. Sebagai contoh penyetempatan (localization) perjanjian atau deklarasi dan amalan terbaik (best practices) peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi Malaysia pada 2004 telah menandatangani Amman Message (fokus intra-faith / antara mazhab-mazhab dalam Islam) dan sekaligus bertanggungjawab untuk melaksanakannya bagi khususnya menyantuni mazhab Islam minoriti dalam negara tanpa budaya takfiri menyesatkan orang lain. Selain itu amat tepat memanfaatkan dokumen Marrakesh Declaration (fokus inter-faith berkaitan hak-hak penganut agama minoriti dalam negara bermajoriti Muslim) yang amat wajar dilaksanakan dalam konteks Malaysia.

Kedua, menilai kembali istilah/konsep yang kontroversi yang mungkin tidak sesuai lagi dalam konteks negara bangsa seperti Malaysia. Misalnya menghentikan penggunaan konsep ‘negara Islam’, ‘jihad’, ‘kafir harbi’, ‘crusade’ atau ‘holy war’ dan lain-lain pada tempat yang tidak sesuai yang dianggap tidak lagi relevan dalam konteks semasa. Ribuan tahun dahulu tidak lagi sama dengan tahun 2021. Tahun 2021 juga mungkin tidak lagi sama pada 2050.

Ketiga, mereformasi dan memperkaya daya berfikir kritis (critical thinking) dalam kalangan masyarakat. Selain pandemik, perang melawan maklumat salah khususnya di media sosial, juga adalah perang terbesar umat dunia era ledakan revolusi digital kini. Haruslah kita menilai sesuatu isu melangkaui satu dimensi semata dan mengambil kira faktor sosio-ekonomi dan sosio-politik di sebalik isu yang berlaku.Contohnya mengelakkan menilai hanya berdasarkan perspektif sentimen keagamaan yang bersifat sektarianisme sempit. Hasilnya, penilaian akan lebih objektif dan berasas untuk menangani isu yang berlaku di sekeliling. Kadang-kala bukan kejahilan yang merosakkan tapi lambakan ilmu yang tidak dicernakan dengan baik itulah pembunuh sebenar. Mengambil kata-kata Stephen Hawking: “The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge”. 

Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama jitu dan berterusan daripada semua pihak pelbagai peringkat bagi merealisasikannya.

Aspirasi untuk Malaysia 2021 

Tahun 2020 yang mencabar bagi rakyat Malaysia dengan cabaran utama pandemik, kehilangan pekerjaan, serta kemelesetan ekonomi baru sahaja melabuhkan tirainya. Harapannya menggunung bahkan melangit bagi semua untuk tahun baru 2021 ini. Bagi saya sebagai seorang rakyat marhaen yang cintakan kedamaian ingin lihat lebih banyakinteraksi dan dialog berjalan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian agama, kaum, budaya, jantina, seksualiti, bahasa dan adat hidup dalam semangat muhibah dan saling menghormati.

Didambakan interaksi antara penganut agama dan kepercayaan khususnya berlaku dengan penuh organik dan jujur. Semua tidak kira kelompok majoriti atau minoriti, mampu duduk bersama dalam apa jua medium, rasmi atau tidak rasmi, mendengar serta menyelesaikan isu-isu berkaitan bukan sahaja isu keagamaan tapi melangkau lebih luas kepada isu seharian sosial, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain secara bersama. Penekanan harus berkisar realiti kehidupan (lived reality) berbanding teologi masing-masing. Kebersamaan dan titik persamaan akan lebih jelas di situ.

Untuk saban tahun, peribadinya saya puji organisasi sivil seperti Merdeka Center dan Komuniti Muslim Universal (KMU) dan terbaru Naratif Malaysia yang banyak membawa wacana hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Sebagai contoh KMU dalam kempen online #Kebersamaan atau #Togetherness terbarunya, menjemput ramai pakar akademik, aktivis sosial, pemimpin agama, anak muda, penggiat seni dan banyak lagi pemegang taruh bagi membincangkan secara komprehensif dan kritikal isu-isu agama dan kaum di Malaysia. Usaha matang ini harus disambut baik oleh pihak-pihak lain juga bagi mendengungkan usaha murni ini.

Wahai Malaysiaku, teruslah menjadi negara demokrasi yang moderat. Pertahankanlah kepelbagaian agama dan hak-haknya dengan apa cara sekalipun. Tonggak kepada kukuhnya tamadun negara bangsa modenmu ini adalah dengan tertegaknya kebebasan beragama dan kepercayaan bagi semua. Selamat Tahun Baru 2021 dan kekal sihat Malaysia!

Ahmad Salami merupakan aktivis sosial dan politik serta pernah menjadi fellow YSEALI di Utah, USA pada 2019. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

[Pendaftaran] Syarahan Naratif Malaysia oleh Syed Farid Alatas

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan pertama pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dr. Syed Farid Alatas, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Peranan Kaum Intelektual: Mencabar Eurosentrisme, Nasionalisme dan Sektarianisme dalam Penghasilan Pengetahuan. Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja.

Ini merupakan siri Syarahan Naratif Malaysia bilangan pertama pada tahun 2021. Syarahan kali ini menampilkan Prof. Dr. Syed Farid Alatas, dari NUS. Beliau akan membincangkan persoalan yang semakin penting dalam alam akademik di Malaysia, yakni ” Peranan Kaum Intelektual: Mencabar Eurosentrisme, Nasionalisme dan Sektarianisme dalam Penghasilan Pengetahuan. Program ini terbuka untuk kumpulan NM dan lingkungannya sahaja. Walau bagaimanapun pendaftaran awam dibuka di bawah, tetapi ruang yang disediakan bergantung kepada tempat terhad yang berbaki. Setiap peserta yang terpilih akan diberikan pautan menerusi emel pada hari acara.

BORANG PENDAFTARAN

Meneroka Ruang Untuk Generasi Jamak Bahasa

Bahasa menjadikan kita mampu berkomunikasi dengan lebih berkesan berbanding spesis-spesis lain di planet ini. Dengan proses komunikasi ini, kita mampu mengumpulkan kebijaksanaan massa sepanjang zaman-berzaman, lantas digabungjalinkan menjadi ilmu yang diperturunkan, direkod, diperbaiki, dikritik—lantas melalui proses-proses inilah, ilmu membenihkan tradisinya sendiri sebagai salah satu rupa wajah bagi kemanusiaan

Bahasa merupakan salah satu aspek terpenting yang mendefinisikan kita sebagai manusia rasional, malah menjadikan kita mampu berkomunikasi dengan lebih berkesan berbanding spesis-spesis lain di planet ini. Dengan proses komunikasi ini, kita mampu mengumpulkan kebijaksanaan massa sepanjang zaman-berzaman, lantas digabungjalinkan menjadi ilmu yang diperturunkan, direkod, diperbaiki, dikritik—lantas melalui proses-proses inilah, ilmu membenihkan tradisinya sendiri sebagai salah satu rupa wajah bagi kemanusiaan. Semua ilmu menggunakan sarana bahasa, dan tanpa bahasa, jangankan hendak berilmu, hendak membayangkan sesuatu bernama “ilmu” pun barangkali merupakan sesuatu yang mustahil.

Pada tahun 2018, salah satu aspirasi yang pernah disebut oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang memiliki kemampuan jamak bahasa (multilingual). Maksudnya, rakyat Malaysia mampu bukan sahaja berbahasa Melayu dan Inggeris, tetapi bahasa-bahasa lain juga, sekurang-kurangnya bahasa ketiga. Pada pendapat saya, aspirasi ini sesuatu yang diperlukan atas beberapa sebab, iaitu antara lain pemupukan perpaduan, pemberdayaan intelektual, dan pemerkayaan tiap-tiap bahasa. Artikel ini bertujuan untuk melihat sebab-sebab ini satu-persatu, dan meninjau peluang yang ada dalam konteks Malaysia demi mencapai hasrat ini. Di Malaysia, kita punyai potensi yang besar untuk melahirkan generasi jamak bahasa, dan ia juga akan memberi manfaat yang banyak khususnya dalam kasus hubungan antara kaum.  

Pertama sekali, andaian yang melatari idea perpaduan di Malaysia adalah berpaksikan “toleransi” semata-mata, dan bukannya persefahaman yang sebenar dan utuh antara masyarakat berbilang kaum. Andaian toleransi ini bermaksud kita hanya “menerima” bahawa ada kumpulan yang berbahasa dan berbudaya lain bersama-sama kita dalam negara ini, dan penerimaan itu hanya sekadar basa-basi dan akhlak baik sahaja. Perkara ini tidak cukup jika kita mahu memupuk perpaduan yang berlandaskan persefahaman bersama. Apabila bahasa yang ducapkan berbeza mengikut kaum atau kelompok, gaya fikir antara kelompok-kelompok ini turut berbeza. Perkara ini dijelaskan melalui hipotesis Sapir-Whorf, bahawasanya cara manusia berfikir akan menjadi berbeza mengikut bahasa yang diucapkannya. Sebab itulah, jika kita meneliti citarasa estetika bangsa-bangsa berbeza di Malaysia, kita akan dapati banyak sekali perbezaan antara filem yang ditonton, lagu yang didengar, atau sastera yang dibaca antara kaum-kaum yang berbeza. Perkara ini bukanlah perkara remeh, tetapi merupakan manifestasi kepada gaya fikir, ideologi, malah pandangan alam sesuatu kelompok itu—seperti pemerhatian Syed Naquib al-Attas, “language reflects ontology.” Manusia harus difahami dengan bahasa yang digunakannya sendiri, bukannya menggunakan bahasa orang lain untuk memahami sesuatu kelompok sepertimana gaya analisis kaum orientalis yang telah banyak dikritik.

Sebab kedua mengapa pendidikan jamak bahasa penting adalah dari sudut pemberdayaan intelektual. Andaikan kita semua bersetuju dengan kepentingan membaca sastera, kita perlu mengembangkan ufuk sastera yang kita baca kepada bahasa-bahasa lain juga. Hal ini kerana, meskipun semua karya sastera menyentuh soal-soal universal kemanusiaan, pengkaryaannya dalam bahasa yang berbeza akan menggambarkan keuniversalan tadi dengan wajah yang khusus, yakni, dengan realiti yang tidak mampu diungkap melainkan dengan bahasa asal itu sendiri. Memang, kita ada karya terjemahan daripada pelbagai bahasa di pasaran, tetapi dalam proses penterjemahan, pasti ada sebahagian realiti dalam karya asal tercicir di tengah jalan, lalu realiti ini gagal digambarkan dalam versi terjemahan. Sebab itulah, jika kita melihat karya-karya agung kesusasteraan dunia seperti Genji Monogatari (“Kisah Genji”) oleh Murasaki Shikibu, Doctor Zhivago oleh Boris Pasternak, atau Kalilah wa Dimnah oleh Ibn Muqaffa‘, terdapat beberapa versi terjemahan berbeza dalam satu-satu bahasa tertentu. Setiap terjemahan baharu akan cuba mewajahkan realiti dalam karya asal dengan cara yang menurut penterjemahnya lebih baik. Namun akhirnya, pasti akan ada juga keterciciran dalam terjemahan itu. Atas sebab inilah, sesuatu karya itu lebih memuaskan dari sudut intelektual jika dibaca dalam bahasa asalnya.

Ketiga, biarpun salah satu cabaran yang bakal dihadapi berikutan pendidikan jamak bahasa ialah penggunaan kosa kata yang berbeza asal-usulnya secara sekali gus, justeru membuka ruang kepada bahasa rojak, kita juga perlu menilai peluang yang wujud daripada proses rojakmerojak ini. Dari sudut tatabahasa, sintaksis, dan struktur bahasa, kita punyai sistem yang utuh dalam bahasa-bahasa tertentu, tetapi penghijrahan kosa kata daripada satu bahasa ke satu bahasa yang lain merupakan proses tabii sejak zaman-berzaman. Kita telah menyaksikan banyak sekali manfaat yang diperoleh bahasa-bahasa tertentu, apabila kosa katanya menjadi lebih kaya akibat serapan atau gabungan dengan perkataan dari bahasa luar. Memang, keleluasaan bahasa rojak bakal memunculkan cabaran baru, tetapi pada masa yang sama, ia juga boleh memperkaya tiap-tiap bahasa yang ada di negara kita. Realiti akan berjaya diterjemah dengan lebih baik dalam ruang lingkup kata-kata dan ungkapan apabila sesuatu bahasa itu lebih kaya. Sebagai contoh, perkataan cincai yang bukan dari Bahasa Melayu telah pun masuk ke Kamus Dewan, begitu juga perkataan lepak yang telah masuk ke kamus Oxford menjadi perkataan Bahasa Inggeris. Jangan lupa juga perkataan sap-bun dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, yang berasal dari sabun dalam Bahasa Melayu, yang sebelum itu datang dari Bahasa Arab.        

Daripada tiga noktah di atas, kita dapat melihat kepentingan mendidik rakyat Malaysia yang memiliki kemampuan jamak bahasa. Namun persoalannya, mampukah kita dengan kapasiti sistem pendidikan yang ada? Sebenarnya kita sudah dan sedang melakukannya, cuma usaha ini harus diperkembang dan dipertingkat lagi. Terdapat dua kekuatan penting yang perlu kita tingkatkan untuk merealisasikan hasrat ini. Pertama, sistem pendidikan jamak bahasa telah pun dijalankan di sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP), apabila semua pelajar SBP yang memasuki Tingkatan Satu wajib mempelajari bahasa ketiga sama ada Bahasa Jepun, Perancis, Arab, Jerman, atau Mandarin. Justeru, kita tidak perlu berfikir dari awal, kerana modelnya sudah ada. Inilah peluang yang sudah kita miliki kini. Namun, kita harus fikirkan bagaimana caranya untuk mengembangkan sistem ini ke sekolah-sekolah yang bukan SBP.

Seterusnya, kita selalu berbangga dengan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia, tetapi kita gagal menghargai hakikat ini sebagai satu lagi peluang untuk membangunkan pendidikan jamak bahasa. Hakikat ini perlu kita gunakan untuk membuka ruang supaya semua kaum di Malaysia mempelajari bahasa-bahasa kaum terbesar di negara kita, supaya persefahaman dapat dibina dengan lebih baik. Pada masa perdebatan tentang perpaduan menemui jalan buntu, kerana sepihak menyalahkan sekolah vernakular secara eksklusif, manakala sepihak lagi menyalahkan kerajaan dan mahu mengekalkan sekolah vernakular, saya fikir pokok permasalahannya bukan pada bangunan sekolah sahaja. Jika semua pelajar belajar di bawah satu bumbung pun, tetapi tanpa persefahaman yang sejati dalam bahasa sendiri, perpaduan tidak akan mampu dipupuk juga.

Memang, salah satu isu yang bakal timbul ialah perkara ini tidak semudah seperti yang disebut di sini. Isu seperti kapasiti tenaga pengajar, kemampuan pelajar, kemudahan sekolah, dan bermacam-macam lagi pasti timbul. Namun, masalah-masalah ini sebenarnya boleh diatasi jika kita benar-benar fokus untuk memperbaiki perpaduan di negara kita. Saya fikir, pendidikan jamak bahasa ialah salah satu jalan menuju wawasan ini.  

Hazman Baharom merupakan seorang pensyarah, penulis dan penterjemah. Manakala esei ini merupakan sebahagian daripada kempen penulisan Aspirasi Malaysia 2021 oleh Merdeka Center dan Naratif Malaysia untuk menggalakkan anak muda berkongsi idea dan pengharapan untuk masa hadapan Malaysia ke arah menghasilkan masyarakat yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Design a site like this with WordPress.com
Get started